PLUS Jangka Lonjakan Trafik Mencapai 2.2 Juta Kenderaan Sehari Menjelang Aidilfitri
Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik yang ketara, khususnya pada tiga hari terakhir sebelum perayaan. Anggaran trafik dijangka mencecah lebih 2 juta kenderaan sehari, dengan puncaknya diramal berlaku pada hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu.
Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi, jumlah keseluruhan trafik sepanjang musim perayaan kali ini dijangka melebihi 2.2 juta kenderaan sehari. Lonjakan ini merupakan satu peningkatan yang signifikan berbanding tahun-tahun sebelumnya.
https://www.facebook.com/share/p/1A522KxtkW/

Pada hari ini 21 Mac 1900, satu peristiwa bersejarah telah tercatat di Kuala Kangsar, Perak, dengan perasmian Jambatan Victoria, jambatan keretapi terpanjang di Tanah Melayu pada masa itu. Jambatan ini, yang merentasi Sungai Perak, bukan sekadar sebuah struktur kejuruteraan yang mengagumkan, tetapi juga simbol kemajuan dan perpaduan dalam sistem pengangkutan keretapi di Tanah Melayu.
Upacara perasmian ini disempurnakan oleh Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, di hadapan DYMM Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah dan Raja Perempuan Perak, yang turut berkenan hadir. Kehadiran mereka menandakan betapa pentingnya projek ini kepada pembangunan negeri dan wilayah sekitarnya.
https://www.facebook.com/share/p/1D7ESr2Dbw/

Arca Keris Monumen Kebanggaan Negeri Perak
Sebagai penghormatan kepada warisan keris yang begitu berharga, sebuah arca keris gergasi telah dibina di Negeri Perak. Arca ini mempunyai ketinggian 8.5 meter (27.8 kaki) dari lantai hingga ke hujung keris, menjadikannya sebagai monumen yang mengagumkan.
Pembinaan arca ini menggunakan bahan gentian epoksi (epoxy fiber) yang digabungkan dengan buih poli (polyfoam) dan kerangka besi padat. Gabungan bahan-bahan ini menghasilkan kesan logam yang memukau, memberikan kemasan akhir yang menyerupai keris sebenar.
Reka bentuk arca ini adalah hasil kolaborasi antara Jabatan Seni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif, dan Jabatan Seni Bina, Kolej Pengajian Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Projek ini merupakan jalinan kerjasama yang erat antara Pejabat Orang Besar Jajahan Bagan Datuk, Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, serta UiTM Cawangan Perak.
https://www.facebook.com/share/p/16B9Jajp29/

๐๐๐ฎ๐ฅ๐๐ญ ๐๐ฎ๐๐ง๐ค๐ฎ
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-52.
Patik berdoa ke hadrat Allah S.W.T. semoga melanjutkan usia Tuanku Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan.
Menjunjung kasih Tuanku.
Sembah Takzim daripada
Pasukan pengendali laman fb Orang Perak
https://www.facebook.com/share/p/1HKUXYYG33/

Pada 4 September 1974, Mohamed Ghazali Jawi sekali lagi dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Walau bagaimanapun, tempoh pentadbirannya kali ini tidak lancar akibat ketegangan dengan Sultan Perak, Sultan Idris Shah. Pada tahun 1976, Sultan mahu janji 2 tahun ditunaikan.
Tetapi Ghazali Jawi terus memegang jawatan Menteri Besar Perak sehingga 1977. Sultan Idris Shah dikatakan tidak berkenan dengan pentadbiran Ghazali Jawi, dan hubungan antara kedua-dua pihak semakin meruncing sehingga menyebabkan beberapa projek pembangunan negeri tergendala.
Di Pulau Pangkor, Sultan Idris masih murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda.
https://www.facebook.com/share/p/15VD5yU3N3/

Hari ini min pos 140 poskad dan 1 kad raya kepada followers Orang Perak. Inilah kad raya dan poskad ucapan Selamat Hari Raya yang terakhir bagi tahun 2025 untuk followers yang mengisi borang permohonan tempoh hari.
https://www.facebook.com/share/p/18cPZoSq57/

Pada hari ini 24 Mac 1909, 116 tahun yang lalu, satu babak baru dalam sejarah perdagangan dan pengangkutan air di Tanah Melayu telah tercatat dengan pembukaan Pelabuhan Batak Rabit di Teluk Intan, Perak. Pelabuhan ini dibangunkan sebagai pengganti kepada Pelabuhan Teluk Anson yang telah lama berkhidmat tetapi menghadapi masalah serius akibat hakisan sungai. Perpindahan ini bukan sekadar perubahan lokasi, tetapi juga menandakan permulaan era baru yang lebih dinamik dan efisien dalam aktiviti perdagangan di Sungai Perak.
https://www.facebook.com/share/p/1J3ceAb5oX/

Sejarah Padang Rengas
Padang Rengas, sebuah pekan kecil yang terletak di antara laluan Kuala Kangsar dan Taiping, merupakan sebuah lokasi yang penuh dengan sejarah, keindahan alam, dan warisan budaya yang unik. Pekan ini dikelilingi oleh keindahan semula jadi yang memukau, dengan Banjaran Gunung Hijau di sebelah utara dan Gunung Bubu di selatan.
Nama Padang Rengas diambil daripada kawasan lapang yang dahulunya dipenuhi dengan pokok rengas (Gluta renghas), sejenis pokok yang terkenal dengan getahnya yang beracun. Namun, di sebalik namanya yang sederhana, Padang Rengas menyimpan pelbagai kisah menarik yang berkait rapat dengan sejarah Perak dan Malaysia.
https://www.facebook.com/share/p/1Ew8DepBL6/

Kerajaan Perak Salur RM500 kepada Guru KAFA dan Takmir Sempena Aidilfitri
Seramai 3,495 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru takmir di Perak bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 mulai Jumaat ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, memaklumkan bantuan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1.75 juta sebagai penghargaan kepada para pendidik agama di negeri ini.
Bantuan ini merupakan tambahan kepada bantuan RM250 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan minggu lalu untuk guru KAFA, takmir, imam, bilal, dan marbut di seluruh negara.
https://www.facebook.com/share/p/1FNW6ENa52/

DYTM Raja Muda Perak Berkenan Hadir Berbuka Puasa Di Masjid Kampung Kuchai Lambor Kiri
Alhamdullilah Syukur ke hadrat ilahi pada 24 Mac 2025 bersamaan 23 Ramadhan 1446 Hijrah, buat julung kalinya dalam sejarah, Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri yang usianya menjangkau 33 tahun pembinaannya dipilih sebagai tuan rumah untuk Majlis Berbuka Puasa Daerah Perak Tengah bagi tahun 1446H/2025 Bersama Dengan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa.
https://www.facebook.com/share/p/16C3XWnZUp/