Nurhasnina Hannan
2.52K subscribers
2.48K photos
131 videos
1 file
1.31K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Kami di PUBLIC GOLD mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64🇲🇾

Kami bangga menjadi anak Malaysia!

#publicgold #publicgoldmalaysia #gold #emas #merdeka #independenceday #malaysia #malaysiaprihatin
Kalau Tak Nak Bayar Hutang Sebab Riba Macam Mana?

Dengan perkembangan teknologi di dunia, manusia lebih mudah mendapat kepada akses informasi jauh lebih cepat. Tetapi dengan terlalu banyak informasi boleh menjadikan "overloaded."

Baru-baru ini dalam satu perkongsian oleh seorang guru kewangan, beliau menjawab pertanyaan tentang, apa yang akan berlaku jika seseorang itu tidak mahu membayar kembali hutang kenderaan atas alasan kenderaan tersebut total loss kerana banjir baru-baru ini.

Jawapannya, bank akan menyenarai hitam kan peminjam tersebut dan akan susah membuat pinjaman lagi pada masa akan datang.

Tetapi apa yang lebih saya ingin kongsikan adalah, ada komen dari seorang penonton yang menulis seperti berikut:

"Kalau tak nak bayar hutang sebab riba?"

Soalan ini bagi saya agak lucu. Tetapi jawapan yang diberikan sangat "deep."

Jawapannya adalah seperti berikut:

"Tak nak bayar hutang sebab riba = Jangan buat hutang. Jangan jadi penunggang agama, mengelak dari hutang atas alasan riba."

Tajam, tapi bagi saya memang betul.

Selepas membaca soalan dan jawapan ini, saya tidak dapat menafikan apa yang orang barat sudah tulis tentang wang.

Dalam buku The Psychology of Money memang menjelaskan,

"Pandangan manusia terhadap wang berbeza antara satu orang dengan satu orang yang lain. Apa yang pelik bagi kita, normal bagi orang lain, apa yang pelik bagi orang lain adalah normal bagi kita."

Bila kita bicara tentang wang, boleh kita sama kan dengan pembelajaran kita di dalam kelas satu masa dahulu.

40 murid.
Sekolah yang sama.
Guru yang sama.
Suasana persekolahan yang sama.

Tapi keputusan peperiksaan berbeza.

Sebab, pemahaman terhadap mata pelajaran itu berbeza, suasana di rumah berbeza, cara kehidupan berbeza. Apa yang difahami oleh mereka yang score A dalam sesuatu subjek, tidak akan difahami oleh mereka yang gagal dalam subjek tersebut.

#emas #mypg #kewangan