Nota Emas Noorshiah MA (PG012917)
159 subscribers
420 photos
20 videos
3 files
239 links
Tips dan perkongsian ilmu emas.
"Save gold today, it will save you tomorrow"
Download Telegram
Download ebook percuma versi 2023
Antara teknik menabung yang berkesan adalah buat EPP 1 dinar.
.
Apa itu EPP (Easy Payment Purchase Plan)?
.
EPP adalah belian emas secara, kita lock harga kemudian buat bayaran sehingga 10 bulan.
.
Selepas habis bayaran ke 10, kita akan dapat emas.
.
Berita baiknya harini emas turun RM5 segram berbanding semalam.
.
Sangat sesuai utk kita buat EPP kerana kita dapat lock emas pada harga rendah. Untuk 10 bulan akan datang, kita akan bayar ansuran yang sama walaupun harga emas sudah naik.
.
Kenapa 1 dinar?
.
Saya sangat rekemen sesiapa yang nak mulakan simpanan emas, bermula dengan 1 dinar.
.
1 dinar adalah item yang spreadnya kecil dan paling mampu milik.
.
Dengan bajet lebih kurang RM130 sahaja sebulan, kita akan dapat memiliki 1 dinar.
.
Nak diingatkan bahawa epp ni perlu komitmen selama 10 bulan. Tidak boleh terlepas bayar atau batalkan order kerana boleh dikenakan penalty 10% dari nilai belian kita.

#notaemasnoorshiah
#TipSimpananEmas
Public Gold GAP
RM 100 = 0.3311 gram
RM 302 = 1.0000 gram

Lowest: RM 275 (7 February 2023)
Highest: RM 320 (21 September 2023)

Last Updated: 5 October 2023

Daftar akaun percuma di sini ye :

https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&intro_pgcode=PG012917
Journey seorang penyimpan emas

✅️ Target simpan min 1g setiap bulan.
✅️ Cukup 6gm, boleh keluarkan 1 dinar atau 5gm bungamas.
Teruskan perjalanan anda. Kumpul sehingga 11gm pula. Kemudian keluarkan item 10gm.
✅️ Next, kumpul lagi dalam gap sehingga capai 21gm. Keluarkan 20gm bungamas.
✅️ Ulang sahaja proses yang sama untuk keluarkan item idaman anda. Sehinggalah capai 100gm yang pertama.

Dan capai 100gm, perjalanan ke arah 250g dan 1kg lebih mudah.

Tukar mindset.
Kita bukan beli emas.
Kita menyimpan emas.
Duit simpanan dialihkan kpd bentuk aset yg lebih baik.
Beli emas anda tak akan rugi sebab anda sebenarnya sedang 'menyimpan' sesuatu yang lebih bernilai dari duit.

Dapat sesuatu?

Impian kena besar,
Seiiring dengan usaha.
Selebihnya kita doa moga sentiasa dimurahkan rezeki, dapat konsisten membina kewangan masa depan.

*#notaemasnoorshiah*
Apabila mula menyimpan emas, penyimpan emas mesti ada 3 mindset ini.

1. Beli emas sebagai simpanan

Apabila kita menyimpan emas, kita sebenarnya telah selamatkan duit daripada terbelanja. Jadi dari situ kita dah pupuk dalam diri kita tabiat menyimpan. Kita juga akan pandai menilai mana kemahuan dan kehendak.

2. Beli emas untuk kegunaan jangka panjang atau kecemasan

Anggap simpanan ini adalah satu bentuk simpanan yang langsung tak boleh diusik. Hanya gunakan ia jika berlaku kecemasan atau capai matlamat dalam jangka panjang sahaja.

Bukan beli harini, guna esok.

3. Beli emas bila ada duit dan kemampuan

Ketika ramai orang beli emas kita pun nak beli emas, kadang-kadang beli emas ni pun kena cerdik kawan-kawan. Bukan masa murah, beli juga sekilo walau rasa tak mampu. Jangan begitu.

Tetapkan kemampuan dan bajet, jika mampu 1 atau 2 gram, itu sahaja pun dah memadai. Jangan risau, yang penting simpan. Bukan kita pinjam duit orang.

Nak belajar simpan emas?
Rujuk sini: https://publicgold.me/noorshiah/cara-bermula
Ramai yang anggap 1 dinar bersamaan dengan 1 gram emas.

Tetapi yang sebenarnya, 1 dinar mempunyai berat sebanyak 4.25 gram.

Dan 1 dinar juga tak sama dengan 1 dirham.

Dinar adalah syiling emas manakala dirham pula adalah syiling perak.

Dan berat 1 dirham tak sama dengan berat 1 dinar sebab berat 1 dirham bersamaan dengan 2.975 gram perak.

Ha pening? 😂

Tak payah pening. Beli dulu 1 dinar (4.25 gram) dan 10 dirham (29.75 gram) dan rasakan sendiri perbezaan dia.

➡️ https://publicgold.me/noorshiah
➡️ http://www.wasap.my/60168876857/Nakbeli1dinar
𝗤 & 𝗔 𝗚𝗔𝗣 : 𝗚𝗼𝗹𝗱 𝗔𝗰𝗰𝘂𝗺𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺

1️⃣ 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗚𝗔𝗣 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗸𝗲?
Untuk mula menabung emas di GAP, tiada yuran. Kita mula menabung emas serendah RM100 & 100% RM100 itu ditukar kepada gram simpanan GAP mengikut harga GAP semasa (sekitar 0.3+++ gram)

2️⃣ 𝗚𝗔𝗣 𝗻𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗕𝗮𝗻𝗸 𝗸𝗲?
Tidak. GAP adalah dibawah syarikat Public Gold syarikat Sdn Bhd yang menjual emas dan perak terbesar di Malaysia.

3⃣ 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗙𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗸𝗲??
GAP ni kita menabung 100% emas fizikal. Boleh keluarkan emas fizikal serendah 1 gram. Cuma perlu tinggalkan 1 gram supaya GAP kekal aktif. Bila-bila nak simpan emas lagi, kita hanya tambah emas dalam GAP secara online. 1 Gram itu siapa punya? 100% kita punya. Saya sambung di mana pengakhiran 1 Gram GAP ni nanti ya!

4⃣ 𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗡𝗮𝗸 𝗠𝘂𝗹𝗮 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝟭 𝗚𝗿𝗮𝗺 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵?
Tiada halangan untuk mula simpan emas lebih dari 1 gram. Semuanya bergantung pada kemampuan dan inisiatif setiap individu untuk mula menyimpan emas mengikut kadar kemampuan, target & matlamat kewangan masing-masing.

5️⃣ 𝗡𝗮𝗸 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵?
Boleh. Cuma GAP dianggap tidak aktif. Untuk aktifkan semula GAP suatu hari nanti, akan dikenakan caj RM50

6️⃣ 𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻?
Hanya "owner" sahaja yang boleh keluarkan emas. Tiada siapa boleh keluarkan emas bagi pihak pemegang GAP. Ini bagi menjaga privasi dan keselamatan GAP tersebut.

7️⃣ 𝗠𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗕𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻??
Tiada paksaan untuk menyimpan setiap bulan. Ia sangat fleksibel! Tiada paksaan untuk kita menyimpan/deposit duit simpanan kita di bank, begitu jugalah konsep nya menyimpan di GAP. Sebaiknya, fokus & konsisten menyimpan untuk berjaya membina aset masa depan.

8️⃣ 𝗔𝗽𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝘀𝗸𝗶𝗽 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗚𝗔𝗣 @ 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 ?
✅️ Tiada apa berlaku. GAP tidak akan expired. Gram tak akan berkurang & tak akan juga bertambah.


9️⃣𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗦𝗮𝗿𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗚𝗔𝗣?
Banyak sangat kelebihan GAP. Saya & keluarga manfaatkan GAP untuk dapatkan lebih penjimatan & mampu memiliki apa jua berat emas yang saya impikan dengan cara murah, mudah & semestinya patuh syariah💪🏻

Moga bermanfaat 🌟

Belum mula menyimpan di GAP?

Klik sini untuk bermula: https://publicgold.me/noorshiah/akaun-gap

Kredit: Odahsolehah
Bagi seorang "Gold Saver" buang masa kalau terlalu memikirkan (fokus) kepada turun naik harga emas.

Emas tu kalau harganya naik turun ke tetap kita akan simpan selagi mana ia belum lagi memerlukan kita jual.

Kebiasaanya bagi "gold saver" mereka akan menjual emas bila berada dalam 3 situasi yang dimaksudkan seperti didalam gambar.

Secara asasnya tak kisah berapa pun harga emas ketika nak menjual, tapi bila berada dalam tiga situasi yang dimaksudkan itu adalah masa yang terbaik dan harga terbaik bagi "gold saver" untuk menjual emasnya.

Selain menjual kita sebagai "gold saver" ada pilihan lain iaitu boleh saja pajak untuk dapatkan tunai segera.

Tapi apapun perlu kenalpasti sumber kewangan kita dimasa depan yang membolehkan emas itu ditebus semula selepas dipajak. Supaya kita tidak ada masalah selepas memajak emas tu.

Simpan emas biar bermatlamat yang jelas, supaya kita tidak berada dalam situasi yang "lemas" bila melihat naik turun harga emas.

Kredit: Diba & Miza
TIADA ALASAN

"Gaji RM3000 sekarang, mana cukup nak menabung" Betul ke statement ni?

Andaikata esok, majikan naikkan gaji dari RM3000 kepada RM10,000. Bagaimana? Boleh menabung RM7000?

Kalau RM3000 tiada tabungan.
Sepatutnya gaji RM10,000 akan ada RM7,000 dalam tabung setiap bulan bukan?

Kalau ikut logik matematik, memang sepatutnya ada RM7000 extra setiap bulan.

Tapi...

Mentor saya bagitahu, berbelanja bukan soal matematik, tapi soal emosi. Majority kita habiskan duit sebab emosi. Makin besar gaji, makin besar kemahuan berbelanja (emosi).

Saya gembira melihat penyimpan emas yang konsisten menabung setiap bulan.

Mereka tahu nak kurangkan emosi berbelanja, dengan alihkan sebahagian wang ke dalam bentuk emas setiap bulan.
Gais,

Saya dapati, kesemua pelabur emas yang berjaya mempunyai satu tabiat akar yang luar biasa iaitu:

Mereka ada tabiat suka menyimpan.

Mereka ini, jika tidak berjumpa dengan emas sekali pun, mereka tetap akan menyimpan di dalam instrument pelaburan yang lain seperti dalam bank, ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan lain-lain.

Mereka ini suka menyimpan, berdisiplin, mempunyai visi yang jauh dan sanggup menangguhkan keinginan sekarang supaya berjaya di masa hadapan.

Orang putih cakap "delay gratification"

Gais,

Kejayaan dalam pelaburan emas boleh dimaksimakan jika anda mempunyai tabiat suka menyimpan.

Ditambah pula jika anda ada perancangan besar di masa hadapan dan sanggup menangguhkan kehendak sekarang.

Orang macam ni tak tengok jangka pendek.

Contohnya kalau harga emas merudum, itu tak beri kesan kat mereka malahan mereka ambil peluang beli lagi. Sebab dari segi logik, kalau nak beli aset mestilah tunggu waktu harga rendah.

Betul tak?

Sekiranya anda ingin berjaya dalam pelaburan emas atau apa-apa pelaburan, pupuklah tabiat akar suka menyimpan.

Kemudian perkara-perkara lain akan jadi senang.

Sila #share jika bermanfaat.
𝗪𝗲𝗹𝗰𝗼𝗺𝗲 𝗗𝗲𝗰𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 🥳

Sebenarnya, bagi yang faham.

Tak perlu pun fikir banyak kali untuk mula menyimpan emas 😊

Mula sahaja walaupun 1 gram.

🔆 Sebab selepas bertahun kita simpan duit, apa yang duit beri pada kita?

1. Duit sentiasa habis kena belanja
2. Nilai duit semakin menyusut setiap tahun
3. Simpanan tak tahan lama

🔆 Bila duit dah bertukar jadi emas. Apa emas bagi kita?

1. Duit kita tak mudah bocor
2. Nilai emas semakin meningkat
3. Sudah ada aset bertahan ketika gawat

🔆 Kata pakar, orang ada duit tak semestinya ada emas.

🔆 Tapi orang ada emas, sudah tentu ada duit. Sebab emas itu duit, bila-bila kita boleh tunaikan.

🔆 Bagi yang dah bermula dengan 1gm, semak semula konsisten tak menyimpan? Patut dah ada 12gm untuk tahun ni. Ada lebih lagi bagus 👏🏼👏🏼

Dah faham kan?
Bermula hari ini ya 🥰
Klik 👇🏼
https://publicgold.me/noorshiah/akaun-gap


#1gram1bulan #emasasetmasadepan
Soalan favourite, berapa yang patut saya mulakan simpanan as newbie ni?

Jawapan:

Ikut bajet masing-masing je 😍
Itu yang best jadi penyimpan emas Public Gold ni.

🌸 Ada Rm100 top up Rm100
🌸 Ada bajet 1gm terus beli 1gm
🌸 Ada bajet beli RM1000 boleh terus top up RM1000
🌸 Ada bajet 1 dinar boleh terus beli secara full payment atau EPP10 bulan

Flexible dan mudah ye kawan-kawan!

Yang penting kita dah mula dan kena terus konsisten!

Tahniah yang dah mulakan simpanan emas hari ni!
PUBLIC GOLD BAYAR CASH ON THE SPOT RM 29,300

Alhamdulillah.

Tadi saya dihubungi seorang pemilik emas jenis X . Beliau bagitahu nak jual emasnya dan nak dapatkan cash segera.

Saya tanya kenapa tak jual semula kepada kedai yang dia beli.

Dia kata, kedai tersebut ambil murah 100 gram tu 28,200 sahaja dan kena tunggu 2-3 hari sebab kedai takde cash sebanyak itu sekarang.

Saya pun cadang jual terus kepada PG. Harga PG lebih mahal RM 29,300. Dah untung RM 1100. Dan saya kata, staf akan bagi cash terus hari ini.

Dia pun terus setuju. Saya guide beliau sebab beliau di KL. Saya di Taiping. Alhamdulillah. Dia terus ke Menara PG di Jalan Tun Razak dan saya minta staf bantu uruskannya.

Alhamdulillah. Selesai. Tak sampai 1 jam pun berurusan, PG bayar terus kepada pelanggan saya ini sebanyak RM 29,300.

Alhamdulillah. Syukur.

Beli emas tak perlu delay-delay.
Jual emas pun duitnya tak perlu delay-delay.

Beli emas dapat emas.
Jual emas dapat tunai.

Begitu.

Kredit S M Salim Sharif
Beli emas dapat emas.
Jual emas dapat terus cash ya😊
𝐉𝐀𝐔𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐓𝐀𝐒𝐈!

Emas tiada dividen atau bonus, tetapi purata kenaikan harga emas jauh mengatasi instrumen pelaburan simpanan yang lain.

Ada banyak lagi kelebihan simpanan emas dalam bentuk bukan angka. Antaranya:

Emas menutup masalah boros/kebocoran wang.
Emas satu-satunya alat kewangan tiada dalam rekod.
Emas matawang antarabangsa laku di mana-mana.
Emas berdiri atas ketulenannya, bukan atas jaminan sesiapa termasuk kerajaan.
Emas magnet kekayaan kerana fitrah manusia menggemarkannya.

Jadi, simpanan untuk jangka masa panjang?

Pilih EMAS tuan puan. 📌

Berapa tempoh jangka masa panjang yang dimaksudkan?

Sekurangnya-kurangnya 2 TAHUN. 📌
(Jika kurang 2 tahun, tidak sesuai kecuali pelabur)

Sesuai simpan emas untuk apa?
Dana persaraan
Dana pendidikan anak-anak
Dana pergi haji/umrah
Dana deposit beli hartanah
Dana perkahwinan
Dana bayar balik hutang jahat
Dana renovate rumah
Dana modal niaga
Dana kecemasan bagi yang ada masalah kebocoran wang

Cukup itu saja dulu.

Nak tahu lebih lanjut ttg cara simpan emas: https://publicgold.me/noorshiah/akaun-gap