Nota Emas Faridah👍
122 subscribers
541 photos
33 videos
6 files
279 links
Urus kewangan dengan selamat
Simpan emas bererti simpan nilai yang stabil
Download Telegram
TIPS SELAMAT DARI BAHAYA

Menukar KESEMUA duit simpanan kepada emas, tanpa ada dana kecemasan dengan harapan untuk mendapat keuntungan dalam masa terdekat adalah satu KESILAPAN besar.

Contohnya, beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam tempoh satu tahun. la adalah salah dan akan mengakibatkan kita tersangkut.

Emas yang dibeli pada bulan ini bukan untuk dijual pada bulan depan. Emas adalah pelaburan untuk JANGKAMASA PANJANG.

Emas juga ada spread dan turun naik nilainya. Anda perlu memikirkan faktor ini sebelum melabur emas.

Menggunakan wang belanja untuk membeli emas adalah satu kesilapan dan merugikan sekiranya menjual semula emas sebelum sempat merasai keuntungannya. Emas yang dibeli, perlu disimpan sekitar lebih tiga tahun.

Duit yang nak digunakan dalam masa terdekat (bagi tujuan perlindungan dan kecemasan), perlu ada di tangan atau bank.

Semoga ianya membantu anda dalam mengurus kewangan.

Sila Share untuk lebih ramai dapat manafaat.

#Bijakemas
#Tipsselamatwang
#wangemas