Nota Emas FaridahπŸ‘
122 subscribers
542 photos
33 videos
6 files
279 links
Urus kewangan dengan selamat
Simpan emas bererti simpan nilai yang stabil
Download Telegram
Hari ini, saya ingat nak kongsi sikit 2 tips yang mentor saya pernah bagi untuk mengelak dari boros.

Mentor saya pesan , boros bahasa kasarnya membazir, dan syaitan suka orang membazir-bazir.

Tips-tips ini adalah untuk kita kurangkan risiko supaya tak terjabak dalam amalan membazir:

1. Simpan dahulu sebelum belanja

Kita kena β€œcuri” dulu duit kita sebelum β€œdicuri” oleh promosi-promosi mega sale di Lazada dan sebagainya.

Caranya bila dapat saja gaji, terus kita potong buat simpanan. Banyak cara yang kita boleh buat :

πŸ”‘ Kita boleh buat tabung hijau, merah. Nampak saja note 5 ringgit/ 10 ringgit dalam dompet , ambil dan simpan terus di tabung yang tak boleh kita keluarkan.

πŸ”‘ Kita boleh buat potongan debit terus ke akaun TH/ASB kita. Ini pun mudah jugak.

Contohnya gaji masuk 25 hb , terus kita set up β€œStanding Instruction, SI” ke akaun TH/ASB kita pada 26 hb. Sekarang dunia online mudah saja, cuma tak nak saja.

πŸ”‘ Bagi yang ada akaun emas pun boleh buat perkara yang sama , set up terus β€œSI” ke akaun emas kita.

Andai kita masukkan RM 100 , dalam akaun dah akan ada dalam 0.3+g. Cukup setahun , dah boleh kumpul 3.6g+.

2. Makan dahulu sampai kenyang sebelum membeli belah.

Awal-awal dengar tips ni , rasa macam kelakar pun ada. Tapi cara ini sebenarnya betul-betul berkesan.

Bila perut kita lapar , kita mudah untuk terpengaruh. Hendak beli itu , hendak makan ini , baju di sana itu belum ada lagi dan sebagainya.

Jadi kalau perut dah kenyang , hati kita senang , jiwa kita tenang.

3. Buat list barang keperluan sebelum pergi shopping supaya kita jelas apa yang kita nak beli. Baru lah boleh maintain bajet bulanan. Bezakan antara keperluan dan kehendak.

4. Hadkan masa untuk window shopping sebab ada pepatah mengatakan , β€œSikit-sikit window shopping , lama-lama terbeli jua”.

Huhu

Jadi , kalau tuan-puan rasa pesan mentor saya bermanfaat, sila lah kongsikan dengan orang lain jugak.

Saya pun baru nak mula amalkan tips yang dia kongsikan. Pesan dia ilmu tanpa amal , adalah perkara yang sia-sia.

Credit : Haikal Hisham
Kenapa berat Dinar 4.25gm?

Berketulenan 999.9 dan standard berat 1 dinar= 4.25gram.
Ada yang bertanya "Kenapa di buat dengan berat yang begitu rupa, kenapa tak dibulatkan menjadi 5 gram?".
Ini la keistimewaan kewangan islam dan DINAR adalah matawang sunnah yang digunakan semasa zaman Rasullullah dan sahabat-sahabatnya.

Berat 1 dinar = 4.25gram adalah untuk memudahkan pengiraan zakat. Sangat mudah untuk kira bila kita simpan 20dinar dan cukup setahun bermakna kita kena keluarkan zakat '1/2 dinar. Jadi tak perlu dah nak kira dalam bentuk gram. Cukup 20 DINAR = 85gram keluarkan 1/2 dinar.

Begitu juga dengan DIRHAM atau syiling perak.
1DIRHAM dibuat dengan timbangan beratnya 2.975 gram untuk memudahkan pembayaran zakat untuk perak. Jadi kalau kita dah simpan sebanyak 200 DIRHAM = 595 gram selama setahun, kita kena keluarkan zakat sebanyak 5 DIRHAM. Jadi memudahkan dalam pengiraan zakat.

Harap dapat sedikit manfaat.

Utk info lanjut layari
https://t.me/InfoEmasFI
Menurut Robert Kiyosaki, emas satuΒ²nya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan dunia.

Ya, tak ada dalam rekod bank, rekod pejabat tanah atau pun rekod percukaian. Sebab tu, orang bankrap pun boleh simpan emas. Tak siapa pun boleh ambil dan bekukan simpanan emas tu.

Berbeza dengan asetΒ² lain yang akan dibekukan bila kita diisytiharkan bankrap. Ini istimewa nya bila kita simpan emas.

Bukan saja dapat 'tali hayat' terakhir kalau ada keruntuhan sistem kewangan dunia. Tapi dapat jadi 'tali hayat' terakhir kalau berlaku keruntuhan kewangan peribadi ☺️

Belajar sesuatu? 😎
Kita ada pilihan

πŸ“Memilih untuk mengelak daripada menyelesaikan masalah kewangan

πŸ“Memilih untuk merasa bijak dalam masalah kewangan tapi tidak menyelesaikan masalah kewangan dengan bijak.

πŸ“Memilih untuk selesaikan semua masalah kewangan dengan cepat dan bijak.

Pilihan pertama pasti menjadikan kita miskin.
Peilihan ketiga akan menjadikan sebaliknya.

Ramai Pakar kewangan bersependapat tindakan SIMPAN DAHULU BARU BELANJA adalah tindakan bijak dalam kewangan.
Forwarded from PintarEMAS I Hj Shams
Lumrah manusia memang susah nak dipisahkan dengan emas.
Bahkan dalam Al Quran, terdapat lebih dari 1 ayat Al Quran mengenai emas.
Alhamdulillah. 🀲

Emas Disebut Dalam Al Quran

πŸ“– Surah ali Imran [3:14]
Fitrah manusia sukakan emas.

πŸ“– Surah al-Imran ayat [3:91]
Emas tukaran paling bernilai.

πŸ“– Surah Faatir [35:33]
Emas adalah ganjaran bagi ahli syurga.

πŸ“– Surah At-Taubah [9:34]
Fitrah manusia lokek untuk belanjakan emas
yang disimpan.

πŸ“– Surah al-Kahfi (18:31]
Emas adalah ganjaran bagi ahli syurga.

πŸ“– Surah az-Zukhruf [43:53]
Emas lambang kekayaan dan kebesaran.

πŸ“– Surah az-Zukhruf [43:71]
Emas aset bernilai tinggi dan kemewahan di syurga.

πŸ“– Surah al-Hajj ayat [22:23]
Emas adalah ganjaran bagi ahli syurga.

Semoga bermanfaat πŸ₯°
TIPS SIMPAN EMAS BERMODAL KECIL.

Kebanyakkan orang tahu kelebihan menyimpan emas. Tapi majoritinya fikir kalau nak simpan emas mesti kena modal yang besar.

Dari sini, apa yang saya perhatikan mereka tidak tahu sebenarnya emas boleh dibeli dan dikumpul dengan modal yang kecil.

Buat masa ini saya rasa tidak ada cara yang paling baik untuk membeli emas bagi yang bermodal kecil kecuali melalui Gold Accumulation Program atau panggilan nama lain iaitu akaun emas GAP yang diwujudkan oleh Public Gold.

Dengan akaun GAP, pembeli membeli gram emas dan disimpan dalam akaun. Kemudian pembeli ada pilihan, daripada akaun tersebut pembeli boleh mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk gold bar atau dinar ataupun biarkan emas disimpan dalam akaun secara percuma.

Pembeli boleh menyemak baki emas semasa secara online sama seperti menyemak baki duit dalam akaun bank secara online.

Selain daripada itu, pembeli juga boleh terus menjual gram emas yang dimiliki tanpa perlu mengeluarkan emas fizikalnya secara online saja. Tidak perlu hadir ke cawangan.

Akaun emas GAP ternyata medium yang sangat baik bagi mereka yang bermodal kecil atau takut simpan emas sendiri di rumah.

Bukan itu saja, akaun GAP juga sangat sesuai untuk warga Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara. Apabila mereka pulang ke tanahair, mereka telah pun memiliki emas yang dibeli sedikit demi sedikit melalui akaun GAP.

Dan untuk pengetahuan, akaun GAP ni ada juga syarat-syaratnya. Cuma akaun emas GAP ini tidak serumit akaun bank yang pernah kita tahu.

Apa syaratnya?

SYARAT UTAMA AKAUN GAP:

1) Emas yang boleh dikeluarkan dalam bentuk fizikal minimum berat bermula dari 1gram dan keatas;

2) akaun tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa untuk keluarkan emas. hanya penama saja kecuali akaun dibawah umur 18 tahun (junior akaun);

3) belian emas minima RM100 atau ikut harga pergram semasa;

4) Semasa keluarkan emas ada caj premium dari serendah RM10 (ikut item yang dikeluarkan);

5) pegangan baki minimum akaun GAP 1gram. jika keluarkan habis, akaun dikira tutup, kemudian nak buka semua perlu bayar RM50 (fees).

Ini adalah syarat-syarat utama bagi akaun emas GAP Public Gold. Saya yakin ia sangat bermanfaat bagi sesiapa yang nak mulakan simpanan emas dengan modal kecil.

Mulalah menyimpan emas dari sekarang walaupun hanya serendah 1 gram sebulan. Tidak mustahil satu hari nanti ia akan menjadi ketulan emas yang lebih besar.

Begitulah.

Jika anda beehajat utk mulakan simpanan boleh hubungi
0193394190
Dealer sah PublicGold
PG00283523
Forwarded from Shamsul Ismail
PGBO = Peluang Besar di Tangan Anda.

Ramai orang ingatkan dealer Public Gold hanya menguruskan hal jual beli emas sahaja, sebenarnya kami dealer Public Gold adalah PGBO iaitu PG Business Owner untuk semua platform didalam PG Group. Untuk pengetahuan anda PG Group terdiri daripada entiti-entiti berikut:

1) Public Gold: Membeli dan menjual logam berharga emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan.

2) PG Mall: Pusat membeli belah online yang menawarkan kepada anda ribuan barangan pada harga yang murah serta pelbagai tawaran menarik setiap hari.

3) PG Jewel: Menjual barang kemas 916 secara online pada harga yang murah dan menawarkan ribuan rekaan terkini.

4) Aurora Italia: Menjual barang kemas premium yang difokuskan kepada rekabentuk yang unik, anggun dan semasa.

5) Public Safe: Menawarkan khidmat peti simpanan selamat untuk anda menyimpan barangan dan dokumen-dokumen berharga.

Sebagai seorang PG Bussines Owner, anda secara automatik adalah pemilik ke semua entiti di atas. Di sinilah peluang untuk anda membangunkan bisnes anda secara sambilan atau serius. Peluang di tangan anda.
Channel name was changed to Β«GuruEmasFaridah n shop with PGMallΒ»
Alhamdulillah PGMall kini berada di era yang sangat membanggakan.. bermacam barangan ada di sini...

Insentif dan cashback serta tawaran2 istimewa sentiasa ada..

Tawaran2 menarik akan saya kongsikan di sini. Stay tune dan ajak rakan2 anda utk melihat katelog2 yg ada di PGMall dgn mudah dan cepat dgn hanya mengunjungi channel ini.. dua dalam 1... 😊