Public Gold Info
726 subscribers
5.98K photos
251 videos
2 files
2.35K links
Hai, saya Aqilah, dealer aktif yang komited bantu dan guide anda ada simpanan dalam bentuk emas.

Bermula RM100 boleh tukar duit ➡️ emas.

Daftar percuma akaun emas di sini : https://publicgold.me/aqilahidris
Download Telegram
OPR sebelum COVID-19 3.25%
OPR sewaktu COVID-19 turun sehingga 1.75% (terendah dalam sejarah)
OPR terkini 3.00%

Untuk elak inflasi, kadar faedah (interest rate) perlu dinaikkan.

Kenaikan kadar faedah akan menyebabkan kos pinjaman menjadi semakin tinggi.

Bermakna, kos bayaran hutang menjadi lebih tinggi dan instrumen pelaburan yang berkaitan kadar faedah memberikan pulangan lebih menarik.

Kadar faedah yang tinggi akan menyebabkan emas dan perak menjadi kurang menarik. Ini kerana kedua-dua aset ini tidak memberikan pulangan dalam bentuk dividen dan faedah.

Ini ilmu asas untuk faham turun naik harga emas. Tetapi ini bukan satu-satunya kayu ukur dalam menentukan harga emas.

Di Publicgold teqk perlu risau ini semua, kerana kita simpan emas fizikal. Bukan berdasarkan spekulasi mahupun leverage, jenuh nak layering nanti. Tapi kalau ada ilmu bab tu, silakan. Tiada siapa paksa dan tiada siapa halang.

Duit anda, tanggungjawab anda sepenuhnya. Jangan biarkan agen atau orang luar yang buat keputusan ke atas duit anda. Gittewww.
Perkongsian Rakan Dealer

Setiap kali saya tengok gambar ni, saya akan rasa sebak. Walaupun dah berkali-kali tengok.

Kisah ni berlaku 4 tahun lepas di Greece. Beliau seorang pesara. Datang ke bank mewakili isteri, dengan harapan nak keluarkan duit pencen.

Beliau telah pergi ke tiga buah bank, tak dapat duit.

Pergi pula bank yang keempat baru dapat keluarkan duit. Itu pun hanya dibenar keluarkan 120 euro sahaja, sekitar RM 500.

Ini menyebabkan beliau terduduk menangis di luar bank. Bayangkan duit usaha berpuluh tahun selama ni, tak boleh keluar.

Ini kerana Greece mengalami krisis hutang yang sangat teruk. Semua bank di Greece diminta hadkan pengeluaran duit pada orang ramai. Hampir 7,000 mesin ATM habis duit.

Bila tengok apa yang berlaku pada Greece, baru saya tau. Kalau berlaku  masalah ekonomi dan politik pada negara, banyak mana pun duit yang kita simpan dekat bank pun turut terjejas. Tak boleh keluar.

At least kalau ada emas di tangan, ada juga duit ketika gawat. Nilainya pun tak terjejas walaupun nilai duit jatuh teruk masa tu.
Bila memikirkan tentang anak pasti mana-mana ibu bapa pun akan memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Salah satunya adalah mempersiapkan tabungan untuk mereka apabila besar kelak. Tidak terkecuali bagi bekas pasangan , Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim. Walaupun kisah mereka sudah lama serta mereka tidak sebumbung lagi admin berpendapat ianya masih relevant untuk kita semua yang mempunyai anak.

Uniknya bekas pasangan tersebut bukan hanya sediakan tabungan biasa bahkan turut membuat tabungan berupa emas buat anak sulung mereka ini.

Disebalik kisah emas, bukan sekadar saja-saja, rupanya Fizo mula menyimpan emas untuk dirinya sendiri sejak 10 tahun lalu. Hebat!

“Saya mula menyimpan emas sejak saya bujang lagi dan cara ini sebenarnya tip yang diajarkan oleh kedua ibu bapa saya. Kalau ada duit lebih setiap bulan, saya akan belikan emas untuk diri sendiri, dalam bentuk barang kemas.

Saya akui ketika itu saya sama macam orang lain, terpaksa ikat perut dan berjimat cermat demi untuk masa depan. Tapi walau macam mana cara sekalipun, saya tak terlepas kumpul dan beli barang kemas demi memastikan misi tabungan saya berjaya.

Bukan simpan sahaja, kemudiannya saya kumpul dan leburkan semula menjadi ketulan emas. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi saya rasa tabungan emas adalah yang terbaik dan semua ibu bapa perlu wujudkan tabungan semacam ni buat anak-anak.

Bagi saya emas adalah aset yang terbaik berbanding simpanan lain yang ada dividen. Senang nak dicairkan semula dan kalau apa-apa kecemasan, boleh digunakan.

Kata Fizo lagi, semua ibu bapa perlu ada kesedaran untuk menyimpan emas sendiri, untuk tujuan kecemasan.

Malah kata Fizo, bukan hanya emas, bahkan ibu bapa perlu memperuntukkan tabungan buat anak-anak.

“Selepas saja anak lahir kita perlu wujudkan tak kira apa jenis tabungan, supaya apabila anak sudah berusia 20 tahun, dia sudah punya tabungan pendidikannya sendiri,” katanya lagi yang turut berkongsi perihal tabungan dan simpanan di dalam kelas motivasi yang dikendalikannya.

Banyak benarnya kata-kata Fizo ni. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi dalam perjalanan hidup kita. Kalau ada kecemasan, emas dan tabungan ini pastinya boleh membantu.

Jadi ibu bapa di luar sana kenalah contohi kisah bekas pasangan yang sama-sama punya perniagaan yang kukuh ini. Hebat!

Kredit Foto: instagram @mawar_karim, @fizoomar, Pa&Ma
🇱🇧👁🔥 Bantahan semalam di hadapan bank pusat Lubnan di Beirut. Lubnan telah melalui krisis ekonomi yang teruk sejak 2019 dengan kejatuhan nilai mata wang.
- Pada akhir tahun 2019, satu dolar bernilai 1500 paun Lubnan.
- Hari ini, ia sudah bernilai 55,000 paun.
Menyimpan bar emas merupakan salah satu cara konsisten menyimpan. Orang dahulu sudah merasa keuntungan menyimpan emas. Belum terlambat untuk kita mula hari ini!
1. Tuan puan semua, ianya TERAMAT MERBAHAYA untuk bergantung hanya kepada KWSP sebagai dana persaraan kita.

2. Pertamanya, wang itu memang tidak mencukupi. Mengikut data yang ada, 10.5 juta penyumbang KWSP mempunyai kurang daripada RM100,000 di dalam akaun mereka. Malah 6.2 juta penyumbang mempunyai kurang daripada RM50,000! Wang ini sudah tentu tidak cukup untuk menampung hidup (lupakan perkataan ‘selesa’) selama 20 tahun.

3. Kedua, it is unlikely for KWSP untuk membayar dividen yang lebih tinggi daripada 5% dimasa depan memandangkan ekonomi Malaysia dan dunia yang super lembab sekarang.

4. Ketiga, jika kadar inflasi naik menggila (hyper-inflation seperti yang berlaku di Turki dan di Venezuela), kuasa pembelian wang kita di masa depan akan jatuh dengan ketara.

5. Keempat, and this is the biggest danger, who is to say yang dana di dalam KWSP itu tidak akan ‘dikorek’, ‘ditebuk’ atau ‘disalahgunakan’ oleh pihak2 tertentu? Ingat yang kes dan insiden yang serupa telah berlaku dalam beberapa dana lain. Jadi walaupun pihak pengurusan KWSP bertungkus lumus hendak mempertahankan dana penyumbang, jika pihak yang memegang kuasa nak tebuk juga, apa yang mereka boleh buat???

6. Rumusannya? Ciptakan satu lagi dana persaraan anda. Saya menjanjikan yang ia akan menjadi salah satu langkah terbaik yang anda boleh buat seumur hidup.

Credit Azizi Ali Mentor Wang
Kadar dividen KWSP antara 5% setahun. Kadar inflasi pula 4%.

Yang tinggal hanya 1% setahun.