Nota Emas Faridah👍
122 subscribers
542 photos
33 videos
6 files
279 links
Urus kewangan dengan selamat
Simpan emas bererti simpan nilai yang stabil
Download Telegram
PELABURAN VS BISNES

Tak ada magic dengan pelaburan emas.

Pelaburan emas bukan terus boleh jadi kaya dan selesai semua masalah kewangan. Emas cuma salah satu daripada banyak lagi "tools" kewangan.

Jangan over expect tentang emas.

Kita kena realistik.

Bagi saya, magic pada emas ni (berbanding pelaburan lain) cuma kekayaan kita lebih BERTAHAN daripada;

(1) kebocoran wang sebab masalah disiplinkan diri menyimpan wang dan mengekang nafsu berbelanja,

(2) susut kekayaan akibat dimakan inflasi,

(3) hilang kekayaan akibat bencana kewangan seperti kejatuhan nilai matawang, keruntuhan sistem kewangan, ataupun akaun bank kena freeze!

Selalu juga orang tanya saya cara nak tambah pendapatan dengan pelaburan emas.

Bagi saya, kalau nak tingkatkan pendapatan, jalan yang lebih baik ialah BISNES, bukan PELABURAN. Apa-apa bisnes pun ok, tak semestinya bisnes emas saja.

Untung pelaburan taklah sebesar mana berbanding bisnes. Untung pelaburan 20% setahun tu dah dikira luar biasa, tapi untung bisnes 200% setahun tu biasa je.

Walaupun hanya bisnes kecil-kecilan.

Itu realiti...

Nak untuk bisnes.. Jom bisnes emas.
Nak untung pelaburan.. Jom simpan emas.


#BukuMisiBebasHutang