Public Gold by EZ
369 subscribers
4.45K photos
60 videos
4.57K links
Download Telegram
Gais.

Berlaku kejutan gempak di majlis Public Gold Award Recognition Night 2025 apabila Public Gold lancar jongkong emas terberat di Malaysia – 1000 Troy Oz! (31.1 kg)🏆

Saya masih terngiang-ngiang situasi tenghari tersebut.

Tetamu berpakaian segak, lampu berkilauan, dan suasana gah di Award Recognition Night 2025.

Tiba-tiba…

🎤 “Ladies and gentlemen, please welcome… the heaviest gold bar ever produced in Malaysia!”

📸 Tirai dibuka. Semua mata terpaku.

Di hadapan mereka, terletak seketul gold bar seberat 1000 troy oz, bersamaan 31.1 kilogram emas tulen 999.9 – keluaran Public Gold! 🇲🇾

Ini bukan biasa-biasa 💪

Ini sejarah untuk industri emas Malaysia.

➡️ Bukan hanya simbol kekayaan, tetapi juga lambang kekuatan penyimpan-penyimpan emas Public Gold.

➡️ Bukan sekadar berat fizikal, tetapi beratnya membawa makna – komitmen Public Gold dalam memartabatkan pelaburan emas di Malaysia dan dunia!

📣 Para hadirin bersorak.
📸 Kamera berkelip.
🎥 Ramai yang merakamkan momen tersebut

🎉 Dan inilah detik bersejarah – Public Gold telah cipta rekod dan gegarkan industri emas negara.

Terima kasih atas sokongan anda 🙏

Ps: Dato’ Seri Louis Ng berkata, Public Gold merancang untuk memecahkan rekod gold bar terberat di dunia di masa hadapan.

Buat masa ini, gold bar terberat di dunia adalah seberat 300 kilogram yang ada di Dubai.

Jadi Public Gold perlu keluarkan gold bar 350 kilogram untuk pecahkan rekod ini.

Mari kita doakan Public Gold berjaya meletakkan Malaysia di mata dunia dengan gold bar 350 kilogram ini.

Aminnn….

Kredit nota: Tuan Syukor Hashim

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
TUN M DAN DINAR EMAS: MELAWAN DOMINASI DOLLAR AMERIKA

1. Ketika dunia sibuk mengejar nilai kertas yang tak kekal, Tun Dr Mahathir sudah melihat jauh ke depan. Beliau tahu sistem kewangan dunia yang bergantung kepada Dollar Amerika umpama bom jangka yang bakal meletup.

2. Tun M secara lantang menyebut Dollar sebagai “toilet paper money”. Berani sungguh negarawan ulung ini bersuara, melawan sistem kewangan dunia yang dianggap kebal dan tidak boleh disentuh sesiapa.

3. Ketika pemimpin negara Islam lain tunduk membisu, beliau bangkit dan mencadangkan penggunaan Dinar Emas sebagai mata wang perdagangan antarabangsa, khususnya antara negara-negara Islam.

4. Bukan sekadar idea kosong. Tahun 2001, Tun M serius mencadangkan Dinar Emas dalam Sidang Kemuncak OIC di Doha, Qatar. Kata Tun, sudah tiba masa kita gunakan emas sebagai alat tukaran dagangan yang adil, bebas manipulasi.

5. Beliau tegaskan, Dollar bukanlah kekayaan sebenar. Ia hanya kertas yang dicetak tanpa sandaran nyata. Tun menasihatkan umat Islam kembali kepada emas yang ada nilai sebenar sejak zaman berzaman.

6. Dunia Islam pada masa itu tergamam sekejap. Ada yang kagum, ramai juga yang ragu. Tapi itulah Tun, tetap berani suarakan kebenaran walaupun dunia menentangnya.

7. Ketika krisis kewangan Asia 1997-1998, Tun Mahathir sudah nampak permainan Dollar ini. Negara-negara Asia terjerat dengan spekulasi mata wang, dan Dollar jadi alat manipulasi ekonomi negara lain.

8. Beliau tak rela negara tunduk kepada IMF dan Bank Dunia yang dikawal Dollar Amerika. Tun M dengan beraninya perkenalkan kawalan modal dan tambat nilai Ringgit, membuktikan bahawa kita boleh lawan dominasi Dollar ini.

9. Bagi Tun M, emas bukan sekadar logam berkilau. Ia adalah lambang kedaulatan ekonomi, alat pelindung kekayaan rakyat dan negara daripada inflasi dan manipulasi asing.

10. Sebab itu beliau sangat tekankan Dinar Emas. Tun M tahu, hanya emas mampu bebaskan ekonomi negara Islam daripada cengkaman sistem kewangan Barat yang tidak adil.

11. Idea Tun M bukan sekadar pemikiran, tapi dilaksanakan di peringkat nasional. Tahun 2001, Malaysia secara rasmi melancarkan syiling emas pelaburan pertama negara, iaitu Kijang Emas, bertujuan menyediakan alternatif pelaburan emas dan meningkatkan kesedaran rakyat tentang emas sebagai aset pelaburan yang kukuh dan stabil.

12. Beliau mahu rakyat faham, emas adalah harta sebenar. Kekayaan negara Islam yang sebenar bukan terletak pada jumlah Dollar yang kita pegang, tetapi pada gram emas yang tersimpan dalam simpanan kita.

13. Malah dalam banyak ucapannya, Tun sering ulangi pesan ini, “Simpan emas, bukan Dollar. Dollar hari ini dicetak tanpa had. Nilainya akan jatuh seperti kertas tisu tandas.”

14. Tun juga secara konsisten mengingatkan, negara yang bergantung penuh kepada Dollar umpama dijajah semula. Ekonomi negara dikawal sepenuhnya oleh kuasa luar.

15. Beliau yakin, dengan Dinar Emas, umat Islam akan punya kekuatan ekonomi sendiri, mampu berdiri teguh tanpa perlu melutut kepada mana-mana kuasa besar dunia.

16. Kata Tun M, “Kembali kepada emas adalah kembali kepada sistem keadilan ekonomi. Kita bebas daripada manipulasi, bebas daripada inflasi yang dicipta oleh sistem kewangan Barat.”

17. Namun perjuangan Tun dalam menegakkan Dinar Emas bukan tanpa cabaran. Banyak negara Barat, termasuk Amerika Syarikat sendiri, tidak senang hati. Mereka anggap idea Tun M ini berbahaya kepada dominasi Dollar mereka.

18. Tetapi Tun tidak gentar. Beliau percaya kebenaran wajib ditegakkan, walaupun terpaksa berdiri seorang diri. Itulah semangat negarawan sejati.

19. Hari ini, selepas lebih dua dekad, semakin ramai faham kebijaksanaan Tun M tentang Dinar Emas. Banyak negara mula mengumpul emas secara besar-besaran, bersiap sedia menghadapi kejatuhan Dollar yang semakin hilang nilainya.

20. Tun Mahathir bukan hanya Perdana Menteri biasa. Beliau seorang pemikir ekonomi global, negarawan sejati yang sentiasa memandang jauh ke depan.

21. Beliau ajar kita tentang ekonomi sebenar, tentang kepentingan memiliki aset emas.
Bahawa kekayaan bukan pada berapa banyak wang kertas yang kita ada, tetapi berapa gram emas yang kita simpan.

22. “Dollar hanyalah kertas. Emas adalah nilai,” itu pesan Tun M yang harus kita ingat sampai bila-bila.

23. Kita mungkin boleh lupa banyak perkara, tetapi jangan pernah lupa perjuangan Tun Mahathir tentang Dinar Emas ini. Ia bukan hanya tentang emas semata-mata, tetapi tentang maruah dan kedaulatan ekonomi umat Islam.

24. Tun M penuh legasi. Dalam senyap, beliau ajar kita supaya bijak ekonomi, jangan bergantung pada mata wang yang boleh dimanipulasi.

25. Ketika dunia leka, Tun Mahathir berjaga-jaga. Ketika dunia diam, beliau bersuara. Itulah keberanian seorang pemimpin yang tahu erti maruah negara.

“Membina ekonomi negara itu tugas utama, tapi mempertahankan kedaulatan ekonomi itu kewajipan kita semua.”

Inspirasi dari keberanian Tun Dr Mahathir dalam perjuangan Dinar Emas.

Kredit nota: Tuan Aziz Suhaiza

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
“Kesal Tak Dengar Kata HH. RM100,000 Hangus Dek Kerana Tamak…”

Dulu masa saya dok sibuk ajak orang simpan emas jenama Public Gold, ada sorang kenalan saya — kita panggil dia Bro Z. Umur awal 40-an, ada bisnes kecil-kecilan, duit ada la sikit dalam akaun. Masa tu dia baru dapat duit hasil jual tanah pusaka.

Saya cakap, “Bro, kalau tak nak duit tu lebur, tukar sikit-sikit jadi emas fizikal. Ikut cara GAP pun boleh, serendah RM100 sebulan.”

Dia senyum je. Tapi seminggu lepas tu…

📲 Dia hantar screenshot kat saya:
“Bro tengok ni, aku join pelaburan emas XYZ. 1 dinar RM1,100. Tapi boleh dapat pulangan RM2,000 dalam masa 30 hari. Kalau topup RM50,000, dapat bonus dinar tambahan! Gila tak berbaloi tu?”

Saya terus terdiam… Saya kata jangan. Takde pelaburan emas yang jamin macam tu, berisiko tinggi. Lagipun tak pernah dengar pun nama syarikat tu. Dia tak reply pun mesej.

💥 Fast forward 6 bulan kemudian…

Bro Z mesej saya:

“Fizul… hangus semua. RM100,000 aku lesap. Bini aku tak tahu lagi ni. Nak jawab apa kat dia. Website XYZ tu dah tak boleh buka. Admin group left. No HQ. No refund. Yang tinggal cuma group Telegram kosong dan penyesalan mendalam.”

Saya pun terpaksa jadi pendengar setia. Hati saya pun pedih, tapi nak buat macam mana?

💡 Apa Kita Belajar disini:
1. Pelaburan Emas Tak Janji Pulangan Tetap
Kalau ada yang janji beli 1 dinar dapat untung RM900 dalam masa sebulan — itu bukan pelaburan, itu penipuan.

Emas Public Gold tak pernah janji “duit masuk”, tapi dia jamin emas tu dapat di tangan. Fizikal, real, boleh simpan sendiri.

2. Tiada Syarikat Sah Akan Suruh 'Topup RM50k' Tanpa Lesen Yang Betul
✔️ Public Gold adalah kedai emas berdaftar di Malaysia
✔️ Ada 20+ cawangan fizikal
✔️ Patuh Shariah oleh Amanie Advisors
✔️ Dapat anugerah dari KPDN, The BrandLaureate, dan Malaysian Book of Record

3. Jangan Tertipu Dengan Slogan 'Pelaburan Emas Paling Untung'

Kadang-kadang yang paling untung tu, admin dia je.

Yang kita dapat? “Pengalaman berharga…” 🤡

4. Check Sebelum Join:

- Website legit?
- Emas ada pengesahan ketulenan sijil assayer?
- Ada pejabat sebenar?
- Lesen sah dari BNM?
- Ada emas sebenar atau cuma nombor dalam akaun?
- Siapa founder? Gambar blur pun tak jumpa?

Kalau dulu Bro Z dengar nasihat saya, mungkin hari ni dia dah ada 300g emas, bukan RM100,000 hangus macam asap bakar sampah hujung minggu.

Kawan-kawan,

Kalau ragu-ragu, tanya dulu.
Kalau tamak sangat, memang mudah kena.

Jom simpan emas cara selamat, patuh syariah, dan terbukti sejak 2008. Boleh mula serendah RM100 je. Jangan tunggu kena, baru nak percaya.

Kredit nota: Tuan Hafizul Hakim

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Kelebihan Akaun GAP: Tiada Upah Simpan

Guru emas berpesan emas terbaik ialah emas kita pegang sendiri. Bukan saja rasa puas bila dapat tengok, sentuh dan simpan tapi ia terjamin ada dalam tangan kita.

Tapi tahukah anda ada golongan memang tak tenang urus emas sendiri. Bagi mereka simpan emas dalam akaun GAP jauh lebih selamat dan praktikal. Mungkin trauma dengan faktor persekitaran.

Bagi mereka kalau simpan di rumah ada beberapa risiko perlu diambilkira:

1. Risiko hilang, dicuri, atau lupa letak
2. Kena ada tempat simpan yang selamat (peti besi)
3. Tak sesuai kalau simpanan makin banyak

Untuk masalah ini Akaun GAP ada penyelesaiannya:

Emas fizikal disimpan percuma di tempat khas (Public Safe) dalam bentuk pool
Tak ada caj simpanan tahunan
Dilindungi insurans
Boleh beli & jual 24 jam secara online
Boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa.

Paling best, mereka tak perlu risau keselamatan di rumah. Dan tak perlu susah hati kalau nak simpan emas banyak dalam jangka panjang.

Simpan di rumah untuk kecemasan kecil.
Simpan dalam GAP untuk perlindungan jangka panjang.

Kredit nota: Tuan Azlan Abdul Rahman

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Fakta Emas Orang Kelantan

Dari dulu sampai sekarang, masyarakat Kelantan sangat kuat dengan budaya simpan emas. Pergilah ke mana-mana daerah di Kelantan, mesti kita jumpa kedai emas bersusun macam kedai runcit.

Dan mereka beli emas seperti beli sayur.

Bagi mereka, emas bukan sekadar barang perhiasan tapi aset simpanan, pelindung nilai, dan simbol kestabilan kewangan untuk masa depan.

Formula mereka mudah
Masa kahwin? Dapat emas.
Duit lebih? Beli emas.
Inflasi? Lari ke emas.

Paling menarik, Kelantan pernah keluarkan Dinar Emas sendiri pada tahun 2006. Bukti betapa seriusnya mereka dalam memartabatkan emas sebagai mata wang alternatif.

Tak hairanlah kalau banyak syarikat emas datang dari Kelantan bertebaran di seluruh Malaysia. Mereka bukan sekadar jual, tapi faham dan hidup dengan ilmu emas.

Kalau kita pun mula simpan emas macam orang Kelantan, inshaAllah kewangan lebih kukuh dan stabil.

Kredit nota: Tuan Azlan Abdul Rahman

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp