Public Gold Info
721 subscribers
5.93K photos
249 videos
2 files
2.32K links
Hai, saya Aqilah, dealer aktif yang komited bantu dan guide anda ada simpanan dalam bentuk emas.

Bermula RM100 boleh tukar duit ➡️ emas.

Daftar percuma akaun emas di sini : https://publicgold.me/aqilahidris
Download Telegram
*HARGA EMAS 1GRAM AKAUN GAP (APRIL 2023)*

01/04/2023 = RM302/GRAM⬆️ +RM2
02/04/2023 = RM300/GRAM⬇️ (-RM2)
03/04/2023 = RM300/GRAM↔️
04/04/2023 = RM303/GRAM⬆️ +RM3
05/04/2023 = RM308/GRAM⬆️ +RM5
06/04/2023 = RM307/GRAM⬇️ (-RM1)
07/04/2023 = RM306/GRAM⬇️ (-RM1)
08/04/2023 = RM305/GRAM⬇️ (-RM1)
09/04/2023 = RM305/GRAM↔️
10/04/2023 = RM305/GRAM↔️
11/04/2023 = RM303/GRAM⬇️ (-RM2)
12/04/2023 = RM306/GRAM⬆️ +RM6
13/04/2023 = RM306/GRAM↔️
14/04/2023 = RM311/GRAM⬆️ +RM5
15/04/2023 = RM303/GRAM⬇️ (-RM8)
16/04/2023 = RM305/GRAM⬆️ +RM2
17/04/2023 = RM305/GRAM↔️
18/04/2023 = RM304/GRAM⬇️-RM1

Harga turun RM1 hari ini 😍

Top-up gap jangan tengok harga tetapi focus target 🤗

_Terendah 2023 - Rm275_
_Tertinggi 2023 - Rm311_
𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

✔️𝗠𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚.
Masa terbaik ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan. Tambahan pula, harga emas sedang elok rendah hari ini iaitu rm305/g.

✔️𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝘂𝗶𝘁.
Emas adalah duit sebenar. Nilainya ditentukan oleh berat dan ketulenannya. Semakin berat dan tinggi ketulenan emas tersebut semakin mahal harganya.

✔️𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 𝘃𝗮𝗹𝘂𝗲.
Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa peratus dari harga pembelian kita. Namun spread value mungkin jadi seolah² 'tiada' jika berlaku kenaikkan harga emas semasa. Tahukah anda maksimum spread value jongkong emas di Publicgold adalah 9%?

✔️𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀.
Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 3-5 tahun keatas. Seperti dana untuk membeli rumah, dana perkahwinan dan juga dana untuk membayar semula hutang pendidikan anda.
Istimewa sangat majlis pasangan ini kerana mata tetamu terpaku dengan kek hantaran yang sangat cantik, comel dan unik ini.

Unik kerana tersusun indah sekeping 10 dinar emas seberat 42.5g. Memang rare 😊

Saya pasti pasangan ini faham kepentingan menyimpan dinar emas untuk masa depan, oleh sebab itu emas yang menjadi pilihan, bukan wang ringgit.

Hari ini 10 dinar yang berketulenan 999.9 ni harganya RM12,924.

Imbas kembali sejarah harga emas,

Tahun 2000 - RM1,487
Tahun 2010 - RM5,737
Tahun 2020 - RM11,305
Tahun 2023 - RM12,924

Tahun 2030? Kita tunggu dengan senyuman.

Sejarah membuktikan lagi lama kita simpan emas, Insya Allah makin tinggi keuntungan yang diperolehi dari kenaikan harga emas.

Dapat sesuatu?
1. Kita semua tahu yang semua boleh dikatakan semua kerajaan di dunia sekarang sedang mencetak wang untuk menyelamatkan ekonomi negara masing2. Contoh yang paling ketara ialah Amerika Syarikat yang telah mencetak $3 trillion pada tahun 2020, dan $1.9 trillion pada tahun 2021. Jumlah wang ini begitu banyak sehinggakan ia merupakan 25% daripada jumlah dollar Amerika yang telah diterbitkan dalam sejarah negara itu (berusia lebih 240 tahun)! Fakta ini bukan sahaja menggerunkan tetapi amat menakutkan!

2. Walaupun kita faham mengapa kerajaan bertindak demikian, salah satu risiko yang wujud dan malah amat merbahaya ialah semua usaha mencetak wang ini boleh mengakibatkan hiper-inflasi seperti yang telah berlaku di Zimbabwe pada tahun 2007-2009 dimana kadar inflasinya melebihi jutaan peratus sebulan! Ini berakhir dengan matawang negara tersebut dihentikan penggunaannya pada 2009, dan digantikan oleh matawang beberapa negara lain.

3. Tragedi hiper-inflasi yang sama telah berlaku di Venezuela baru-baru ini. Negara ini, yang dahulunya salah sebuah negara yang terkaya di Amerika Selatan, diserang hiper-inflasi (melebihi 65,000% pada tahun 2018) yang begitu teruk sehinggakan matawangnya terus hilang nilai (dan dibuang seperti sampah)!

4. Saya tidak berkata yang Malaysia sedang menghala ke arah tragedi yang sama. Saya berkata peluang hiper-inflasi itu berlaku memang ada.

5. Kita sebagai rakyat tidak dapat menghentikan inflasi atau hiper-inflasi. Ianya di luar kawalan kita.

6. Tetapi berita baiknya ialah kita mempunyai kuasa untuk menyelamatkan kuasa belian kita. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Tiga daripada pelaburan tersebut adalah emas fizikal, hartanah dan cryptocurrency terpilih.

7. Jadi jika anda ingin menyelamatkan diri dan keluarga daripada kejatuhan nilai ringgit, maka anda perlulah bertindak dengan melabur dalam satu atau terbaiknya, ketiga-tiga pelaburan di atas.
Dua tip untuk menambah kebahagiaan anda:

1. Berhenti membaca suratkhabar setiap hari
2. Berhenti tengok TV

FYI, saya sudah berhenti membaca suratkhabar dan tengok TV hampir 20 tahun.

Try it, and see what happens.

Kredit: Tn Azizi Ali
Beli Jual, Beli Jual
Yang "Win" (Beli Simpan Je)

Beli Jual, Beli Jual bermaksud beli emas ketika harga rendah, jual emas ketika harga tinggi secara kerap.

Golongan ini lebih cenderung sebagai "Gold Investor" (pelabur emas).

Mereka lebih memikirkan duit berganda bukannya gram emas. Duit berganda tapi gram emas akhirnya tiada.

Bagi golongan penyimpan, mereka beli dan simpan. Mainan harga bukan jadi ukuran. Ada duit lebihan terus ditukarkan kepada emas.

Akhirnya emas berganda, nampak macam duit tiada, tapi hakikatnya emas tu lah duitnya.

Apapun posisi anda, semuanya betul apabila ada tujuan dan matlamat.

Yang tak betul ialah beli/simpan/labur emas ikut orang dan trend. Akhirnya, dia pon tak tahu tujuan beli/simpan/labur emas.

Bila nak guna duit kena jual emas (sebab takde ilmu pasal arrahnu). Bila jual ada susut nilai.

Sayangnya, waktu jual harga tengah downtrend.

Akhirnya dia ada pengalaman pahit dengan emas, bukan kerana emas itu sendiri tetapi kerana diri sendiri yang tiada matlamat.

Percayalah, nanti dia akan ulang hal yang sama apabila datang trend baru.

Kredit syawal ameron
1 dinar adalah item paling mampu milik di kalangan penyimpan emas. Saiznya hanya sebesar syiling 10 sen. Tetapi nilainya sangat besar, RM1300 bagi rakyat marhaen.

Boleh bayar full payment, boleh juga bayar secara bulanan, sekitar ±RM130 sebulan.

Habis bayar emas akan diposkan ke alamat dan anda dah ada aset emas bernilai RM1300😉

Mudah je kan?

Dapat sesuatu?
Hari ini hari gaji.

Reward hari gaji untuk simpanan paksa dalam bentuk EMAS.

Ramai orang tiada simpanan bukan kerana tak tahu menyimpan, tapi tak mampu kawal nafsu berbelanja. Setuju dengan saya?

Setiap bulan nak simpan RM200 sebulan, tapi cukup 12 bulan, korek tabung semula. Katanya handphone nak kena tukar, sport rim nak kena upgrade. Akhirnya tinggal kosong juga duit simpanan.

Tahun depan buat lagi plan simpanan, cara sama juga. Akhirnya simpanan tiada sampai ke sudah.

Masalah ini tak berlaku kepada penyimpan EMAS. Tarikan EMAS sendiri menyebabkan orang nak tambah semakin banyak lagi dan lagi. Bila dah jadi EMAS, orang sayang nak jual.

Inilah tabiat orang yang buat simpanan kekal.
Inflasi dijangka meningkat antara 3 hingga 3.5%

Apabila inflasi menaik, harga semua barangan keperluan akan melonjak dan kenaikan ini mungkin ketara. Besar kemungkinan juga yang harga banyak barangan lain juga akan naik susulan kenaikan harga petrol dan diesel. Worse, harga mungkin akan naik dan naik lagi di hari-hari yang akan datang.

Kenaikan harga ini sudah tentu akan memberi tamparan yang hebat kepada kebanyakan kita, terutamanya golongan B40. Besar kemungkinan yang situasi kewangan mereka akan terjejas dengan ketara.

Jadi berikut adalah 3 langkah yang anda boleh ambil untuk menangani kadar inflasi yang meroket:

1. Rancang semula perbelanjaan keluarga.
2. Tambahkan pendapatan dengan berniaga.
3. Hijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kepada pelaburan yang menyerlah ketika inflasi meroket. Ini termasuklah emas fizikal dan hartanah.

Kredit Tn Azizi Ali

Semoga perkongsian ini membantu ☺️
Pesan Tuan Mohd Zulkifli Shafie . Menabung emas bukan habiskan duit tapi kita simpan duit dalam bentuk yang lebih kukuh. Bukan saja kukuh dari segi nilai tapi kukuh daripada terbelanja.