Kenali Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak ke-13
Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad adalah figura politik negeri Perak yang kini memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Perak ke-13. Beliau memulakan penggal pertamanya pada 10 Disember 2020 dan kembali dilantik semula pada 21 November 2022.
Pelantikannya pada tahun 2020 adalah kerana mengisi kekosongan jawatan selepas pendahulunya, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu, meletak jawatan ekoran kehilangan sokongan majoriti dalam usul undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 4 Disember 2020.
https://www.facebook.com/share/p/15uvCKAMGA/

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato' Seri Azlan Shah ibni Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-17.
Patik berdoa ke hadrat Allah S.W.T. semoga melanjutkan usia Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan.
Sembah Takzim daripada
Pasukan pengendali laman fb Orang Perak
https://www.facebook.com/share/p/18JKLSCtfj/

Pada 13 Mac 2025, bersamaan 12 Ramadhan 1446 Hijrah, satu peristiwa bersejarah telah tercipta di Lekir, Sitiawan, Perak. Majlis perasmian Masjid Ar-Raudhah Batu 7 Lekir telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan kemuliaan. Majlis gilang-gemilang ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
Kehadiran baginda Sultan turut disertai oleh Yang Teramat Mulia (YTM) Raja Kechil Sulung Perak, Raja Ahmad Nazim Shah Ibni Almarhum Raja Ashman Shah, menambahkan lagi kemuliaan dan keistimewaan majlis tersebut.
Team Orang Perak turut hadir menyaksikan upacara penuh bersejarah ini semalam. Semoga Masjid Ar-Raudhah Batu 7 Lekir terus menjadi tempat bersinarnya syiar Islam di negeri Perak ini.
https://www.facebook.com/share/p/18nxpxuU5y/

Pada hari ini 14 Mac 1948, satu babak penting dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu tercatat dengan penubuhan Hizbul Muslimin (HAMIM), sebuah pertubuhan politik Islam yang berazam membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan. Penubuhannya berlaku di Maahad Al-Ehya Assharif, Gunung Semanggol, Perak, dalam satu persidangan bersejarah yang berlangsung dari 13 hingga 16 Mac 1948. Persidangan ini bukan sekadar himpunan biasa, tetapi ia menjadi titik tolak bagi kebangkitan kesedaran politik Islam di Tanah Melayu.
Matlamat utama HAMIM adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajahan British dan seterusnya membentuk sebuah negara Islam yang berteraskan syariah. Ini bukan sekadar perjuangan untuk kemerdekaan politik, tetapi juga untuk membangunkan sebuah masyarakat yang adil, makmur, dan berlandaskan nilai-nilai Islam.
https://www.facebook.com/share/p/1DF762ZcTg/

Pada hari ini 15 Mac 1882, 143 tahun yang lalu, satu keputusan bersejarah telah dibuat dalam Mesyuarat Dewan Negeri Perak. Nama Teluk Mak Intan, sebuah kawasan yang kaya dengan warisan dan budaya, telah ditukar kepada Teluk Anson. Cadangan ini dikemukakan oleh Sir Hugh Low, Residen British di Negeri Perak pada masa itu, sebagai penghormatan kepada Jeneral Sir Archibald Anson, Leftenan Jeneral Pulau Pinang.
Beliau merupakan seorang pegawai British yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Hilir Perak. General Anson dikenali sebagai seorang yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan pentadbiran di kawasan tersebut serta merupakan individu yang melakar pelan pembangunan Bandar Teluk Anson diketika itu.
https://www.facebook.com/share/p/18Q4dc9QkJ/

13 Pekerja Nepal Ditahan Selepas Insiden Rusuhan Di Teluk Intan
TELUK INTAN – Kejadian langgar lari yang mengorbankan seorang pejalan kaki warga Nepal telah mencetuskan ketegangan di hadapan sebuah kilang di Batu 8, Jalan Changkat Jong di sini pada Jumaat malam. Akibat insiden tersebut, seramai 13 pekerja kilang warga Nepal telah ditahan polis kerana disyaki cuba mencetuskan rusuhan.
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin, kejadian itu berlaku sekitar jam 9.35 malam.
Kemalangan tersebut telah mengakibatkan lebih 1,000 pekerja kilang yang kebanyakannya warga Nepal berkumpul di lokasi kejadian. Kehadiran mereka yang ramai telah menyebabkan gangguan lalu lintas dan menimbulkan kebimbangan akan tercetusnya keganasan.
https://www.facebook.com/share/p/169aq6Z6tB/

Raja Muda Perak Berkenan Hadir Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Kampung Kuala Slim
Pada 14 Mac 2025 bersamaan 13 Ramadhan 1446 Hijrah, DYTM Raja Muda Perak, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa telah berkenan memcemar duli berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat di Masjid Kampung Kuala Slim, Slim River, Perak. Kehadiran baginda disambut dengan penuh meriah dan hormat oleh YDH Toh Paduka Setia Dato’ Safry Kamal, Orang Besar Jajahan Muallim, yang juga merupakan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Kuala Slim.
Baginda turut diiringi oleh adindanya, YM Raja Abdul Aziz Ibni Almarhum Raja Muda Musa, dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 500 orang hadirin, termasuk Ketua-Ketua Jabatan dan orang awam. Majlis ini bukan sekadar berbuka puasa, malah diisi dengan solat Maghrib berjemaah, santapan malam, solat Isyak, solat Tarawih, dan Moreh, menambah keberkatan dan kemeriahan bulan Ramadhan.
https://www.facebook.com/share/p/155d3mtaYQ/

Sultan Nazrin Terima Zakat Perniagaan RM3.25 Juta di Istana Iskandariah
Istana Iskandariah menjadi saksi kepada satu lagi detik bersejarah apabila Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM3,250,676 daripada empat syarikat korporat dan individu. Majlis penyerahan zakat ini disampaikan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai simbolik ketaatan dan tanggungjawab sosial dalam melaksanakan kewajipan agama.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman Md. Salleh, penyerahan zakat tersebut dimulakan oleh Boustead Plantations Berhad, yang diwakili oleh Ketua Pegawai Kewangannya, Nina Wirasatria Md. Husni, dengan jumlah zakat sebanyak RM250,676. “Ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menyumbang kepada pembangunan ummah dan membantu golongan yang memerlukan,” jelas Syamsul Hazeman.
https://www.facebook.com/share/p/19cSycXYhM/

Hari ini, Orang Perak akan pos sebanyak hampir 50 keping kad raya kepada pembesar-pembesar negeri dan beberapa invidu lain. Ini adalah tradisi yang ingin kami mulakan selain dari turut menghidupkan semula amalan memberi kad raya.
Jadi untuk followers Orang Perak yang nak kad raya boleh klik link berikut https://forms.gle/h89aXReURgorRHv88 dan kami akan pos kan kepada anda, namun bergantung kepada bilangan kad yang masih ada.
Selamat menyambut Hari Raya dan Selamat Menjalankan ibadah Puasa. Semoga tahun ini penuh berkat dan rahmat dari Allah SWT.
https://www.facebook.com/share/p/18UhRTfTLi/

Pada 29 Oktober 1995, satu insiden tragis telah menggegarkan bandar Bidor, Perak, apabila dua buah tren bertembung dalam keadaan cuaca buruk. Peristiwa ngeri ini berlaku semasa hujan lebat melanda kawasan tersebut, mengakibatkan perlanggaran maut antara tren penumpang Ekspres Langkawi No. 8 yang menuju ke utara dan tren barang No. 419 yang bergerak ke arah selatan.
Perlanggaran tersebut bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan fizikal yang teruk, malah turut meragut nyawa pemandu tren penumpang dan mencederakan penolong pemandunya. Kekuatan hentaman itu begitu dahsyat sehingga menyebabkan jambatan overhead di Kilometer 6 Jalan Bidor-Teluk Intan runtuh, menambahkan lagi kesan buruk kejadian tersebut.
https://www.facebook.com/share/p/167V3hQbNz/

Sebagai langkah menyemarakkan suasana Aidilfitri, Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sebanyak RM1.35 juta bagi membantu 9,000 penerima yang layak di seluruh negeri. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk baucar bernilai RM150 untuk setiap penerima, yang boleh digunakan bagi membeli kelengkapan Hari Raya di kedai-kedai pakaian terpilih.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menjelaskan bahawa bantuan ini diberikan kepada golongan kurang berkemampuan dan warga emas di semua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau turut menekankan bahawa inisiatif ini bertujuan memastikan mereka yang memerlukan dapat merasai kegembiraan menyambut Aidilfitri dengan persalinan baru yang sesuai dengan citarasa masing-masing.
https://www.facebook.com/share/p/168uYdp92s/

Pada hari ini 16 Mac 1952, satu operasi besar-besaran berjaya menamatkan penguasaan pengganas komunis di Lembah Belum, Ulu Perak, yang telah menjadi kubu kuat mereka selama setahun. Lembah Belum, sebuah kawasan terpencil di utara Perak, telah dijadikan sebagai pusat bekalan makanan utama oleh pengganas komunis untuk menyokong aktiviti mereka di sekitar Ulu Perak.
Kawasan ini diduduki oleh 11 buah kampung Melayu yang terputus hubungan dengan dunia luar akibat kekejaman dan penguasaan pihak komunis. Selama setahun, pengganas komunis bermaharajalela di Lembah Belum. Mereka memutuskan hubungan kampung-kampung tersebut dengan dunia luar dan mengenakan sistem cukai ke atas penduduk.
https://www.facebook.com/share/p/18GKYjVq1Y/