Nota Emas Noorshiah MA (PG012917)
160 subscribers
417 photos
20 videos
3 files
238 links
Tips dan perkongsian ilmu emas.
"Save gold today, it will save you tomorrow"
Download Telegram
Kos Haji 1446H/2025M meningkat?

Tabung Haji telah mengumumkan kos mengerjakan haji bagi tahun 1446H/2025M mengikut kategori seperti berikut:
B40 : RM15,000
M40 : RM23,500
T20 : RM33,300
Tahniah Kepada Semua Bakal Jemaah Haji 2025.

Berikutan pengumuman ini, terdapat pelbagai ulasan mengenai kenaikan kos haji bagi kategori B40 & M40 berbanding tahun 2024. Betul, dalam nilai RM kos haji meningkat banyak.

Jom kita buatkan sedikit kiraan di sini.
Kos haji bagi tahun 2024 dan peratusan kenaikan untuk tahun 2025 adalah seperti berikut:
B40 : RM12,356 -> RM15,000 : 21.4%
M40 : RM19,152 -> RM23,500 : 28.7%
T20 : RM33,300 -> RM33,000 : 0%
Meningkat 21.4% untuk B40 dan 28.7% untuk M40 berbanding tahun 2024.

Namun, tahukah anda bahawa kos Haji 2025 TIADA PENINGKATAN dengan simpanan EMAS.

Bagi tahun 2024, dengan harga emas sekitar RM330/gram, kos haji adalah:
B40 : RM12,356 : 38 gram (9 dinar)
M40 : RM19,152 : 58 gram (14 dinar)
T20 : RM33,300 : 101 gram (24 dinar)

Bagi musim haji tahun 2025 pula, dengan harga emas sekitar RM415/gram, kos haji adalah:
B40 : RM15,000 : 37 gram (9 dinar)
M40 : RM23,500 : 57 gram (14 dinar)
T20 : RM33,300 : 81 gram (20 dinar)

** dibulatkan kepada gram & dinar

Daripada analisis ringkas ini, kita dapat lihat bahawa dengan simpanan emas, kos mengerjakan haji bagi 2024 dan 2025 untuk kategori B40 dan M40 adalah sama iaitu masing-masingnya 9 dinar dan 14 dinar.

Bagi kategori T20 pula, kos mengerjakan haji bagi 2025 adalah 4 dinar lebih rendah berbanding kos untuk 2024.

Dengan simpanan EMAS, kos Haji 2025 tidak naik untuk kategori B40 dan M40, malahan lebih rendah untuk untuk kategori T20.

Bagi anda yang menunggu giliran haji untuk beberapa tahun akan datang, mulakan simpanan dana haji dalam bentuk emas. Ini kerana emas dapat memegang nilai dengan lebih baik berbanding matawang.

#PG1M
*HUTANG MINTA HUTANG*

Lagak senang hidup mewah
Semuanya hutang
Siang malam pagi petang menambah hutang

Sudah menjadi seakan budaya masyarakat sekarang berbelanja mengikut gaya hidup dan buknnya berdasarkan kemampuan kewangan

Natijahnya, ramai yang ketagih membuat hutang. Belum habis lagi bayar pinjaman lama, sudah mula buat hutang baru

Sedar atau tidak, sikap begini akan memberikan kesan yang mendalam terhadap individu berkenaan

📌 Risiko terjerumus dalam kebankrapan di usia muda

📌 Hubungan antara rakan dan masyarakat menjadi renggang

📌 Konflik dalam rumah tangga

📌 Resah, gelisah dan masalah emosi

Jadi, muhasabah diri dan berfikir dengan teliti sebelum berhutang

Sekiranya tidak dalam keadaan terdesak dan tidak yakin dapat menguruskan hutang, maka elakkan daripada berhutang

Sebaiknya, kita FOKUS untuk disiplinkan diri untuk:

Mengurus kewangan atau hutang sedia ada terlebih dahulu

Menabung sebagai persediaan kes kecemasan dan luar jangka

Fikir-fikirkan..
Semoga bermanfaat 🙂

#PG1M