Public Gold Info
725 subscribers
5.98K photos
251 videos
2 files
2.35K links
Hai, saya Aqilah, dealer aktif yang komited bantu dan guide anda ada simpanan dalam bentuk emas.

Bermula RM100 boleh tukar duit ➡️ emas.

Daftar percuma akaun emas di sini : https://publicgold.me/aqilahidris
Download Telegram
ILMU ASAS SIMPAN EMAS

Harga emas turun!

Tahniah kepada penyimpan emas yang mengambil peluang ini.

Harga akan turun lagi ke?

Sebagai penyimpan, mari kita fahami dulu ilmu asas dalam simpanan emas.

1️⃣ Beli emas mesti dapat emas (fizikal) yang boleh dipegang dan disimpan.

2️⃣ Simpanan emas ini simpanan jangka panjang (minimum 3 tahun), jangan beli jika nak jual bulan depan.

3️⃣ Simpanan emas tidak ada dividen, keuntungan hanya dari beli waktu harga rendah dan jual waktu harga tinggi, ‘buy low sell high’.

4️⃣ Beli emas guna duit lebihan, bukan duit yang diperlukan dalam jangka masa terdekat.

5️⃣ Kena ada matlamat simpanan (tabung pendidikan, tabung persaraan, tunaikan haji, beli rumah / tanah) supaya ada panduan bila perlu dijual.

Harga emas akan turun naik. Namun untuk jangka masa panjang, harga emas telah menunjukkan kenaikan sebanyak purata 10% setahun. Bila harga emas turun, tambahkan simpanan. Bila harga emas naik dan kita dah capai matlamat, sila jual.

Kalau dah terbeli waktu harga naik, jangan panik sebab kita simpan gram emas. Selagi tak dijual, kita tak rugi. Peram saja sampai harga naik semula. Ini kelebihan simpan emas fizikal.

Kalau ada duit lebihan, waktu harga turun sila tambah gram simpanan emas kita supaya dapat turunkan harga purata belian untuk setiap gram.

SIMPAN EMAS = SIMPAN DUIT

Duit tak habis kalau simpan emas. Kalau tak simpan emas, duit ada kemungkinan boleh habis.

Ingin saya bimbing?

Daftar percuma di sini,
https://publicgold.me/aqilahidris
Kekayaan meningkat dalam konteks menyimpan emas..

Bukan lah pada KENAIKAN  harga emas ,
Tapi kepada PERTAMBAHAN gram emas
Minggu ini harga emas sedang trending jatuh.

Tapi jika dilihat dalam jangka panjang, harga emas trendnya naik.

Jadi, simpanlah emas untuk jangka panjang. Anda pasti UNTUNG!!

Bukan simpan hari ini, jual esok. Anda pasti RUGI!!
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
6 Perkara basic perlu tahu tentang pelaburan emas

Sebelum sertai mana-mana pelaburan emas

1. Jangan beli emas kalau hanya dapat kertas

2. Jangan beli emas kalau janjikan hibah

3. Jangan bayar yuran ahli kononnya untuk dapatkan emas murah, kemudian ditawarkan bonus tinggi kerana cari ahli (dah jadi ahli harga masih mahal)

4. Jangan serah semula emas kepada penjual untuk dapat keuntungan. (untung sebenar Buy Low, Sell High)

5. Jangan sertai Syarikat yang terdapat dalam senarai peringatan BNM (Alert list)

6. Beli emas kena dapat emas.

Jangan tak mulakan langsung simpan emas sebab anda bakal ketinggalan jauh kebelakang.

Mulakanlah untuk kekuatan kewangan anda Insya Allah
#TabungHutang

TENANG SAHAJA

Selagi kita ada kawalan terhadap hutang kita, jangan risau. Semuanya terkawal.

Siapa yang buat hutang lebih dari kemampuan, layak beli sebuah rumah. Rempit sampai 3 bijik akan mula terbeban nanti.

Kawal Dana Kecemasan kita, sediakan 6-12 bulan gaji agar hidup kita tenang.

Jangan buat hutang liabiliti baru, kawal dan elakkan.

Kawan kawan,

Waktu begini boleh kita bertahan (berjimat) atau tambah pendapatan.

Itu pilihan.

"Ekonomi begini kita kena banyak belanja bang, bagi circle economy berjalan?"

Itu kerja orang kaya dan kerajaan.

Kita yang simpanan belum ada, kekalkan menyimpan dan belanja keperluan sahaja.

Dapat sesuatu?

Kredit Dr AAA

Konsisten Simpan Emas
SIMPAN EMAS UNTUK ANAK ANAK

Jika ibu bapa ada perancangan menyimpan duit untuk Dana pendidikan anak-anak, saya menyokong penuh dan memberi galakan menyimpan dalam bentuk emas.

Simpan duit dalam bentuk emas #1gram1bulan sehingga mereka berumur 18 tahun.

Jom kira-kira,
1 tahun terkumpul emas 12gram.
18 tahun terkumpul emas 216gram.

Jika ketika itu harga emas RM500 segram, nilai simpanan emas (216gram) tersebut telah pun cecah RM108,000.

Jika tidak cukup untuk pelajaran mereka, sekurang-kurangnya ibu bapa ada sediakan Dana Pendidikan buat mereka supaya tidak terjebak dengan hutang pelajaran PTPTN dan sebagainya.

Biar simpan sedikit asalkan konsisten menyimpan. Daripada sikit itu akan bertambah dan bertambah menjadi banyak 🥳

Berguna kan simpan emas?
Mudah kan?
Semua orang bercita² untuk memiliki masa persaraan yang tenang.

Bagi membuat persediaan untuk dana persaraan, antara pelan tindakan yang pakar kewangan cadangkan ialah:

1- Mula 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴
2- 𝗞𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮 @ jangan buat hutang baru
3- Belajar 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻
4- Bina sumber 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗱𝘂𝗮
5- 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿 dalam pelaburan yang dapat memberi ROI yang tinggi
6- 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝟭𝟬-𝟯𝟬 % 𝗸𝗲𝗸𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 dalam bentuk emas sebagai insuran kekayaan

Moga kita hidup bahagia dan selesa di hari tua..😉
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk buat hutang jahat. Tapi masa ini sesuai untuk kumpul aset yang pegang nilai duit kita😎
APA UNTUNG SIMPAN EMAS?

Ini soalan biasa bagi yang tak biasa simpan emas.

Ataupun, mungkin ada juga yang dah pun simpan emas tapi masih tidak jelas mengapa dia menyimpan emas.

Untung aspek paling orang kejar. Dek kerana terkejarkan untunglah maka senang nak masuk perangkap skim cepat kaya.

Apa yang untung simpan emas?


Untung bila ada kenaikan harga emas
Sejarah menunjukkan harga emas meningkat secara jangka panjang. 20 tahun yang lepas, harga segram emas hanyalah RM30.

Sekarang ini pula, harga emas ialah sekitar RM270-RM280 segram.


Untung pertambahan gram emas bila harga menurun
Emas kan sejenis aset. Bila harga emas turun, kita boleh beli lebih banyak gram dengan harga yang lebih murah. Pemurataan kos pun boleh berlaku.


Untung bila duit tidak habis
Emas bila dibeli, kita hanya menukarkan duit kita menjadi emas. Kita bukan beli barang habis pakai buang.

Emas kekal di tangan kita dan tiada tarikh luput.


Untung bila naluri berbelanja dapat dirawat
Bila kita simpan duit, naluri berbelanja sangat tinggi. Sebagai ubat, simpanlah emas.

InsyaAllah sedikit demi sedikit kita akan mula menghargai setiap sen dari pendapatan kita.


Untung bila terdesak, emas boleh bertukar menjadi duit kecemasan
Hanya emas yang senang beli, mudah urus, boleh digadaikan dan memiliki tahap kecairan paling tinggi.


Untung dari sudut ketahanan terhadap inflasi
Harga emas turun naik secara jangka pendek. Bila harga naik, ia mungkin turun sedikit. Selepas itu ia akan naik semula secara signifikan.

Tidak seperti duit kertas. Nilainya bila dah turun, susah nak naik balik dan pulih kembali.
😉
“Saya ni tiada KWSP. Simpanan emas yang saya buat ini untuk dana persaraan saya akan datang.

Hasil niaga bolehla kumpul 50 ringgit sehari. Sekurang-kurangnya 1-2 gram sebulan, InsyaAllah boleh.

Umur saya sekarang dah 34. Kalau konsisten 2 gram sebulan. 20 tahun akan dah ada 480 Gram. “

👆👆Ini adalah contoh situasi.

Berapa banyak nak simpan setiap bulan bergantung kepada matlamat kewangan kita.

Jika kita berniaga kecil-kecilan, alihkan keuntungan hari ini sedikit kepada aset seperti emas. Konsisten. Untuk dana masa depan kita juga.😎
Menyimpan emas kena faham 2 perkara.

-Jangka masa pendek:
Harga emas ada naik ada turun

-Jangka masa panjang:
Harga sentiasa naik

Harga emas naik disebabkan nilai duit kertas yang semakin menyusut. Jadi sebagai penyimpan emas, ni 5 tips supaya kita sentiasa tenang dalam membuat simpanan:

#1-Fokus kepada pertambahan gram, bukan RM. Kita akan cepat risau bila terlalu fokus kepada RM. Harga emas bergerak setiap saat. Tak logik kalau kita beli emas ni harga emas tak turun-turun.

#2-Beli emas guna duit lebihan selepas kita dah buat simpanan kecemasan dalam bentuk RM untuk 3 ke 6 bulan duit gaji. Kalau dah ada simpanan kecemasan then boleh mula simpan emas. Cuba cek sat ada tak simpanan kecemasan?

#3-Tulis matlamat menyimpan dengan lebih jelas. Contoh :
50 gram - Deposit rumah

#4-Kalau beli emas dengan cara akaun emas GAP, target simpan 5 gram. Kemudian keluarkan dan simpan dalam dompet.