Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
KENAPA TAK SELALU UPDATE HARGA EMAS?

Penyimpan emas baru tanya, ada tak group yang selalu update harga emas supaya mudah kita tahu bila harga emas turun, bila waktu sesuai untuk beli?

Jawapan saya:

Memang tak ada. Sebab kami bukan trader. Kami penyimpan emas (saver) untuk jangka panjang, sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas.

Bila ada duit untuk simpanan jangka panjang, itulah waktunya terbaik ditukarkan kepada emas (fizikal). Tak tengok sangat pasal harga.

Kalau update pun tak guna... Sebab tak siapa tahu harga emas minggu depan atau bulan depan (jangka pendek). Kalau harga naik, tak kaya... Harga turun pun tak miskin...

Asalkan emas ada di tangan, penyimpan emas tegar tak peduli pun pasal harga.

Bila beli emas (yang betul), tak perlu kisah sangat pasal harga. Harga hari ni confirm lebih murah berbanding beberapa tahun akan datang...

Harga Roti Gardenia pun confirm naik saban tahun. Inikan pula emas - barang mahal.

Baca selanjutnya DI SINI

#TipKayaDenganEmas

Sumber
INFO :

Untuk pertukaran barangan ribawi seperti emas dan perak, terdapat dua jenis qabd (penyerahan), iaitu secara fizikal (hakiki) atau secara konstruktif (hukmi).

Secara fizikal (hakiki) πŸ‘‰πŸ» Kita dapat pemilikan dalam tangan kita sendiri setelah kita bayar harga dalam majlis yang sama.

Serahan secara konstruktif (hukmi) pula ialah kita dapat pemilikan setelah kita bayar dalam majlis yang sama, tetapi emas disimpan oleh orang yang menjual kepada kita ATAU oleh orang / syarikat yang diamanahkan dan disahkan oleh penasihat syariah / auditor bertauliah.
Apa itu Gold Premium?

#GoldPremium = intrinsik + brand company + operasi unik + compliance syariah + additional features + limited edition + royalti brand (cth Disney,Marvel Etc).

Value added pada emas sedia ada.
Senang kata Gold Premium ni macam upah tukang.

Ia adalah kos yang ditambah keatas harga emas mentah untuk cover kos-kos membeli dan menghasilkan produk akhir (end product) seperti banking fee, fabrication/minting, gold losses, % profit, transportation and insurance fee etc.
π™ΆπšŠπšπšŠπš’πšŠπš— π™°πš›πš›πšŠπš‘πš—πšž π™Ύπš—πš•πš’πš—πšŽ 𝙢𝙰𝙿:

1. Nilai marhun pajak gadai emas GAP ikut harga GAP semasa

2. Jumlah pinjaman 70% dari nilai marhun GAP

3. Upah simpan ialah 1% dari nilai marhun GAP

4. Tempoh kontrak pinjaman ialah selama 6 bulan - maximum

5. Duit direct masuk dalam akaun bank kita dalam lebih kurang 3 hari bekerja

6. Cara tebus balik pajak gadai ialah inform staff branch masing-masing. Staff akan bagi nombor bank account untuk transfer duit pembayaran.
Ar-rahnu yang menerima gadaian emas Public Gold tanpa perlu buka sarung plastik seal buat masa ini adalah :

βœ… Pos Ar-Rahnu (anak syarikat Pos Malaysia)
βœ… Ar-Rahnu TEKUN Nasional
βœ…Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas (KDE)
βœ…Ar-Rahn Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
βœ…Ar-Rahnu Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Beliau adalah Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Public Gold, Suruhanjaya Sekuriti.