Bijak Emas Mek Public Gold
219 subscribers
2.44K photos
431 videos
4 files
717 links
Misi saya ialah mendidik masyarakat urus kewangan dengan bijak agar hidup lebih tenang. Tips tentang simpanan dan pelaburan emas oleh Nurul Imanina. Whatsapp saya di www.wasap.my/+60145006825
Download Telegram
H A R G A E M A S

Tiada siapa yang tahu turun atau naik harga emas pada masa depan dengan tepat, kalau buat prediction/forecast pun tak semuanya tepat.

Bab harga ni memang satu perkara yang di luar kawalan kita, kita bertindak(beli emas) ikut pada keadaan semasa.

Kalau harga turun, kita beli lebih sikit dari biasa. Kalau naik kita tetap konsisten simpan emas macam biasa.

Harga emas naik itu biasa, fokus kita nak bekukan duit kita sebelum habis terbelanja kepada perkara yang tak perlu.

Kita beli emas hari ni ±RM400, akan datang pasti akan naik. Soalnya lambat atau cepat sahaja.

Kalau bajet kita bawah 100g boleh terus beli, bab harga boleh pejam mata. Apatah lagi kalau nak beli RM100, asalkan ada lebihan duit terus tukar jadi emas.

“Alaaaa..rugi la kalau harga emas turun lagi..”

Cerita bab kalau gajah pun boleh terbang..ahahahaha..itu pun kalau harga turun.

Tiba-tiba harga emas naik memang melepas peluang beli harga emas rendah, duit pun habis terpakai..yang tinggal cuma kenangan..adehhh!

Sifu emas saya pesan; waktu terbaik beli emas bukan pada harga emas rendah tapi waktu kita ada duit. Kalau kebetulan harga emas turun itulah jackpot!

Saya nak kongsikan dua waktu paling sesuai nak tengok harga emas:
1️⃣ waktu nak beli (waktu ada duit).
2️⃣ waktu nak jual balik (waktu nak pakai duit).

Selain dari 2 waktu tu elakkan tengok harga emas, jangan bazirkan emosi tengok turun naik harga emas.

Alangkah baik manfaatkan waktu tu untuk kita cari lagi banyak duit untuk tambah gram emas bulan depan. Belajar cari duit lebih penting dari belajar ilmu graf emas.

Ada ilmu graf emas tapi tiada duit pun tak guna. Bila kita ada banyak duit semua boleh dapat.

Bukan terhad pada emas sahaja, rumah dan tanah kita pun boleh beli sekali bila duit dah banyak.

Zaman dulu nenek kita yang buta IT tak pandai graf emas pun boleh ada beratus gram barang kemas, kita yang bijak pandai IT patut boleh simpan lebih banyak dari tu.

Jadilah orang yang bijak bertindak bukan ikut emosi, nak harga rendah end up sampai kesudah tak menyimpan.

Semoga perkongsian ini membeli sedikit ilmu untuk kita sama-sama konsisten simpan emas setiap bulan. Insyaallah.

nota: semalam harga RM375 & hari ni naik RM383, tunggu harga rendah sekali dapat harga tinggi 😭
Ada orang pm iman bg gambar ni. Tanya berapa boleh dapat. blur meta bakpo tanya kito 😅 (bilo kita kijo money changer pulok 🤔 )apo kat pitih tu tulis dinar 🙂 ambo jual dinar emas 999 buke duit kertas dinar 🫠
dapat gaji tolak untuk simpanan dulu baru belanja baki yang tinggal.

hidup di bawah mampu. lagi risau kalau kita hidup pura pura mampu 😰
Ada duit untuk belanja. Tiada duit untuk simpan. Sebenarnya ada duit ke takde duit ?

Pernah ada seorang prospek bagitahu dia takde duit nak simpan emas. Eh tengok tengok bulan depan angkat kereta baru. Tak baik menipu tau. Dosa masuk … 👻 😰
JANGAN KELABU MATA DENGAN BAYARAN RENDAH!

🗣️ "Kenapa harga Public Gold mahal? Saya beli emas dari XXX RM60 je."

Tadi terbaca sharing dari seorang sahabat, perbualan dengan seorang penyimpan emas.

Katanya harga emas PG mahal sebab sampai RM310 sedangkan dia beli dari company XXX cuma RM60 je.

Yes RM60!
Nampak menarik kan??

Tapi yang tak nampaknya, RM60 untuk goldbar goldbar 0.1 gram.

0.1 gram = RM60
1 gram = RM600

Yang dikatakan mahal pula,
1 gram = RM310

Sedare..

Nak menilai harga emas perlu dikira based on harga per gram, bukan harga yang dibayar.

Keep this in mind, makin kecil berat goldbar, makin rumit proses minting, maka, makin mahal harganya.

Emas bawah 1 dinar atau 10 gram adalah item collection untuk collector, kurang sesuai untuk simpanan/pelaburan.

Siapa pernah beli emas kurang dari 0.5gram? Berapa harga kene bayar?
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Dulu, hanya dengan RM400 kita mampu memiliki 10gram emas.

Waktu tu hanya RM40 segram.

Kira-kira 15 tahun lalu, jumlah ini banyak. Kata seorang kawan saya, inilah gaji beliau ketika kerja di Kilang. Belum buat overtime.

Cuba tengok sekarang. RM400 ni hanya cukup untuk barangan dapur sahaja bagi keluarga kecil.

Tak termasuk lagi belanja lain-lain seperti bil elektrik dan air. Kalau duit RM400 ni kita ikat dalam bentuk emas. Apa jadi?

Hari ni dalam tangan kita dah emas yang bernilai RM 3,200.

Nampak kan? Yang mana jumlah tu sebenarnya berkadar langsung dengan keperluan RM kita pada hari ni.

Itulah dimaksudkan “kekal kaya” bila kita simpan emas. Kekal kaya kerana kita boleh kekalkan nilai RM mengikut keadaan semasa.

Apatah lagi kalau kita sudah memiliki minimum 200gram, nak miskin tu susah!

Jom usaha untuk capai 1kg emas untuk 1 keluarga.

Nurul Imanina
Mek Public Gold
Dealer PG
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
RM 1,000 dulu dapat beli 5 gram emas. Sekarang kita perlu bayar lebih untuk dapatkan 5 gram emas yang sama. Emas yang semakin mahal atau duit kita yang semakin murah ?

Nurul Imanina
Mek Public Gold
Dealer PG
Pada 31/8/2024 nanti, Public Gold akan buat rumah terbuka sempena hari Kemerdekaan.(di Menara Public Gold, Jalan Tun Razak, KL)

Anda dijemput hadir beramai-ramai dan masuk adalah percuma.

Akan ada 2 program besar yang akan berlaku pada hari berkenaan iaitu:

1. Seminar Merdeka Kewangan oleh Mentor Kewangan Nombor 1 Malaysia, tuan Azizi Ali Coach (pada jam 10.00 pagi - 11.00 pagi)

2. Forum Emas & Hartanah oleh Syukor Hashim, Dr. Azizul Azli Ahmad dan juga Hafizul Hakim (2.30 petang - 4 petang)

Untuk keterangan lanjut dan juga pendaftaran, sila rujuk laman web ini:

https://pg1m.com/seminar-merdeka-kewangan-dan-forum-emas-hartanah-anjuran-pg1m/

Ok gais. Kedua program ini merupakan program ilmu yang sangat bernilai. Biasanya program seperti ini adalah program berbayar.

Namun sempena program hari Kemerdekaan, Public Gold membawakan kepada anda secara percuma.

Jemput register kehadiran program ini sekarang.

Jumpa anda di menara Public Gold Sabtu, 31/8/2024 nanti.

#NotaEmasSyukorHashim
kenapa orang bagi hadiah emas ? sebab berharga kan. orang pun akan lebih hargai. emas ni bukan biasa biasa.

kita kena faham simpan emas dengan ilmu. emas ni long term investment. klu simpan tapi tak berharga (jual tak laku) tak jadi pelaburan lah 😮‍💨
1 gram RM695. 😮‍💨 Ada Customer PG nyaris terbeli sbb cantik, tp saya kata minta dia kira utk jadi kan 1 gram brpe kena byar? Terus tak jadi beli✌🏻

Org tertarik nk beli sbb kalimah suci.. tapi nak jaga tu kena letak tempat tinggi tak boleh masuk tempat kotor mcm tandas. nk islamik tapi tak kena tempat. adoi parahhh 😢
Nota dari mentor..

Saya nak share 2 tips bagaimana anda boleh menyimpan duit/emas dengan pantas.

Tips ini saya belajar daripada buku Chef Li "𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐊𝐎𝐒𝐎𝐍𝐆"

2 tips ini menyebabkan anda jadi sangat seronok menyimpan, samada duit atau emas.

Kenapa? Sebab tips ini telah menukar mindset saya tentang menyimpan duit. Ia menukar cara saya berfikir.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚: 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐭𝐮𝐧𝐠.

Banyak pakar kewangan meletakkan target menabung/menyimpan sebanyak X% daripada gaji.

Contohnya 10%, 20% dan sebagainya. Jadi jika anda mengamalkan tips ini, ia meletakkan had kepada tabungan/simpanan anda.

Namun, ia akan jadi lebih bagus jika anda tambahkan prinsip menabung tanpa menghitung ke dalam target simpanan anda.

Contohnya: Simpan minima 10% dari gaji + menabung tanpa menghitung.

Prinsip ini menyebabkan anda langsung tak meletakkan had keatas tabungan anda.

Ada duit extra, masuk tabung simpanan... ada duit extra.. masuk tabung simpanan.

Anda tak perlu kira berapa nilai RM yang anda masuk tabung simpanan. Masuk ajer...

Bila saya terapkan prinsip ini dalam strategi menyimpan, otak saya rasa segar dan rasa kebebasan.

𝐓𝐢𝐩𝐬 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚: 𝐀𝐧𝐠𝐠𝐚𝐩 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐫𝐮𝐭𝐢𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦.

Apa akan jadi kalau kita lapar? Kita mesti pergi cari makanan bukan? Kalau haus? Mesti nak minum air bukan?

Sebab itu adalah fitrah manusia kan? Kalau tak makan atau tak minum.. boleh mati jawabnya.. hehehe...

Jadi, jika otak kita menganggap menabung sama penting dengan makan dan minum maka kita akan jadi lebih serius untuk menabung duit.

Asal lapar ajer ingat menabung.. asal dahaga aja.. ingat menabung. Tedia.. walaupun ia nampak ekstrem, tapi percayalah, ia boleh membantu anda menabung dengan pantas.

Salah satu sebab kenapa saya suka baca buku Chef Li ini adalah kerana beliau bercerita pengalaman sebenar hidup dia.

Dia pernah berhutang beratus ribu dengan bank dan berpuluh ribu ringgit dengan kawan-kawan dan hampir seratus ribu ringgit dengan pembekal bahan mentah.

Dia pernah berada dalam situasi hampir hilang kewarasan, pernah mengayuh basikal puluhan kilometer seperti orang kebingungan dan tidak siuman. Dia juga mula bercakap sendirian..

Namun, beliau berjaya keluar dari masalah hutang ini dan berjaya menyimpan duit yang banyak. Alhamdulillah.

Pengalaman sebenar beliau menyebabkan buku yang beliau tulis mempunyai 'roh'.

Saya suka membaca buku-buku seperti ini.

Memandangkan ia memberi kesan kepada saya, maka saya nak share dengan rakan-rakan FB saya. Biar mesej ini sampai kepada ramai orang.

Orang yang mempunyai simpanan ratusan ribu ringgit jauh lebih baik dari orang yang cuma tinggal puluhan ringggit dalam akaun bank dan tak nak belajar teknik menabung.

Sila share tips ini dengan rakan-rakan anda.

Semoga mereka mendapat manfaat.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan 10% dari harta kekayaan ditukarkan sebahagiannya kepada emas.

Kenapa?

Kerana emas boleh dijadikan sebagai bot penyelamat ketika matawang kita tidak bernilai nanti.

Kalau ada harta bernilai RM1 juta, tukarkan RM100k kepada emas fizikal.

Inilah yang akan menjadi 'bot penyelamat' kewangan keluarga kita. Ada emas, maksudnya ada duit.

Simpan emas, tak ada siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Dan tak ada siapa yang boleh bekukan kekayaan kita.

Bahkan kalau berlaku pergolakan geo-politik atau peperangan, emas tu boleh kita bawa ke mana-mana untuk memulakan kehidupan di tempat baharu.

Alang-alang harga emas berada di tahap terendah, ni peluang keemasan untuk anda lock item emas fizikal yang besar seperti 50g/100g/250g/1kg.

Jika tiada bajet sebesar itu, niat dan mulalah simpan emas dengan target 1gram 1bulan.

Tuan/Puan simpan emas bukan untuk saya, tapi untuk Tuan/Puan juga.

Nurul Imanina
Mek Public Gold
Dealer PG
Throwback 2008.

Saya kenal emas melalui guru emas saya, En. Abdul Halim Abd Hamid, pensyarah Finance dan Islamic Banking, Universiti Multimedia, Melaka.

Kemudian, saya nak belajar ilmu emas dengan lebih mendalam.

Namun waktu itu buku-buku tentang emas especially dalam bahasa Melayu memang takde kat kedai buku.

Saya buat keputusan untuk beli buku tentang emas di Amazon.

Inilah buku emas pertama saya. Tajuknya the ABCs of Gold Investing.

Anda boleh lihat tarikhnya 30/6/2008.

Daripada sebuah buku, akhirnya saya ada berpuluh-puluh buku pasal emas dan perak.

Gais.

Sebelum melabur, carilah buku tentang subjek tersebut.

Jangan beli 1 sahaja. Beli minima 5 buku dan baca. InShaAllah ilmu emas anda akan meningkat dengan banyak.
Saya banyak jumpa orang yang banyak duit untuk beli emas dan perak, namun asbab tak cari ilmu terlebih dahulu maka risiko kerugian besar boleh berlaku.

Contoh1. Dia beli emas sekali sahaja. Lepas tu bila harga emas jatuh, dia serik.

Sebab dia dengar orang cakap harga emas sentiasa naik. Tapi waktu dia beli harga turun. Bertahun pulak tu harga turun. Dia takde strategi.

Contoh 2. Beli emas sekali, bila harga naik, dia jual semua emas dan dapat untung. Lepas tu dia takut nak beli balik sebab harga emas dah tinggi. Jadi tak beli-beli dah. Sekali masuk dan sekali keluar.

Lepas beberapa tahun. Menyesal sebab tengok harga emas makin tinggi.

Contoh 3. Terdengar cerita yang pelaburan silver bagus. Jadi dia pun nak beli silver. Tapi tersalah pilih produk. Bila nak jual spread besar. Lepas tu salahkan orang lain (kecuali diri sendiri).

Ini baru 3 contoh sebenar yang saya jumpa. Banyak lagi kisah-kisah pelabur emas perak yang saya jumpa sepanjang 16 tahun.

Untuk kurangkan risiko dalam simpanan emas perak. Cari ilmu dahulu.

Tiru macam saya ketika tahun 2008 😆

#NotaEmasSyukorHashim