Bijak Emas Mek Public Gold
219 subscribers
2.43K photos
428 videos
4 files
715 links
Misi saya ialah mendidik masyarakat urus kewangan dengan bijak agar hidup lebih tenang. Tips tentang simpanan dan pelaburan emas oleh Nurul Imanina. Whatsapp saya di www.wasap.my/+60145006825
Download Telegram
Saya nak cerita sedikit sejarah dinar emas yang dikeluarkan oleh Public Gold. Gambar disertakan untuk rujukan :)

Gambar atas sekali adalah dinar emas generasi pertama yang dikeluarkan oleh Public Gold. Ia berketulenan 22k (916) dan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh local assayer.

Dinar emas ini dihentikan pengeluaran pada tahun 2014 iaitu setahun sebelum perlaksanaan GST. Ini kerana jongkong/syiling emas keluaran tempatan tertakluk kepada GST. Jadi untuk tidak membebankan pengguna dengan GST, dinar emas 916 ini ditamatkan pengeluaran.

Walaupun tidak dijual lagi, namun dinar emas ini masih banyak disimpan oleh pelabur dan penyimpan emas Public Gold.

Dinar ini digantikan dengan Dinar Emas LBMA (LBMA bermaksud London Bullion Market Association). Dinar emas ini berketulenan 24 karat 999.9 dan ditempa oleh Nadir Metal Refinery, sebuah kilang emas yang mendapat pengiktirafan "LBMA accredited refiners".

Ini menyebabkan dinar ini tidak dikenakan GST, sebab ia termasuk di dalam kategori IPM (investment precious metals). Bukan setakat dinar emas, tetapi jongkong emas yang ditempa oleh Nadir Metal Refinery juga termasuk di dalam kategori IPM dan ia bebas GST.

Dinar emas ini dijual sehingga sekarang.

Setelah Malaysia bertukar kerajaan dan GST ditamatkan, maka emas tidak lagi tertakluk kepada cukai GST atau SST. Jadi Public Gold telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Dinar Emas keluaran tempatan dengan ketulenan 999.9 (gambar paling bawah sekali). Ini adalah dinar emas tempatan terkini.

Jadi sepanjang 12 tahun (2008 - 2020) kita dapat melihat 3 generasi Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Public Gold.

Sekarang, anda boleh membeli dinar emas LBMA dan dinar emas tempatan 999.9 sebagai simpanan dan pelaburan. Memandangkan berat dan ketulenan kedua adalah sama, jadi harga dan spead kedua ini sama aja.

Kedua sama bagus.

Saya ada simpan ketiga-tiga design ini :)

#NotaEmasSyukorHashim
#1gram1bulan
#MekPublicGold
#TRE
#KITeam
#PGJE24K
"Iman, macam mana kita nak tingkatkan gram emas dengan cepat ye?"

Okay, ni Iman kongsikan caranya:

1. Tanam azam sungguh-sungguh nak menyimpan. Contoh : Simpan emas untuk pergi Haji.

2. Letak matlamat dalam menyimpan. Contoh: Dah kumpul sampai 5 gram, nak tambahkan lagi sampai 10 gram.

3. Pastikan dapat gaji, 10% alihkan jadi emas, terus tukar. Kalau tak, ke laut la dan tiada simpanan emas.

4. Inject dalam mindset, "simpan dulu, baru belanja".

5. Mula-mula buat satu gram sebulan, lepastu naikkan jumlah gram.

6. Lepas 5 tahun menyimpan, lihatlah hasil dan nilai emas yang kalian simpan tu. Pasti tersenyum.

Lagi?

Mula simpan emas dulu, baru rasa nikmat menyimpan 😊

Nurul Imanina

#1gram1bulan
#MekPublicGold
#TRE
#KITeam
#PGJE24K