Nurhasnina Hannan
2.52K subscribers
2.48K photos
131 videos
1 file
1.31K links
Saya Nina, Dealer Aktif Public Gold akan kongsikan serba serbi tentang emas & perancangan kewangan di sini. Berpengalaman membimbingan lebih 2000 penyimpan emas. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan untuk pm saya 😊 @ninahannan
Download Telegram
Emas. Murah ke mahal?

Tahun 2008, sewaktu saya start kenal emas. Harga satu gram emas adalah di bawah RM100 segram.

Seingat saya dalam RM96 segram.

Bila saya tanya mak saya, dia cakap “Zaman mak dulu harga emas segram cuma RM30 segram”.

Saya cakap “wow.. murahnya harga emas masa tu ye mak?”

Tapi mak saya cakap “sebenarnya harga tu mahal, sebab zaman tu gaji cuma beberapa ratus sahaja”

Oooo… rupanya harga emas walaupun hanya RM30 segram, jika diukur dengan pendapatan ketika itu, orang zaman tu rasa mahal.

Sewaktu saya start, harga emas dalam RM96, saya rasa mahal.

Kemudian, apabila harga emas RM140 segram pun saya rasa mahal (pada waktu tu).

Sekarang, harga emas semasa adalah RM311 segram (Jun 2023), pun orang cakap harga emas mahal.

Kesimpulan.

Ketika harga emas RM30 segram, orang zaman mak saya cakap mahal.

Sekarang, harga RM311 segram, kita cakap harga emas mahal.

Bila masa emas nie murah ye? Hehehe.. jawapannya takde murah.

Kita akan rasa harga emas “murah” apabila dia naik tinggi, lepas tu dia jatuh sket…

Mungkin anda dapat murah RM5-RM12 segram berbanding harga kat puncak.

Pendapat saya:

“Jika anda beli emas ketika harga di bawah harga puncak, maka itulah masa “harga emas murah” 😄

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

1 dinar laminated vs 5 Dinar loose
(dalam kapsul plastik).

1 dinar beratnya 4.25gram dan ketulenan 999.9.

5 Dinar beratnya 21.25gram dan ketulenannya 999.9

Harga 1 dinar lebih kurang RM1311 manakala 5 dinar berharga RM6553.

Bagaimana cara memilikinya?

Ada 3 cara.

1. Outright purchase (cash and carry)
2. Belian Epp10x (bayar 10 bulan).
3. Keluarkan daripada akaun GAP anda.

Harga emas sekarang menarik. Lebih kurang RM308 segram.

#NotaEmasSyukorHashim
Saya nak share tentang aura emas fizikal.

Aura bermaksud daya tarikan. Bermaksud apabila anda memegang dan melihat emas fizikal maka akan ada daya tarikan.

Al-Quran, dalam surah Ali-Imran ayat 14 ada menyebut:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;…..”

Sebab itu, bila anda start lihat dan pegang emas fizikal, maka keinginan untuk memiliki emas akan datang dalam diri anda.

Sebab itu, sewaktu saya bagi ceramah tentang emas, saya akan bagi audience saya untuk pegang emas yang besar-besar seperti 1kg, 250g dan juga 100g.

Untuk orang yang tak pernah pegang emas fizikal. Kata-kata pertama bila pegang emas fizikal adalah “Oh! Berat rupanya emas nie, dan wah! Cantiknya”

Lepas tu barulah ada keinginan untuk mereka simpan emas fizikal.

Contoh sebenar.

Semalam saya tolong puan S untuk beli 50gram gold bar fizikal.

Tiba-tiba hari ini puan S telah topup akaun GAP emas dia dan keluarkan sekeping 5 dinar yang berharga RM6500++.

Ini semua dia buat sendiri.

Saya cuma tahu bila dia whatsapp gambar dinar ini dengan hati yang gembira.

Dalam hati saya

“Dia dah terkena aura emas nie 🤭

Namun, kalau terkena aura emas takper… sebab duit melekat.

#NotaEmasSyukorHashim
Saya ada seorang customer yang beli emas sebagai simpanan untuk anaknya.

Dia seorang cikgu. Saya panggil dia kak Ita.

Kak Ita ada seorang anak namanya Irfan.

Sejak Irfan sekolah rendah tahun 2014 sehingga sekarang (September 2023), kak Ita akan belikan 1 gram emas setiap bulan untuk anaknya.

Kak ita beli emas ini gunakan akaun GAP bermula dari Oktober 2014 sehingga hari ini.

Kiranya dah 9 tahun kak Ita beli emas secara konsisten untuk Irfan.

InShaAllah emas ini akan jadi dana pendidikan untuk anaknya.

Inilah satu kajian kes customer saya yang sangat konsisten beli emas untuk anaknya 🥰

#NotaEmasSyukorHashim
Kata Tuan Syukor Hasyim, Guru Pelaburan EMAS

Rukun untung dalam emas ada 3.

1. Emas anda mesti semakin banyak.

Sebab itu orang yang konsisten dan istiqamah akan lebih untung berbanding orang yang beli sekali lepas tu tunggu harga emas naik.

Sebab itu orang yang beli emas dengan kuantiti yang banyak boleh untung lebih banyak.

Sebagai contoh, jika harga emas naik RM50 segram, maka orang yang ada 10gram emas hanya untung RM500 tetapi orang yang ada 1kilo akan untung RM50,000.

Jadi, fokus untuk tambah gram emas anda, especially bila harga emas jatuh.

2. Harga emas semakin tinggi.

Anda akan untung dengan emas bila harga semakin meningkat. Ini sangat obvious kan?

Namun, apa strategi yang anda boleh gunakan jika harga emas jatuh?

Well, ketika harga emas jatuh, anda boleh gunakan teknik pemurataan harga supaya harga emas-emas yang anda beli akan menjadi rendah.

Sebagai contoh, anda beli 1 gram pada harga RM320.

Jika emas jatuh kepada RM310 segram, anda beli lagi 1gram. Maka harga purata segram menjadi RM315.

Jadi anda berjaya merendahkan harga emas milik anda.

Jadi bila harga emas kembali meningkat maka anda dapati harga emas semasa lebih tinggi daripada harga purata emas anda.

Sebab itu, orang yang beli emas satu kali dan tunggu harga emas naik, bagi saya itu adalah strategi ala gambling.

3. Aware dengan kos-kos pemilikan emas tersebut (holding cost)

Kos pemilikan emas boleh memberi kesan terhadap keuntungan anda.

Sebagai contoh, spread emas, Gold premium, kos menyewa peti safe deposit box, kos arrahnu (jika anda arrahnukan emas), kos management fee (jika company emas anda charge kos ini).

Holding cost ini akan mengurangkan keuntungan anda.

Pelaburan emas adalah untuk jangka masa panjang. Jadi prepare mental anda untuk bertahan dalam jangka masa panjang.

Pastikan anda beli emas anda dapat emas. Kalau beli dalam akaun simpanan emas, pastikan anda boleh keluarkan emas fizikal bila -bila masa (seperti akaun GAP Public Gold).

Emas adalah logam berharga yang warna kuning tu. Anda boleh pegang dalam tangan dan simpan.

Emas bukanlah digit dalam akaun yang kita tak tahu emas kat mana.

Semoga panduan ini membantu anda.

Ps: harga emas tengah murah sekarang nie. Sila tambah gram dengan senyuman 😃

Credit;
#NotaEmasSyukorHashim
Tahniah kepada dealer-dealer di bawah team PG1M Rina Fazila, Nurul Huda dan Dayana Zakaria

Mereka telah membantu customer untuk menyimpan aset emas 250g emas dan juga 1kg emas 😆 💪💪

Kebanyakan customer ini adalah pemilik business yang membeli emas sebagai aset.

Jika anda seorang businessman yang mahu simpan aset emas yang besar.

Anda boleh buat belian bayar sekaligus (kaedah 1) ataupun buat belian secara easy payment purchase (EPP) (kaedah 2).

Untuk kaedah 2, anda boleh tengok jadual pembayaran selama 10 bulan (dalam gambar).

Lepas habis bayar, anda akan dapat emas fizikal dalam tangan.

Kalau habis bayar awal, anda dapat emas awal 😄

Ps. Sekarang ada promosi untuk belian 250g dan 1kg. Anda akan dapat percuma 1g untuk belian 250g dan 5g untuk belian 1kg emas.

Hadiah daripada Public Gold 😄

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Harga emas menaik sejak jam 3.00 petang tadi.

Dalam masa 8 jam harga emas naik mencecah paras 1907.20 (naik 38.70 USD se Oz.

Apa sebabnya?

Jawapan: konflik antara Israel dan Hamas semakin tegang.

Sangat tegang.

Ini kerana tentera Israel telah meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memindahkan 1.1 juta rakyat Palestin yang tinggal di bahagian Utara Gaza dalam tempoh 24 jam.

Apa maksudnya?

Maksudnya tentera Israel ingin masuk menyerang tentera Hamas di kawasan tersebut. Ini adalah perang gais!

PBB telah memaklumkan bahawa pemindahan 1.1 juta rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam adalah mustahil untuk dilakukan. Ia akan menyebabkan krisis kemanusiaan terhadap pelarian Palestin.

Sekarang nie, ketegangan sangat tinggi, ketidaktentuan sangat tinggi.

Adakah tentera Israel akan masuk menyerang setelah tempoh 24 jam berakhir?

Jika ya, ia bermaksud satu peperangan akan berlaku. Ramai orang yang tidak bersalah akan menjadi korban.

Selepas itu, kita tidak tahu apakah respon daripada negara-negara Arab jika perang betul-betul meletus. Jika ya, maka emas, perak, minyak akan naik melambung.

Buat masa nie, saya memerhatikan situasi di Israel dan Gaza dengan penuh perhatian.

Sila share kepada rakan-rakan anda.

#NotaEmasSyukorHashim

https://www.facebook.com/620021355/posts/pfbid0G5aBuSscDaYfPmo7tFonrTq9J4c5ea7ikNodrvrGFS16vT2XB64AWs1tPgrePNJul/?mibextid=kK6hii
Gais.

Harinie saya dapat 1 pm kat fb messenger.

Ada seorang hamba Allah tanya samada saya ada gold bar Publix Gold 1g masjidil Aqsa.

Sebab dia dah tak boleh withdrawal dari akaun GAP. Gold bar tu dah tak available.

Sebab tu dia pm saya. Namun malangnya.

Saya pun dah takde stok.

Apa cerita nie?

Sebenarnya gold bar Masjidil Aqsa adalah gold bar limited edition. Hanya ada cetakan sebanyak 30,000 keping.

Lepas cetak 30,000 keping. Dah takde dah.

Jadi jika anda seorang collectors gold bar special edition dan limited edition maka anda perlu ambil kesempatan untuk withdrawn gold bar ini secepat mungkin dan letak dalam gold card folder.

Jika anda bukan seorang collectors, maka anda fokus sahaja untuk banyakkan gram emas anda dalam akaun GAP.

Lepas tu withdraw gold bar @ dinar emas yang besar-besar.

Lain padang lain belalang.
Lain orang lain ragam 😄

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Antara memori terindah ketika trip Public Gold ke Hokkaido, Jepun adalah malam Grand Dinner.

Ini adalah makan malam dan sesi penghargaan, sharing pengalaman dan juga sesi bergambar.

Penutup Grand Dinner adalah sesi bergambar dengan team.

Alhamdulillah… ini anak-anak buah saya, team PG1M yang turut join trip percutian mewah ke Hokkaido bersama Public Gold.

Mereka adalah dealer-dealer aktif yang membimbing penyimpan-penyimpan emas di seluruh dunia untuk membuat pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat.

Saya doakan semoga lebih ramai anak-anak buah saya dalam team PG1M akan layak menyertai trip PGLS ke Switzerland tahun depan dan ke Cape Town, South Africa tahun 2025!

#NotaEmasSyukorHashim

p/s: look for me! Berbaju dress baby blue 👀
Kenapa saya simpan emas?

Jawapan.

Saya hanya tahu ilmu emas ketika berumur 30 tahun. Ketika itu saya bekerja di Universiti Multimedia, Melaka sebagai assistant director. Tahun 2008.

Guru emas saya adalah Allahyarham En. Abdul Halim Abdul Hamid, pensyarah finance and Islamic Banking.

Daripada beliau saya belajar ilmu emas yang betul tepat dan selamat.

Bila bercakap tentang emas, ia adalah logam berharga yang berwarna kuning. Secara fizikal, emas nie anda boleh pegang dan simpan.

Emas ini mempunyai sifat sebagai harta. Sebab ia cantik berharga, tidak boleh dibinasakan dan laku di seluruh dunia.

Kenapa simpan emas? Sebab ia adalah harta yang lebih baik dari duit kertas. Dalam jangka masa panjang, nilainya meningkat berbanding duit kertas dan kuasa beli emas adalah stabil dalam jangka masa panjang.

Simpanan emas selari dengan fitrah mengumpul kekayaan. Bila duit jadi emas, otak cakap simpan elok-elok. Duit nie, fitrahnya adalah untuk dibelanjakan.

Cuma kena sedar, emas nie simpanan jangka masa panjang. Jangka pendek ada turun naik. Namun jangka panjang ia akan naik.

Semasa saya start tahun 2008, harga emas masih dibawah RM100 segram.

Sekarang tahun emas dah RM330 segram.

Gais.

Pakar kewangan menyarankan anda menyimpan 5% ke 10% dari kekayaan anda dalam bentuk emas.

Saya cadangkan anda simpan dalam bentuk emas fizikal. Sebab aura emas fizikal nie lain macam berbanding emas digital.

Lagipun emas fizikal mengurangkan risiko pihak ketiga. Iaitu kerugian akibat kecuaian pihak lain.

#NotaEmasSyukorHashim
Antara syiling emas popular di kalangan pelabur emas adalah Kijang Emas.

Syiling ini susah dapat. Cuma kat Maybank cawangan tertentu ajer yang jual.

Itu pun belum tentu ada stok.

Semasa mula-mula melabur emas, saya beli Kijang Emas (tahun 2009).

Namun, saya dapati syiling Kijang Emas nie ada beberapa kelemahan.

Pertama, stok susah dapat especially bila harga emas jatuh. Memang stok boleh dikatakan takde langsung.

Kedua, syarat jual balik yang agak ketat, dimana ia tak boleh calar atau kemik waktu nak jual balik. Maybank akan reject.

Sebabnya mereka akan hadapi masalah untuk jual kepada customer yang baru. Sebab syiling tu dah tak cantik (defect).

Jadi kalau syiling ini terjatuh dan sedikit kemik (tengok gambar), maka pemiliknya akan hadapi masalah kalau nak jual balik kat Maybank.

Salah satu solusi adalah menjual kat mana-mana pembeli emas terpakai seperti Public Gold atau kedai emas.

Public Gold beli emas rosak, kemik, putus dan buruk dengan harga yang tinggi. Anda boleh bandingkan dengan harga kedai atau peraih emas kat luar sana.

Anda bawa ajer kat mana2 office Public Gold untuk ditimbang berat dan ketulenan.

Anda akan dapat tunai segera 😄👍

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Saya nak share sikit tentang sejarah 2 syarikat emas yang telah scam rakyat Malaysia.

First sekali, Zenith Gold (sekitar tahun 2017) dan notorious Tok Belagak - Darul Emas Perak Berhad (2012-2015).

Walaupun banyak syarikat emas yg scam kat Malaysia, namun untuk posting ini, saya ambil contoh 2 syarikat ini.

Kedua-dua syarikat ini, walaupun scam orang, namun mereka turut mempunyai emas fizikal.

Ya tuan puan. Syarikat penipu pun ada keluarkan emas fizikal mereka sendiri.

Tengok gambar-gambar emas mereka.

Apa yang saya nak bagitau adalah, sewaktu mereka masih beroperasi, mereka berselindung disebalik kata-kata:

“kami hanya jual beli emas, bukan buat skim”

Namun, antara modus operandi yang digunakan oleh tok belagak adalah menjual emas pada harga yang lebih murah dari harga pasaran, namun pembeli akan dapat emas tersebut dalam tempoh 7 hari, 14 hari hatta 30 hari kemudian.

Makin lama customer tunggu, makin murah harga emas tu. Ini yang mereka panggil “emas delay”

Lepas tu istilah tu ditukar kepada emas ETA (estimated time of arrival).

Jadi, walaupun urusniaga tersebut nampak macam jual beli emas. Namun ada unsur keuntungan ditawarkan jika pembeli sanggup delay tunggu ketibaan emas.

Sama juga jika customer jual emas.

Syarikat offer harga belian yang lebih tinggi jika customer sanggup delay payment. Ada customer yang sanggup tunggu sampai 30 hari sebab syarikat offer harga buyback yang tinggi.

Jadi, inilah contoh pulangan lumayan yang “bersembunyi di dalam urusniaga emas”

Jadi gais, jangan ler mudah percaya jika ada orang especially dealer/konsultan yang bagitau anda “ini jual beli emas tanpa janji pulangan”

Kadang-kadang kita kena tengok”between the lines”.

Inilah skill detektif conan yang anda kena kuasai.

Sebab itu anda kena dapatkan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman melawan scammer seperti Alwi Adam dan Khairul Ezuwan

Sebab mereka boleh melihat operasi syarikat tersebut secara menyeluruh dan tengok “between the lines”. Kemudian mereka berkongsi ilmu dengan kita semua.

Kenapa saya tak kena tipu dengan emas sejak 2010?

Sebab saya mahir melihat “between the lines”.

Jadi, kalau ada syarikat emas yang offer jual beli emas, tapi produk mereka boleh untung luar biasa banyak.

Please read “between the lines” 😃

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Saya nak share pengalaman menjual 2 dinar emas di Grand Bazaar, Istanbul, Turki.

Untuk pengetahuan anda, saya dan CikJun Jonaina Nordin sedang bercuti di Istanbul, Turki.

Sebelum datang ke Istanbul, saya dah plan untuk buat research tentang menjual dinar emas Public Gold kat sini.

Untuk tujuan ini, saya bawa 2 jenis dinar emas Public Gold iaitu:

1) 1 Dinar Emas LMBA yang dicetak oleh Nadir Metal Refinery (emas Nadir sangat popular di Turki).

Dinar emas LBMA ini, dia dalam plastik laminated (tengok video dan gambar kat komen pertama). Jadi tak boleh buka sarungnya.

P/s: Dinar ini dah tak dikeluarkan lagi.

2) 1 Dinar Emas Public Gold yang dicetak oleh Public Gold Mint Sdn Bhd (local minted). Dinar ini dalam casing plastik yang boleh dibuka.

Saya ingin melihat.

Ada tak perbezaan dari harga belian untuk emas LBMA dan emas bukan LBMA?

Kenapa jual di Grand Bazaar, Istanbul?

Untuk pengetahuan anda, Grand Bazaar di Istanbul adalah salah satu pasar berbumbung terbesar dan tertua di dunia.

Ada lebih 4,000 kedai di sini. Ia menarik antara 250,000 dan 400,000 pengunjung setiap hari.

Kalau nak jual beli emas, memang adalah lorong yang khas untuk kedai jual emas dan perak sahaja.

Pertama sekali, terlalu banyak banyak kedai yang offer untuk membeli balik emas. Anda takde masalah langsung nak jual emas kat sini.

Ada kedai yang offer harga tinggi sikit tapi terbuka dan sesak dengan orang ramai.

Saya pilih satu kedai namanya Erdogan Bektas, no 57. yang tak ramai orang sebab nak mudah merakam proses menjual emas dan senang saya nak kira duit. Privacy sikit.

First sekali, harga belian emas adalah ikut berat dan ketulenan sahaja.

TIDAK ADA perbezaan harga belian diantara dinar LBMA dan dinar local Public Gold.

Walaupun kedai ini tahu pasal Nadir, namun harga yang mereka beli sama sahaja.

Harga belian untuk 2 dinar ini adalah 18,870 Tukish Lira bersamaan RM2784, dalam RM1392 untuk 1 dinar (tinggi sikit dari harga buyback kat Malaysia). Tarikh 6/3/24.

Saya setuju dengan harga ini. Cantik juga harganya 😃

Kedai ini membuat beberapa ujian.

1. Ujian timbang berat
2. Ujian magnet
3. Ujian asid untuk local dinar
4. Untuk LMBA dinar, mereka tak buka sarung dan tak buat asid test. Mereka timbang berat dan buat ujian magnet sahaja.

Lepas tu mereka bagi duit cash kat saya sebanyak 18,870 Lira.

Yay! Boleh shopping 🤣

Kesimpulan, bila nak jual balik, pembeli akan tengok berat dan ketulenan sahaja.

LBMA atau local dinar tidak memberi kesan harga. Sama ajer harganya gais.

Gais.

Inilah pengalaman saya jual dinar emas LBMA dan dinar local minted Public Gold di Grand Bazaar, Istanbul Turki.

Sila lihat video 2 minit ini untuk melihat pengalam tersebut.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim

Posting asal di FB https://www.facebook.com/share/v/cqKB6N4mkF9tR6Js/?

Terima kasih
Gais.

Semalam harga emas naik sangat banyak iaitu sebanyak 2.16% bersamaan 46.56 USD / Oz.

Semalam harga tertinggi adalah USD2211.32

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda, semalam US Fed telah memberikan isyarat bahawa pemotongan kadar faedah tahun ini akan dipertimbangkan.

Pemotongan kadar faedah akan menyebabkan pelabur menambahkan minat terhadap emas.

Untuk pengetahuan anda, sekarang inflasi di US dilihat masih tinggi. Ia meningkatkan risiko untuk fed menangguhkan pemotongan kadar faedah atau menundanya.

Namun kenyataan fed semalam memberikan kelegaan kepada pelabur tentang perancangan fed untuk meneruskan rancangan untuk memotong kadar faedah.

Kalau kadar faedah tinggi, pelabur akan memilih instrument yang berkaitan dengan kadar faedah seperti bon, t-bill dan t-notes

Jadi kenyataan fed menyebabkan tekanan belian yang besar semalam ke atas emas menyebabkan harga emas melambung.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Bila anda beli emas, paling bagus adalah anda dapat emas fizikal. Pegang dalam tangan dan simpan sendiri.

Walaupun ada konsultan yang cakap emas digital bagus sebab company tolong simpankan dan takde risiko dicuri, namun digital gold ada risiko-risiko tersendiri seperti risiko pihak pengurusan (management risks), risiko pihak berkuasa (authority risks)

Contoh risiko pihak pengurusan adalah jika pengurusan syarikat tersebut tidak jujur dan tidak menyimpan deposit pelanggan dalam bentuk emas.

Kemudian pengurusan boleh memberikan alasan tertentu seperti system upgrade dan kemudian menghilangkan diri. Anda boleh baca kat wikipedia tentang syarikat emas digital e-Bullion, e-gold dan Pecunix.

Bagaimana syarikat-syarikat emas digital ini boleh berkembang dan kemudiannya bungkus, menyebabkan kerugian sehingga jutaan USD pemegang akaun mereka.

Contoh management risk yang lain adalah apabila anda menjual emas digital anda, namun tiba-tiba anda tak dapat duit dalam tempoh yang sewajarnya daripada syarikat.

Sepatutnya takde masalah.

Straight forward aja urusniaganya. Syarikat tidak mampu membayar wang anda atas apa jua alasan. Tapi atas alasan-alasan tertentu, anda kena tunggu beberapa bulan untuk dapat balik duit anda.

Samada alasan tersebut logik atau tidak, anda dapati yang anda tidak dapat berbuat apa-apa.

Itu risiko emas digital.

Selain itu, risiko lain adalah seperti risiko daripada pihak berkuasa. Sebagai contoh, pihak berkuasa negara seperti Bank Negara, Suruhanjaya Securities, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengambil tindakan kepada syarikat emas digital.

Contohnya, jika ada kes salah laku, serbuan pihak berkuasa boleh dibuat ke atas syarikat, pembekuan akaun bank syarikat, tindakan undang-undang, denda dan pembatalan lesen boleh berlaku.

Ini akan menjejaskan pelanggan-pelanggan yang menyimpan emas digital dengan syarikat terbabit.

Sebab itulah, guru emas saya selalu menekankan pemilikan emas fizikal.

Saya, dari tahun 2008 sehingga hari ini amat menekankan pemilikan emas fizikal. Beli dan dapat fizikal. Simpan sendiri.

Kalau emas fizikal dah banyak, maka anda boleh sewa safe deposit box dan letaknemas anda kat sana.

Kalau anda simpan dalam akaun simpanan emas pun, pastikan anda boleh keluarkan emas bila-bila masa yang anda suka.

Bila kita simpan emas. Kita nak tidur lena. Kita taknak pihak yang simpan emas digital kita masuk berita.

Terutamanya berita yang negatif!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ini berita pagi ini.

Iran telah melancarkan serangan ke atas Israel.

Serangan adalah dalam bentuk serangan dron, peluru berpandu krus dan peluru berpandu balistik.

Ini dikategorikan sebagai serangan ketenteraan Iran ke atas Israel.

Serangan ini berpotensi untuk membuka ruang kepada konflik yang lebih besar kerana melibatkan 2 negara.

Kita boleh lihat tindak pasaran hari Isnin 6 pagi. Adakah pasaran melihat konflik ini sebagai sesuatu yang serius?

Jika ya, emas, perak dan minyak akan naik mendadak pagi Isnin nanti.

Posting asal https://www.facebook.com/share/YJb2KLZEzze4P6qJ/?

#NotaEmasSyukorHashim
14/4/2024
Saya dapat satu berita tentang syarikat jual beli emas yang menawarkan keuntungan harian kepada “rakan niaga mereka”

Setiap hari dapat untung gais 🤭

Anda melabur serendah RM100 bersamaan dengan USD20. Anda akan mendapat keuntungan sebanyak 1% selama 200 hari.

Jika dapat tarik orang (downline) maka anda akan dapat tambahan keuntungan sebanyak 1% dan jumlah keuntungan adalah sebanyak 2% selama 200 hari. Pergh!!

Mereka juga mencari “funder” untuk production emas mereka dengan menjanjikan keuntungan sebanyak 30% sebulan.

Ulasan saya:

Sekiranya anda belum pernah kena tipu sepanjang anda hidup, saya cadangkan anda melabur kat syarikat ini.

Mana tahu kot-kot nasib anda baik. Boleh untung cepat dan banyak.

Ada company untung ganda-ganda nie diorang boleh selamat sampai 6 ke 7 cycle sebelum terciduk habis.

Guru emas saya cakap “setiap orang dewasa perlu ada pengalaman kena tipu. Tak pun pengalaman dia kena sidai menunggu payment 6 bulan. Baru dia akan cerdik banyak 🤭

Kalau dah pernah kena tipu sebelum ini.

Maka saya nak tanya..

“tak serik lagi ke?”

#NotaEmasSyukorHashim
Berita menarik daripada Astro Awani malam semalam.

Apa ceritanya?

Ceritanya adalah Bank Pusat India telah membawa pulang 100 tan EMAS FIZIKAL milik mereka daripada Britain (Bank Of England).

Kebiasaannya, bank-bank pusat di seluruh dunia lebih suka menyimpan emas fizikal kat Bank Of England.

Sebab mudah berurusniaga beli, jual dan simpan.

Namun, kali ini mereka berpendapat. Lebih baik bawa balik dan simpan sendiri.

Moral of the story.

Kalau beli emas fizikal maka anda boleh simpan sendiri bila-bila masa. Anda boleh nampak emas fizikalnya.

Namun kalian kat Malaysia jangan tersalah memilih emas dan syarikat emas.

Takut nanti emas tak nampak, tak dapat dan kena sidai setengah tahun lepas jual.

Ia sedang berlaku kat Malaysia 😓.

Sebab syarikat terbabit beli emas kat Bunian Bank (sepatutnya Bullion Bank 🤭)

Habis customer mereka kena sidai.

Belajar dari kesilapan orang lebih mudah dan murah.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Malam ini telah keluar 2 laporan yang menggerakkan harga emas ke atas 📈

1) Laporan pertama keluar jam 8.15 malam waktu Malaysia.

Namanya ADP Nonfarm employment change.

Ia adalah data ekonomi bulanan yang mengukur perubahan dalam pekerjaan sektor swasta bukan ladang di Amerika Syarikat.

Dihasilkan oleh Institut Penyelidikan ADP dengan kerjasama Moody's Analytics, laporan ini memberikan anggaran jumlah pekerjaan yang ditambah atau hilang dalam sektor swasta, tidak termasuk pekerjaan kerajaan, sepanjang bulan sebelumnya.

Laporan ini berdasarkan data gaji daripada kira-kira 400,000 perniagaan di AS dan biasanya dikeluarkan dua hari sebelum laporan pekerjaan rasmi daripada Biro Statistik Buruh (BLS).

Data jangkaan = 163 ribu pekerjaan ditambah untuk bulan lepas.

Data sebenar = 150 ribu pekerjaan ditambah.

Memandangkan terdapat perbezaan 13 ribu pekerjaan, pasaran kerja US dilihat lemah.

Kelemahan pasaran kerja US = harga emas naik!

2) Laporan kedua keluar pada malam ini jam 8.30 malam adalah “Initial Jobless Claims report”

Ia merujuk kepada data ekonomi mingguan yang mengukur bilangan individu yang memohon manfaat insurans pengangguran buat kali pertama sepanjang minggu lalu.

Laporan ini dikeluarkan oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat dan merupakan penunjuk utama keadaan pasaran buruh.

Laporan ini memberikan gambaran mengenai kesihatan pasaran pekerjaan dengan menunjukkan berapa ramai orang yang kehilangan pekerjaan dan memohon manfaat pengangguran.

Tuntutan yang lebih tinggi daripada jangkaan boleh menunjukkan kelemahan dalam pasaran pekerjaan, manakala tuntutan yang lebih rendah daripada jangkaan boleh menunjukkan kekuatan.

Data jangkaan = 234 ribu tuntutan
Data sebenar = 238 ribu tuntutan.

Memandangkan tuntutan sebenar lebih tinggi daripada jangkaan, maka pelabur melihat pasaran kerja US semakin lemah dan membuat andaian ekonomi US lemah.

Jadi harga emas naik!

Sebab itu anda melihat harga emas menaik bermula 8.15 malam ini.

Kenaikan harga emas malam nie agak ketara.

Sebab harga emas GAP berpotensi naik antara RM4 dan RM5 segram.

Jadi untuk anda yang bercadang nak beli emas, sila topup akaun GAP anda dengan senyuman 😄, sebelum jam 12.00 malam.

Saya doakan anda dapat harga yang terbaik.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
3/7/2024 9.30 malam
Gais.

Salah satu risiko berjual beli emas secara online terutamanya kat FB group, ig, mudah dan lain-lain adalah risiko anda kena scam.

Pembeli emas berisiko kena scam.

Penjual emas pun berisiko kena scam.

Terdapat banyak modus operandi scammer kat online.

Saya screenshot posting seorang penjual emas online yang hampir kena tipu dengan seorang scammer yang menggunakan teknik bayar dengan cek (floating).

Gais.

Kalau nak selamat dalam urusan jual beli emas, anda jual beli terus dengan syarikat emas sebab tiada risiko kena tipu.

Jual beli kat online memang boleh untung lebih sket, tapi ia membuka ruang kena scam bagi mereka yang naif.

Kalau kena scam dalam emas, memang besar kerugiannya.

Semoga bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim