Bijak Emas Mek Public Gold
219 subscribers
2.43K photos
428 videos
4 files
715 links
Misi saya ialah mendidik masyarakat urus kewangan dengan bijak agar hidup lebih tenang. Tips tentang simpanan dan pelaburan emas oleh Nurul Imanina. Whatsapp saya di www.wasap.my/+60145006825
Download Telegram
Saya nak cerita sedikit sejarah dinar emas yang dikeluarkan oleh Public Gold. Gambar disertakan untuk rujukan :)

Gambar atas sekali adalah dinar emas generasi pertama yang dikeluarkan oleh Public Gold. Ia berketulenan 22k (916) dan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh local assayer.

Dinar emas ini dihentikan pengeluaran pada tahun 2014 iaitu setahun sebelum perlaksanaan GST. Ini kerana jongkong/syiling emas keluaran tempatan tertakluk kepada GST. Jadi untuk tidak membebankan pengguna dengan GST, dinar emas 916 ini ditamatkan pengeluaran.

Walaupun tidak dijual lagi, namun dinar emas ini masih banyak disimpan oleh pelabur dan penyimpan emas Public Gold.

Dinar ini digantikan dengan Dinar Emas LBMA (LBMA bermaksud London Bullion Market Association). Dinar emas ini berketulenan 24 karat 999.9 dan ditempa oleh Nadir Metal Refinery, sebuah kilang emas yang mendapat pengiktirafan "LBMA accredited refiners".

Ini menyebabkan dinar ini tidak dikenakan GST, sebab ia termasuk di dalam kategori IPM (investment precious metals). Bukan setakat dinar emas, tetapi jongkong emas yang ditempa oleh Nadir Metal Refinery juga termasuk di dalam kategori IPM dan ia bebas GST.

Dinar emas ini dijual sehingga sekarang.

Setelah Malaysia bertukar kerajaan dan GST ditamatkan, maka emas tidak lagi tertakluk kepada cukai GST atau SST. Jadi Public Gold telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Dinar Emas keluaran tempatan dengan ketulenan 999.9 (gambar paling bawah sekali). Ini adalah dinar emas tempatan terkini.

Jadi sepanjang 12 tahun (2008 - 2020) kita dapat melihat 3 generasi Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Public Gold.

Sekarang, anda boleh membeli dinar emas LBMA dan dinar emas tempatan 999.9 sebagai simpanan dan pelaburan. Memandangkan berat dan ketulenan kedua adalah sama, jadi harga dan spead kedua ini sama aja.

Kedua sama bagus.

Saya ada simpan ketiga-tiga design ini :)

#NotaEmasSyukorHashim
#1gram1bulan
#MekPublicGold
#TRE
#KITeam
#PGJE24K
Loan Rumah Lulus Dengan Penyata Akaun GAP

Baru ni ada customer PG yang menceritakan pengalamannya membeli rumah kedua yang berharga RM400k lulus loan dengan menunjukkan penyata simpanan emasnya dalam akaun GAP.

Katanya sangat mudah diluluskan hanya dengan support penyata akaun GAP. Loannya juga hanya atas satu nama sahaja.

Jadi yang ada akaun GAP yang nak beli rumah boleh aja gunakan penyata dari akaun simpanan emas ini.Teruslah menyimpan dan pasang niat simpanan ini untuk kita gunakan untuk membeli rumah pertama, kedua dan ketiga.

Lebih mudah jika kita mulakan buat potongan gaji setiap bulan untuk simpanan emas dalam GAP (Standing Instruction).

Yang nak mula buka akaun GAP dan yang nak mulakan potongan gaji setiap bulan boleh la wasap Iman di www.wasap.my/+60145006825/GAP

Kalau tak mula hari ini simpanan anda, bila lagi??

#MekPublicGold
#PGJE24K
Antara nombor dan nilai yang mana menjadi pilihan anda?

Jika pilih duit sebagai simpanan jangka masa panjang, nombornya sentiasa naik tapi sayang sekali nilainya semakin menurun atau jatuh.

Tapi jika pilih emas sebagai simpanan jangka masa panjang nilainya tetap sama zaman berzaman.

Nilai 1 dinar tetap bernilai 1dinar zaman berzaman dan tetap boleh beli barang yang sama dengan nilai 1 dinar itu.

Contoh yang paling mudah adalah seekor kambing boleh dibeli dengan 1dinar sejak 1400 tahun yang lalu sehingga sekarang tetap sama 1 dinar.

Tapi ini tidak boleh dilakukan dengan duit yang anda simpan. Dengan duit hanya dalam masa 5 tahun sahaja , kuasa belinya boleh jatuh 50%. Dan berlainan mengikut negara masing masing.

Jika berlaku krisis ekonomi atau krisis politik atau berperang sudah pastinya nilai duit boleh menjadi sifar. Langsung tidak bernilai tapi ini tidak pernah berlaku pada emas.

Walau banyak mana pun kekayaan anda, pastikan sekurang-kurangnya 30% di simpan dalam bentuk yang lebih selamat iaitu EMAS.

#MekPublicGold
#PGJE24K
Basic tentang emas

1⃣ Emas juga dikenali sebagai logam kuning.

2⃣ Emas semuanya sama. Yang membezakannya adalah dari segi harganya iaitu ada sst atau tidak , dan yang menjadi pilihan ramai atau tidak, susut nilai yang berbeza. Jadi pilih la yg tiada sst, harga rendah, susut nilai rendah dan yang menjadi pilihan ramai jadi mudah untuk di jual. Emas hanya berbeza dari segi ketulenannya.

3⃣ SIFAT EMAS

🔸Berwarna kekuningan
🔸Mudah di bentuk
🔸 Berkongsi kumpulan dengan Perak dan Tembaga dlm jadual berkala.
🔸 Tidak terhakis.

#MekPublicGold
#PGJE24K
MASA TERBAIK BELI EMAS?

Masa terbaik membeli ialah bila kita dah faham apa itu emas, kepentingannya dan keuntungan menyimpannya.

Kalau first time, jangan tunggu harga rendah sebab kita tak faham bila harga rendah sebelum buat belian pertama.

Tak siapa tahu “how low is low” dan “how high is high” hatta mereka yang pakar analisis harga emas sekali pun. Jadi, beli dulu at least 1 gram, lepas tu baru monitor harga.

Pengalaman saya, orang yang tunggu harga paling rendah biasanya terpaksa beli pada harga lebih tinggi sebab tak siapa tahu bila harga dikatakan "paling rendah"!

Kita hanya akan tahu harga "paling rendah" bila ianya dah jadi sejarah dan tak lagi berpeluang membeli pada harga itu.

Boleh tahu, tapi tak boleh beli lagi... Klik laju-laju www.wasap.my/60145006825

#BukuWangEmas
#1gram1bulan
#MekPublicGold
#PGJE24K

Kredit: Mohd Zulkifli Shafie
"Iman, macam mana kita nak tingkatkan gram emas dengan cepat ye?"

Okay, ni Iman kongsikan caranya:

1. Tanam azam sungguh-sungguh nak menyimpan. Contoh : Simpan emas untuk pergi Haji.

2. Letak matlamat dalam menyimpan. Contoh: Dah kumpul sampai 5 gram, nak tambahkan lagi sampai 10 gram.

3. Pastikan dapat gaji, 10% alihkan jadi emas, terus tukar. Kalau tak, ke laut la dan tiada simpanan emas.

4. Inject dalam mindset, "simpan dulu, baru belanja".

5. Mula-mula buat satu gram sebulan, lepastu naikkan jumlah gram.

6. Lepas 5 tahun menyimpan, lihatlah hasil dan nilai emas yang kalian simpan tu. Pasti tersenyum.

Lagi?

Mula simpan emas dulu, baru rasa nikmat menyimpan 😊

Nurul Imanina

#1gram1bulan
#MekPublicGold
#TRE
#KITeam
#PGJE24K