Tips Kewangan & Emas Public Gold (Azril Hisham)
1.28K subscribers
2.74K photos
151 videos
4 files
1.41K links
Sebuah platform perkongsian tips berkaitan kewangan dan simpanan/pelaburan emas patuh syariah.

Channel ini dihoskan oleh Azril Hisham, Founder Master Dealer & Local Speaker Public Gold (PG00064616). Aktif sejak tahun 2015.

www.wasap.my/60196690809/emas
Download Telegram
Kenapa Simpan Emas.

(1) Dana kecemasan. Kalau 'payment' daripada 'client' lambat, syarikat ini boleh gadaikan emas di ar-rahnu untuk cover 'overhead' syarikat (sewa kilang, gaji pekerja dan sebagainya). Selepas dapat 'payment' nanti, syarikat tadi akan tebus semula emas yang dipajak dari ar-rahnu.

(2) Modal pusingan. Bila nak kembangkan bisnes, tak perlulah nak buat pinjaman dari bank. Emaskan ada di tangan. Gadaikan saja untuk dapatkan pinjaman. Tak sampai 10minit akan dapat duit. Mudah.

(3) Potensi kenaikan harga emas. Sejarah telah buktikan, dalam jangkamasa panjang, harga emas meningkat. Emas adalah aset dan ianya kalis inflasi. Bernilai sepanjang zaman.

Begitulah.

Tahun ini, saya masih mencari dan ingin bantu rakan-rakan dan usahawan-usahawan yang lain untuk simpan emas. Saya akan syorkan kaedah dan item yang sesuai dengan bajet kalian.

Azril Hisham
Beli Emas Secara Atas talian. Mana Akad?

Kisah Di Sebalik Akad Jual Beli Zaman Moden

Itu soalan selalu orang tanya. Mungkin bagi orang yang belajar muamalat, tiada masalah, tapi bagi yang baru-baru nak belajar, memang sedikit keliru. Tapi bagi yang tak kisah langsung soal akad, tak jadi isu pun bagi mereka.

Akad sebenarnya bentuk hubungan ikatan jual beli antara dua individu. Bila orang tanya kat mana akadnya? Maksud soalan ini ialah kt mana "lafaz akad" jual beli.

Dalam jual beli, TIDAK SEMESTINYA ada lafaz akad. Dia tak macam akad nikah yang lebih serius dan sepatutnya lebih tertib dan protokol.

Tak ada lafaz akad, tidak semestinya tak ada akad. Kerana akad jual beli boleh berlaku sama ada secara:

Lisan - ini yang biasa orang faham lafaz akad. Saya jual saya beli.

Tulisan - Biasanya akad dengan tulisan untuk jual beli yang besar-besar. atau yang melibatkan hutang. Kena ada akad / kontrak bertulis baru sah. Kalau tak, susah nak bawa bincang atau nak ke mahkamah kalau ada apa-apa.

Isyarat - Biasanya untuk mereka yang tidak mampu bercakap. Atau malas nak cakap. Angguk kira setuju.

Perbuatan diam tanda setuju. Contohnya pergi ke tesco tengok tanda harga, ambil barang dan bayar.
Ok, untuk part yang last ni, saya nak tunjukkan kt mana berlaku ijab dan kabul. Contohnya pergi ke tesco, tengok tanda harga (tanda harga ini ijab, iaitu tawaran oleh pihak kedai, sifat barangan boleh tengok sendiri, tak perlu sebut. Boleh belek dan pilih), bila bayar itu tanda terima (kabul).

Sama juga dengan kes akad dengan jual beli vending machine.

Barang akad diletak dalam mesin, ia adalah salah satu bentuk ijab (offer/tawaran). Bila kita masukkan duit dalam tu dan tekan mana-mana air yang nak, tanda setuju (kabul/acceptance). Maka akad berlaku.

Penjual tak ada? Sedangkan salah satu rukun akad ialah kena ada penjual.

Hukum asal memang kena ada penjual, tapi dengan adanya kemudahan mesin, dan uruf dan undang-undang mengiktiraf, maka mesin boleh menjadi alat untuk mengganti penjual (wasilah). Mesin bukanlah wakil penjual, tapi pengganti penerima wang sahaja.

Jika uruf masyarakat atau undang-undang tidak menerima mesin sebagai ganti, maka akad tetap tidak sah.

Ada banyak faktor yang menyebabkan masyarakat menerima; antaranya perkembangan teknologi, kaedah mengatasi masalah yang timbul (risik mitigation), undang-undang dan lain-lain. Semua ini mempengaruhi penerimaan masyarakat, atau nama dalam usul fiqh adalah 'uruf.

Zaman sekarang, bukan sekadar air, macam-macam perkara dijual guna mesin. Emas pun ada. Bayar parking, mesin, beli snek, mesin, beli nasi lemak kat McD pun mesin.

Apa yang boleh disimpulkan? Akad ialah proses ijab kabul (offer and acceptence) antara dua pihak, proses ini boleh berubah ikut keadaan yang penting, Kedua-dua belah pihak faham dan rela dan masyarakat mengiktiraf kefahaman itu. Juga paling penting syariah mengikraf transaksi itu, sebagai jual beli.

Kredit pada Muamalat.my
Alhamdulillah sahabat dealer dapat lock 1 kilo emas.

Harga pun cun je RM261/gram.

Sesiapa sahaja boleh dapatkan 1 kilo emas dengan cara:

1. Menabung sikit-sikit melalui Akaun GAP.

2. Belian secara ansuran 10bulan.

3. Dengan belian secara full payment. Belian begini perlu ada cash yang banyak.

Pelanggan ni awal-awal lagi dah 1 kilo setahun.

Jadi rancang simpanan emas tahun 2022.
Sedikit info mengenai EMAS.

Emas adalah milik semua insan
Emas bukan untuk orang kaya sahaja
Emas adalah pelindung kekayaan dan ianya kekal nilai.

Kekayaan kita dengan emas sekurang-kurangnya (5-10)% setiap kali dapat gaji.

Pembelian pertama emas adalah sebagai 'benchmark' anda. Selagi tidak beli, anda tidak akan tahu.

Azril Hisham Kamal Bashah
|019-6690809| |PG00064616|
Authorized Public Gold Dealer
Al kisah pajak gadai.

Kelihatan masih ramai orang yang beratur di pajak gadai dan kadang-kadang sampai menunggu giliran diluar. Kedai emas penuh. Pajak gadai pun penuh.

Tujuannya ialah untuk memajak barang berharga (biasanya emas) untuk mendapatkan duit segera.

Di sini saya nak bagi sedikit tips.

Gunakan pajak gadai Islam (ArRahn). Ada 2 sebab.

Sebab pertama adalah untuk mengelakkan terlibat dengan riba.

Arrahn pajak gadai Islam tidak mengenakan faedah/riba atas pinjaman sebaliknya mengenakan upah simpan keatas barang yang digadaikan. Riba adalah dosa besar dalam Islam. Jangan terlibat.

Kedua, yang penting penting penting (got it?) ialah bagi mengelakkan daripada penindasan.

Dah ler orang yang pergi gadai tu biasanya susah dan kesempitan duit, jika mereka tak boleh bayar dalam tempoh yang ditetapkan maka risiko penindasan sangat tinggi.

Contoh penindasan adalah jika anda gagal membayar pinjaman dan faedah, biasanya pajak gadai konvensional akan mengambil barangan anda menjadi milik mereka dan anda tidak mendapat sebarang pampasan. Zero.

Arrahn pula tidak sesekali berbuat demikian.

Jika anda gagal membayar pinjaman dan upah simpan, Arrahnu akan melelong emas anda.

Namun hasil lelongan tersebut akan digunakan untuk menebus semula pinjaman dan upah simpan (serta kos-kos berkaitan lelongan) dan jika ada lebihan maka lebihan itu akan DIPULANGKAN kepada penggadai.

Arrahn tidak akan mengambil hak anda. Mereka cuma ambil hak mereka.

Namun malang sekali sebab masih ramai lagi orang di luar sana tak tahu menahu pasal pajak gadai Islam Arrahnu.

Mereka masih menggunakan pajak gadai konvensional untuk mendapatkan duit.

Begitulah. Jika ada pandangan lain, sila komen. Sharing is caring.

Azril Hisham
Ada pilihan, pilihlah yang lebih baik

#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral
Ketahui cara terbaik untuk simpan 1gram 1bulan.

Kalau nak simpan emas #1gram1bulan, tak ada cara lebih baik selain daripada #AkaunEmasGAP Public Gold (PG). Itu cara TERMURAH dan TERMUDAH di Malaysia buat masa ini.

Beli dan simpan sahaja dulu dalam Akaun Emas GAP. Bila-bila masa free nanti, barulah keluarkan emas tu dari mana-mana ofis PG terdekat.

Ada 5 sebab utama kenapa saya syorkan Akaun Emas GAP;

(1) Harga paling MURAH di Malaysia. TIADA YURAN KEAHLIAN dikenakan untuk dapat harga murah.

(2) Boleh beli ONLINE sahaja; 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Tak perlu keluar rumah, tak habis masa dan habis duit minyak.

(3) Boleh SIMPAN PERCUMA dengan PG, dan boleh juga keluarkan emas fizikal bila-bila masa kalau nak simpan sendiri.

(4) Boleh keluarkan dari mana-mana cawangan PG seluruh Malaysia. Masa bercuti balik kampung pun boleh keluarkan.

(5) Paling best, boleh keluarkan emas dalam bentuk dinar atau gold bar pelbagai saiz, denominasi, dan pelbagai design yang menarik.

Contohnya, kalau dah cukup 5 gram dalam GAP, boleh pilih nak keluarkan 1 gram X 5 keping atau 5 gram X 1 keping. Bayar caj premium yang minimum sahaja untuk setiap keping emas.

Azril Hisham
Simpan biar konsisten, baru ada hasil

#AmazingJE24K #emasviral #teamemasviral
Alhamdulillah.

Semalam, kami PGBO dari Central dibawah mentorship Mama Azizah Hasaan (AmazingJE24K) telah dijemput untuk Dinner bersama Mr Han (Public Gold).

Mr Han adalah staf dari Public Gold yang diberi tugas untuk plan/develop PGBO untuk lebih bersistem dan berjaya.

Kali ini saya bawa Dealer dari team saya; FMD Fauziyan. Yeah!
Awal tahun ini, mulakan dengan 1 dinar yang pertama. Simpan 1 dinar lebih mudah kerana harganya yang mampu milik.

(1) Konsisten

Nak jadi penyimpan emas yang berjaya perlu konsisten. Biar kecil tetapi konsisten setiap bulan. Tidak perlu lihat pada harga kerana sebagai penyimpan, harga naik atau turun tetap perlu buat simpanan.

(2) Simpan dulu baru belanja

Setiap kali dapat duit atau bonus, simpan dulu baru belanja. Selamatkan duit dengan tukar kepada emas. Simpanan akan kekal lebih lama apabila tukar dalam bentuk emas.

(3) Simpan dan lupakan (Forgotten saving)

Bila kita dah mula simpan emas, setiap bulan kita simpan dan lupakan. Ini bukan bermaksud lupakan terus simpanan yang kita ada, tetapi kita jangan fikir nak sentuh simpanan itu. Itu adalah simpanan masa depan. Bila keadaan memaksa, baru ingat kembali simpanan itu sebagai dana kecemasan.

Simpan emas bukan untuk orang kaya-kaya. Semua orang boleh simpan emas 😊. Suri rumah pun boleh simpan. Biar semua orang ada aset.

Azril Hisham
Sediakan #tabungdinar