Public Gold by EZ
368 subscribers
4.41K photos
60 videos
4.53K links
Download Telegram
Dulu fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup.

Namun apabila dah kenal emas, ada saja duit untuk beli emas.

Rahsianya, cara minda berfikir sudah berubah.

Dulu bila ada duit saja, otak mula ligat nak berbelanja.

Sekarang ni, fikir nak tambah lagi koleksi simpanan emas, lagi dan lagi.

Itu pengalaman biasa penyimpan emas yang berilmu.

Emas ada auranya tersendiri.

Kena mula simpan dulu, nanti baru akan faham.
1 DISEMBER 2023 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan Disember 2023

1 Disember 2023 = RM331 ⬇️ -RM1

HARGA TERENDAH 2023
6 Januari 2023 = RM278

HARGA TERTINGGI 2023
29 Oktober 2023 = RM335

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
29 Oktober 2023 = RM335

Nak mula simpan emas secara percuma klik di sini,

https://ezgold.jp
EMAS UBAT KEBOCORAN SIMPANAN DUIT

Keuntungan menyimpan emas bukan sekadar terletak pada berapa percent (%) profit yang bakal kira perolehi tepi lebih daripada itu...

Salah satu keuntungan menyimpan emas ini adalah kita mampu mengawal nafsu boros dan mengatasi masalah kebocoran wang simpanan...

Kami sendiri merasai keuntungan simpanan emas ini.

Sebelum kami mengenali fungsi dan kelebihan menyimpan emas, duit gaji dan duit simpanan kami tidak pernah cukup dan sentiasa habis.

Dapat gaji bulan...Habis berbelanja...
Dapat bonus tahunan...Habis berbelanja...
Dapat duit business...Habis berbelanja...
Dapat untung saham...Habis berbelanja...

Nak mudah cerita, pantang ada duit lebih pasti habis berbelanja sana sini. Sebab itu kami tak pernah ada duit lebih sebulan gaji sebelum ini.

Alhamdulillah, sejak kami mula simpan emas dengan ILMU, pengurusan kewangan kami menjadi semakin sihat dan wang simpanan kami lebih terpelihara.

Banyak duit kami disimpan dalam gram emas dan yang paling penting duit simpanan kami kekal bertahan dalam jangkamasa yang panjang.

Sekarang ini situasi pengurusan kewangan kami 100% berubah.

Pantang dapat duit, pasti kami akan utamakan simpan emas dahulu. Selebihnya baru kami buat belanja keperluan harian.

Dapat gaji bulan...Terus simpan Emas...
Dapat bonus tahunan...Terus simpan Emas...
Dapat duit busines...Terus simpan Emas...
Dapat untung saham...Terus simpan Emas...

Sedar tak sedar... duit simpanan kami dalam gram emas meningkat secara drastik.

Sedar tak sedar, status kewangan semakin sihat dan kami sedang berusaha ke arah TRUELY FINANCIAL FREEDOM.
PENGURUSAN KEWANGAN

Tiga asas utama untuk capai kewangan yang sihat adalah:

(i) Kenali diri sendiri dengan analisa kedudukan kewangan semasa kita. Adakah sihat, okay atau tenat.

Caranya mudah, berapa peratus dari gaji kita dapat simpan setiap bulan. Penanda aras:
a. 20% dari gaji - sihat
b. 10% dari gaji - okay
c. Tiada lebihan gaji, malah negatif - tenat.

Ini merujuk kepada perbelanjaan. Perlu tahu mana keperluan dan juga kehendak. Senaraikan dan tanda yang mana boleh dijimatkan atau dihentikan. Sebagai contoh jenis kereta dibeli dan berapa RM dibelanja untuk tujuan itu.

(ii) Persediaan untuk beli rumah, yang kita perlu tahu dan sediakan adalah:
a. Had maksima boleh dibeli dengan gaji semasa.
b. Sediakan 15% dari harga rumah untuk bayaran deposit, peguam dan sebagainya.

Jumlah 15% kita boleh peroleh dari simpanan di langkah (i) dan juga pengeluaran akaun II KWSP.

(iii) Orang muda kena faham perangkap hutang, paling menakutkan pinjaman kereta. Untuk mula hidup, ikut saranan pakar kewangan dengan beli kenderaan yang harganya tidak lebih dari gaji tahunan.

Kalau gaji RM3,000 maka maksima harga kereta kita patut beli sekitar RM36,000 sahaja.

Kalau lebih dari itu maka ia beri kesan kepada:
- Langkah (i) simpanan mungkin jadi tenat.
- Langkah (ii), deposit rumah tak mampu dikumpul.
- Ia akan buka perangkap seterusnya masa kahwin dengan buat personal loan (pinjaman peribadi).

Apa yang saya kongsikan ini, untuk panduan kita bersama untuk capai tahap status kewangan yang sihat.

Insha Allah, pengurusan kewangan kita teratur daripada elemen dan akan ubah kehidupan jadi lebih baik:
- analisa kewangan peribadi
- matlamat kewangan
- pengurusan hutang
- belanjawan yang efisien

Kongsikan kepada pasangan anda, supaya punya matlamat dan kefahaman yang sama. Tahu tak, topik pengurusan kewangan menjadi teks khutbah di negara Brunei Darussalam.

Maksudnya, ia sangat penting!
MELABUR ATAU MENYIMPAN TERLEBIH DAHULU?

1. Sebelum terfikir untuk melabur, pastikan tabung kecemasan 3 bulan gaji dah ada.

2. Selagi tiada tabung kecemasan ini, jangan terfikir melabur. Nak pastikan tidak bocor, simpan dalam bentuk emas fizikal. Pasti tak dibelanjakan.

3. Katakan 3 bulan gaji berjumlah RM10,000 maka ia bersamaan 50 gram emas (kurang lebih).

Cara kira mudah je. Katakan gaji sebulan RM2,000 maka tabung kecemasan anda berjumlah RM6,000. Kalau tukar dalam gram emas sekitar 40 gram!

Dalam jangka masa panjang, seronok tengok nilai 50 gram jadi semakin tinggi.
Hari gaji! Seronok sekejap lah sebab dalam akaun ada banyak nombor.

Sebelum duit tu dileburkan ke tempat lain, selamatkan dulu sekurang- kurangnya 10% ke emas. Nampak sedikit, tapi bila diamalkan secara konsisten, hasilnya fuhhh...

Kerja bertahun duit simpanan payah lekat. Nak ada RM1000 pun susah. Apatah lagi RM10,000. Tapi ini kenyataan dulu-dulu.

Sejak simpan emas, nak ada RM1000 senang. Apatah lagi RM10,000.
Lain bunyinya, kan?
Belum cuba belum tahu.
Dah cuba, memang berhantu.

Jom! Apa tunggu lagi. Mula simpan emas sekarang. Untuk permulaan, beli dulu dengan RM100 sahaja guna akaun emas GAP.
2 DISEMBER 2023 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan Disember 2023

1 Disember 2023 = RM331 ⬇️ -RM1
2 Disember 2023 = RM335 ⬆️ +RM4

HARGA TERENDAH 2023
6 Januari 2023 = RM278

HARGA TERTINGGI 2023
29 Oktober 2023 = RM335

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
29 Oktober 2023 = RM335

Nak mula simpan emas secara percuma klik di sini,

https://ezgold.jp
👍1
MENYIMPAN,
JANGAN TUNGGU DUIT LEBIH

Kesilapan banyak orang bila nak menyimpan ialah nak tunggu ada "duit lebih".

Itu kesilapan yang besar!

Kalau nak tunggu duit lebih, sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.

Hatta kalau gaji meningkat pun, tetap tak akan ada duit "duit lebih" yang diharapkan tu.

Ia bukan sahaja disebabkan kenaikan harga barang, tapi juga kenaikan keinginan kita untuk berbelanja.

Bila pendapatan meningkat, maka keinginan kita turut sama meningkat! Kita akan cari 1001 alasan kenapa kita patut berbelanja, membeli itu dan ini.

Kita cenderung membuat keputusan dengan emosi, kemudian kita akan justifikasikannya dengan logik.

Jadi formula yang betul untuk menyimpan ialah PAKSA.

Setiap kali dapat gaji, paksa diri menyimpan sebahagian daripada pendapatan. Selebihnya barulah dibelanjakan.

Formula ini memang sudah proven.

Buktinya, kerana adanya simpanan paksa dalam KWSP, setiap orang bekerja di Malaysia ada simpanan untuk hari tua dan ada simpanan untuk dijadikan deposit membeli rumah pertama dan kedua...

Formulanya ialah PAKSA!
Bukan tunggu duit lebih.
3 DISEMBER 2023 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan Disember 2023

1 Disember 2023 = RM331 ⬇️ -RM1
2 Disember 2023 = RM335 ⬆️ +RM4
3 Disember 2023 = RM338 ⬆️ +RM3

HARGA TERENDAH 2023
6 Januari 2023 = RM278

HARGA TERTINGGI 2023
3 Disember 2023 = RM338

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
3 Disember 2023 = RM338

Nak mula simpan emas secara percuma klik di sini,

https://ezgold.jp
Tidak ada fomula lain bagi "Penyimpan Emas" melainkan beli saja bila korang ada lebihan duit yang tidak digunakan dalam jangkamasa 2 tahun.

Jangan kata korang adalah penyimpan emas yang berjaya kalau hanya beli emas sekali saja lepas tu tunggu harga emas naik harga.

Orang yang betul berjaya dalam simpanan emas ni adalah orang yang KONSISTEN membeli (kumpul) emas.

Semakin banyak emas yang berjaya dikumpul, itu bermakna semakin kaya (berharta).

Jadi, usah buang masa melihat atau memantau harga, sedangkan sepatutnya adalah pantau berapa gram emas yang berjaya korang kumpul.

Harga emas sudah pasti semakin lama, ia semakin mahal. Bukan kata emas, nasi lemak yang dijual ditepi jalan tu pun semakin tahun semakin mahal harganya.

Jadi buat apa kita nak pening kepala pasal HARGA?
Fokus kepada gram emas saja
5 KRITERIA BELI EMAS

Ada 5 kriteria penting dalam memilih mana-mana syarikat emas;

1️⃣ Harga emas
2️⃣ Kadar selisih harga (spread)
3️⃣ Syarikat / cawangan untuk urusan jual beli
4️⃣ Kesediaan stok emas
6️⃣ Jaminan beli balik tanpa syarat tak masuk akal

Kelima-lima kriteria ini perlu diambil kira secara pakej bukan hanya sebahagian sekiranya kita ingin memaksimakan keuntungan.

Hati-hati bila nak memilih untuk beli emas. Pilih syarikat dan produk yang betul. Cari ilmu supaya kita tidak membuat sesuatu pelaburan itu hanya membuta tuli ikut ‘trend’.

Boleh tengok vtt di bawah untuk keterangan lebih lanjut,

https://vt.tiktok.com/ZSNQfjrLF/

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Hari ini berlegar-legar post tentang seorang pembeli emas yang dikatakan kena ‘scam’ beli emas (rujuk gambar). Sebagai pembimbing simpanan emas di Public Gold, kami terpanggil untuk mengupas isu ini.

1️⃣ Harga emas.

Harga emas di Public Gold pada 2 tahun lepas (2021) adalah sekitar RM265 per gram. Jika kita beli 30 gram pada tahun 2021 di Public Gold, harga yang kita bayar adalah sekitar,

30 gram x RM265 = RM7,950

Harga emas penulis ini beli?

30 gram x RM295 = RM8,850

Beza kerugian pada harga belian untuk 30 gram adalah RM900.

Kesilapan pertama?

Memilih untuk beli emas tanpa buat kajian perbandingan harga emas antara syarikat.

2️⃣ Selisih harga (spread).

Selisih harga (spread) adalah beza harga antara harga beli dan harga jual. Di sinilah penjual emas akan ambil keuntungan mereka.

Selisih harga (spread) di Public Gold paling tinggi adalah 9% sahaja. Bermakna jika kita jual emas di Public Gold hari ini (2023), kita akan dapat harga RM310 per gram (rujuk pada gambar).

30 gram x RM310 = RM9,300

Harga jual semula (bukan di Public Gold) penulis ini dapat?

30 gram x RM281.67 = RM8,450

Beza kerugian harga jual semula untuk 30 gram adalah RM850.

Kesilapan kedua?

Menjual emas tanpa buat perbandingan syarikat yang boleh beli semula emas dengan kadar selisih harga (spread) yang lebih rendah.

Sekarang mari kita andaikan penulis memilih untuk beli emas di Public Gold pada tahun 2021 dan jual semula emas beliau di Public Gold pada tahun 2023.

Harga beli 30 gram (2021) = RM7,950
Harga jual semula 30 gram (2023) = RM9,300

RM9,300 - RM7,950 = RM1,350

bersamaan dengan keuntungan 16.98% dalam masa 2 tahun.

Kami tak berminat untuk bandingkan keuntungan dengan peratus ASB memandangkan ASB juga mempunyai kegunaannya sendiri, tapi kalian boleh buat penilaian.

3️⃣ Kesilapan ketiga?

Kepala ba*akan orang lain sedangkan kita yang tidak berusaha untuk mencari ilmu yang betul untuk kepala kita.

Pada asasnya, kesemua emas adalah sama. Nilai emas hanya ditentukan oleh berat dan ketulenannya. Namun, untuk dapatkan keuntungan yang maksimum kita perlu ambilkira beberapa faktor / kriteria seperti yang kami kongsikan di post ini,

https://t.me/publicgold_EZG/3529

Inilah pentingnya kenapa kita perlu pilih produk dan syarikat yang betul. Menfitnah simpanan emas sebagai satu scam sedangkan kita yang kurang berilmu.

Buat kajian, bukan ikutan.

Hati-hati.

Jangan disebabkan kita yang malas dan kurang bijak buat keputusan, kita heret sekali mereka yang boleh menjadikan emas ini satu jalan penyelesaian untuk masalah kewangan mereka.

Ramai pakar-pakar kewangan, baik di dalam negara mahu pun di seluruh dunia sudah menasihatkan kita untuk ‘bersedia’ dengan emas sebagai benteng terakhir bagi kewangan kita, jadi janganlah ada antara kita yang cepat ‘terpesona’ dengan post sebegini. Malahan negara-negara kuasa besar berlumba-lumba untuk mengumpul emas sebagai rizab negara mereka, jadi kenapa kita yang ilmu pendek sejengkal nak menidakkan kepentingan simpanan emas ini.

Iqra.

Baca dan cari ilmu.

Ditulis oleh,

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp