Public Gold Info
725 subscribers
5.98K photos
251 videos
2 files
2.35K links
Hai, saya Aqilah, dealer aktif yang komited bantu dan guide anda ada simpanan dalam bentuk emas.

Bermula RM100 boleh tukar duit ➡️ emas.

Daftar percuma akaun emas di sini : https://publicgold.me/aqilahidris
Download Telegram
Banyak cara untuk kita usahakan simpanan kita. Mahu tak mahu sahaja untuk mulakan.

1. Belanja kurang daripada pendapatan
2. Ubah Gaya hidup “minimalist”
3. Cari cara tambah pendapatan sampingan
4. Kurangkan makan minum diluar
5. Mulakan tabung warna
6. Rancang perbelanjaan harian, mingguan, bulanan
7. Kurangkan hobi main henpon, cari hobi yang boleh buat duit.
8. Beli yang perlu sahaja, bukan kehendak
9. Pergi kerja naik motosikal / carpool.
10. Bawa bekal ke ofis.

Ada banyak lagi cara. Cukup 10 ini sahaja dulu. Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggalkan semua ye.
MENGAPA SIMPAN EMAS?

1. Sebenarnya simpan emas sama saja dengan kita buat simpanan wang dalam akaun bank. Bezanya kita simpan dalam bentuk aset emas fizikal.

Dalam bank kita simpan dalam bentuk kertas iaitu wang fiat.

2. Wang kertas tak dapat kekalkan kuasa beli. Setiap tahun nilainya merosot disebabkan inflasi. Mudah kalau nak faham, nilai RM50 hari ini dengan 10 tahun lepas tak sama untuk beli barang kerana nilai duit jatuh.

5 tahun akan datang pun kita tahu, nilainya akan tetap jatuh. Setuju bukan?

3. Emas pula memang ada turun naik harga, tapi dalam jangka masa panjang nilainya semakin tinggi.

Harga emas mahal setiap tahun. Hari ni kita cakap emas pada tahun 2000 murah sebab masa itu baru RM35 segram.

Hakikatnya masa tu, mak² kita pun cakap harga emas mahal. Haha.

Jadi, simpanlah sebahagian portfolio simpanan anda dalam bentuk emas fizikal.
Jangan teragak-agak untuk simpan emas!

Setelah sekian lama kita simpan duit, apa duit dah bagi pada kita?

Duit kita sentiasa habis kita belanjakan.

Nilai duit semakin lama semakin kecil.

Kita tak ada simpanan yang tahan lama.

Tukar duit jadi emas. Itu kaedah terbaik sepanjang zaman.

Duit kita tahan lebih lama.

Harga emas semakin lama semakin mahal.

Kita ada benteng yang kuat jika berlaku apa-apa malapetaka kewangan.

Orang cakap, orang ada duit tak semestinya ada emas. Tapi orang ada emas, mesti ada duit.
Bukan hanya harga emas yang naik, tapi harga tanah dan rumah juga naik. Bezanya, emas masih boleh dibeli dengan RM100. Beli sikit² dan boleh keluarkan item dengan berat yang kita idamkan.

Itu lah untungnya menyimpan emas. Selain ia mampu menyimpan nilainya sendiri, emas juga kalis inflasi😎
Saya mula simpan emas sikit-sikit guna folder ini.

Setengah gram, segram dan 5 gram.

Penuh 1 folder, tambah folder baru. Penuh 1 folder, beli folder baru lagi.

Simpan emas ni ikut kemampuan masing-masing. Jangan tamak. Jangan terburu-buru.

Yang penting simpan, walaupun sikit. Yang penting konsisten. Jangan culas dan buat tak ingat nak beli emas setiap kali dapat duit gaji.
Jadual EPP terkini👆EPP adalah force saving terbaik untuk anda
Setuju sangat ☺️
"Kita beli dan simpan emas bukan kerana kita orang kaya. Kita beli dan simpan emas kerana nak mengelakkan "nilai RM" kita dari terus dirompak "kuasa"nya oleh INFLASI"

Kuasa apa ada pada RM?
Kuasa membelilah..
Sekarang "nilai" RM dah makin mengecil.
Sekaligus kuasa membeli turut berkurang.

Dulu RM50 macam-macam boleh beli.
Harini RM50 boleh dapat 1 - 2 barang keperluan asas sahaja.

Jelas?
PENJELASAN EPP

1. Apa itu EPP?
Epp ialah Easy Payments Purchase. Satu kaedah belian emas secara ansuran.
Ia peluang beli emas masa depan pada harga hari ni.

2. Adakah ia patuh syariah?
Ya kaedah belian emas secara EPP ada sijil patuh syariah dari panel syariah Amanie Advisors.

3. Berapa kali ansuran perlu dibayar?
6 kali bayaran dalam tempoh 6 bulan. Manakala bagi item besar boleh dibuat sebanyak 10 kali selama 10 bulan.

Walaubagaimanapun ada promosi khas yang membolehkan anda membeli emas sekecil 1 dinar dan 10 gram boleh dibeli dengan kaedah EPP.

4. Apakah maksud EPP10?
Easy Payments Purchase sebanyak 10 kali bayar dalam tempoh 10 bulan.

Bilakah saya perlu membuat bayaran?
Sebaik sahaja anda sahkan mahu buat belian EPP, anda akan lock harga di website dan system akan hantar "Proforma Invoice" yang menyatakan schedule tarikh pembayaran berserta amaun melalui email. Sila jelaskan pembayaran pertama dalam tempoh 7 hari selepas mendapat Proforma Invoice.

5. Jika harga emas naik adakah ansuran bulanan saya naik?
Ansuran bulanan tidak akan berubah sama ada emas naik atau turun kerana anda telah 'lock' harga. Anda perlu ikut sahaja schedule dalam invoice.

6. Bagaimana saya nak bayar?
Boleh bayar melalui online secara FPX. Simpan bukti pembayaran untuk kegunaan masa collect emas nanti. Screenshot pun diterima.

7. Selain update di apps Public Gold, anda juga boleh maklumkan pembayaran melalui email : payment@publicgold.com.my

8. Bilakah emas boleh di ambil?
Lepas habis bayar, anda boleh terus ambil emas anda di cawangan dengan membawa bukti bayaran dan "Proforma Invoice". (dalam email atau softcopy)

Penting: Pastikan anda simpan bukti bayaran untuk collect emas. Screenshot juga diterima.

9. Bolehkah saya selesaikan pembayaran EPP lebih awal tanpa mengikut jadual?
Boleh. Lagi cepat anda habis bayar lagi cepat dapat emasnya. Tiada penalti dan tiada pengurangan terhadap pembayaran.

10. Bolehkah saya batalkan EPP setengah jalan?
Boleh. Beritahu staff Public Gold untuk membatalkan EPP. Wang anda akan dipulangkan tetapi anda akan dikenakan penalti. Kadar Penalti ialah 5% dari keseluruhah harga emas yang telah anda lock.
Anggaran komitmen bulanan untuk EPP 10

1 Dinar : RM120
10gram : RM283
20gram : RM565
5 Dinar : RM601
10 Dinar : RM1201
50gram : RM1405

Kalau ada lebihan pendapatan, tentukan komitmen bulanan anda. Ia force saving terbaik untuk kewangan anda.

Beli emas bermakna kita menyimpan duit👍
Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan mengenai isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 (short formnya EPP)

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.

Orang awam maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil ‘𝒘𝒂’𝒂𝒅’ atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil ‘𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉’.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.