Public Gold by EZ
367 subscribers
4.47K photos
60 videos
4.59K links
Download Telegram
Jika sehari kita menyimpan RM1 secara konsisten selama 5 tahun bekerja, boleh kumpul sekitar RM2,000 dengan pulangan purata 6%.

Jika yang tak ada simpanan itu daripada kalangan orang-orang tua di kampung, gelandangan, penoreh getah, buruh, petani dan juga nelayan - mungkin boleh kita terima jika mereka tak ada simpanan.

Tapi majoriti yang tak ada simpanan ini adalah orang yang ada sijil dan mempunyai pangkat yang besar, yang ada kerja tetap, ada kad kredit, beli kereta baru, tukar sport rim baru, pakai handphone branded, ada personal loan dan segala macam perbelanjaan.

Kalau pesan bab pengurusan kewangan masa sebelum krisis dulu, golongan ini yang akan pandang sinis. Yang akan kata bila lagi nak merasa duit sendiri. Bila masa nak enjoy kalau bukan sekarang.

Tapi apabila berlaku krisis kini, mereka jugalah yang laju menaip di media sosial mengatakan perlu bantuan.

Kalau tegur, golongan ini yang akan paling cepat sentap. Dulu sentap sebab kena tegur sebab beli kereta tak ikut kemampuan, atau kena tegur sebab tukar sport rim, sekarang sentap lagi.

Kawan-kawan,

Waktu krisis sebegini adalah waktu terbaik untuk muhasabah dan post moterm balik tabiat belanja kita masa ini.

Bukan waktu untuk menyalahkan orang lain, menyalahkan kerajaan, menyalahkan keadaan, menyalah Covid-19, menyalahkan semua orang disekeliling kita namun tidak mengakui kesalahan dan kesilapan diri sendiri.

Kita akui sekarang zaman yang penuh krisis namun ketika itulah juga akan muncul peluang.

Umpama pelangi yang hanya muncul ketika hujan di tengah tatkala kita sangkakan cerah hingga ke petang.

Keindahan pelangi hanya akan dikecapi oleh mereka yang sedar dalam teduhan hujan, bukan mereka yang tidur dalam kehangatan selimut.

Di Public Gold, kita boleh mulakan simpanan emas bermula dengan RM100.

Anda buat pilihan sendiri dalam kehidupan anda, samada nak mulakan simpanan atau teruskan berbelanja.

Jom sebarkan kebaikan menyimpan demi masa depan kita dan keluarga kita jua.

Kredit Nota: PG1M

Nak mula simpan emas?

Hubungi kami di whatsapp.
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza,
https://ezgold.jp
100 Dinar Emas.

Nak dengar cerita 100 Dinar Emas? Ini adalah salah satu pengalaman menarik pernah saya saksikan.

"Saya tak berapa ingat tahun kisah ini berlaku. Yang pasti ia terjadi sebelum tahun 2015 (sebelum zaman GST). saya terlupa tahunnya".

Ada seorang hamba Allah ini hobinya mengumpul 1 Dinar Emas.

Asal dia ada duit... dia akan beli 1 Dinar Emas.
Asal dia ada duit dia akan beli 1 Dinar Emas.

Hamba Allah ini sangatlah konsisten dengan hobi mengumpul Dinar Emas sehingga dia berjaya mengumpulkan 100 keping Dinar Emas.

Saya tak tanya pulak berapa lama dia ambil masa untuk kumpulkan 100 Dinar Emas ini.

Yang saya tahu, dia kumpul sedikit demi sedikit. Bila ada rezeki atau bonus beliau tukar kepada simpanan emas.

Satu hari hamba Allah ini menelefon saya. Katanya dia nak jual 100 keping Dinar Emas. Saya cakap OK. Nanti kita jumpa.

Bila dia jumpa saya, sambil senyum-senyum dia bagi satu plastik berisi 100 keping Dinar Emas Public Gold (edisi 916)

Saya terkejut, sebab Dinar Emas Public Gold ini biasanya diletakkan dalam kapsul plastik dan diletakkan bersama sijil ketulenannya. Tetapi dia pergi kopek semua kapsul plastik tersebut dan keluarkan Dinar Emas.

Sijil ketulenan pula diikatnya dengan getah bulat. 100 sijil.

Saya tanya dia "Bang, kapsul plastik dinar nie semua pergi mana?

Dia jawab "Saya dah buka. Sebab senang nak simpan Dinar nie kalau takde kapsul tu".

"Ooooo.. gitu.... jawab saya sambil senyum. Takper, takde masalah untuk saya beli walaupun kapsul nie tak ada"

"Abang jual 100 Dinar nie, nak buat apa?" tanya saya lagi.

"Saya nak beli tanah" jawab dia.

"Oh.. baguslah kalau jual dinar nie untuk beli tanah. Sebab aset tukar kepada aset" balas saya.

Waktu tu harga belian balik 1 dinar adalah RM465 sekeping. Jadi nilai 100 Dinar Emas tersebut adalah RM46,500.

Kalau beliau tak jual dan konsisten simpan sampai sekarang saya rasa beliau boleh beli bukan setakat tanah tetapi tanah siap dengan rumah.

Ada 2 perkara yang kita boleh belajar dari kisah ini.

1. Istiqamah - sabar dan konsisten, InsyaAllah boleh nampak hasilnya.

Tengok macammana penyimpan ini boleh kumpul 1 dinar sedikit-sedikit sehingga dapat 100 keping.

Yang penting mesti konsisten. Ia mungkin makan masa bertahun-tahun.

Biar pun bemula sedikit demi sedikit, asalkan bergerak dan jangan berhenti.

2. Akan tiba masa dimana Dinar Emas itu perlu dijual. Contohnya untuk menukar kepada aset lain seperti tanah dan rumah.

Jadi jual ajerlah. Tak perlu sayang-sayang. Sebab aset tukar kepada aset. Itu memang bagus, SANGAT BAGUS.

Semoga anda mendapat inspirasi dari kisah ini.

Kredit Nota: Tuan Syukor Hashim

Nak mula simpan emas?

Hubungi kami di whatsapp.
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza,
https://ezgold.jp
Kos pendidikan bertambah saban tahun. Katakan sekarang kos pendidikan untuk peringkat sarjana muda adalah RM35 ribu.

Dengan inflasi yang berlaku kepada matawang Ringgit dengan purata 5% setahun, kemungkinan 18 tahun akan datang, bidang pengajian yang sama tapi kos naik jadi RM65 - RM70 ribu.

Inilah fungsi emas memenuhi tuntutannya. Emas boleh kekalkan nilai duit walaupun beratus tahun akan datang.

Tukar duit raya dan duit simpanan daripada duit poket sekolah kepada emas dan inilah permulaan simpanan tabungan kepada langkah yang bijak.

Baik, kita buat kira-kira.

Siti berumur 1 tahun, sudah ada akaun GAP Public Gold. Setiap kali perayaan, ibubapanya akan tukarkan duit raya 100% kepada emas untuk dana pendidikan Siti.

Setiap kali sambutan hari lahir, Siti dapat hadiah 1 dinar daripada ibu dan 1 dinar daripada ayahnya. Jumlahnya adalah 2 dinar setiap tahun daripada hadiah hari lahir.

Siti juga pelajar cemerlang. Setiap tahun Siti mendapat anugerah pelajar cemerlang. Ibubapanya menghadiahkan Siti 10 gram emas masuk akaun GAP.

Jumlah tabungan emas Siti adalah 291 gram sebaik Siti lepas SPM dan Siti nak sambung pelajaran. Dengan 291 gram, harga emas pada waktu itu RM500 segram bersamaan RM145,500 bila ditukar kepada duit.

Wow. Ibubapa Siti terkejut. Bukan saja terkejut sebab banyak, tapi teruja sebab Siti langsung tak bergantung kepada bantuan sesiapa untung sambung belajar.

Boleh belanja untuk sara diri selama 6 tahun lagi. Laptop pun boleh beli dengan emas itu.

Semoga kita semua terbuka minda. Hanya tukar duit raya, hadiah hari lahir, hadiah pelajar cemerlang kepada emas dan juga duit simpanan daripada duit poket sekolah. Daripada beli barangan yang susut nilai seperti telefon pintar dan sebagainya, ada baiknya tukarkan kepada emas.

Kredit Nota: PG1M

Nak mula simpan emas?

Hubungi kami di whatsapp.
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza,
https://ezgold.jp
👍1
Sepatutnya melabur emas menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, bukan menekan emosi anda.

Melabur emas sepatutnya menggunakan dana lebihan yang tidak digunakan dalam jangka masa panjang.

Bukannya beli emas hari ini dan terpaksa jual bulan depan sebab nak pakai duit.

Itu konsep yang salah, tidak menyeronokkan dan boleh menyebabkan anda serik nak melabur di masa hadapan.

Jadi, untuk menyelesaikan dilema ini, saya nak bagi panduan kepada anda. Panduan ini saya belajar daripada Dave Ramsay, pakar kewangan dari US.

Menurut Dave Ramsay, anda perlu membina dana kecemasan dalam bentuk TUNAI sebanyak USD1,000.

Kalau dalam RM, saya cadangkan dalam RM3,000 ke RM4,000 tunai.

Tunai ini perlu ada dalam akaun bank, akaun semasa, ASB atau Tabung Haji. Anda gunakan tunai ini bila situasi hidup mati aje.

Kalau takde situasi hidup mati atau kecemasan. JANGAN SENTUH DUIT INI.

Duit ini adalah dana kecemasan anda. Ia boleh mengelakkan daripada anda jatuh susah apabila berlaku situasi kecemasan.

Selepas itu, barulah duit yang lain anda buat pelaburan seperti menyimpan emas.

Dalam buku Dave Ramsay, ini dipanggil Baby Step 1: Beginner Emergency Fund.

Oleh itu, langkah pertama membina dana kecemasan adalah KEUTAMAAN ANDA.

Saya sendiri, walaupun suka dengan emas, namun saya mempunyai wang tunai sebagai dana kecemasan, sebab takut berlakunya situasi kecemasan yang memerlukan tunai segera dengan pantas.

Pelaburan sepatutnya menjadi keseronokan.

Kita seronok beli emas dan tengok harganya naik dalam jangka masa panjang.

Kita nak elakkan situasi kecemasan yang boleh menggangu emosi.

Jadi, mulakan langkah membina dana kecemasan sebanyak RM3,000 ke RM4,000 agar boleh membantu anda mempunyai ketenangan fikiran.

Kredit Nota: Tuan Syukor Hashim

Nak mula simpan emas?

Hubungi kami di whatsapp.
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza,
https://ezgold.jp
👍1
31 JULAI 2023 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,
https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan Julai 2023

1 Julai 2023 = RM310 ⬆️ +RM2
2 Julai 2023 = RM310 ↔️
3 Julai 2023 = RM310 ↔️
4 Julai 2023 = RM311 ⬆️ +RM1
5 Julai 2023 = RM310 ⬇️ -RM1
6 Julai 2023 = RM311 ⬆️ +RM1
7 Julai 2023 = RM307 ⬇️ -RM4
8 Julai 2023 = RM311 ⬆️ +RM4
9 Julai 2023 = RM311 ↔️
10 Julai 2023 = RM311 ↔️
11 Julai 2023 = RM310 ⬇️ -RM1
12 Julai 2023 = RM312 ⬆️ +RM2
13 Julai 2023 = RM316 ⬆️ +RM4
14 Julai 2023 = RM316 ↔️
15 Julai 2023 = RM309 ⬇️ -RM7
16 Julai 2023 = RM309 ↔️
17 Julai 2023 = RM309 ↔️
18 Julai 2023 = RM309 ↔️
19 Julai 2023 = RM312 ⬆️ +RM3
20 Julai 2023 = RM312 ↔️
21 Julai 2023 = RM311 ⬇️ -RM1
22 Julai 2023 = RM311 ↔️
23 Julai 2023 = RM311 ↔️
24 Julai 2023 = RM311 ↔️
25 Julai 2023 = RM312 ⬆️ +RM1
26 Julai 2023 = RM311 ⬇️ -RM1
27 Julai 2023 = RM312 ⬆️ +RM1
28 Julai 2023 = RM306 ⬇️ -RM6
29 Julai 2023 = RM310 ⬆️ +RM4
30 Julai 2023 = RM310 ↔️
31 Julai 2023 = RM310 ↔️

HARGA TERENDAH 2023
6 Januari 2023 = RM278

HARGA TERTINGGI 2023
3 Mei 2023 = RM316

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
3 Mei 2023 = RM316

Nak mula simpan emas secara percuma klik di sini:
https://ezgold.jp
Pilihan mana yang terbaik untuk membeli emas fizikal? Samada goldbar atau dinar?

Emas bentuk goldbar dan dinar adalah aset fizikal yang boleh dibuat simpanan dan pelaburan untuk masa depan.

Saya kongsikan 10 fakta yang berkaitan dengan goldbar dan dinar yang kita perlu tahu:

1. Emas yang berketulenan 999.9 (24K); emas tulen yang tiada unsur campuran logam yang lain. Ada sebahagian dinar berketulenan 916 dan 917.

2. Harga per gram emas lebih murah tanpa upah tukang (workmanship fee) yang tinggi, biasanya kos pembuatan emas dipanggil sebagai caj premium.

3. Berbentuk petak untuk goldbar dan berbentuk bulat (syiling) untuk dinar. Berat seragam untuk 1 dinar adalah 4.25 gram.

4. Ada pelbagai saiz yang bersesuaian dengan bajet kita; goldbar boleh dimiliki dengan hanya serendah 0.1 gram dan dinar boleh dimiliki dengan serendah ¼ dinar.

5. Goldbar dan dinar boleh digadai di arrahnu dan boleh dapat gadaian (pinjaman) yang lebih tinggi. Had pinjaman dan kadar upah simpan berbeza bergantung untuk setiap arrahnu.

6. Goldbar dan dinar sahlaku untuk dijual di mana-mana kedai emas di seluruh dunia, harga belian balik berbeza untuk setiap kedai. Sebaiknya jual balik emas di kedai/syarikat emas yang kita beli dulu untuk dapatkan harga yang lebih tinggi.

7. Susut nilai (spread) goldbar dan dinar adalah rendah berbanding barang kemas, nak untung cepat dan maksimum boleh simpan goldbar dan dinar.

8. Cara penyimpanan goldbar dan dinar sangat mudah; boleh simpan sendiri di rumah atau boleh sewa ‘safety box’ di mana-mana bank yang menyediakan servis ini.

9. Ada pelbagai edisi dan corak untuk dibuat koleksi simpanan, boleh dijadikan hobi yang menguntungkan di masa depan.

10. Simpan goldbar dan dinar diwajibkan bayar zakat jika simpanan kita cukup 85 gram (20 dinar) dalam masa setahun, zakatnya adalah 2.125 gram (½ dinar).

Sepuluh fakta di atas perkara asas yang kita perlu tahu sebelum kita membeli emas goldbar dan dinar, bila dah ilmu mudah untuk kita buat pertimbangan dengan lebih baik.

Jangan beli emas ikut-ikut orang, belilah emas ikut pada poket kita sendiri dan ilmu yang kita ada. Insyaallah dengan ilmu dan tindakan yang betul kita boleh sama-sama buat untung dengan emas.

Kredit Nota: PG1M

Nak mula simpan emas?

Hubungi kami di whatsapp.
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza,
https://ezgold.jp
1 OGOS 2023 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,
https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan Ogos 2023

1 Ogos 2023 = RM309 ⬇️ -RM1

HARGA TERENDAH 2023
6 Januari 2023 = RM278

HARGA TERTINGGI 2023
3 Mei 2023 = RM316

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
3 Mei 2023 = RM316

Nak mula simpan emas secara percuma klik di sini:
https://ezgold.jp
Dilema Seorang Pelabur

"Tuan, saya ada sejumlah besar dividen Tabung Haji , apakah alternatif terbaik untuk saya kembangkan dividen tersebut?"

Kata ejen skim XYZ, "Masuk skim cepat kaya XYZ la, boleh dapat duit bulan-bulan".

Kata staff XXX Bank, "Buat ASB loan, lepas tu top up dengan duit TH."

Kata ejen takaful, "Masuk takaful haji, lagi bagus dari Tabung Haji. Pelaburan dapat, perlindungan pun dapat".

Kata ejen unit trust, "Masuk unit trust la. Boleh bagi return 15% ke 20% setiap tahun, patuh syariah lagi."

Cadangan saya?

✔️ Kekalkan duit simpanan di Tabung Haji untuk tunaikan haji, sampai giliran boleh gunakan simpanan tersebut tunaikan haji.

✔️ Selebihnya boleh simpan dalam bentuk aset fizikal seperti rumah, tanah dan emas yg lebih kukuh nilainya, jangan terpedaya dengan digit angka duit kertas yg banyak sebab nilainya merosot setiap tahun disebabkan inflasi.

✔️ Kumpul aset fizikal yg keuntungannya boleh dikawal sepenuhnya oleh kita, risiko untuk rugi adalah rendah kerana nilainya kekal dan harganya semakin tinggi dalam jangkamasa panjang.

✔️ Sebelum buat tindakan diatas baca buku untuk cari ilmu dan cari mentor untuk mengesahkan ilmu yg dipelajari dari buku tersebut, jangan cari broker nanti semua duit kita dihabiskan untuk menguntungkannya.

NOTA: Jangan tanya si tukang gunting sama ada kita perlu gunting rambut atau tak. Sebab dia akan kata perlu gunting walaupun kita botak.

Kredit Nota: PG1M

Nak mula simpan emas?

Hubungi kami di whatsapp.
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza,
https://ezgold.jp
ALERT HARGA TURUN

Alhamdulillah harga turun lagi.

Tahniah pada penyimpan kami yang laju betul tambah simpanan bila harga bertukar pukul 12 tengah malam tadi menjadi RM305 per gram.

👏🏻😍

Bagi yang memang ada plan nak tambah simpanan secara outright (full / EPP) boleh terus monitor harga yang terbaik untuk lock ya.

Bagi yang nak tambah simpanan di GAP, RM305 ni memang dah best. Silakan tambah simpanan ya.

Jom kejar target simpanan kita!

Ezzy & Zaza
PG00285107
👍1
BUNGAMAS 5 GRAM VS 10 GRAM

Alhamdulillah ramai yang excited borong emas malam ni. Sedikit peringatan bagi yang nak buat belian secara outright (full / EPP),

1️⃣ Bila dah pasti dengan belian, baru tekan Confirm Order ya sebab order yang dah dibuat jika nak cancel akan dikenakan penalti 10% dari harga item.

2️⃣ Untuk item-item yang kecil (small wafers; 1 gram, 1/4 dinar, 1/2 dinar, bungamas 5 gram) sebaiknya beli melalui akaun GAP sebab harga di outright (full / EPP) lebih mahal sebab harga small wafers adalah harga retail (harga tetap) yang tak berubah ikut harga pasaran.

Saya sertakan contoh jadual untuk EPP10 bungamas 5 gram x 2 keping berbanding dengan bungamas 10 gram x 1 keping.

Banyak beza tu.

😅

Ezzy & Zaza
PG00285107
👌1
“Tuan, saya lihat harga makin turun. Boleh dan sesuai tak saya simpan emas sekarang sebab takut rugi lah”

Saya tenangkan beliau dan beri jawapan ringkas supaya beliau lebih faham tentang emas. **Basic perlu diperkemaskan.

1. Saya perhatikan penyimpan emas atau sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak menjadi penyimpan Emas mempunyai dua tabiat iaitu apabila harga NAIK berlaku situasi PANIK dan apabila harga TURUN juga berlaku situasi PANIK.

2. Sebenarnya harga emas naik dan turun itu adalah perkara biasa dan ianya adalah Normal dalam dunia Pelaburan emas.

3. Jika ada yang mengatakan harga emas sentiasa dalam keadaan naik, itu adalah ayat daripada peniaga yang kejar sales.

4. Emas naik dalam tempoh jangkamasa panjang. Jika jangkamasa pendek, kita akan melihat harga emas naik & turun.

5. Apabila beli emas, pastikan beli pada individu yang dapat bimbing kita dengan konsep yang betul.

6. Bukan sekadar kita beli emas pada individu berkenaan tetapi kita mahu dapatkan tips dan ilmu secara PERCUMA. Itu antara tips menyimpan atau melabur cara selamat.

7. Apabila berlaku situasi harga emas turun, pejam mata dan mulakan simpanan emas. Ambil peluang ini. Jika sudah mula menyimpan emas, ambil peluang untuk tambahkan GRAM.

8. Peluang & ruang bukan selalu terhidang. Harga emas turun adalah rezeki dan harga emas naik juga rezeki. Cuma kita memandang dari sudut Keuntungan & kerugian semata-mata.

9. Ketika situasi harga emas turun atau naik, apa yang menariknya berat emas (GRAM) yang kita miliki tidak akan berkurang langsung.

10. Itu antara kelebihan menyimpan emas. Ianya bersandarkan fizikal. Bukannya bersandarkan harga semata-mata. Kita boleh tidur lena tanpa memikirkan kurangnya GRAM emas kita.

11. Jangan panik tetapi tenang-tenang saja. Orang yang tenang selalu menang.

Moga bermanfaat buat semua pelanggan Public Gold.

Kredit Nota: Tuan Syukor Hashim

Nak mula simpan emas?

Hubungi kami di whatsapp.
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza,
https://ezgold.jp
👍1😇1
Kebanyakan datuk nenek kita dahulu mati mereka dengan kaya harta.

Duit tak banyak tapi meninggalkan tanah berpuluh ekar. Barang kemas beratus gram. Harta mereka boleh diagih-agihkan jadi harta pusaka untuk anak cucu.

Mereka bekerja keras dengan berniaga kecil-kecilan, bertani, menoreh getah, tanam padi dan sebagainya. Dapat untung sikit mereka tukarkan kepada harta seperti tanah dan emas.

Masa itu kena struggle sebab zaman baru lepas merdeka. Mereka tahu perit jerih untuk makan sesuap nasi. Duit hasil hari ini kena ada simpan untuk hari muka. Itulah lumrah mereka. Ada hasil, ada simpanan.

Kerja makan gaji belum ada waktu itu.

Zaman berganti, industri mula berubah daripada kerja sendiri kepada kerja makan gaji. Datuk nenek kita yang hidup 'struggle' itu tak mahu lagi melihat anak mereka kerja berat. Mereka nak anak cucu mereka mengubah nasib keluarga.

Mereka nak anak mereka belajar tinggi-tinggi dan dapat pekerjaan yang selamat. Kerja makan gaji menjadi tarikan yang utama. Kerja makan gaji jadi terkenal sebab semua anak muda masa itu berlumba-lumba belajar tinggi-tinggi untuk mengubah nasib keluarga dan dapat pekerjaan yang best-best.

Industri pertanian, kerja berniaga dan kerja sendiri mula ditinggalkan oleh anak muda. Mereka makan gaji, mereka rasa lebih secured (selamat). Duit gaji yang mereka dapat dihabiskan begitu saja. Tiada lagi rasa nak tukar kepada harta kerana bulan depan dan seterusnya dapat lagi gaji.

Inilah generasi yang ada pada hari ini. Robert Kiyosaki namakan mereka sebagai 'baby boomers', iaitu generasi yang lahir selepas keperitan hidup ibubapa mereka yang nak anak mereka lebih selamat. Dapat makan dan minum dan sikit bermewah.

Apa kesannya? Kesannya mereka jadi mangsa kepada keadaan. Mereka kerja makan gaji, selamat dapat makan setiap bulan. Tapi mereka lupa yang hidup selepas pencen pun perlukan duit yang banyak.

Bagi yang bawah 40 tahun, waktu sebelum pencen masih ada lagi 10-20 tahun. Cepat mulakan simpanan. Boleh mula dengan emas dulu. Tengok perubahan. Kalau dalam masa 20 tahun ini boleh simpan sampai 500 gram, ini dah cukup untuk dana pencen.

Kredit Nota: PG1M

Nak mula simpan emas?

Hubungi kami di whatsapp.
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza,
https://ezgold.jp
👍1