Saya dah lupa saya pernah hidup zaman tak berani nak order teh-o, dan tak berani ambil lebih dari satu lauk bila makan tengah hari di pejabat...
Jurang sebenar antara orang kaya dan miskin ialah ilmu; apa yang mereka tahu, apa yang mereka buat.
Kalau nak ubah hidup, nak keluarkan diri dari kemiskinan, kita kena tahu apa orang kaya tahu, kena buat apa mereka buat.
Dengan kata lain, cara terbaik nak keluar dari kemiskinan ialah kena dekat dengan orang kaya supaya kita dapat ilmunya. Bukan memusuhinya...
Majoriti jutawan di dunia hari ni adalah self-made millionaires. Mereka pun asalnya orang biasa-biasa, pernah rasa hidup miskin, pernah lalui zaman pokai dan mereka dah berjaya keluar dari kemiskinan.
Kalau kita tak faham apa yang mereka cakap, jangan kecam dulu. Cuba belajar dan cuba faham dulu...
Mana mungkin anak-anak tadika boleh faham dengan mudah yang Professor di universiti cakap. Kalau tak faham, bukan sebab Professor tu salah, tapi ilmu kita belum sampai level mereka.
Itulah ibarat orang berilmu dengan yang tak berilmu.
Nak dapatkan ilmu yang banyak, bersikap rendah dirilah dengan orang berilmu.
Ilmu tu ibarat air yang mengalir. Air cuma mengalir ke lembah-lembah yang rendah. Air tak sekali-kali memanjat gunung...
Itulah ibaratnya kita dengan ilmu... #TipKekayaan
#Suka baca perkongsian Tuan Zulkifli Shafie

MINDSET BEBAS HUTANG
Kumpul hutang dah bertahun-tahun, tapi nak cari teknik bebas hutang dalam masa sebulan dua. Itu tak logik. Tak ada teknik seajaib tu.
Masalah hutang ni bukan sebab apa yang kita buat sebulan dua, tapi tabiat kita tentang kewangan yang sudah bertahun-tahun. Lama-lama hutang jadi bertimbun...
Mindset yang betul kalau betul-betul nak bebas hutang, kena tahu perkara ni:
(1) Semua hutang tetap kena bayar.
(2) Kena bayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik yang tak perlu sentuh duit dan harta sendiri.
(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang tak produktif, dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta.
(4) Kalau tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Potong semua perbelanjaan yang membazir tu.
(5) Kalau tak cukup juga, tak ada jalan lain, kena TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.
Dan paling penting ialah kena banyak bersabar. Buat perkara yang betul betul-betul, lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga. InsyaAllah.
Bila hutang dah habis bayar nak buat apa? Jangan buat hutang baru!...
Sebaliknya gunalah ansuran hutang dulu tu untuk tambah simpanan dan harta sampai jumlah harta tu dapat jana passive income, sampai melebihi kos sara hidup dan capai #FinancialFreedom.
Waktu tu, tak kerja pun ada duit (income). InsyaAllah. Kita terus bekerja sebab kita suka, bukan lagi sebab terpaksa bekerja...
#TipKekayaan #BukuMisiBebasHutang
Kredit - Tuan Mohd Zulkifli Shafie