#TabungBersara
DUIT TUA, BARU GATAL NAK BERTANI DURIAN!
1. Duit Tua Untuk Makan, Bukan Tanam Durian.
Duit pencen bukan modal berniaga. Itu duit untuk survive, bukan venture.
2. Lapar Durian Beli Buah, Bukan Beli Kebun
Kita makan 2-3 biji je setahun, tak payah beli sampai pokok 300 batang pokok. Kita nak tunjuk dan buktikan pada siapa.
3. Minat Lain, Ilmu Tak Ada.
Nak urus kebun perlu ilmu, jaringan, pekerja, pest control, dan pemasaran.
Kalau semua ni belum ada, itu bukan pelaburan, itu perangkap emosi. Orang beli, kita pun sebok nak ada dusun sendiri.
4. Lokasi 500km, Takkan Drive Ulang-Alik?
Jarak jauh = risiko tinggi.
Jaga dari jauh ibarat bela kucing jiran boleh hilang bila-bila. Baja tak akan sampai punya.
5. RM300K Habis Sekali Bayar, Untung Belum Pasti.
Pokok berbuah bukan duit masuk.
Ada musim harga jatuh, buah tak lekat, monyet curi pun ada.
6. Risiko Tinggi, Pulangan Tak Menentu Lagi.
Durian bukan ASB, tiada dividen. Bukan juga simpanan tetap. Nak tunggu hasil? Kena tunggu musim, kena tunggu nasib.
7. Usia Dah 55, Bukan Masa Bermain Risiko.
Waktu ini sepatutnya turunkan risiko, bukan naikkan risiko. Dah tua bukan masa eksperimen. Masa nikmati manisnya durian, bukan baru nak berdusun.
8. RM200K Baki – Cukup Ke Sampai Umur 80?
Kalau belanja RM2K sebulan = tahan 8 tahun je.
Lepas tu nak hidup guna apa? Urus kebun makan banyak belanja, dari gaji sampailah ke baja dan racun serangga.
Kawan kawan,
Nak kebun, tunggu ada lebihan duit.
Nak makan durian, beli di tepi jalan.
Jangan kerana nak ada "aset", kita gadaikan masa depan. Tak semua cerita indah kebun durian sesuai buat kita.
Dengar boleh, belum tentu serasi dengan kita.
Bersara bukan masa jadi peladang, tapi masa cari tenang.
Jadi peladang sekadar nak sihat, bukan habiskan dana persaraan.
Azizul Azli Ahmad