Nurhasnina Hannan
2.48K subscribers
2.51K photos
137 videos
1 file
1.32K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
𝙏𝙖𝙠 π™₯π™šπ™§π™£π™–π™ 𝙩𝙖𝙝π™ͺ "π™†π™žπ™Ÿπ™–π™£π™œ 𝙀𝙒𝙖𝙨"? #π™Ÿπ™€π™’π™—π™šπ™‘π™–π™Ÿπ™–π™§

π—˜π— π—”π—¦ 𝟭 π—šπ—₯𝗔𝗠 = π—₯π— πŸ².𝟰𝟬???

Sedikit cerita kenapa 200 ringgit di cetak pada syiling Kijang Emas..

Jika kita melihat pada berat, berat Kijang Emas ini ialah 1 oz iaitu bersamaan 31.1 gram emas 999.9.

Adakah 200 ringgit itu di maksudkan dengan harga emas ini pada suatu masa dahulu?

Jom kita belajar sejarah sikit gais..

Saya pun tak suka sangat subjek sejarah dulu.. Bagi saya sejarah yang lepas biarkan berlalu.. Apa lagi yang perlu di kenang.. "Life must go on.." πŸ˜‚

Tetapi, sedikit berbeza apa yang saya nak kongsi dengan anda kali ni

Pada Tahun 1944, lepas perang dunia ke-2, negara-negara dunia buat perjanjian untuk mewujudkan sistem kewangan antarabangsa baru yang dinamakan Perjanjian Bretton Woods.

Dalam perjanjian tu, US Dollar dijadikan mawatang antarabangsa dan ditetapkan nilainya USD35 bersamaan 1 oz emas.

1 oz ni bersamaan 31.1 gram. Maksudnya, USD35 adalah VOUCHER untuk ditukar dengan 1 oz emas dalam simpanan US.

Maksudnya, nilai Kijang Emas yang dikeluarkan untuk Negara Malaysia kita ni sama beratnya iaitu 1 oz yang anda tengok pada gambar di atas.

Nilai 1 Kijang Emas itu, bersamaan dengan USD 35 pada waktu itu.

Bersamaan juga dengan nilai RM200 pada waktu itu.

Jadinya, 1 gram emas pada waktu itu hanyalah RM6.40 sahaja gais.

Patutlah orang tua-tua dulu kata, 1 gram RM10 je dulu. 😒

Tapi bila ekonomi US tertekan lepas lalui peperangan yang panjang dengan Vietnam (1956 – 1975), US putuskan hubungan US Dollar dengan emas bagi membolehkan US mencetak duit kertas β€˜sesuka hati’ sebagaimana biasa dilakukan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu.

Kalau dulu, duit kertas tak boleh dicetak melebihi rizab emas yang mereka ada.

Bila emas dan US Dollar dah tak ada kena mengena, itu peluang US manipulate duit kertas mereka.

Kalau sesebuah negara cetak duit sesuka hati, maka akan berlaku hiper inflasi, tapi US Dollar tak berlaku begitu sebab ia digunakan untuk dagangan antarabangsa.

Jadi seolah-olah US boleh beli kekayaan kita dengan hulurkan kertas hijau US Dollar sahaja yang dia sendiri cetak tanpa disandarkan kepada aset fizikal yang sebenar.

Matawang negara-negara lain termasuk Malaysia hakikatnya adalah terbitan US Dollar sebab negara-negara dunia simpan US Dollar sebagai rizab terbesar negara.

Kalau sebelum 1971, memang logik mereka simpan US Dollar sebab US Dollar masa tu adalah VOUCHER mewakili emas.

Menyimpan US Dollar seolah-olah kita simpan emas. Tapi sekarang, US Dollar hanya kertas hijau yang tak ada kena mengena lagi dengan emas.

Bahkan nilai US Dollar dan duit kertas yang lain boleh hilang nilainya serendah nilai tisu tandas kata Tun Dr. Mahathir.

Dan itulah sebab utama kenapa kita perlu tukarkan duit simpanan kepada emas.

Selamatkan kekayaan kita dari bencana kewangan yang pasti datang tanpa amaran!

Okay. Semoga bermanfaat!