#TabungEmas
UNTUNGKAH PAJAK EMAS DI AHRAHNU INI?
1. Jika ada yang datang dan jual emas pada kita dengan ayat.
"Alah... Sesak sesak nanti boleh pajak di Ahrahnu." ia bukan pilihan yang bijak.
2. Kedai pajak biasa, hanya beri nilai 30% dari nilai emas tersebut . Ahrahnu lebih baik, memberi pinjaman 65% -70% dari nilai barang kemas.
Maka ramai tidak kekedai pajak gadai lama lagi dah sekarang.
3. Kadar UPAH yang Ahrahnu kenakan adalah dari NILAI EMAS kita ada dan bukannya dari JUMLAH PINJAMAN.
Dekat disini ramai yang terlepas pandang.
4. Katakan gelang emas 916 'bling bling' kita bernilai RM10,000 . Kita hanya dapat pinjaman 65% iaitu RM6,500 sahaja.
5. Caj upah simpan adalah RM0.85 setiap RM100, jadi 0.85/100 x RM10,000 = RM85 sebulan . Jika kita 'Menyimpan' di Ahrahnu selama 6 bulan?
"Ishhhh kenapa RM0.85 x RM10,000 . Kami pinjam RM6500 sahaja"?
Memang begitu kiranya kawan! Hebat bukan model perniagaanya?
6. Bagi pinjaman bernilai RM6,500 ini kadar upah yang dikenakan adalah RM85 x 6 bulan = RM510. Jika setahun adalah RM1,020.
7. Kadar faedah yang dikenakan adalah 7.85% bagi tempoh 6 bulan dan jika setahun adalah 15.7% setahun!. .
(RM510/RM6,500 x 100% = 7.85%)
8. Kadar ini sangat tinggi sebenarnya. Itu baru faedah upah simpan belum bayar duit hutang RM6,500 lagi.
9. Jika ada yang ajarkan belilah emas dan letakkan di Ahrahnu duitnya digunakan sebagai deposit rumah.
Atau
Duit itu letak dalam ASB atau Tabung Haji, dapat duit beli emas lagi. Itu semua cadangan tidak pintar namanya.
10. Tahukan kita bahawa dengan pajak emas di Ahrahnu juga, ia akan keluar dalam rekod CCRIS bahawa kita sebagai orang yang kurang kemampuan dalam kewangan.
Bank akan pandang kita sebagai lelaki yang gagal urus wang. Nak buat loan rumah jadi susah.
Emas adalah penyimpan nilai yang baik. Simpanlah emas 30% dari aset kita. Bukannya beli untuk diletakkan di Ahrahnu kawan.
Belilah emas secara bijak, bukan kena pijak.
Kredit: Azizul Azli Ahmad
#JadilahPelaburBijak