Nota Emas Noorshiah MA (PG012917)
159 subscribers
420 photos
20 videos
3 files
239 links
Tips dan perkongsian ilmu emas.
"Save gold today, it will save you tomorrow"
Download Telegram
Gais,

Saya dapati, kesemua pelabur emas yang berjaya mempunyai satu tabiat akar yang luar biasa iaitu:

Mereka ada tabiat suka menyimpan.

Mereka ini, jika tidak berjumpa dengan emas sekali pun, mereka tetap akan menyimpan di dalam instrument pelaburan yang lain seperti dalam bank, ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan lain-lain.

Mereka ini suka menyimpan, berdisiplin, mempunyai visi yang jauh dan sanggup menangguhkan keinginan sekarang supaya berjaya di masa hadapan.

Orang putih cakap "delay gratification"

Gais,

Kejayaan dalam pelaburan emas boleh dimaksimakan jika anda mempunyai tabiat suka menyimpan.

Ditambah pula jika anda ada perancangan besar di masa hadapan dan sanggup menangguhkan kehendak sekarang.

Orang macam ni tak tengok jangka pendek.

Contohnya kalau harga emas merudum, itu tak beri kesan kat mereka malahan mereka ambil peluang beli lagi. Sebab dari segi logik, kalau nak beli aset mestilah tunggu waktu harga rendah.

Betul tak?

Sekiranya anda ingin berjaya dalam pelaburan emas atau apa-apa pelaburan, pupuklah tabiat akar suka menyimpan.

Kemudian perkara-perkara lain akan jadi senang.

Sila #share jika bermanfaat.