Public Gold by EZ
370 subscribers
4.36K photos
60 videos
4.46K links
Download Telegram
*AZAM TAHUN BARU*

Hari ini 7 Jan 2025. Masih belum terlambat untuk buat azam baru. Sebaiknya jadikan tahun ini sebagai tahun kita mengubah gaya hidup kita kepada yang lebih bermanfaat. Kurangkan hutang, utamakan keperluan, tambah pelaburan dan simpanan.

Kawan, dalam portfolio kewangan kita pastikan ada instrumen EMAS. Emas berfungsi sebagai insurans kepada kekayaan kita. Ia adalah benteng terakhir kewangan kita. Maka itu mulakan simpanan emas sekarang.

Bagaimana nak bermula?

Sahabat, jika kita simpan emas setiap bulan 1 gram, kita akan dapat:

TAHUN 2024 --- Ada 12 Gram
TAHUN 2025 --- Ada 24 Gram
TAHUN 2026 --- Ada 36 Gram
TAHUN 2027 --- Ada 48 Gram
TAHUN 2028 --- Ada 60 Gram

Begitulah untuk tahun-tahun berikutnya. Makin lama jumlah simpanan emas kita akan makin bertambah! Harga emas pasti akan naik. Katakanlah pada masa tu harga emas telah mencecah RM500/g:-

RM500 x 60g = RM30,000 dah ada dalam tangan. Lumayankan.

Kuncinya adalah MULA BERTINDAK, dan kemudian disiplinkan diri untuk terus menabung secara KONSISTEN.

Cubalah, InsyaAllah pasti dapat!

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Sejarah harga emas:
1 Jan 2023 - RM280
1 Jan 2024 - RM331
1 Jan 2025 - RM409

Apa maknanya tuan puan?

Dari data sejarah harga emas ini, kita dapat melihat trend kenaikan harga emas secara signifikan dari tahun ke tahun. Berikut adalah maknanya:

1. Kenaikan Harga Emas Tahunan

1 Jan 2023 ke 1 Jan 2024:
RM331 - RM280 = RM51 kenaikan (Peratusan kenaikan: (51/280) × 100 ≈ 18.2%)

1 Jan 2024 ke 1 Jan 2025:
RM409 - RM331 = RM78 kenaikan (Peratusan kenaikan: (78/331) × 100 ≈ 23.6%).

Trend ini menunjukkan bahawa emas bukan sahaja mengalami kenaikan harga, tetapi juga kadar kenaikannya bertambah (dari 18.2% kepada 23.6%).

2. Inflasi dan Lindung Nilai

Emas sering dilihat sebagai pelindung nilai terhadap inflasi. Kenaikan harga emas ini boleh menjadi refleksi tekanan inflasi atau ketidakstabilan ekonomi, di mana pelabur beralih kepada emas sebagai aset selamat.

3. Pulangan Positif untuk Penyimpan Emas

Mereka yang menyimpan emas secara konsisten menikmati 'capital gain' daripada kenaikan harga ini. Sebagai contoh ⤵️

10 gram emas yang dibeli pada 1 Jan 2023 (RM2,800) bernilai RM4,090 pada 1 Jan 2025, menghasilkan keuntungan RM1,290 dalam 2 tahun.

4. Strategi Pelaburan Jangka Panjang

Data ini menguatkan keyakinan bahawa emas sesuai untuk simpanan atau pelaburan jangka panjang.

Walaupun harga emas mungkin turun naik dalam jangka pendek, trend jangka panjang cenderung meningkat.

5. Pengajaran untuk Tindakan Masa Depan

Mulakan Menyimpan Emas Sekarang: Bagi yang belum mula, data ini membuktikan betapa pentingnya memulakan tabungan emas lebih awal.

Strategi DCA (Dollar-Cost Averaging): Menyimpan emas secara konsisten setiap bulan dapat membantu memanfaatkan kenaikan harga dalam jangka panjang.

Adakah anda sedang menyimpan emas? Jika ya, trend ini adalah bukti kukuh bahawa anda berada di landasan yang betul!

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Saya selalu pesan, jangan tengok emas macam kita tengok unit trust, fixed deposit, ASB atau tabung haji kerana emas adalah pelaburan yang bersandarkan aset selainnya hanya bersandarkan nombor dan kertas saja.

Tapi mentaliti kita sejak sekian lama dijajah oleh fahaman bahawa pulangan dividen (RM) itu akan mengkayakan kita.

Kita tak ambil kira pertambahan kadar inflasi, kenaikan harga barangan keperluan harian dan minyak, cukai di sana-sini dan sebagainya, maka tinggallah duit kita telanjang bulat!

Emas?

Jika anda tahu tentang emas mengekalkan nilai (kuasa beli) sudah pasti anda akan beralih arah kepada aset emas.

Cuma emas ni anda perlu tahu, ia bukan pelaburan jangkapendek, ia perlu disimpan untuk jangkapanjang.

Paling kurang anda pegang emas selama 2 tahun.
Paling selamat pegang emas 5 tahun ke atas.

Paling bagus, pegang terus. Bila nak realisasikan matlamat contoh nak pergi Mekah ke, anak nak masuk U ke, baru jual.

Semakin lama anda boleh pegang, semakin bagus.

Mat salleh cakap “the longer you can hold, the better” cewah.. speaking london 🤭

Emas jauh lebih baik dari pelaburan nombor (RM) sejak zaman berzaman.

Obses sangat dengan nombor, maka saya tunjuk nombor. Selamat menjamu mata.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
KENAPA EMAS TIDAK LAGI MENJADI MATA WANG DUNIA?

Emas tidak lagi menjadi mata wang dunia kerana beberapa faktor sejarah dan ekonomi yang membawa kepada perubahan sistem kewangan global. Berikut adalah penjelasannya:

1. Kemunculan Sistem Wang Kertas

Sejak abad ke-20, negara-negara mula menggantikan emas sebagai medium pertukaran dengan wang kertas (fiat money). Wang kertas ini tidak lagi disandarkan sepenuhnya kepada emas, tetapi berdasarkan kepercayaan kepada ekonomi dan kestabilan negara penerbit.

2. Kehancuran Standard Emas (Gold Standard)

Gold Standard, sistem di mana nilai mata wang diikat kepada emas, mula ditinggalkan secara beransur-ansur. Pada tahun 1971, Presiden AS Richard Nixon menamatkan secara rasmi penukaran dolar kepada emas (dikenali sebagai Nixon Shock). Ini menandakan berakhirnya sistem Bretton Woods, yang telah menyandarkan mata wang dunia kepada dolar AS yang disokong oleh emas.

3. Kekangan dalam Bekalan Emas

Bekalan emas adalah terhad dan tidak dapat bertambah mengikut kadar pertumbuhan ekonomi dunia. Ini menyukarkan perdagangan dan pembangunan ekonomi kerana kekurangan emas akan mengehadkan jumlah wang yang dapat beredar.

4. Kemudahan dan Fleksibiliti Wang Fiat

Wang fiat lebih mudah digunakan dalam sistem kewangan moden kerana ia boleh dicetak mengikut keperluan ekonomi. Kerajaan dan bank pusat boleh melaksanakan dasar monetari seperti mencetak wang atau menurunkan kadar faedah untuk merangsang ekonomi, sesuatu yang mustahil dengan emas.

5. Keperluan dalam Perdagangan Global

Sistem perdagangan global yang semakin kompleks memerlukan mata wang yang lebih fleksibel dan mudah untuk ditukar ganti. Sistem berdasarkan emas sukar untuk memenuhi keperluan perdagangan moden.

6. Dominasi Dolar Amerika

Selepas Perang Dunia II, dolar AS menjadi mata wang rizab dunia utama. Ini memberi Amerika Syarikat kuasa besar dalam sistem kewangan global, menggantikan emas sebagai standard utama.

7. Kos Penyimpanan dan Pengangkutan

Emas sebagai mata wang memerlukan penyimpanan yang selamat dan pengangkutan yang mahal, menjadikannya kurang praktikal berbanding mata wang digital atau wang fiat dalam dunia moden.

📌Adakah Emas Masih Penting?

Walaupun bukan lagi mata wang, emas kekal sebagai aset yang bernilai tinggi. Ia digunakan sebagai:

Simpanan nilai (store of value) terutama semasa inflasi atau ketidaktentuan ekonomi.
Sandaran dalam rizab antarabangsa beberapa bank pusat.
Pelindung risiko (hedge) dalam pelaburan.

Emas tetap memainkan peranan penting sebagai lambang kestabilan dan kekayaan, tetapi dunia moden memerlukan sistem kewangan yang lebih dinamik dan fleksibel.

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
8 JANUARI 2025 - Harga emas dan perak Public Gold.

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
HARGA EMAS TERKINI

Pergerakan harga emas untuk 1 gram bagi bulan Januari 2025,

1 Januari 2025 = RM409 ⬆️ +RM3
2 Januari 2025 = RM410 ⬆️ +RM1
3 Januari 2025 = RM415 ⬆️ +RM5
4 Januari 2025 = RM416 ⬆️ +RM1
5 Januari 2025 = RM415 ⬇️ -RM1
6 Januari 2025 = RM415 ↔️
7 Januari 2025 = RM415 ↔️
8 Januari 2025 = RM415 ↔️

HARGA TERENDAH 2025
1 Januari 2025 = RM409

HARGA TERTINGGI 2025
4 Januari 2025 = RM416

HARGA TERTINGGI KESELURUHAN
31 Oktober 2024 = RM426

Untuk GAP / SAP harga akan dikemaskinikan setiap hari pukul 12 tengah malam, manakala harga bar dan wafer akan bertukar setiap 20 minit.

https://www.publicgold.com.my/index.php

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi kami di sini,

https://ezgold.jp
*TAK KENAL MAKA TAK CINTA*

📌Akaun EMAS GAP dalam bahasa mudahnya macam kita simpan duit dalam akaun bank,cuma Akaun EMAS GAP ni kita simpan dalam bentuk EMAS. Nama penuhnya GOLD Accumulation Program aka Program Akumulasi EMAS.

📌Dengan wujudnya GAP semua orang boleh simpan EMAS secara sikit-sikit. Semua golongan tak kira masih bayi sehinggalah warga emas,semuanya boleh manfaatkan Akaun EMAS GAP.Tak semua orang mampu beli EMAS 10 gram terus dengan harganya cecah RM1,800++, jadi Akaun EMAS GAP adalah inisiatif dari Public Gold untuk beri peluang ramai orang untuk membuat simpanan EMAS dengan bajet paling minima serendah iaitu sebanyak RM100 sahaja.

📌Kita boleh kumpul EMAS sikit-sikit sampai gram yang besar.

📌Akaun Bank kita simpan RM,
Akaun EMAS GAP kita simpan EMAS Fizikal.

📌Konsepnya, "Menabung Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit".Ada duit kita simpan,tak ada duit,kita cari duit lagi untuk simpan.

📌Buka Akaun GAP/SAP Dengan Simpanan Minima RM100

Semoga bermanfaat.

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Kalau ada orang tanya, ciri-ciri emas bagaimana yang berbaloi untuk dibeli dan disimpan sebagai simpanan atau pelaburan, ia mesti memenuhi 5 kriteria yang penting.

Apakah kriteria itu?

Ini kriteria-kriteria yang saya maksudkan;

1) 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗥𝗘𝗡𝗗𝗔𝗛

Sebelum membeli, bandingkan harga per gram emas dengan syarikat pengeluar emas yang lain. Harga yang lebih rendah adalah lebih baik.

Kita dapat beli gram yang lebih dengan bajet yang sama. Namun kena berhati-hati, semak juga kos lain yang berkaitan seperti contoh caj premium, ataupun kos upah.

2) 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗧 𝗡𝗜𝗟𝗔𝗜 𝗡𝗜𝗣𝗜𝗦

Lagi rendah (atau nipis) 𝘀𝘂𝘀𝘂𝘁 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 lebih baik. 𝗦𝘂𝘀𝘂𝘁 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 yang bakal menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang bakal kita akan perolehi bila harga emas naik.

Lagi rendah susut nilai, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya. Mengikut pakar pelaburan emas iaitu guru emas saya Encik Syukor Hashim susut nilai berbaloi untuk emas pelaburan adalah dibawah 𝘀𝗲𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 saja.

3) 𝗦𝗧𝗢𝗞 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗛𝗔𝗗

Memastikan pembekal boleh bekalkan stok walaupun ketika harga emas jatuh. Sebab kebanyakkan pembekal emas hanya boleh menjual emas ketika harga emas tinggi tetapi gagal menjual ketika harga emas jatuh. Kalau nak beli terpaksa membeli ketika harga emas tinggi. Ini merugikan pelabur emas.

Ketika harga emas jatuh itulah masanya memborong emas dengan banyak tapi jika tersalah pilih pembekal, pelabur emas hanya boleh “melopong” sahaja melihat harga emas murah tanpa boleh buat apa-apa belian.

4) 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗔𝗟 𝗕𝗘𝗟𝗜

Cawangan yang banyak akan memudahkan kita untuk berurusan jual beli, ini sangat penting. Kita tidak boleh bergantung kepada agen atau dealer dalam urusan jual beli kerana komitmen mereka tidak menentu terutama ketika nak menjual nanti.

5) 𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 (𝗧𝗮𝗸 𝗖𝗲𝗿𝗲𝘄𝗲𝘁)

Kenalpasti dulu syarat beli semula dari syarikat pembekal. Sebab kebanyakkan syarikat pembekal emas mengenakan syarat yang ketat untuk membeli semula emas yang telah dijual.

Antaranya perlu ada resit belian asal untuk menjualnya pada harga yang tinggi. Ada juga meletakkan syarat kondisi emas perlulah dalam keadaan asal tanpa ada kesan rosak (kecacatan).

Kalau ada kecacatan mereka tidak akan membelinya semula atau beli dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga semasa.

Kita terpaksa menanggung risiko kerugian bila jual dikedai luar dengan spread dari 𝗱𝘂𝗮 𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 hingga 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗽𝘂𝗹𝘂𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 . Ini amat merugikan kita nanti!

Emas yang terbaik untuk dibeli ialah mendapat jaminan dari pembekal. Dengan memberi jaminan beli semula walaupun emas didapati telah rosak atau calar dari rupa asalnya.

Jadi jangan tersalah membeli, salah membeli ia jadi penyebab anda rugi. Sekian..

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
ZAKAT..

Bila sudah cukup timbangan dan masanya, penyimpan emas wajib mengeluarkan zakat simpanan emas.

Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram. Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.

Alhamdulillah, selesai satu tanggungjawab saya iaitu keluarkan zakat bagi simpanan emas yang telah saya buat sebelum ni.

Kalau sebelum kenal emas jangan cerita nak keluarkan zakat, simpan duit untuk diri sendiri pun tak pernah berjaya!

Tapi alhamdulillah, selepas belajar mengumpul emas dari tahun 2012 saya berjaya jadi penyumbang zakat dari tahun ke tahun.

Betullah kata guru emas saya Tuan Syukor Hashim sejak awal pengenalan saya tahun 2012 dengan beliau, katanya emas ini adalah MAGNET kepada kekekayaan.

Sesiapa yang simpan emas, kekayaan akan melekat padanya dan susah jatuh miskin malah bertambah kaya (dengan ilmu).

Alhamdulillah,🤲

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp
Ini ialah tips asas menguruskan kewangan dengan baik untuk membuat simpanan.

1️⃣ Bayar diri sendiri dahulu
sebelum kita bayar bil dan beli barang keperluan rumah. Asingkan dulu sebahagian untuk disimpan, paling-paling kurang pun 5% daripada pendapatan kita setiap bulan, terpulang mana satu yang sesuai nak disimpan dalam tabung haji, ASB ataupun emas.

Kenapa saya sarankan terpulang, sebab mengikut peratus pendapatan masing-masing dan kekuatan mental dalam menahan dari korek balik. Tak tahan godaan simpanlah dalam bentuk emas.

2️⃣ Kurangkan perbelanjaan.
Kurangkan belanja bukan bererti kita kedekut, tetapi bagaimana kita uruskan supaya kita masih boleh beri nikmat hidup kepada anak dan keluarga.

Sebagai contoh, kita boleh pilih makan ala-ala western atau steam boat di luar atau restoran, namun sebenarnya kos untuk penyediaan steam boat dan menu western jauh lebih murah jika disediakan sendiri oleh ibu-ibu dan tidaklah makan masa yang lama jika bijak menggunakan gadget dapur. Zaman sekarang macam-macam gadget boleh membantu.

Selain itu juga, tukar cara shopping barangan keperluan harian melalui online, sebab bila kita beli secara online ni, kita kurang menyimpang ke area-area ataupun lorong-lorong lain dalam mall yang boleh sebabkan kita ter”over” beli.

Untuk pakaian, pilih yang tidak terlalu mengikut trend terkini ataupun gaya klasik yang mampu milik dan berkualiti.

Selain fesyen tersebut kekal lama ianya juga membantu kita mengawal dari berbelanja berlebihan untuk pakaian yang hanya trending dalam waktu tertentu saja.

3️⃣ Latih diri dengan “ delay gratification” @ menangguhkan kehendak.
Tidak salah untuk membeli sesuatu yang kita inginkan untuk menambah kualiti hidup, namun adakalanya pembelian yang perlukan bajet besar, buatlah keputusan dengan ambil masa untuk berfikir dan bukan membeli secara terburu-buru.

Ada ketikanya kehendak kita itu dapat dipenuhi ketika adanya peluang yang lebih baik seperti semasa jualan langsung yang lebih murah harganya.

4️⃣ Sentiasa semak aliran tunai wang kita. Adakah ianya aliran postif atau negatif.

Sekiranya setelah di congak dan jimat berbelanja masih lagi negatif, maknanya sudah sampai masa anda mencari pendapatan sampingan lain untuk menampung pendapatan sedia ada.

5️⃣ Fahami setiap hutang yang kita ada dan rancang bagaimana untuk hapuskan hutang jahat seperti loan kereta ataupun kad kredit secepat mungkin.

Fokus selesaikan satu demi satu tanpa membuat komitmen hutang baru.

6️⃣ Disiplin diri yang tinggi. Disiplin dalam berbelanja ni cakap senang, namun nak buat amat mencabar, namun begitu ia tidak mustahil.

Salah satu cara untuk disiplinkan diri, tulislah matlamat kewangan yang nak dicapai dan tampal dekat ruang yang anda boleh nampak. Beritahu pasangan dan keluarga tentang apa yang anda ingin capai supaya sekiranya kita leka, ada pasangan untuk mengingati matlamat yang kita letakkan.

Daftar percuma di sini:
http://bit.ly/PG-registration

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/601151106707

Ezzy & Zaza
FMD PG00285107
https://ezgold.jp