#TabungKeluarga
HARGA BARANG AKAN NAIK LAGI?
Kenaikkan harga barang ini bukan hanya akan berlaku di Malaysia, ia juga sedang berlaku diseluruh dunia. Kadar inflasi kita telah naik sehingga 4.4% dan dikira antara yang tertinggi.
Nilai ringgit yang susut sehingga RM4.24 bagi satu dolar juga menjadi punca kenaikkan harga ini. Kita masih banyak barang makanan import dari luar kawan kawan.
Kita belanja RM55.4 bilion untuk import makanan sahaja setiap tahun. banyak woi! Jika satu kos binaan hospital RM472 juta. bermakna kita boleh bina 117 buah hospital.
Kita kena buat apa sekarang?
1. Hidup Secara Berjimat.
Nasihat klasik ini tetap perlu diulang sepanjang zaman. Tambah pendapatan bagus macam manapun, kita tetap kena berjimat. Ini amalan semua jutawan dunia!
2. Belajar Seni Pelaburan.
Cari pelaburan yang kita faham, suka dan boleh kuasai. Jika suka dengan saham, jadilah mahir dengan saham. Jika suka dengan emas, faham nilai dan bila boleh beli emas. Jika suka hartanah, jadilah seorang pelabur yang baik.
3. Sediakan Diri Pada Pilihan.
Dalam situasi begini, sediakan pilihan buat diri seperti ada lebih dari satu pendapatan, ada perlinduangan jika ada kemalangan dan sebagainya. Sentiasa ada Exit Plan jika sesuatu berlaku pada kita.
4. Memiliki Rumah
Memiliki rumah dan hartanah sendiri antara pilihan yang baik waktu begini. Kadar nilai hartanah biasanya akan naik secara perlahan setiap tahun bagi hartanah yang baik dan betul.
5. Mula Belajar Simpan Emas
Jika ada lebihan, kita sudah mula boleh belajar menyimpan emas dari sekarang. Nilai matawang kita sedang menyusut nilai sekarang. Mulakan dengan simpanan kecil kecil.
Kita sedang mengharungi kesan kesan pandemik yang lepas secara global. Hadapi dengan baik dan tenang, selepas pandemik penyakit. Kita sedang hadapi pandemik ekonomi pula sekarang.
Kredit: Dr Azizul Azli Ahmad