Nurhasnina Hannan
2.49K subscribers
2.5K photos
134 videos
1 file
1.32K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
#TabungDiri

TAHAP KEHIDUPAN KITA

Hidup terbahagi kepada 3 fasa sahaja.

1. Zaman Belajar

Zaman ini dari usia 7-24 tahun, zaman ini hutang PTPTN dah mula ada. Jika rajin akan jana simpanan dan ada partime waktu belajar, jangan nak simpan makwe sahaja.

Jika zaman ini kita malas belajar, peluang hidup susah cerah. Ada yang berjaya walau malas belajar itu kecil.

2. Zaman Bekerja

Zaman ini dari usia 24-55 tahun kita bekerja, ini penentu zaman persaraan kita ceria atau duka. Sediakan pelaburan hari tua atau kita masih kena datang kerja walau dah bongkok tiga. Nak masuk sekolah otak dah tak boleh terima.

Beli rumah seawal kerja dan jana pelaburan waktu usia ini.

3. Zaman Bersara

Zaman ini antara 55-76 tahun, itu usia purata rakyat Malaysia. Jika kita ada simpanan dan pelaburan kita dah boleh guna, jika tidak harapkan anak anak. Itu pun jika mereka berjaya, jika tidak padan muka kita.

Jangan jadikan anak kita 'mesin persaraan kita,' rancang persaraan kita dihari tua kawan. Jangan ambil hak anak dan cucu kita. Jika mereka beri itu sebagai bonus sahaja.

Kredit: Dr Azizul
#TabungDiri

RAMAI BUAT TAK SEMESTINYA BETUL

1. Jika ramai kawan pejabat masuk apa apa skim, bukan semestinya skim itu betul buat semua orang.

2. Bila ejen kata ramai dah kaya dengan skim emas laverage yang dia iklankan. Belum pasti khabar itu baik dan betul.

3. Bila semua sedara mara pakat mintak kita loan untuk kahwin sebab mereka semua dah pernah buat. Bukan bermakna itu betul.

4. Bila semua orang gaji naik, gatal ketiak nak tukar kereta baru yang besar sesuai dengan pangkat. Tak perlu buat.

5. Bila semua orang reward diri tiap bulan jalan jalan ke Genting. Kita tak perlu ikut sebenarnya.

6. Bila ejen kata insuran ini ada skim pelaburan bersama dan ramai kawan sekolah kita dah masuk. Janganlah percaya.

7. Bila sifu kata beli rumah dengan pemaju ini bagus, semua orang beli dah untung. Semak balik, dia yang untung atau kita yang rugi nantinya.

kawan kawan,

Ramai orang buat bukan jaminan skim itu baik dan halal.

Belajar jadi matang dan dan buat keputusan dengan bijak dan tenang.

Dunia palsu dan tipu tipu sentiasa berjaga, kita sahaja yang terlelap oleh janji palsu mereka.

sumber dari Azizul Azli Ahmad