orangperak.com
3.32K subscribers
129 photos
1 video
5 files
661 links
Terkini dari orangperak.com
Download Telegram
[MOHON DIWAR-WARKAN] Kami dari Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak telah menjalankan satu inisiatif dimana untuk 1 artikel anda yang telah diterbitkan di laman orangperak.com , sumbangan sebanyak RM1 akan diberikan untuk menghargai jasa anda dalam kontribusi ini.

Satu sistem telah dibangunkan secara custom made oleh biro ICT kami dan ianya telah dipasang di laman orangperak.com. Untuk menjayakan tujuan ini, ada beberapa langkah yang perlu diikuti seperti :

1. Sila daftarkan diri anda ke www.orangperak.com
2. Semak email untuk kata laluan
3. Log masuk dan tukar kata laluan di profile -> setting
4. Isi maklumat lengkap peribadi di profile
5. Halakan cursor pada profile dan pilih submit article
6. Tulis artikel anda, dan klik submit review (sila pastikan anda dalam keadaan login semasa hantar artikel)

Editor kami akan semak dan sunting kembali artikel anda mengikut kesesuaian untuk bacaan umum mengikut giliran artikel yang pernah dihantar oleh penulis lain.

Kami terima segalanya berkaitan Perak (sejarah keluarga , kampung, kawasan, bangunan, pelancongan, fakta) yang anda rasa wajar untuk dikongsikan pada pembaca.

Cintailah sejarah dan sayangilah negeri serta negara, ia membentuk jati diri dan bangsa. Biarpun jumlah inisiatif ini agak rendah, namun sekurang-kurangnya inilah usaha pertama kami untuk menarik minat pembaca dalam kongsikan artikel dan tulisan sejarah yang tidak didendang kepada umum.

Jika ada soalan lanjut, anda boleh WhatsApp 014 605 0005

Sejarah yang sepi perlu didendangkan demi kebaikan bersama untuk masa depan anak-anak kita, Jika anda rasa perkara ini wajar untuk diketengahkan, mohon kongsikal status ini untuk hebahan umum tentang inisiatif yang telah kami jalankan ini. Terima kasih atas jasa baik anda!
Ingatkah anda pada tahun 2009 apabila satu penemuan paling besar dalam sejarah negara kita telah dijumpai di Lenggong, Perak?

http://www.orangperak.com/kapak-genggam-paling-tua-di-dunia-dijumpai-di-lenggong.html
Ramai juga yang tidak tahu akan kewujudan Kota Raja Bersiong yang telah lama wujud di dalam mukim Ijok, Selama. Walau apa pun ceritanya, adalah menjadi persoalan tentang adakah Raja Bersiong ini mitos atau benar-benar wujud sebenarnya?

http://www.orangperak.com/misteri-kota-raja-bersiong-di-selama.html
Kehadiran dengan keputeraan cucu sulung baginda Sultan Iskandar Shah (Sultan Perak yang ke 30) pada waktu itu sudah pasti amat menggembirakan hati baginda. Siapakah gerangan cucu sulung baginda?

http://www.orangperak.com/cucu-sulung-kesayangan-sultan-perak-ke-30.html
Jikalau anda ke bandar Taiping, anak mata anda pasti akan tertarik apabila melihat sebuah masjid lama di tengah-tengah bandar Taiping di tepi jalan. Ada fakta menarik berkenaan masjid tersebut yang perlu anda tahu!

http://www.orangperak.com/masjid-lama-bandar-taiping-masjid-paling-tua-di-taiping.html
Bota sebenarnya dahulu dikenali dengan nama lain iaitu Berahman Indera dan ia pernah menjadi pusat pentadbiran Sultan Perak. Bota juga punyai cerita rakyat / mitos menarik untuk perkongsian bersama.

http://www.orangperak.com/sejarah-cerita-bota-kiri-dan-bota-kanan.html
Penceritaan tentang kisah sedih disebalik apa yang terjadi dan kenapa Puan Saadiah Binti Abdullah berbasikal sejauh 5 km setiap hari menghantar makanan ke IPD Gerik.

http://www.orangperak.com/kisah-sedih-isteri-setia-berbasikal-setiap-hari-ke-ipd-gerik.html
Menjanjikan kelainan, Disiniland Agrofarm and Resort di Batu Kurau adalah sebuah destinasi percutian berbentuk agro yang dikhaskan untuk seisi keluarga yang ingin bersama-sama meluangkan masa berharga.
Moh ke sana!

http://www.orangperak.com/disiniland-agrofarm-and-resort-di-batu-kurau.html
Hikayat Misa Melayu merupakan hasil karya Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni Yang DiPertuan Muda Raja Mansur Shah dan dihasilkan sewaktu zaman pemerintahan Sultan Perak ke 15 pada tahun 1754 hingga tahun 1764.

http://www.orangperak.com/hikayat-misa-melayu-karya-agung-melayu-dari-negeri-perak.html