Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Teruskan Konsisten Simpan 1 gram 1 bulan

Simpan sikit-sikit tapi secara berterusan lebih baik berbanding simpan secara banyak lepas tu terus STOP.

Perkara paling penting dalam menyimpan iaitu memupuk tabiat dan disiplin, bukan sekadar jumlah simpanan.

Tabiat yang betul akan memberikan impak yang lebih besar dalam jangka masa panjang.

Biarlah seminima simpanan iaitu 1 gram 1 bulan, nanti tau-tau je hujung tahun, kita dah mempunyai 12 gram emas. Fuh!!

Latih diri setiap kali dapat gaji pastikan simpan dulu 1 gram, baru fikir untuk berbelanja.

Awal permulaan ni mungkin akan terasa agak sukar, tapi bila dilakukan secara konsisten ia akan jadi kebiasaan. Tak senang duduk pula kalau kita tak menyimpan..

Simpan dan lupakan...
Ini laa point terbaik dalam simpanan πŸ’ͺ

"Jika Ada Emas, Dijamin Ada Wang"

Ambil peluang hari ni untuk bermula simpan emas...
KELEBIHAN SIMPAN 1 GRAM 1 BULAN

Nampak kecil, tapi impaknya sangat besar.

Ini yg boleh saya katakan tentang tabiat menyimpan emas #1gram1bulan sebagai simpanan dilupakan.

Apa yg saya perhati, walaupun Gold Investor mahir tentang analisis pasaran emas dan boleh buat untung dengan naik turun harga emas.

Tetapi akhirnya penyimpan emas tegar (Gold Saver) juga yang menang sebab:

(1) mereka memiliki emas yg banyak,

(2) duit simpanan yang ditukar jadi emas tak bocor,

(3) harga purata emas dalam simpanan rendah,

(4) mereka untung dengan kenaikan harga emas dalam jangka panjang

Ia ibarat kisah perlumbaan arnab dengan kura-kura. Walaupun kura-kura itu perlahan, tetapi akhirnya kura-kura juga yang memang sebab ia KONSISTEN!
Barang Kemas vs Gold Bar

Saya pasti ramai yang minat dengan emas. Ada yang beli barang kemas sebagai perhiasan, ada yang beli emas sebagai simpanan, ada yang beli emas sebagai instrumen kalis inflasi, ada juga yang menjadikan emas sebagai instrumen pelaburan.

Jom kita lihat perbezaan di antara barang kemas vs gold bar ini.

1. Kesesuaian
Bagi golongan perempuan, barang kemas memang menjadi kegemaran untuk dibawa berjalan-jalan atau ke majlis keramaian. Sama ada gelang emas, rantai emas, cincin emas, semuanya boleh digayakan.

Berbanding dengan gold bar, ianya tersimpan rapi di dalam bilik kebal. Kebanyakannya boleh dibeli secara online dan ianya tersimpan dalam peti besi yang boleh dilihat melalui akaun simpanan emas.

2. Keselamatan
Bila dah bawa ke mana-mana, pastinya kita menjadi sasaran orang yang mempunyai niat jahat. Kita terdedah kepada risiko untuk diragut, oleh itu ambillah langkah berhati-hati.

Sebaliknya bagi gold bar, memang selamat sangat bila disimpan dalam peti besi yang dikunci rapi. Maka kuranglah risikonya untuk dirompak atau dicuri.

3. Bisnes
Nama pun barang kemas, memang ramai sangat peminatnya. Bila musim perayaan atau bila dapat bonus, atau bila diumumkan bantuan seperti i-Lestari dan i-Sinar sempena pandemik yang melanda; memang berpusu-pusu orang ramai ke kedai emas untuk mendapatkannya.

Manakala gold bar ini pula lebih dianggap sebagai aset komoditi yang mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada yang suka diversify portfolio pelaburan dengan melabur sedikit ke dalam emas.

4. Ketulenan
Untuk menempa dan membentuk emas adalah sukar, sebab itulah ketulenannya emas 916 dan ke bawah sebab senang nak melenturnya.

Sedangkan gold bar biasanya emas yang sangat tulen, iaitu setinggi emas 999 yang memang pure.

5. Harga
Bila ada kos upah bagi membentukkannya menjadi rantai, gelang atau cincin – maka ada kos tambahan yang terlibat.

Berbanding dengan gold bar yang biasanya datang dalam bentuk jongkong emas yang biasa kita lihat, maka tiadalah kos upah.

6. Susut Nilai (Spread)
Bagi barang kemas, susut nilai atau spread ini adalah tinggi. Ada yang mencecah 40% pun ada. Ini bermakna bila kita beli dan ingin jual semula barang kemas, harganya dah jatuh banyak.

Namun bagi gold bar, susut nilai adalah lebih kecil. Masih ada, tapi nilainya adalah di antara 4% ke 10%. Ini bermakna bagi para pelabur emas, kenaikan yang sedikit boleh mendatangkan keuntungan dengan cepat.

7. Jual Balik (Buyback)
Spread yang tinggi menyebabkan harganya rendah, tapi kalau nak jual balik atau trade-in; sekiranya barang kemas kita dalam keadaan yang tak berapa elok seperti mempunyai calar, bengkok atau patah – semakin berkuranglah nilainya.

Sebaliknya untuk gold bar ini, jual balik atau buyback masih tinggi nilainya. Walaupun ianya calar, bengkok atau patah.


Seeloknya kita simpan Gold Bar dan Dinar sebagai simpanan dan pelaburan. Dan Reward pada isteri emas perhiasan sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan pengorbanan
SOALAN POPULAR: ZAKAT EMAS

Memandangkan sekarang dah jadi trend lelaki dan perempuan menyimpan emas sebagai aset, nak tanya sikit.

Korang tau tak yang zakat emas ni berbeza di setiap negeri?

Semua emas dipakai, tak pakai, jongkong, syiling dikenakan zakat (jika cukup syarat).

1️⃣ Jika emas yang DIPAKAI melebihi berat dibawah, dikira cukup nisab.

Selangor,KL = 800 gram
Johor,Ganu = 850 gram
Perak,Pahang = 500 gram
N9 = 200 gram
Melaka = 180 gram
Kedah = 170 gram
Penang = 165 gram
Sabah = 152 gram
Sarawak = 90 gram
Perlis = 85 gram
Kelantan = Tiada Uruf

2️⃣ MANAKALA,

Nisab emas yang tak pernah dipakai dalam masa setahun (contoh : emas rosak, jongkong emas, emas waris tok nenek), jika beratnya lebih dari 85 gram dah kena zakat 2.5%.

Sebab tu emas perhiasan ni at least kena pakai setahun sekali masa (contoh : hari raya, besday dll)

3️⃣ CARA KIRA ZAKAT EMAS (Basic)

πŸ‘‰ [SENARIO 1]

Contoh kiraan emas saya sendiri
Emas yang dipakai = 0
Emas yang tidak dipakai = 42.5 gram

Total < 85 gram
So saya tak perlu bayar zakat lagi.
InsyaAllah target saya nak jadi pembayar zakat emas pada tahun 2023. Doakan 🀩

πŸ‘‰ [SENARIO 2]

Emas tak dipakai = 90 gram
Emas dipakai = 50 gram

Kiraan Zakat Emas:
*Emas tak dipakai : DIKENAKAN ZAKAT sebab >85 gram.
*Emas dipakai : TIDAK DIKENAKAN ZAKAT sebab <800 gram.

90 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM551.25

πŸ‘‰ [SENARIO 3]

Emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat Emas:
*Dikenakan zakat sebab > Uruf 800 gram
*Berat lepas tolak Uruf = 100 gram (900-800)

100 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM612.50

πŸ‘‰ [SENARIO 4]

Emas tak dipakai = 50 gram
Emas dipakai = 900 gram

Kiraan Zakat Emas
*Perlu campur kedua-dua jenis emas.

50 gram + 100 gram (900-800) = 150 gram
150 gram x RM245 (harga emas semasa) x 2.5%
= RM918.75

4️⃣ Kalau ada yang nak tahu macam mana saya simpan emas dalam akaun, boleh whatsapp saya. InsyaAllah saya bantu.

Saya simpan emas saya dalam akaun simpanan emas Gap Public Gold. Public Gold adalah antara syarikat jual beli emas yang terbesar dan patuh syariah.

5️⃣ Takeaway Points

βœ… Emas perhiasan, jongkong, pajak semua kena zakat (syarat).

βœ… Kalau cuma ada emas je. Kira guna kiraan basic.

βœ… Kalau ada harta lain (simpanan,saham), ia perlu dimasukkan dlm kiraan harta keseluruhan. Bukan kira asing-asing. Itu adalah kekayaan semasa kita.

βœ… Ingat. Amaran tidak bayar zakat emas dalam Al-Quran sangat keras dan jelas. Emas tu akan dipanaskan (cair) dan diselar ke tubuh badan yang tak bayar zakat (maksud Surah Taubah : 34-35)

βœ… Masa nak buat investment emas, jangan lupa kira zakat setiap tahun.
π—žπ—˜π—‘π—”π—£π—” π—˜π— π—”π—¦?

Ianya adalah kekayaan bersifat mudah cair sekitar 1 hingga 3 hari.

Emas bersifat melindungi kekayaan. Jika kita memiliki 200 gram emas bernilai RM52,000, nilai emas itu kekal dengan "kuasa beli" yang sama selamanya.

Contoh yang paling klasik - 1 dinar kekal mampu beli seekor kambing sejak lebih 1,400 tahun lepas hingga hari ini. Dengan emas, kekayaan kita kekal ada.

Wang akan berakhir untuk dibelanjakan. Sebab sifat penciptaan wang memang begitu.

Akan tetapi... Emas membentuk sikap. Bagi anda yang mahu bermula, menabung emas di akaun emas GAP bukanlah sukar macam roket sains.

Anda cuma perlu ambil tindakan pertama. Kemudian konsisten. Ilmu? Akan diberikan. Setakat 200g tu celah gigi je nak capai.

Selepas beberapa bulan konsisten, emas akan SECARA AUTOMATIK membentuk sikap berdisiplin dalam berbelanja. Emas akan mengekang rasa bocor wang.

Semakin simpan emas, semakin hilang keinginan untuk berbelanja. Ianya menjadikan penyimpan semakin tamak. Ini motivasi yang baik untuk penyimpan gigih meningkatkan pendapatan agar pemilikan emas meningkat.

Kredit: Dr. Muhammad Khairi Ghazali
Ini adalah perbandingan Harga emas Tahun 2015 & Tahun 2021

Saya pasti ramai yang akan cakap harga emas Tahun 2015 adalah Murah.

Sebenarnya #Tidak. Harga emas #TidakPernah murah.

Harga emas RM30 segram kita cakap mahal.
Harga emas RM50 segram kita cakap mahal.
Harga emas RM70 segram kita cakap mahal.
Harga emas RM100 segram kita cakap mahal.

Jadi logiknya, harga emas RM145 segram ketika tahun 2015 juga pasti kita cakap mahal.

Kini harga emas Tahun 2021 sekitar RM257 segram . Lagi lah mahal. Kan?
.

Jom kita buat kiraan ringkas supaya lebih jelas.

Tahun 2015
= 1kilo emas bernilai RM145,000

Tahun 2021
= 1kilo emas bernilai RM275,000

Perbezaan sekitar RM130,000.

Nilai RM130,000 hari ini boleh beli 472gram emas iaitu menghampiri Β½Kilo emas. Banyak kan?

Nampak?
jelas?
.

Tahniah bagi yang dah tambah GRAM emas. Bagi yang belum tambah ataupun belum pun bermula, jangan khuatir kerana kita beli dan simpan emas bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk tempoh jangkamasa yang panjang.

Soal harga?

Normal jika harga emas naik. Kita tidak mampu #tahan harga emas daripada terus naik.

Apa yang kita boleh lakukan ialah betulkan pemikiran kita dan Fokus kepada GRAM.
.

Tanya diri, berapa GRAM yang kita ingin capai?

50gram?
100gram?
1kilo?

YA Kita boleh capai semuanya asalkan kita terus menyimpan emas. Jangan berhenti hanya kerana harga emas naik.

Kenang semula saat kita baru bermula. Ketika itu kita bersungguh-sungguh untuk capai target. Jadikan saat lalu sebagai semangat buat kita untuk terus capai Target GRAM.

Jika perlu berjalan, berjalan lah.
Jika perlu berkayuh, berkayuh lah.
Jika perlu berlari, berlari lah.
Jika perlu berehat sebentar, berehatlah.
Sambung perjalanan dengan semangat baru !!

Kredit kepada Tuan Fairuz Aziz
SAYA TAK FAHAM LA BERKENAAN DENGAN AKAUN EMAS? Bole tolong terangkan tak?

Jawapan:

Gold Accumulation Program (GAP).

Penerangan ringkas berkaitan akaun simpanan emas dari Public Gold yg telah banyak membantu rakyat Malaysia menyimpan emas dengan bajet yg rendah.

Diantara kelebihan dan kemudahan akaun GAP adalah seperti dibawah:

βœ”οΈAnda boleh menyimpan gram emas serendah RM100 atau 1 gram.

βœ”οΈGram emas di dalam akaun GAP disokong oleh emas fizikal berketulenan 999.9 (24K)

βœ”οΈAnda boleh beli atau jual gram emas di dalam akaun GAP 24 jam sehari secara online.

βœ”οΈAnak anda seawal 1 bulan sudah layak menyimpan gram emas melalui akaun GAP.

βœ”οΈTiada yuran pendaftaran atau upah simpan untuk simpanan gram dalam akaun GAP.

βœ”οΈAnda boleh keluarkan emas fizikal dari akaun GAP di 17 cawangan Public Gold seluruh negara.

βœ”οΈTransaksi penyimpanan emas melalui akaun GAP mendapat sijil patuh syariah dari Amanie Group.

Proses pendaftaran akaun GAP sangat mudah, segala transaksi jual beli emas melalui akaun GAP boleh dipantau setiap masa secara online. Anda boleh print statement untuk dijadikan rujukan di masa depan.

Proses mengeluarkan emas fizikal yg mudah dan cepat di cawangan Public Gold berdekatan anda, cuma perlu hubungi staf cawangan terlebih dahulu seterusnya bawa kad pengenalan dan duit Premium sahaja.

Minimum pengeluaran serendah 1 gram sehingga 1000 gram, setiap pengeluaran anda perlu tinggalkan baki 1 gram di dalam akaun GAP.

Hari ini begitu mudah untuk kita menyimpan emas, gunakan kemudahan ini sebaiknya untuk anda memperbaiki kewangan kearah yg lebih baik di masa depan.

Now everyone can buy gold! 😊
Tukar duit bentuk emas!!

Kadang-kadang otak kita susah nak faham sebab kita dah biasa nampak duit dalam angka, kemudian simpan pun bentuk angka jugak

Bila suruh simpan emas, automatic kita rasa kena β€œbeli’ emas

Selagi mana kita rasa emas ni kena β€œbeli” selagi itulah kita akan stuck dengan harga selama-lamanya.

Maka tak hairanlah ramai yang tunggu harga rendah baru nak mula.

Jika kita tukar cara lihat emas ni ialah duit yang dah ubah bentuk
Wang kertas -> kepada emas
Ini lebih mudah

Duit kita sebenarnya tidak habis, ianya cuma ubah kepada bentuk yang lebih baik

Simpan emas secara automatic kita sebenarnya sedang simpan duit.