Bijak Emas Mek Public Gold
218 subscribers
2.45K photos
433 videos
4 files
719 links
Misi saya ialah mendidik masyarakat urus kewangan dengan bijak agar hidup lebih tenang. Tips tentang simpanan dan pelaburan emas oleh Nurul Imanina. Whatsapp saya di www.wasap.my/+60145006825
Download Telegram
Gais.

Petikan berita The Star online hari ini menyatakan bahawa harga emas tahun depan boleh naik kepada USD3000 / Oz.

Hari ini, 30/12/2024 harga emas sekitar 2600 USD/Oz.

Faktor-faktor yang akan menggerakkan harga emas adalah ketegangan geopolitik, pemotongan kadar faedah US, pembelian dari bank pusat dan ketidaktentuan ekonomi.

Maklumat lanjut disini πŸ‘‡

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2024/12/30/price-of-goldlikely-to-hit-us3000-next-year

So gais, mari simpan emas dengan senyuman 😁

#NotaEmasSyukorHashim
*"HARGA EMAS HARINI DISKAUN HABIS!*

Ya, terkejut saya tengok, RM406/gram? Diskaun RM20 tu berbanding harga tertinggi! Harini penutup tahun 2024. Tahun depan tak tahu lagi dapat ke tidak harga macam ni.

Cuba tengok keratan akhbar ni. Sebelum baca tajuk berita ni pun sebenarnya dah boleh jangka tahun depan mungkin harga emas akan meroket lagi.

Kenapa? Inflasi kelihatan makin membimbangkan dan isu perang pun masih belum reda (ada ura-ura mengatakan logik kalau berlaku perang dunia ke-3 dalam tempoh bebrapa tahun ni). Dua faktor ni pun dah cukup untuk melonjakkan harga emas (kalau berlaku di tahun 2025).

So kalau tuan puan belum bermula lagi, jom start daftar dan beli serendah RM100. Nanti saya masukkan dalam support group supaya boleh belajar banyak ilmu dalam emas & kewangan.

Nak saya bantu? Komen *"NAK"*
Pertama kali baca tajuk buku ni, cakap kat diri sendiri β€œTak sempat 25, takpelah 30 pon ok. Ikut pace masing masing”

Alhamdulillah 2024 asbab harga emas dah cecah angka 4 dan dah mula simpan emas dari 2017, total networth dah reach 6 angka.

Kalau simpan duit, rasanya belum capai dengan susut nilainya, bocor lagi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Posted @withregram β€’ @marktilbury Hater vs Millionaire (travel edition)

Being rich is not about showing off. It’s about having the freedom to choose whatever make YOU happy
Jom kita target 2025 πŸ’ͺ🏼 #MekPublicGold
#FinancialEducationIsMyPassion
Tahun baru, azam baru.

Setiap tahun baru, letaklah azam untuk tambah kekayaan. Bila kita kaya, sekurang-kurangnya kita tak menyusahkan sesiapa.

Dapat kurangkan satu lagi keluarga yang perlu dibantu, bahkan bertambah seorang lagi yang membantu orang lain - yang susah.

Tambah kekayaan bukan bermaksud beli kereta baru. Bukan... Itu namanya tambah beban...

Tambah kekayaan maksudnya;

βœ… Tabungan bertambah
βœ… Harta (yang ada cashflow) bertambah
⛔️ Hutang berkurangan

Kalau ini berlaku setiap kali masuk tahun baru, maksudnya kita semakin kaya.

Tapi kalau sebaliknya, samada semakin miskin atau penat berlari di tempat yang sama.

Masuk tahun baru, maksudnya kita makin dekat dengan umur persaraan.

Umur makin bertambah, kudrat makin berkurangan, kesihatan makin mencabar, dan waktu untuk kita bina kekayaan semakin pendek.

Kalau bersara umur 60 tahun dan mati pada umur 75 tahun, kita perlukan duit untuk kegunaan selama 15 tahun tanpa bekerja!

Seolah-olah pilihan kita ada;

Samada kena bekerja selama 15 tahun lagi dan menabung 100% duit gaji, atau bekerja selama 30 tahun lagi dan menabung 50% duit gaji!

Duit tabungan tu InsyaAllah cukup untuk hidup 15 tahun tanpa gaji.

Memikirkan pasal persaraan ni, tanpa persiapan rapi, majoriti akan bersara miskin kalau siapa yang tak ambil serius tentang menabung, bina harta dan lupuskan hutang dari sekarang.

Ingatlah... Anak-anak kita bukan dana persaraan kita. Dan ibubapa kita bukan dana kecemasan kita.

Kita bertanggungjawab 100% atas jatuh bangun kewangan kita. Bukan orang lain.

Masuk tahun baru ni, perbaharuilah azam untuk kukuhkan kewangan masing-masing.

Mulakan dengan mencari ilmu sampai obses dengan ilmu. Bila ada ilmu, insyaAllah kekayaan akan datang lagi dan lagi.

Tanpa ilmu, duit yang banyak pun akan habis...

Ingat, kita sering bukan kesilapan besar dalam kewangan bukan ketika tak ada duit. Tapi ketika ada duit sedangkan ketika itu kita tak ada ilmu...

Mulakan azam baru dengan mencari ilmu... InsyaAllah.

kredit : Zulkifli Shafie
Harga GAP hari ini :

πŸ—“ JAN 2025

🌈Emas Sepanjang *JAN* 2025 ▢️/ Gram

1 JAN= *RM409/g*
2 JAN = *RM410/g* ↗️

Harga Emas Public Gold GAP

RM410 = 1gram
RM205 = 0.5gram
RM100 = 0.2439gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 02-01-2025
Salam Jumaat

Kita tidak bersaing Dengan Siapa-siapa,
Kita Hanya bersaing Dengan diri kita yang Lepas

Jika tahun Lepas mampu simpan 12 gram,
Pastikan 2025 ni kita mampu simpan lebih 12 gram.

Itu kejayaan kita yang sebenar!
Anda buat anda dapat

Jumpa di puncak kejayaan
Kejayaan simpan emas bagi Iman adalah bila dapat buat ibadah dengan emas. Bayar zakat, tunai umrah dan Haji. Bergantung niat masing masing. Moga dipermudahkan hajat client iman yang nak pergi umrah πŸ€²πŸ˜‡
Alhamdulillah dah sampai hadiah kepada penyimpan emas Mek Public Gold 😍 Moga bermanfaat πŸ˜‡
Harga Emas Public Gold GAP

RM416 = 1gram
RM208 = 0.5gram
RM100 = 0.2404gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 04-01-2025
2025 : ADAKAH MASIH SAMA?

1 - Menguruskan kewangan keluarga bukan sekadar persoalan duit keluar masuk.

2 - Yang paling penting memperbetulkan SIKAP DAN TABIAT tentang kewangan.

3 - Ramai yang bertungkus lumus cari duit pagi petang siang malam. Kita membuka seluas luasnya 'pintu masuk' tapi kita terlupa menyempitkan 'pintu keluar' wang kita.

4 -Akhirnya kaya pun tidak, senang entah ke mana. Pendapatan bertambah, hutang lagi bertambah.

5 - Rupa-rupanya kita kena cari dan belajar ilmu kekayaan. Macam mana hebat pun kita dalam ilmu kewangan dan perakaunan, belum tentu kita dapat uruskan kewangan sendiri tanpa ilmu serta sikap dan tabiat yang betul.

6 - Apa pun, kita perlu ubah SIKAP DAN TABIAT kita dari boros kepada menyimpan. Mulakan dengan yang sedikit dahulu. Mulakan RM100 pun dah ok.

7 - Dapat gaji uruskan hutang negatif dulu, kemudian asingkan duit untuk menyimpan sekurang -kurangnya 10% dari gaji. Yang selebihnya baru berbelanja.

8 - Berbelanja biarlah dibawah kemampuan kita.

9 - Jangan lupa berdoa. Perbanyakkan doa yang ada di dalam al Mathurat untuk mempermudahkan kita menyelesaikan hutang dan menghindarkan kita dari sikap malas.

10 - Bayar hutang secepat mungkin, jangan bertangguh. Selesaikan hutang lebih awal bukan sahaja dapat pahala bahkan hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.

Biarlah kita hidup biasa -biasa tapi tenang dan bahagia tanpa HUTANG. Bebaskan dirimu dari bebanan hutang.

Saya suka kongsi ilmu pengurusan kewangan di https://t.me/nurul_imanina

Saya Iman. Silakan share dengan senyuman 😁
Harga Emas Public Gold GAP

RM415 = 1gram
RM208 = 0.5gram
RM100 = 0.2410gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 05-01-2025
Kita kena atur duit tu nak belanja ke mana. Buat bajet.

Kita dah tahu apa belanja bulanan yang tetap macam bayaran kereta dan rumah. Selesaikan komitmen yang wajib (baca hutang).

Ada belanja yang boleh bertambah dan berkurang ikut situasi. Contoh makan dan petrol. Banyak keluar banyaklah duit keluar untuk makan dan minyak.

Selain bajet, kena menjejaki (track) setiap bulan tu duit ke mana. Belanja apa.

Bila ada yang cakap β€œgaji saya kecil tak mampu nak simpan emas”.

Iman akan tanya balik β€œAda buat bajet atau catat tak duit belanja ke mana?”

Kebanyakan jawab tak pernah buat atau rasa leceh nak buat.
Harga Emas Public Gold GAP

RM415 = 1gram
RM208 = 0.5gram
RM100 = 0.2410gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 06-01-2025
Analogi mudah. Kita sakit pergi jumpa Dr. Bila Dr bagitahu jaga makan, kena exercise. Dr bagi ubat kena makan.

Cuba jawab balik kat Dr, susah lah. Leceh lah Dr.

Dr bagitahu jaga makan nasihat ikut kepakaran dia. Kalau kita tak nak ikut siapa bermasalah sebenarnya ? 😌
Bayar hutang secepat mungkin, jangan bertangguh. Selesaikan hutang lebih awal bukan sahaja dapat pahala bahkan hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.

Biarlah kita hidup biasa -biasa tapi tenang dan bahagia tanpa HUTANG. Bebaskan dirimu dari bebanan hutang.