orangperak.com
3.34K subscribers
129 photos
1 video
5 files
661 links
Terkini dari orangperak.com
Download Telegram
Kuala Lumpur, 15.4.2025; mengubati kekosongan yang mula dirasai, menziarahi pusara Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan sebelum masuk waktu Maghrib; telah hilang seorang negarawan, kenalan selama hampir 54 tahun, sejak pertemuan pertama dalam program GPMS di Morib, pada bulan Ogos tahun 1971. Dialah pendidik yang tulus, berjiwa murni berhati ikhlas, lidah yang bertutur dengan lembut suara, bibir yang kaya dengan senyuman, namun cekal dan teguh berpegang prinsip.

Nukilan Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar Zaini
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Negeri Perak serta ahli Dewan Negara Negeri Perak

https://www.facebook.com/share/p/1BBDtmBsjG/
YANG DI-PERTUAN AGONG TEGASKAN BENDERA LAMBANG KEDAULATAN, TIDAK BOLEH DIPERSENDA

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menegaskan bahawa bendera negara bukan sekadar sehelai kain berwarna, tetapi simbol kedaulatan, identiti, dan semangat rakyat Malaysia yang harus dihormati.

Dalam titah baginda, Yang di-Pertuan Agong menekankan bahawa Jalur Gemilang melambangkan perjuangan, sejarah kemerdekaan, dan kesatuan rakyat berbilang bangsa. “Kita sebagai rakyat mengibarkan bendera dengan rasa megah dan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa.", titah Seri Paduka Baginda.

Titah tersebut turut menyentuh insiden pemaparan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit pada muka hadapan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan. Baginda menegaskan bahawa kesilapan seumpama itu boleh menyinggung sensitiviti rakyat dan tidak boleh dipandang ringan.

https://www.facebook.com/share/p/16CzUMiSjB/
Zamakhshari Hanipah Dilantik Sebagai Datuk Bandar Ipoh Baharu

YBrs. Encik Zamakhshari bin Hanipah secara rasmi menggalas tanggungjawab baharu sebagai Datuk Bandar Ipoh berkuat kuasa 16 April 2025. Pelantikan beliau disempurnakan dalam satu majlis penyerahan surat pelantikan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar Perak semalam, disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Sebelum ini, Zamakhshari berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), membawa bersama pengalaman luas dalam pengurusan dasar dan kepimpinan strategik. Dengan rekod perkhidmatan yang cemerlang, beliau diyakini mampu membawa nafas baharu dalam pentadbiran Bandaraya Ipoh, sekaligus memacu pembangunan yang lebih dinamik untuk kesejahteraan warganya.

https://www.facebook.com/share/p/19RtJL4ku4/
Orang Kaya Kaya Seri Agar DiRaja Tan Sri Dato' Seri DiRaja Dr. Haji Ramli bin Ngah Talib Dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Baharu

Tan Sri Ramli Ngah Talib telah dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang baharu, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2025 bagi tempoh selama 4 tahun.


Ramli Ngah Talib, seorang tokoh berpengalaman luas dalam pentadbiran awam, dijangka membawa dinamisme baharu dalam memacu pembangunan negeri Pulau Pinang. Beliau akan menggantikan Yang Dipertua Negeri sebelumnya, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, yang akan tamat tempoh perkhidmatannya.

https://www.facebook.com/share/p/195Xsyoqqo/
TUN RAMLI NGAH TALIB DILANTIK SEBAGAI YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG YANG BARU

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Tun Ramli Ngah Talib sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang yang baharu.

Dalam istiadat tersebut, Seri Paduka Baginda turut mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun kepada Tun Ramli, sebagai pengiktirafan atas sumbangan besarnya kepada negara.

https://www.facebook.com/share/p/16HYnPku4Q/
Tan Sri Dato’ Seri Mohd Annuar Zaini, Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh umat Islam di Perak dan Malaysia atas kesungguhan mereka memikul tanggungjawab sosial dan agama bagi menyelamatkan Masjid Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu, Bagan Serai.

Sehingga semalam, sebanyak RM2.1 juta telah berjaya dikumpulkan melalui sumbangan langsung ke akaun bank masjid berkenaan – satu pencapaian membanggakan yang mencerminkan semangat sepunya dalam mempertahankan institusi ibadah. Ini menunjukkan bahawa isu-isu berkenaan urusan agama Islam sangat dekat dalam hati umat Islam di Malaysia.

https://www.facebook.com/share/p/1ASZUNcCaK/
Seorang tukang baiki jam berusia 63 tahun kini disenarai hitam oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) selepas bertindak agresif memecahkan pintu kaca utama bangunan MPTI minggu lepas. Akibat tindakannya itu, lelaki tersebut tidak lagi dibenarkan menyewa mana-mana premis di bawah MPTI pada masa hadapan.

Menurut Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan, MPTI akan mengeluarkan notis pengosongan premis dalam tempoh sebulan kepada lelaki terbabit.

“Tindakannya mengamuk dan merosakkan harta benda awam sama sekali tidak boleh diterima. Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan perkara sebegini,” tegas Sivanesan ketika ditemui media semasa menyertai perayaan Chithirai Pournami di Kuil Sri Subramaniam hari ini.

https://www.facebook.com/share/p/1BxzuerAfS/
Meskipun sudah mengumumkan pengunduran daripada Liga Super musim depan, harapan masih menyala buat Perak FC apabila pihak pengurusan kini sedang berunding dengan beberapa pelabur baharu untuk menyelamatkan pasukan itu daripada ‘terkubur’ pada 2025.

Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi, mengesahkan bahawa rundingan aktif sedang dijalankan dengan dua hingga tiga pihak yang berminat mengambil alih kelab berprestij itu. Jika semuanya berjalan lancar, ‘The Bos Gaurus’ mungkin masih mampu bertahan dalam kancah bola sepak tempatan.

“Insya-Allah, keputusan (untuk menarik diri) boleh berubah. Kami sedang berbincang dengan beberapa pelabur, dan kami berharap dapat mencapai kata sepakat untuk mereka mengambil alih Perak FC,” jelas Azim dalam rancangan Ngopi di Channel 10 Malaysia.

https://www.facebook.com/share/p/19N8XJGeRC/
Tahukah anda, sebelum kejadian anak gajah dilanggar lori semalam, 131 tahun dahulu pernah ada kejadian serupa berlaku di Teluk Anson (kini Teluk Intan) yang melibatkan keretapi dengan gajah.

Pada petang 17 September 1894, sebuah kereta api wap milik Perak Railways sedang dalam perjalanan dari Tapah Road ke Teluk Anson. anpa disangka, sekumpulan gajah liar telah menunggu di tengah-tengah landasan, diketuai oleh seekor gajah jantan yang besar.
Menurut saksi penduduk kampung, gajah jantan itu telah merencanakan serangan sebagai tindakan balas dendam. Beberapa minggu sebelumnya, anak gajahnya dilaporkan mati dilanggar kereta api di kawasan yang sama. Gajah jantan itu menyerang kereta api secara berdepan dengan kekuatan penuh.

Jom baca dengan lebih lanjut berkenaan peristiwa ini dan usaha daripada Team Orang Perak sendiri untuk menyelamatkan Memorial Pelanggaran Gajah Teluk Intan pada tahun 2018 melalui artikel di ruangan komen di bawah.

https://www.facebook.com/share/p/1Je3W3trMB/
TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA PASUKAN SIMPANAN PERSEKUTUAN UNIT 5

Pasukan pengendali laman Orang Perak mengucapkan takziah yang mendalam kepada keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5 yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak pagi tadi.

Dalam kejadian menyayat hati ini, 9 daripada 18 anggota PSP terkorban selepas trak mereka bertembung dengan sebuah lori bermuatan pasir. Mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah menamatkan Operasi Chariot sempena sambutan Chitapournami di Hilir Perak.

Kami turut bersimpati dan mendoakan agar keluarga mangsa diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi dugaan ini.

Semoga mangsa yang sedang dirawat di Hospital Teluk Intan cepat sembuh dan dapat kembali berkhidmat untuk pasukan polis dan negara. Mari kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan mereka.

https://www.facebook.com/share/p/1Fj3LFsSfS/
Perak memperhebat usaha membangunkan industri elemen mineral nadir bumi (REE) dengan menjalin kerjasama strategik bersama pemain industri antarabangsa, termasuk syarikat terkemuka dari Eropah seperti Solvay di Perancis.

Dalam lawatan kerja terkini yang diketuai Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, delegasi negeri berpeluang meninjau fasiliti pemprosesan REE berteknologi tinggi milik Solvay di La Rochelle, Perancis, pada Selasa lalu. Kilang tersebut merupakan antara pusat pemprosesan REE terpenting di Eropah, dengan keupayaan mengasingkan kesemua elemen mineral nadir bumi, termasuk heavy rare earth elements (HREE).

Lawatan ini bukan sekadar eksplorasi peluang pelaburan, malah turut memberi pendedahan menyeluruh mengenai operasi canggih Solvay serta potensi kerjasama masa depan yang boleh dimanfaatkan Perak.

https://www.facebook.com/share/p/1UYv9XNQiX/
Pasukan polis berjaya memusnahkan 1,500 pokok ketum yang ditanam secara haram di kawasan tanah rizab kerajaan seluas 8.09 hektar sekitar Mukim Labu Kubong dalam satu operasi bersepadu hari ini.

Operasi tersebut dilancarkan susulan risikan polis dan aduan awam berkenaan pencerobohan tanah rizab sepanjang 5.4 kilometer di Pengkalan Daun dan 3 kilometer di Sungai Keroh.

Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin, sebanyak 19 lokasi penanaman ketum telah dikenal pasti secara strategik sebagai sasaran utama operasi pemusnahan holistik kali ini.

https://www.facebook.com/share/p/1YNtXzAuKR/
Gajah Liar “Yob Padang” Berjaya Dipindahkan Di Gerik

Seekor gajah jantan liar bernama Yob Padang berjaya dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas dilaporkan menceroboh kebun getah di Kampung Padang Stang. Operasi unik ini menggunakan bantuan dua ekor gajah denak betina, Abot dan Rambai, bagi memudahkan proses pemindahan gajah seberat 3 tan itu.

Gajah berusia 45 tahun itu ditangkap oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) pada Rabu selepas penduduk mengadu tentang kerosakan tanaman akibat gangguan haiwan tersebut. Menurut Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, Yob Padang dipercayai seekor gajah tunggal yang memasuki kawasan kampung untuk mencari makanan.

https://www.facebook.com/share/p/1LJRxPouNP/
Dalam satu pengumuman rasmi hari ini, YABhg Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr) Mohd Zahidi bin Hj Zainuddin (Besara) telah menyampaikan titah perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenaan pelantikan baharu di jajahan Kampar.

YDH Toh Muda Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, En. Azman bin Dato’ Sri Yeop Junior, secara rasmi dilantik sebagai Orang Besar Jajahan Kampar bagi tempoh tiga tahun, bermula 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2028.

Kami di Orang Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar Diraja, En. Azman bin Dato’ Sri Yeop Junior atas perlantikan tersebut.

https://www.facebook.com/share/p/16YyBEq9ZL/