orangperak.com
3.33K subscribers
129 photos
1 video
5 files
661 links
Terkini dari orangperak.com
Download Telegram
Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh - Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

Read more : https://www.orangperak.com/masjid-warisan-al-khairiah-kampung-kepayang-fair-park-ipoh.html
PROGRAM RMR PERAKKU PRIHATIN πŸ‘


Program pinjaman perumahan tanpa faedah dengan kerjasama di antara Yayasan Perak dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) khusus kepada golongan B40 yang ingin membina RUMAH PERTAMA.

Untuk maklumat lebih lanjut sila layari laman web Yayasan Perak di https://www.yayasanperak.gov.my
Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta - Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

Read more : https://www.orangperak.com/gunung-cheroh-gunung-sejarah-kinta.html
Bantuan khas kecemasan mahasiswa Negeri Perak

Bantuan khas sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.

Bantuan sara diri mahasiswa Negeri Perak

Bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT.

Mohon panjangkan maklumat ini kepada kenalan mahasiswa kategori B40 yang memerlukan agar bantuan ini dapat membantu mereka dalam meneruskan pengajian tanpa sebarang masalah.

Untuk buat permohonan, layari https://www.hestechperak.com
Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta - Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

Read more : https://www.orangperak.com/gunung-matsurat-gunung-warisan-kinta.html
Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak? - Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

Read more : https://www.orangperak.com/benarkah-jasad-j-w-w-birch-sudah-dipindahkan-dari-jiratnya-di-pasir-salak.html
Siapa ada discord, jemput join kami di https://orangperak.com/discord
Sebuah lagi projek percuma oleh komuniti orang Perak dengan menawarkan servis percuma untuk generate soalan latih tubi pendidikan rawak untuk anak-anak secara percuma hanya di https://didik.pro

Sesuai untuk ibu bapa dan guru-guru memberi latihan kepada anak-anak dan murid. Hanya pilih modul -> klik option -> download dan print kemudian beri pada anak-anak buat latih tubi.

Semoga membawa manfaat dan terima kasih.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

✨ Jemputan Khas Untuk Semua! ✨

Moh sertai OP Community Meetup pada:

πŸ“… Ahad, 1 September 2024
πŸ•— 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
πŸ“ Kompleks Pasir Salak, Perak

Aktiviti Menarik Menanti Anda:
* Sesi Berkenalan dengan Komuniti 🧩
* Lawatan Terowong Sejarah dan Kompleks πŸ›οΈ
* Ucapan & Diskusi Santai Sejarah Perak πŸŽ™οΈ

Jangan lepaskan peluang ini untuk bertemu rakan baru dan menghayati sejarah Perak bersama-sama.
Jumpa anda di sana! 😊

Sahkan Kehadiran Anda di Sini:
πŸ‘‰ https://orangperak.com/meetup
Jangan lupa temujanji kita esok program 8th Community Meetup Orang Perak di Kompleks Sejarah Pasir Salak. Jumpa korang semua disana 😊
*Orang Perak Community Meetup Siri ke 8*

πŸ—“ *Tarikh:* 1 September 2024 (Ahad)
πŸ•° *Masa:* 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
πŸ“ *Tempat:* Kompleks Sejarah Pasir Salak
πŸ“ *GPS:* https://maps.app.goo.gl/sVM612Q1FWf1pRK48

*Tentatif Program*

*8.00 - 8.30 pagi:*
* Berkumpul berhampiran Pintu Masuk Utama Kompleks Sejarah Pasir Salak.

*8.30 pagi:*
* Program dimulakan oleh Iskandar (MC).
* Sarapan ringkas.
* Sesi berkenalan di kawasan Wakaf.

*8.55 pagi:*
* Ucapan alu-aluan oleh Saudara Fred dan ringkasan perkembangan 7 tahun Orang Perak.

*9.00 pagi:*
* Ucapan dan penceritaan santai oleh team dan jaringan sahabat Orang Perak.

*9.30 pagi:*
* Sesi lawatan sekitar Kompleks Sejarah Pasir Salak:
1. Terowong Sejarah
2. Tempat J.W.W. Birch dibunuh
3. Tugu Perang Perak
4. Kubu & Rumah (replika) Dato Maharajalela
5. Kubur Sepuntum

Penerangan oleh Fred / Iskandar / Cikgu Rezal.

*12.00 tengahari:*
* Perjumpaan tamat.

Sebarang persoalan berkenaan dengan perjumpaan ini boleh ditanya dalam group ini dan nanti admin-admin akan bantu jawab.

Terima kasih.
Mohon Tuan/Puan untuk membuat pengesahan kehadiran Program 8th Community Meetup Orang Perak di Kompleks Sejarah Pasir Salak bagi memudahkan urusan pendaftaran. Terima kasih
Anonymous Poll
18%
Hadir
82%
Tidak Hadir
Video sempena perjumpaan ke 8 kita semua followers Orang Perak bersama admin di Kompleks Sejarah Pasir Salak semalam. Siapa tak pernah ke Kompleks Sejarah Pasir Salak lagi, sudikanlah datang sini.

dan nak admin bawakkan pergi ke mana pulak lepas ni? bagi cadangan meh..

p/s: Kredit dan terima kasih Aysraf Al-Banjari sudi rakam dan sunting video ni
Anda ada pelbagai kisah menarik untuk dikongsi? Ada banyak tempat pelancongan atau makan yang best untuk kita semua pergi? Ada info-info terkini yang mahu disebar kepada semua?

Apa kata kongsikan semua itu bersama kami di Orang Perak. Tahun 2025 Orang Perak akan lebih aktif berkongsi tentang isu semasa, sejarah, pelancongan dan sebagainya tentang negeri Perak kita ini.

Jadi jom Whatsapp kami di nombor 013-5000507 atau DM kami secara direct di FB Page Orang Perak, dan kita bersama kongsikan maklumat menarik tersebut kepada semua.

#orangperak2025
#kongsibersamakami
#teamOP

https://www.facebook.com/share/p/17a77heJiB/
JKM Cari Waris.png
3 MB
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kuala Kangsar, Perak memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris seorang pesakit lelaki yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pegawai PKMD Kuala Kangsar Nur Fatma Fauzi berkata Khairul Azam Mohd Ghazali, 44, dirawat di hospital itu akibat penyakit kencing manis atau diabetes mellitus.

Khairul Azam Mohd Ghazali kini berada di Wad Penyayang Hospital Kuala Kangsar.

Kredit Berita Bernama

https://www.facebook.com/share/p/1ADc2i28Rf/
Misteri Kematian Si Lenggang di Sungai Perak

Negeri Perak terdapat banyak kisah-kisah menarik yang boleh diangkat. Malah, kebanyakan kisah yang ada masih lagi tidak diterbitkan semula pada masa kini untuk tatapan generasi kini.

Jadi jom kita ikut kisah misteri kematian Si Lenggang yang berlaku di Sungai Perak pada tahun 1892 ini. Boleh baca pada link artikel ya

https://www.facebook.com/share/p/18fAJ6cVgv/
Hari ini genap 116 tahun penubuhan Sekolah Anderson, Ipoh

Sekolah Anderson Ipoh menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-116 tahun hari ini. Ia dirasmikan pada 6 Februari 1909.

Sekolah Anderson Ipoh dibuka ekoran kejayaan penubuhan Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Bangunan asal sekolah ini terletak di Jalan Douglas (Jalan Dato Panglima Bukit Gantang Wahab). Pada tahun 1921, bangunan asrama murid lelaki dibuka dan biasiswa untuk 30 orang murid Melayu dari luar bandar ditawarkan.

Pertambahan murid yang ramai menyebabkan sekolah ini terpaksa menggunakan sementara bangunan tambahan di Masonic Hall (Bangunan Jabatan Pelajaran Negeri Perak sekarang) di Jalan Maxwell (Jalan Tun Abdul Razak). Akhirnya pada tahun 1931, bangunan baharu Sekolah Anderson di Jalan Ashby (Jalan Hospital) siap dibina dan dibuka.

Jumlah muridnya pada ketika itu adalah seramai 700 orang dan 40 orang menghuni asrama adalah murid-murid tajaan Biasiswa Melayu.

https://www.facebook.com/share/p/19rwcHK7pK/