Public Gold by EZ
367 subscribers
4.49K photos
60 videos
4.61K links
Download Telegram
Hari ni special sikit…🥰
Akhirnya dapat collect emas 100 gram yang pertama Yeayy!

Ni pon asbab ambil EPP jer. Ikat 10 bulan, tak sangka dalam masa 5 bulan dah habis bayar. Tak mampu nak cash, kita bayar ansur-ansur…

Betul la orang kata, simpan emas tak perlu tunggu "duit banyak", baru nak mula..

Mula jer dulu… nanti duit yang ikut kita simpan.

Dulu ingat mustahil…
Sekarang dah jadi kenyataan. Alhamdulillah.
Simpan emas ni bukan soal kaya,
Tapi soal berdisiplin dan ada hala tuju kewangan.

🟡 Emas ni bukan untuk tunjuk-tunjuk,
Tapi untuk jadi perlindungan masa depan.

Kalau Anne boleh buat, korang pun boleh.
Slow-slow, tapi konsisten.

Kredit nota: Puan Anne Soon

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Wang Kertas Lemah, Emas Tetap Teguh

Pernah tak anda rasa duit gaji makin tak cukup walaupun kerja makin kuat? Dulu gaji RM2,000 rasa tak boleh simpan. Sekarang RM4,000 RM5,000 pun rasa macam tak lepas juga.

Saya pun rasa begitu.

Sebenarnya bukan kita je yang rasa begitu. Ia berlaku kepada semua orang. Sebab utama ialah kerana nilai duit kertas makin merosot. Inilah yang dipanggil inflasi.

Tapi emas tak terkesan dengan inflasi seperti duit. Malah dalam banyak krisis ekonomi, harga emas naik bila nilai mata wang jatuh. Sebab itu orang bijak mula tukar sebahagian simpanan kepada emas. Mereka tahu emas ialah penyelamat nilai.

Dalam buku Wang Emas tulisan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie beliau ada kongsikan secara praktikal bagaimana emas mampu jadi pelindung kewangan dalam keadaan ekonomi tak menentu.

Buku beliau bukan teori semata-mata, tapi pengalaman sebenar simpan emas sejak tahun 2010.

Isi penting dalam buku ini ialah beliau mengupas dengan jelas emas dari sudut SIMPANAN bukan PELABURAN.

Buku ini bukan saja tentang emas, tapi tentang bagaimana kita boleh kekal tenang dan selamat dalam dunia yang penuh ketidaktentuan.

Kalau serius nak kukuhkan simpanan dalam bentuk emas, ini antara bahan bacaan wajib.

Kredit nota: Tuan Azlan Abdul Rahman

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
BISNES BUKAN MAKAN GAJI.

Orang yang “tak makan gaji” samada buat bisnes sendiri, usahawan atau konsultan adalah golongan yang paling berisiko untuk salah urus duit.

Bukannya apa.. Time “masyuk”, duit turun macam hujan. Sales boleh capai juta-juta dan income boleh cecah ratusan ribu sebulan.

Tapi.. Ramai yang lupa untuk jaga cashflow supaya kewangan tidak tersangkut di tengah jalan. #apeni?

Akak dan suami juga dah 3-4 tahun hidup tanpa makan gaji. Tidak dinafikan pendapatan bisnes kami jauh lebih besar berbanding gaji sebagai Senior HR Manager dan Senior Engineer dulu.

Tapi.. Akak dan suami kekal mengambil langkah berjaga-jaga dalam menguruskan duit.

Antara perkara kami buat :

1️⃣ Pisahkan Duit Bisnes & Duit Peribadi

Jangan campur akaun. Duit bisnes dan belanja rumah semua perlu jelas diasingkan. Bila campur, susah nak jejak dan akhirnya, cashflow jadi kucar-kacir.

2️⃣ Atur Perbelanjaan Operasi Business

Sewa, gaji staf, marketing semuanya perlu dalam bajet. Belanja ikut kemampuan, bukan emosi. Kami tak berani nak besar kepala bila jualan naik. Walaupun dah 5 tahun berturut-turut kami pemegang rekod Personal Sales terbesar dalam Public Gold. Kami masih kekal berhati-hati.

3️⃣ Bayar Hutang Ikut Jadual

Komitmen bulanan mesti terancang. Elak lambat bayar sebab interest boleh jejaskan aliran tunai. Malah ada hutang yang kami bayar beberapa bulan ke depan. At least dah secured rekod bank beberapa bulan ke depan.

4️⃣ Bekukan Untung Bisnes Jadi Emas

Duit? Fuh berbinau mata bila terlalu banyak. Jadinya kami akan convert keuntungan bisnes jadi emas. Biar je keras kejung dan tak bocor. Ini kubu last simpanan andai diuji kewangan di masa depan. Semakin banyak emas? Semakin beku cashflow daripada merayau-rayau.

5️⃣ Simpan Dana Kecemasan Bisnes

Dalam bisnes Public Gold tak ada istilah rugi. Cuma ada istilah untung sikit atau untung banyak. Minimum 30% - 50% keuntungan setiap bulan wajib kami asingkan sebagai back up cash flow di masa depan.

6️⃣ Buat Hutang Separuh Kemampuan

Contohnya jika kami mampu bayar rumah bulanan RM30,000, kami hanya beli rumah dengan bayaran bulanan RM15,000. Itupun sebab Public Gold sponsor setengah juta. Kalau tak, lambertttt lagi kami nak beli banglo. Rumah double story corner lot kami yang dah bebas hutang ni pun selesa untuk anak sepasang.

6️⃣ Kereta Tak Beli Melebihi 15% Ansuran Bulanan.

Alhamdulillah Akak memang tak ada loan kereta. Beli Vellfire 3 tahun lepas cash. Tak suka la hutang-hutang. Kumpul dulu biar lambat. Sebelum Vellfire Akak drive Vios bebas hutang 13 tahun. Janji cash flow lancar macam air.

Orang bisnes yang berjaya bukan yang paling banyak jualan tapi yang paling bijak urus aliran wang.

Cashflow mesti sihat. Sebab BISNES BUKAN MAKAN GAJI. Segment market boleh berubah 180’ darjah sekelip mata. Waktu tu income ratusan ribu boleh jadi hilang separuh.

Amalkan hidup setakat 50% kemampuan. Insya’allah lambat atau cepat, kita akan berterima kasih pada diri sendiri.

Tenang lebih penting daripada nampak bergaya tapi sengsara.

Kredit nota: Puan Marlia Ramli

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
31 JULAI 2025 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan Julai 2025,

1 Julai 2025 = RM488 ⬆️ +RM4
2 Julai 2025 = RM490 ⬆️ +RM2
3 Julai 2025 = RM494 ⬆️ +RM4
4 Julai 2025 = RM490 ⬇️ -RM4
5 Julai 2025 = RM491 ⬆️ +RM1
6 Julai 2025 = RM492 ⬆️ +RM1
7 Julai 2025 = RM492 ↔️
8 Julai 2025 = RM492 ↔️
9 Julai 2025 = RM488 ⬇️ -RM4
10 Julai 2025 = RM491 ⬆️ +RM3
11 Julai 2025 = RM493 ⬆️ +RM2
12 Julai 2025 = RM498 ⬆️ +RM5
13 Julai 2025 = RM498 ↔️
14 Julai 2025 = RM498 ↔️
15 Julai 2025 = RM497 ⬇️ -RM1
16 Julai 2025 = RM493 ⬇️ -RM4
17 Julai 2025 = RM499 ⬆️ +RM6
18 Julai 2025 = RM495 ⬇️ -RM4
19 Julai 2025 = RM498 ⬆️ +RM3
20 Julai 2025 = RM497 ⬇️ -RM1
21 Julai 2025 = RM497 ↔️
22 Julai 2025 = RM503 ⬆️ +RM6
23 Julai 2025 = RM506 ⬆️ +RM3
24 Julai 2025 = RM503 ⬇️ -RM3
25 Julai 2025 = RM497 ⬇️ -RM6
26 Julai 2025 = RM490 ⬇️ -RM7
27 Julai 2025 = RM492 ⬆️ +RM2
28 Julai 2025 = RM492 ↔️
29 Julai 2025 = RM490 ⬇️ -RM2
30 Julai 2025 = RM491 ⬆️ +RM1
31 Julai 2025 = RM487 ⬇️ -RM4

HARGA TERENDAH 2025
1 Januari 2025 = RM409

HARGA TERTINGGI 2025
22 April 2025 = RM533

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
22 April 2025 = RM533

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
Gais.

Analisis harga emas 30/7/2025

Malam nie harga emas jatuh. Apa sebabnya?

Jom saya buat analisis untuk anda.

Malam nie jam 8.30 malam telah keluar satu report iaitu US GDP report untuk suku kedua.

GDP (Keluaran Dalam Negara Kasar) Amerika bagi suku kedua diumumkan meningkat 3.0% — jauh lebih tinggi daripada jangkaan.

Apa maksudnya?

• Pasaran anggap ekonomi AS masih kukuh

• Jangkaan penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve mungkin ditangguhkan

• Dolar AS mengukuh → harga emas (yang didagangkan dalam USD) jadi lebih mahal untuk pembeli global

• Pelabur beralih ke aset lain seperti bon dan saham → permintaan emas menurun

Tapi awas!

Di sebalik angka GDP itu, hakikatnya permintaan domestik dan pelaburan swasta menurun, inflasi juga semakin reda.

Ini petanda bahawa ekonomi AS sebenarnya sedang perlahan secara senyap.

Kesimpulan:

Jatuhnya harga emas malam ini hanyalah reaksi sementara terhadap berita “GDP naik 3.0%”.

Dalam masa terdekat, bila pasaran mula sedar hakikat sebenar, emas mungkin akan kembali melonjak.

Anda yang faham laporan ini, maka anda akan tersenyum sekarang 😀

sebab peluang beli emas di harga rendah dah muncul. 😉

Kredit nota: Tuan Syukor Hashim

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Harga Emas Turun ‼️
Harga Emas Turun ‼️
Harga Emas Turun‼️
*RM487*

Turun *RM46 pergram* berbanding harga emas tertinggi sebelum ni RM533.

🔥 Beli 1gm jimat RM46
🔥 Beli 10gm jimat RM460
🔥 Beli 100gm jimat RM4,600
🔥 Beli 1 kilo jimat RM46,000!!

Ambil peluang *Tambah gram*
Yang masih lagi belum bermula inilah Masanya! Jangan bertangguh lagi

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Doktor Rugi RM8.7 Juta Akibat Pelaburan Saham Palsu

Seorang doktor wanita terpaksa menelan hakikat pahit apabila wang simpanannya berjumlah RM8.7 juta lesap selepas menjadi mangsa skim pelaburan saham tidak wujud.

Kisahnya bermula dengan satu iklan pelaburan di media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan hingga 520%. Tertarik dengan tawaran manis itu, beliau berhubung dengan “wakil pelaburan” yang kononnya boleh membantu menggandakan simpanannya.

Pada peringkat awal, beliau diminta membuat pelaburan kecil sekitar RM100,000 dan menerima pulangan pertama sebanyak RM6,033. Itu sudah cukup untuk meyakinkan bahawa pelaburan ini “real”.

Selepas itu, beliau digesa untuk menambah deposit demi menikmati pulangan lebih besar. Dalam tempoh dua bulan sahaja, beliau telah memindahkan lebih RM8 juta ke beberapa akaun atas nama individu berbeza.

Namun segalanya berubah apabila akaun pelaburannya tiba-tiba dikatakan “dibekukan” dan beliau diminta membayar lagi untuk membuka semula akses. Ketika itulah beliau sedar telah ditipu.

Kini kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pengajaran untuk kita:

1. Janji pulangan luar biasa biasanya petanda bahaya.
2. Jangan mudah percaya iklan pelaburan di media sosial.
3. Semak latar belakang syarikat dan lesen sah (SC/Bursa).
4. Elakkan beri maklumat kewangan kepada pihak tidak dikenali.

Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Kredit nota: Tuan Azlan Abdul Rahman

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Ramai orang kampung yang berduit tapi ramai juga yang jadi mangsa!
Pahit tapi itulah hakikatnya.

Zaman sekarang ni, scammer semakin cerdik. Mereka tak cari orang miskin. Mereka target orang kampung yang ada simpanan, yang baru keluar KWSP, yang baru pencen, yang simpan hasil kebun dan ladang bertahun-tahun.

Duit simpanan berpuluh ribu, habis licin sebab percaya skim cepat kaya, pelaburan tipu, dan janji manis tak masuk akal.

Ramai yang sanggup gadai tanah, ambil loan, jual kebun sebab yakin “duit pelaburan akan masuk bulan depan” tapi yang datang cuma penyesalan sepanjang hayat.

Sebab tu penting untuk celik emas dan celik kewangan.

Simpan emas tak bagi dividen bulan-bulan dan simpan emas tiada janji pulangan bulan bintang.

Emas adalah aset kekal bernilai, boleh pegang, boleh simpan, boleh jual bila perlu.

Daripada duit disimpan dalam bank dan akhirnya cair dengan godaan scammer, lebih baik tukar sebahagian kepada emas fizikal.

Kredit nota: Tuan Syafiq Roslan

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Kisah Inspirasi yang wajib anda baca.
Dari Satu Impian Kecil ke Kilauan Emas Besar

Dulu, dia hanya seorang wanita biasa, seorang isteri, seorang ibu, dan seorang peniaga kecil-kecilan. Bisnesnya bermula dengan jual produk homemade dari rumah. Kek, cookies, dan kadang-kadang tudung dan pakaian wanita. Nama dia Aina. Tiada pengalaman dalam dunia pelaburan, apatah lagi tentang emas.

Sesekali, bila ada lebih sikit duit dari keuntungan jualan, Aina beli emas perhiasan. Cincin seketul dua. “Untuk suka-suka,” katanya. Tapi dia selalu tertanya, “Kenapa orang simpan jongkong emas? Kenapa orang kaya suka beli gold bar?”

Segalanya berubah satu hari bila dia terbaca posting Puan Sally Gold (Suhaili Mohd Zain) tentang “emas adalah pelindung kekayaan”. Dari situ, dia mula belajar sedikit demi sedikit tentang emas fizikal. Bukan emas perhiasan, tapi gold bar yang tulen, 999.9 purity. Dia terkejut betapa sistematik dan kukuhnya simpanan emas bila diuruskan dengan betul.

💡 Langkah Pertama: 50g Emas
Dengan penuh hati-hati dan keyakinan baru, Aina buka akaun emas. Mula-mula sikit. Kemudian ketagih. Tak berboros ke lain. Simpan emas dan tambah gram emas. Lebih cepat rupanya simpan emas. Lebih cepat apa?Simpanannya bertambah. Selama 6 bulan dia berjaya keluarkan gold bar pertamanya, 50 gram. Ia bukan kecil nilainya. Dia pegang emas itu dan rasa bangga. “This is not just gold. This is the proof of my sweat, late nights, and sacrifices.” Wanita ini ada target dalam hidupnya.

💡 Langkah Kedua: 100g Emas
Tahun berikutnya, bisnes Aina berkembang. Dia mula buat kelas baking, buka preorder produk raya, dan bina group pelanggan setia. Setiap keuntungan, dia asingkan sebahagian untuk simpanan emas. Sedikit demi sedikit, akhirnya cukup untuk keluarkan 100 gram emas. Kali ni dia rasa lebih yakin. “I’m not just a baker, I’m an investor now.” Hebat kan. 🥰 Suka benar Sally mendengarnya dan melihat kegigihan wanita baker itu. Focusnya tepat dan padu. Sally tahu perangai kami sama. I want next…. hahaha

💡 Langkah Ketiga: 250g Emas
Pada tahun ketiga, Aina dah daftar SSM. Ada pembantu dah untuk baking. Kat rumah bahagian belakang dan bina kilang kecil. Ada team sendiri dan jualan konsisten. Dengan disiplin yang sama, asingkan simpanan, beli emas untuk syarikat juga. Untuk dirinya juga. Dia akhirnya mampu miliki seketul 250 gram gold bar untuk syarikat. Katanya penguat semangat. Dia nak untung syarikat dalam bentuk emas. Apa-apa berlaku dia boleh jual emas. Saat dia pegang 250g itu…. katanya… wowww.. Dia akan kumpul 250g lagi ketulan yang seterusnya. Target dia apa? Nak jual beli bangkow cash. Keselesaan keluarga. Tapi yang lertama umitu untuk periuk nasinya.. kilang kek dan rotinya. Selamatkan perniagaan itu dulu. Kemudian fikor untuk personal sebab kalau takde bisnes roti dan kek itu, mustahil dia akan ada pendapatan untuk beli emas seterusnya.

Wanita biasa. Tak masuk universiti pun. Tapi motivasi tinggi. Perancangan nya hebat. Duit bisnes, ada peluang simpan dan selamatkan bisnes dulu. Kemudian baru kesenangan lain.

Bila dia pegang emas tu, dia senyum sendiri. Dari dapur kecil rumah, kini dia pegang aset sebenar.

“Kalau dulu saya fikir emas hanya untuk orang kaya, sekarang saya sedar, emas sebenarnya untuk orang yang bijak merancang.”

Guys….
Tak kisah mula kecil. 1g pun takpe. Yang penting konsisten. Business memang ada naik turun, tapi bila kita simpan emas, kita ada ‘batu loncatan’ untuk masa depan. Bukan untuk menunjuk. Tapi untuk jaga nilai usaha kita sendiri.

From baking dough to stacking gold. That’s Aina’s legacy.

Jika dia boleh, anda pun boleh. Jangan tunggu sempurna baru mula. Mula dulu, walau dengan satu gram.

Kredit nota: Puan Suhaili Mohd Zain

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp