Nurhasnina Hannan
2.48K subscribers
2.51K photos
137 videos
1 file
1.32K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya ๐Ÿ˜Š @ninahannan
Download Telegram
Ada sesiapa lagi nak order cincin belah rotan? RM200/pc tak kira size. Berat dalam 0.5-0.6gram ikut size ya.

HARGA PROMOSI FLAT RATE.

HARI INI SAHAJA. SIZE SANGAT LIMITED GAISS.

Dah tahu size, terus submit order. Add postage RM10 je
๐Ÿ‘2
0.5 gram Public Gold

1 pc : RM180
2pc : RM350
5pc : RM825
Francis Light

RM588/pc

RM916 for 2pcs
1 gram

RM310/pc beli 1
RM290/pc beli 2
RM280/pc beli 5
๐Ÿ‘3
PENDEDAHAN TENTANG SCAM DEET (PART 1)

1. Sejak dua menjak ini saya mendapat banyak soalan tentang skim DEET (Dinar Emas Edaran Trading). Jadi berikut adalah komen saya tentang DEET:

2. Modal pelaburan ke dalam skim serendah RM100, dan pelabur akan mendapat pulangan hibah harian 1%-3%! Next, ahli tidak perlu taja sesiapa dan bina network downline. Jadi rumusannya, pelabur bagi duit (buat pelaburan) kepada penganjur, dan duit akan masuk ke dalam akaun bank tanpa apa-apa usaha selama 90 hari berikutnya โ€“ wah, begitu senangnya hidup!

3. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, pulangan 3% sehari bersamaan 1,095% setahun (3% x 365 hari). (Walaupun pulangan DEET hanyalah untuk 90 hari, apabila kita mengira pulangan, kita kira dalam peratus dan dalam bentuk tahunan.) Pulangan 1,095% setahun ini bermakna DEET merupakan pelaburan yang memberikan PULANGAN TERTINGGI DALAM SEJARAH DUNIA! Pulangan ini adalah lebih tinggi daripada mana-mana hartanah, mana-mana saham, emas, perak dan malah mana-mana cryptocurrency!

4. Walaupun sudah tentu kita mahu pelaburan yang memberikan pulangan yang tinggi, ianya mesti angka yang sensible dan masuk akal? Adakah masuk akal pelaburan emas tiba-tiba boleh memberikan pulangan yang begitu hebat?

5. Dan adakah masuk akal seseorang individu yang sebelum ini tidak dikenali ramai tiba-tiba boleh memberikan pulangan yang begitu hebat? Lebih hebat daripada Warren Buffet, George Soros atau Ray Dalio!

6. Jangan lupa pula yang pihak โ€˜pengurusanโ€™ perlu membeli emas itu daripada supplier lain. Memandangkan bisnes emas beliau adalah kecil jika dibandingkan dengan Poh Kong, Habib Jewels dan malah Public Gold, harga belian (yang menjadi kos) beliau sudah pasti tidak akan lebih rendah daripada harga belian ketiga-tiga syarikat tadi. Jadi kos beliau tinggi tetapi beliau boleh memberikan pulangan yang super hebat!

7. Masuk akal kah?

8. Ambil perhatian yang saya hanya membincangkan tentang pulangan DEET dalam post ini. Tunggu esok untuk pembincangkan status patuh-syariahnya. Jadi chek tunggu sat, no?
โค2๐Ÿ‘1
๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—–๐—”๐—  ๐——๐—˜๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐Ÿฎ)

1. Dalam Islam, mana-mana pelaburan yang memberikan pulangan yang tetap (fixed return) adalah tidak patuh-syariah. Satu contoh pelaburan begini adalah fixed deposit.

2. Oleh kerana DEET memberikan pulangan yang tetap 1% atau 3%, ini bermakna DEET juga tidak patuh-syariah. Malah, ini bermakna pulangan itu adalah RIBA.

3. Dan sebelum mana-mana badut scam DEET ini menyoal statemen 2 di atas, saya perlu menjelaskan ini bukan pandangan saya seorang (pemegang Islamic Financial Planner (IFP) tetapi juga pandangan Dr Ahmad Sufian Bin Che Abdullah (muamalat.my), lecturer bidang Islamic Finance dan juga ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perlis (MAIPs). Malah, tuan puan boleh bertanya kepada mana-mana pakar dalam bidang Islamic Finance, mereka akan memberikan pandangan yang sama juga.

4. Saya rasa saya tak perlu cerita lebih panjang di sini sebab jika DEET tidak patuh-syariah, semua yang lain sudah tidak ada ertinya lagi.
๐Ÿ‘2
๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—–๐—”๐—  ๐——๐—˜๐—˜๐—ง (๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง ๐Ÿฏ)

1.  Saya terpaksa menahan ketawa membaca statemen yang diberikan oleh seorang ejen DEET: โ€˜siapa nak tahu tentang DEET boleh bertanya kepada foundernya sendiriโ€™.

2.  Saya faham mesej yang ingin di sampaikan oleh siejen iaitu kita patut bertanya kepada founder untuk mendapat cerita yang sebenarnya; jangan bertanya kepada third party kerana mereka mungkin silap.

3.  Masalahnya ialah sudah tentu sifounder akan menghalalkan skim beliau, dan menceritakan yang baik-baik sahaja.

4.  Based on this argument, kita patut bertanya dan mendengar prospek scam UFun daripada kepalanya โ€“ Daniel Tay. Kita patut bertanya dan mendengar prospek scam HGR daripada kepalanya โ€“ Cikgu Awi dan kita patut bertanya dan mendengar prospek scam Mecca Fund daripada kepalanya โ€“ Sheikh Saidey. What do you expect them to say?

5.  Jadi rumusannya, kita tak perlu bertanya kepada founder, ahli majlis tertinggi atau ejen-ejen DEET untuk mengetahui yang skim ini adalah skim Ponzi dan scam.
Bank Dunia dah bagi amaran financial crisis secara kritikal akan melanda seluruh dunia pada tahun 2023. Jadi, apa yang kita kena prepare?

๐Ÿ. ๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐  ๐ค๐ž๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ง
Tak mampu 6 bulan, kumpul 3 bulan dulu. Kalau gaji RM3K sebulan, at least ada RM9K untuk kecemasan. Kalau bujang & takde komitmen besar lagi cuba 'paksa diri' simpan 40% - 50% daripada gaji. Kalau komitmen banyak 10% - 20% pun ok.

๐Ÿ. ๐‰๐š๐ง๐š ๐ฌ๐ข๐๐ž ๐ข๐ง๐œ๐จ๐ฆ๐ž
Ada kereta buat e-hailing, ada motor boleh jadi rider/food delivery. Nak kerja dari rumah boleh try Fiverr, Upwork, Freelancer, Swifty dll.

๐Ÿ‘. ๐„๐ฅ๐š๐ค ๐ญ๐š๐ฆ๐›๐š๐ก ๐ค๐จ๐ฆ๐ข๐ญ๐ฆ๐ž๐ง ๐›๐š๐ซ๐ฎ
Nak beli kereta? Beli kalau betul2 perlu. Cuba apply loan dengan fix interest rate & beli kereta di bawah kelayakan. Cth layak kereta RM80K, beli kereta RM50K.

๐Ÿ’. ๐„๐ฅ๐š๐ค ๐›๐ž๐ซ๐ก๐ž๐ง๐ญ๐ข ๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š
Kalau nak resign pastikan ada sumber income lain yang stabil dulu.

๐Ÿ“. ๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ž๐ฅ๐ข ๐›๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐ญ๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ
Kalau phone sekarang masih okay dan takde masalah, iPhone 14 tu tak perlu pun. Lupakan niat & better simpan duit dalam tabung kecemasan.
๐Ÿ‘4
PENDEDAHAN TENTANG SCAM DEET (PART 4)

1. Saya terpaksa menahan ketawa sekali lagi melihat โ€˜bukti-buktiโ€™ yang diberikan dalam medsos untuk membuktikan yang DEET adalah valid.

2. Bukti pertama ialah pendaftaran syarikat. Tuan puan semua, semua syarikat-syarikat di Malaysia memang ada sijil pendaftaran syarikat ini kerana itu satu kewajipan untuk berniaga secara sah di negara ini. Sijil pendaftaran syarikat ini seperti nombor KP kita.

3. Tapi oleh kerana sesuatu syarikat mempunyai sijil pendaftaran syarikat tidak bermakna syarikat tersebut menjalankan bisnes yang betul! Banyak syarikat yang buat benda yang tidak betul dan malah menyalahi undang-undang!

4. Bukti yang kedua ialah emas fizikal (dinar) yang diterbitkan oleh DEET. Dinar emas itu betul. Tapi ini tidak bermakna yang skim DEET itu betul, sah atau patuh-syariah. Dinar dan emas-emas yang lain itu hanyalah topeng dan tirai untuk mengaburi mata pelabur yang wujud bisnes yang sebenar. Scam Emas ETA dan scam emas Genneva dahulu juga menggunakan emas yang betul; Jadi emas itu betul. Bisnes (scam) mereka yang tak betul!

5. Tunggu esok untuk cerita โ€˜penyokongโ€™ kuat DEET.
๐Ÿ‘2
[Alert Harga] ๐Ÿ”ปHarga emas GAP turun, RM3/g lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini:

RM 100 = 0.3817 gram
RM 262 = 1.0000 gram

Statistik September 2022
Tertinggi: RM270 (13/09)
Terendah: RM260 (16/09)

Statistik 2022
Tertinggi: RM301 (09/03)
Terendah: RM260 (16/09)

Nak saya bantu buka akaun emas percuma? Free consultation. Ws saya sekarang
http://wasap.my/601133162410/naksimpanemas
๐Ÿ‘1
PENDEDAHAN TENTANG SCAM DEET (PART 5)

1. Satu lagi petanda bahaya tentang DEET ialah kehadiran sekurang-kurangnya 2 individu yang dahulunya terlibat dengan 2 scam besar di Malaysia di dalam scam DEET ini.

2. Individu yang pertama ialah hamba Allah yang menggelarkan dirinya Dato Azir yang dahulunya terlibat dengan scam HGR dan kemudian scam Rich Heritage.

3. Seorang lagi individu adalah diantara ahli โ€˜majlis tertinggiโ€™ scam Ufun (gambar beliau banyak dalam upacara-upacara UFun).

4. Ofkoz, kehadiran mereka bukan membuktikan DEET adalah satu scam. Tapi jika sekumpulan penagih dadah berkerumun di satu tempat, anda nak join mereka kah? Jika sekumpulan perompak berkerumun di satu tempat, anda nak join mereka kah?

5. Jadi kehadiran kedua individu ini adalah a BAD sign.