Public Gold by EZ
368 subscribers
4.45K photos
60 videos
4.57K links
Download Telegram
23 JULAI 2025 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan Julai 2025,

1 Julai 2025 = RM488 ⬆️ +RM4
2 Julai 2025 = RM490 ⬆️ +RM2
3 Julai 2025 = RM494 ⬆️ +RM4
4 Julai 2025 = RM490 ⬇️ -RM4
5 Julai 2025 = RM491 ⬆️ +RM1
6 Julai 2025 = RM492 ⬆️ +RM1
7 Julai 2025 = RM492 ↔️
8 Julai 2025 = RM492 ↔️
9 Julai 2025 = RM488 ⬇️ -RM4
10 Julai 2025 = RM491 ⬆️ +RM3
11 Julai 2025 = RM493 ⬆️ +RM2
12 Julai 2025 = RM498 ⬆️ +RM5
13 Julai 2025 = RM498 ↔️
14 Julai 2025 = RM498 ↔️
15 Julai 2025 = RM497 ⬇️ -RM1
16 Julai 2025 = RM493 ⬇️ -RM4
17 Julai 2025 = RM499 ⬆️ +RM6
18 Julai 2025 = RM495 ⬇️ -RM4
19 Julai 2025 = RM498 ⬆️ +RM3
20 Julai 2025 = RM497 ⬇️ -RM1
21 Julai 2025 = RM497 ↔️
22 Julai 2025 = RM503 ⬆️ +RM6
23 Julai 2025 = RM506 ⬆️ +RM3

HARGA TERENDAH 2025
1 Januari 2025 = RM409

HARGA TERTINGGI 2025
22 April 2025 = RM533

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
22 April 2025 = RM533

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
“Gelang Mak”

Mak tak kerja. Dari muda, cuma menumpang rezeki ayah. Tapi dia pandai simpan. Duit kecil, dia ketepikan. Dapat sikit, dia beli emas. Ayah tak tinggalkan harta banyak, tapi cukuplah – sebab dua-dua cermat.

Lepas ayah meninggal, mak terus berjimat. Duit pencen kecil ayah pun dia urus elok-elok. Gelang tangan dia tak pernah tukar. Emas itu dia simpan, bukan nak bergaya, tapi sebab itu sahaja ‘aset’ yang dia ada.

Anak sulungnya pandai. Belajar sampai luar negara. Dapat kerja elok, gaji besar. Tapi masa COVID melanda, syarikat buang orang. Gaji hilang, tapi gaya hidup tak turun. Hutang naik, kereta tertunggak, rumah pun dah tunggu masa kena lelong.

Dia cuba berniaga, tapi gagal. Dulu hidup makan gaji, tak tahu erti rugi. Nak belajar semula, tapi masa dah mendesak.

Mak panggil balik kampung. Suruh dia buat kerja kampung.
“Tak malu kerja kampung. Yang malu tu, kalau tak usaha,” kata mak.

Isteri pula tak tahan hidup susah. Bawa anak-anak balik rumah orang tuanya. Katanya, dia dah biasa hidup senang.

Anak lelaki itu terduduk. Tiada rumah. Tiada kerja. Tiada anak-anak. Yang tinggal cuma mak – dengan sebentuk gelang lama dan beberapa keping emas yang tak pernah ditayang.

Suatu pagi, mak hulur kotak kecil.
“Ni gelang mak. Kau juallah. Mulakan hidup baru. Beli barang sikit, berniaga semula. Mak tak kisah. Asal anak mak bangkit.”

Anak itu menangis. Pertama kali dalam hidupnya, dia rasa semua orang pergi… tapi mak tetap ada. Tetap percaya. Tetap berkorban.

Kadang-kadang, kekayaan sebenar bukan pada duit yang mak simpan. Tapi pada hati seorang ibu yang sanggup kosongkan tangan, asalkan anak dia tak hilang harapan.

Kredit nota: FB Junaidi Mohamad

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Rakyat Kelantan Beli 500 kg Emas Sebulan

Berpandukan maklumat daripada pengilang emas, setiap bulan rakyat Kelantan membeli kira-kira 500 kilogram emas dengan nilai anggaran lebih kurang RM200 juta.

Ramai orang mungkin tak sangka, tapi hakikatnya, Kelantan adalah negeri paling kuat dalam pembelian emas di Malaysia.

Yang lebih menarik, jumlah ini mengatasi gabungan Kuala Lumpur dan Selangor, yang hanya mencatatkan jualan sekitar 400 kilogram sebulan, bersamaan RM160 juta.

Lebih mengejutkan lagi, Kelantan sebuah negeri kecil dari sudut ekonomi memiliki hampir 300 kedai emas yang aktif di seluruh negeri.

Dibandingkan dengan KL dan Selangor yang lebih maju dan padat penduduk, tapi jumlah kedai emas mereka kurang daripada 300 buah secara gabungan.

Jadi, apa faktor yang menjadikan orang Kelantan begitu kuat dalam urusan emas?

1. Wanita Kelantan sudah biasa menyimpan emas sejak zaman nenek moyang lagi. Emas bukan sekadar barang perhiasan, tapi dianggap aset keluarga. Ia sudah menjadi budaya turun temurun.

2. Ramai bekerja sendiri atau berniaga kecil. Bila duit terkumpul, mereka tukarkan kepada emas. Bagi mereka, emas adalah 'bank' yang boleh dipegang sesuai dijadikan sebagai simpanan tetap

3. Kedai emas di Kelantan memang bersepah. Hampir setiap bandar dan pekan ada. Rekaan emas pun cantik-cantik belaka, sesuai dengan cita rasa tempatan.

4. Mereka dah lama faham tentang inflasi dan susut nilai Ringgit. Sebab itu mereka lebih percaya pada emas berbanding simpan duit di bank. Sekurang-kurangnya ramai sudah faham harga emas akan naik.

5. Emas = maruah diri. Bagi orang Kelantan, emas adalah simbol keyakinan dan harga diri. Ada emas, rasa selamat. Tak kisah apa jadi dengan ekonomi, asalkan ada emas pasti ada duit.

Inilah antara rahsia kenapa Kelantan boleh mengalahkan negeri-negeri besar dalam bab pembelian emas.

Jualan lebih tinggi.
Kedai lebih banyak.
Kesedaran lebih kuat.

Soalan untuk kita:
Kalau mereka dah lama amalkan budaya simpan emas, kenapa kita masih tunggu?

Mulakan hari ini, walaupun cuma RM100.
Lama-lama, emas kita pun bertambah dan ketenangan kewangan pun menyusul.

Kredit nota: Tuan Azlan Abdul Rahman

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp