Public Gold by EZ
368 subscribers
4.42K photos
60 videos
4.53K links
Download Telegram
Emas ini simpanan atau pelaburan?
Apa beza penyimpan emas dan pelabur emas?

Jawapannya ialah: Niat anda!

Penyimpan emas = Orang yang berniat untuk menyimpan kekayaan @ duit cash ke dalam bentuk emas. Asal ada duit jer anda tukar cepat² ke dalam bentuk emas. Bagi anda, simpanan di dalam bentuk emas lebih baik daripada cash atas sebab-sebab berikut:

Profil seorang penyimpan emas:

1. Susah simpan duit. Asyik bocor akibat senang nak belanja. Tukar jadi emas, terus simpan. Selamat dari bocor.

2. Emas memberikan kepuasan jika dikumpulkan banyak², Jadi proses mengumpulkan harta adalah lebih cepat di dalam bentuk emas.

3. Emas tidak boleh dipinjam oleh orang. Duit ni senang orang pinjam. Bocor lagi.

4. Niat nak simpan emas untuk jangkamasa panjang. Bila ada keperluan di masa hadapan, barulah tukar jadi cash. Kalau takde keperluan tak perlu tukar emas jadi tunai.

5. Harga emas naik ke turun ke, anda tak kisah pun.

Bagi penyimpan emas, sifirnya mudah sahaja. Ada duit extra, tukar jadi emas.

Profil seorang pelabur emas.

Definisi: Orang yang ingin mendapatkan keuntungan dengan aktiviti membeli dan menjual emas.

Bagi mereka:

1. Emas dilihat sebagai pelaburan yg setaraf seperti ASB, unit trust, hartanah etc.

2. Aktif membeli dan menjual emas. Asal ada untung je, jual.

3. Anda suka melihat keuntungan di dalam bentuk tunai.

4. Bila anda beli emas, anda berdoa supaya harga emas naik mulai esok hari.

5. Bila anda jual emas, anda berdoa harga emas akan start jatuh mulai esok hari supaya anda boleh beli balik dengan harga rendah.

6. Kalau harga emas jatuh selepas anda beli, anda panik!

7. Kalau harga emas naik selepas anda jual, anda panik jugak!

Jika anda ingin menjadi penyimpan, senang aja hidup anda.Tapi jika anda ingin menjadi seorang pelabur emas yg mantap maka anda perlu belajar beberapa ilmu extra.

Contohnya:
1. Ilmu analisis teknikal harga emas.
2. Ilmu-ilmu fundamental yang mempengaruhi harga emas.
3. Economic report ie. Unemployment report. Housing report.

Makin banyak anda belajar, makin hebat skill anda sebagai pelabur emas. Anda bukan perlabur ikut²an.
TIP URUS DUIT SELEPAS KAHWIN

Perkahwinan adalah salah satu perkara penting dalam kehidupan kita, semua orang inginkan perkahwinan dan rumahtangga yang bahagia.

Bila bercerita tentang perkahwinan tidak boleh lari dari kos perbelanjaan, ada macam-macam kos belanja semasa majlis kahwin dan kos belanja selepas kahwin.

Majlis kahwin adalah untuk menghalalkan hubungan pasangan, tidak perlu untuk ‘all out’ semua duit kita untuk majlis yang mewah. Cukuplah sekadar dengan buat majlis biasa-biasa untuk raikan tetamu yang datang.

Tujuan majlis nikah adalah untuk menghebahkan perkahwinan bagi mengelakkan fitnah, majlis kahwin biasa-biasa pun tetap sah nikah.

Pasangan yang bijak akan berjimat pada hari majlis nikah dan fokus kepada hari selepas kahwin, macam-macam belanja nak kena keluar selepas kahwin.

Majlis nikah cuma sehari, kehidupan selepas majlis nikah sampai bila-bila. Pasangan nak kena pandai urus duit selepas kahwin, perkahwinan bukan main masak-masak petang-petang macam masa kita budak-budak dulu.

Saya kongsikan EMPAT tips bagaimana untuk susun kewangan selepas kahwin.

1. Sentiasa terbuka dengan pasangan; semua pendapatan dan duit belanja perlu dibincang dan disusun bersama pasangan untuk tahu status kewangan yang sebenar. Pastikan cashflow positif setiap bulan.

Apa itu cashflow positif? Cashflow positif adalah aliran tunai duit kita bila jumlah pendapatan kita melebihi jumlah perbelanjaan.

2. Matlamat kewangan yang jelas; bincang dengan pasangan tentang keperluan kewangan keluarga untuk 5 tahun, 10 tahun dan 20 tahun akan datang.

Jika perlu duduk sendiri adakah perlu sewa atau beli rumah? Bila nak beli kereta? Bila nak pergi haji? Bila nak pencen? Cari sifu kewangan insyaallah akan dapat jawapannnya.

Ada banyak persoalan kewangan bila dah kahwin yang sepatutnya dah dijawab sebelum kahwin lagi, masa lepas kahwin adalah waktu untuk laksanakan semua perancangan tersebut satu persatu.

3. Wujudkan tabung kecemasan; setiap pasangan perlu bersedia untuk hadapi waktu-waktu sukar dalam perkahwinan.

Realiti kehidupan tak sama seperti dalam drama TV, lebih baik kita diuji dengan masalah bila kita dah bersedia dengan simpanan yang cukup. Duit tak boleh selesaikan semua masalah, tapi banyak masalah boleh selesai bila ada duit.

Asingkan sebahagian duit gaji setiap bulan kepada tabung kecemasan, contohnya jika gaji dua-dua pasangan berjumlah RM6,000 mestilah ada tunai RM36,000 (minimum 6 bulan gaji).

Simpan tabung kecemasan tersebut di tempat yang memberikan pulangan hibah/dividen setiap tahun dan mempunyai risiko yang rendah. Biasanya ramai yang simpan di Tabung Haji dan ASB.

4. Kawal perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan; salah satu kesilapan kita tidak cukup duit setiap bulan bukan soal gaji besar atau kecil tapi soal urus duit belanja seharian.

Cara mudah nak atasi masalah urus duit adalah dengan catat semua perbelanjaan secara konsisten setiap hari untuk kita tahu kemana duit kita bocor.

Dengan cara ini kita tahu kat mana kita nak kawal belanja kita, utamakan belanja keperluan dan potong mana belanja kehendak.

Tak mati pun kalau tak tengok rancangan TV berbayar. Langgan mahal-mahal untuk semua channel tapi tak sempat masa pun nak tengok semua. Download cerita yang kita suka, nak tengok bila-bila pun boleh ikut waktu kita adalah jauh lebih baik.

Potong bayaran TV berbayar dapat jimat RM100 boleh buat simpan emas setiap bulan. Dapat simpan 0.3817 gram pun tetap emas, akan datang ada potensi naik harga.

Perkahwinan yang berkekalan adalah hasil dari kerjasama dan tolak ansur dari setiap pasangan. Pengurusan kewangan akan mewujudkan rasa tanggungjawab diantara pasangan.

‘Duit tidak boleh bawa mati, tapi tiada duit rasa nak mati’

Sama-sama pandai urus kewangan insyaallah keluarga kita akan bahagia. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua.
23 NOVEMBER 2023 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan November 2023

1 November 2023 = RM332 ↔️
2 November 2023 = RM330 ⬇️ -RM2
3 November 2023 = RM329 ⬇️ -RM1
4 November 2023 = RM329 ↔️
5 November 2023 = RM329 ↔️
6 November 2023 = RM329 ↔️
7 November 2023 = RM321 ⬇️ -RM8
8 November 2023 = RM318 ⬇️ -RM3
9 November 2023 = RM319 ⬆️ +RM1
10 November 2023 = RM321 ⬆️ +RM2
11 November 2023 = RM319 ⬇️ -RM2
12 November 2023 = RM319 ↔️
13 November 2023 = RM319 ↔️
14 November 2023 = RM319 ↔️
15 November 2023 = RM323 ⬆️ +RM4
16 November 2023 = RM320 ⬇️ -RM3
17 November 2023 = RM325 ⬆️ +RM5
18 November 2023 = RM324 ⬇️ -RM1
19 November 2023 = RM324 ↔️
20 November 2023 = RM324 ↔️
21 November 2023 = RM322 ⬇️ -RM2
22 November 2023 = RM326 ⬆️ +RM4
23 November 2023 = RM326 ↔️

HARGA TERENDAH 2023
6 Januari 2023 = RM278

HARGA TERTINGGI 2023
29 Oktober 2023 = RM335

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
29 Oktober 2023 = RM335

Nak mula simpan emas secara percuma klik di sini,

https://ezgold.jp
“Tengoklah, kalau ada lebih baru simpan".
"Takut tak cukup duit pulak hujung bulan. Banyak nak kena bayar ni."

Kawan-kawan, ini alasan biasa yang kita selalu bagi untuk elak diri sendiri paksa menyimpan. Menyimpan bukan habit kebanyakan kita. Last- last, kerja setahun, 3 tahun, 5 tahun pun masih gagal menyimpan.

Jadi, jangan tunggu ada duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun kita takkan ada duit lebih. Gaji besar tak cukup, gaji kecil lagilah tak cukup-cukup.

Adakah kita termasuk rakyat Malaysia yang tak ada simpanan walau RM1000?
Kalau jawapannya ye, ubah cara menyimpan sekarang. Usah simpan duit kertas, tapi kena simpan emas! Kalau masih buat cara sama, susahlah nak dapat hasil berbeza.

Orang yang pandai menyimpan, insya Allah pengurusan kewangannya akan bertambah baik. Dia dah mula sedar mana keperluan mana kehendak nak didahulukan.

Tak rugi ada emas. Sesak-sesak, jadi duit juga.
Ini ialah tips asas menguruskan kewangan dengan baik untuk membuat simpanan.

1️⃣ Bayar diri sendiri dahulu
sebelum kita bayar bil dan beli barang keperluan rumah. Asingkan dulu sebahagian untuk disimpan, paling-paling kurang pun 5% daripada pendapatan kita setiap bulan, terpulang mana satu yang sesuai nak disimpan dalam tabung haji, ASB ataupun emas.

Kenapa saya sarankan terpulang, sebab mengikut peratus pendapatan masing-masing dan kekuatan mental dalam menahan dari korek balik. Tak tahan godaan simpanlah dalam bentuk emas.

2️⃣ Kurangkan perbelanjaan.
Kurangkan belanja bukan bererti kita kedekut, tetapi bagaimana kita uruskan supaya kita masih boleh beri nikmat hidup kepada anak dan keluarga.

Sebagai contoh, kita boleh pilih makan ala-ala western atau steam boat di luar atau restoran, namun sebenarnya kos untuk penyediaan steam boat dan menu western jauh lebih murah jika disediakan sendiri oleh ibu-ibu dan tidaklah makan masa yang lama jika bijak menggunakan gadget dapur. Zaman sekarang macam-macam gadget boleh membantu.

Selain itu juga, tukar cara shopping barangan keperluan harian melalui online, sebab bila kita beli secara online ni, kita kurang menyimpang ke area-area ataupun lorong-lorong lain dalam mall yang boleh sebabkan kita ter”over” beli.

Untuk pakaian, pilih yang tidak terlalu mengikut trend terkini ataupun gaya klasik yang mampu milik dan berkualiti.

Selain fesyen tersebut kekal lama ianya juga membantu kita mengawal dari berbelanja berlebihan untuk pakaian yang hanya trending dalam waktu tertentu saja.

3️⃣ Latih diri dengan “ delay gratification” @ menangguhkan kehendak.
Tidak salah untuk membeli sesuatu yang kita inginkan untuk menambah kualiti hidup, namun adakalanya pembelian yang perlukan bajet besar, buatlah keputusan dengan ambil masa untuk berfikir dan bukan membeli secara terburu-buru.

Ada ketikanya kehendak kita itu dapat dipenuhi ketika adanya peluang yang lebih baik seperti semasa jualan langsung yang lebih murah harganya.

4️⃣ Sentiasa semak aliran tunai wang kita. Adakah ianya aliran postif atau negatif.

Sekiranya setelah di congak dan jimat berbelanja masih lagi negatif, maknanya sudah sampai masa anda mencari pendapatan sampingan lain untuk menampung pendapatan sedia ada.

5️⃣ Fahami setiap hutang yang kita ada dan rancang bagaimana untuk hapuskan hutang jahat seperti loan kereta ataupun kad kredit secepat mungkin.

Fokus selesaikan satu demi satu tanpa membuat komitmen hutang baru.

6️⃣ Disiplin diri yang tinggi. Disiplin dalam berbelanja ni cakap senang, namun nak buat amat mencabar, namun begitu ia tidak mustahil.

Salah satu cara untuk disiplinkan diri, tulislah matlamat kewangan yang nak dicapai dan tampal dekat ruang yang anda boleh nampak. Beritahu pasangan dan keluarga tentang apa yang anda ingin capai supaya sekiranya kita leka, ada pasangan untuk mengingati matlamat yang kita letakkan.
24 NOVEMBER 2023 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan November 2023

1 November 2023 = RM332 ↔️
2 November 2023 = RM330 ⬇️ -RM2
3 November 2023 = RM329 ⬇️ -RM1
4 November 2023 = RM329 ↔️
5 November 2023 = RM329 ↔️
6 November 2023 = RM329 ↔️
7 November 2023 = RM321 ⬇️ -RM8
8 November 2023 = RM318 ⬇️ -RM3
9 November 2023 = RM319 ⬆️ +RM1
10 November 2023 = RM321 ⬆️ +RM2
11 November 2023 = RM319 ⬇️ -RM2
12 November 2023 = RM319 ↔️
13 November 2023 = RM319 ↔️
14 November 2023 = RM319 ↔️
15 November 2023 = RM323 ⬆️ +RM4
16 November 2023 = RM320 ⬇️ -RM3
17 November 2023 = RM325 ⬆️ +RM5
18 November 2023 = RM324 ⬇️ -RM1
19 November 2023 = RM324 ↔️
20 November 2023 = RM324 ↔️
21 November 2023 = RM322 ⬇️ -RM2
22 November 2023 = RM326 ⬆️ +RM4
23 November 2023 = RM326 ↔️
24 November 2023 = RM326 ↔️

HARGA TERENDAH 2023
6 Januari 2023 = RM278

HARGA TERTINGGI 2023
29 Oktober 2023 = RM335

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
29 Oktober 2023 = RM335

Nak mula simpan emas secara percuma klik di sini,

https://ezgold.jp
Terdapat 2 jenis individu dalam dunia emas.

1. Dia simpan emas sebab dia NAK jadi pembayar zakat.

2. Dia takut simpan emas sebab TAKUT kena bayar zakat.

Orang nombor 1 nie dia akan simpan emas sedikit-sedikit sehingga dia berjaya kumpulkan 85 gram emas. Setelah setahun simpan maka dia akan bayar 2.5% zakat emas dari nilai semasa emas tersebut.

Jika emas tersebut kekal dalam simpanan maka setiap tahun dia akan bayar 2.5% daripada harga emas semasa. Dia akan rasa gembira sebab berjaya menjadi seorang pembayar zakat.

Ada orang berperangai nombor 2. Dia cakap "Tak nak simpan emas sebab rugi nanti kena bayar zakat"

Satu kelebihan emas adalah ia akan trigger otak orang untuk ingat kepada zakat.

Sedangkan jika anda kumpulkan harta dalam bentuk duit kertas dalam akaun bank, anda juga kena bayar zakat (sekiranya cukup haul dan nisab). Sebagai contoh, jika anda ada duit sebanyak RM20,361 yang disimpan setahun maka anda kena bayar zakat 2.5%.

Dalam Islam, orang yang berharta memang tak boleh elak daripada zakat. Hanya orang miskin yang tak perlu bayar zakat.

Al-Quran (Sural Al Baqarah ayat 155) ada menyebut bahawa Allah SWT menguji manusia dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Sekiranya anda bercita-cita menjadi orang kaya, jangan takut bayar zakat.

Hanya orang miskin takde harta yang tak perlu bayar zakat. Malah boleh jadi penerima zakat.
👍1
PERBAIKI PENGURUSAN KEWANGAN

Dalam kewangan peribadi & keluarga ada dua cara saja untuk baiki kewangan.

1. Tingkatkan pendapatan.
2. Kurangkan perbelanjaan.

Ramai orang cenderung untuk memilih cara ke-2 terlebih dahulu. Saya pun begitu.

Tetapi, sedarkah anda. Kaedah mengurangkan perbelanjaan ini sering bersifat sementara.

Hati kita tidak kuat untuk hari-hari berjimat sahaja. Lama kelamaan kita akan letih dengan cara ini dan kembali berbelanja seperti kebiasaannya.

Jika anda memilih kaedah ke-2, pastikan anda dapat bezakan cara berjimat dengan cara untuk elak membazir.

Kenapa? Sebab membazir itu amalan syaitan.

Tuan-puan, ramai juga orang yang pandai buat kaedah No.1 iaitu tambah pendapatan.

Okay, ini pandangan saya. Anda boleh berjaya tambah pendapatan dengan lumayan.

Beribu-ribu ringgit keuntungan boleh anda usahakan.

Cuma, jika kaedah No.1 ini berjaya. Anda masih perlu belajar satu skil lagi. Apatu?

Simpan. Simpan. Simpan.

Pandai tambah pendapatan mesti disertakan dengan skill pandai simpan. Kenapa?

Duit banyak tapi tak pandai simpan. Lama letih juga, kerja tak habis-habis. Kaya tu hilang.

Belajarlah cara menyimpan ya.
Gais,

insya Allah saya akan buat FB Live pada malam ini, Jumaat 24/11/2023.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas

Lokasi: FB page Syukor Hashim & Jonaina Nordin

https://www.facebook.com/syukorjonaina?mibextid=JRoKGi

Penyertaan PERCUMA.

Sila jemput rakan-rakan anda untuk belajar.

Ada tawaran untuk belian emas, tawaran jadi dealer dan cabutan bertuah menangi emas.

Jumpa malam nanti gais!

Encik Syukor Hashim
Diamond 6 Star FMD
25 NOVEMBER 2023 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan November 2023

1 November 2023 = RM332 ↔️
2 November 2023 = RM330 ⬇️ -RM2
3 November 2023 = RM329 ⬇️ -RM1
4 November 2023 = RM329 ↔️
5 November 2023 = RM329 ↔️
6 November 2023 = RM329 ↔️
7 November 2023 = RM321 ⬇️ -RM8
8 November 2023 = RM318 ⬇️ -RM3
9 November 2023 = RM319 ⬆️ +RM1
10 November 2023 = RM321 ⬆️ +RM2
11 November 2023 = RM319 ⬇️ -RM2
12 November 2023 = RM319 ↔️
13 November 2023 = RM319 ↔️
14 November 2023 = RM319 ↔️
15 November 2023 = RM323 ⬆️ +RM4
16 November 2023 = RM320 ⬇️ -RM3
17 November 2023 = RM325 ⬆️ +RM5
18 November 2023 = RM324 ⬇️ -RM1
19 November 2023 = RM324 ↔️
20 November 2023 = RM324 ↔️
21 November 2023 = RM322 ⬇️ -RM2
22 November 2023 = RM326 ⬆️ +RM4
23 November 2023 = RM326 ↔️
24 November 2023 = RM326 ↔️
25 November 2023 = RM327 ⬆️ +RM1

HARGA TERENDAH 2023
6 Januari 2023 = RM278

HARGA TERTINGGI 2023
29 Oktober 2023 = RM335

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
29 Oktober 2023 = RM335

Nak mula simpan emas secara percuma klik di sini,

https://ezgold.jp