Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Pelaburan ASB, Tabung Haji, Emas

Mana better?

👉🏻 Bergantung kepada objektif kita. Sebab 3-3 bagus.

Cuma ni bezanya :

ASB dan Tabung Haji
💵 Bersandarkan RM
📈 Short term investment
🔊 Purata kenaikan :
- ASB 5.5% (selepas tolak zakat 2.5%)
- Tabung Haji 5%

Emas
🍯 Bersandarkan pada harga emas dunia semasa
📈 Long term investment
🔊 Purata kenaikkan :
- Emas sekitar 8-10% setahun (selepas tolak kos spread dan zakat)

Kata pakar kewangan Azizi Ali, kadar 10% itu dianggap satu pulangan yang bagus untuk pelaburan

Setiap pelaburan ni ada kelebihan dan kekuatannya masing-masing. Jadi cadangan odah, leverage kan simpanan dan pelaburan kita ke Emas, ASB dan Tabung Haji.
🌟 TIP EMAS: "Di manakah saya boleh menjual emas?"

Jawapan pertama ialah anda boleh menjualnya di mana-mana di dunia ini.

Jawapan yang lebih baik ialah tempat yang sama di mana anda membelinya. Ini adalah kerana anda tak perlu lalui karenah yang banyak dan leceh. Lebih penting, mendapat harga jualan tertinggi di sana.

Ini menjelaskan kenapa anda patut membeli
(1) emas dalam bentuk yang paling diterima ramai kerana ia mempunyai pasaran yang paling luas
(2) daripada syarikat-syarikat yang besar kerana peluang untuk mereka tutup kedai adalah rendah.

Syarikat yang lain mungkin akan membeli emas yang anda beli dari tempat lain tetapi mereka biasanya akan mengenakan caj yang tinggi. Ini mungkin setinggi 25 peratus atau lebih daripada harganya.

👍 Ingin menyimpan emas bersama saya? Klik link ini
http://wasap.my/60196736675/simpanemas
NILAI SEBENAR DUIT KERTAS & EMAS 🧐

Guru-guru yang pakar tentang sistem wang kertas (wang fiat) mengatakan, semua duit kertas pasti akan kembali kepada nilai intrinsiknya yang sebenar iaitu KOSONG. Ia pasti, cuma masanya sahaja yang menentukannya.

Berbeza dengan emas.

Emas nilainya melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan jatuh KOSONG sama sekali. Ada nilai intriksik, nilai atasnya

Sebab emas tidak boleh dicipta (untuk tambah pengeluarannya), dan sekali-kali tidak dapat dimusnahkan! Bernilai sepanjang zaman. Kalis inflasi. International currency
Ada yang tanya saya, perlu ke simpan emas ni, berbanding simpan duit? 💰

Jawapan:

Simpanlah apa pun yang anda nak simpan, janji sekurang-kurangnya 10% dari gaji, kalau rasa simpan duit, tak mudah bocor teruskan. Tapi kalau rasa setiap bulan menyimpan dalam bank tapi tengok akhirnya duit tak penah ada, anda WAJIB la tukar cara simpanan.

Kalau dah tahu simpan duit mudah sangat kita keluarkannya, tukar lah simpanan dalam bentuk simpanan emas yang dinamakan GAP. Mulakan sekarang dan istiqamah setiap bulan 1 gram buat dalam masa 6 bulan, lepas tu anda tengok hasilnya. Kalau hasilnya menakjubkan teruskan simpanan janji simpanan tu untuk jangka masa panjang, dan tetapkan matlamat menyimpan.

Dan satu lagi, nak bagitau yang emas ni mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa panjang, tak macam duit. Duit hari ni yang bernilai 10k tak boleh beli benda yang sama dengan nilai yang sama 10 tahun akan datang. Tapi emas kuasa belinya tetap sama bertahan zaman berzaman.

Begitulah ☺️

Klik link untuk bimbingan percuma

http://wasap.my/60196736675/simpanemas
"Perlu modal besar ke nak mula simpan emas di Public Gold ni?"

"Eh tak lah, korang boleh mula dengan serendah RM100 je.

Contoh kalau hari ni mula, RM100 tu korang boleh dapat 0.2604 gram emas."

Mula dulu dari yang kecil kemudian adjust sikit-sikit. Ikut 2 langkah mudah ini.

1⃣ Pada enam bulan yang pertama, saya sarankan korang mula dengan RM100.

Kat sini nak latih diri tentang konsistensi je dulu.

2⃣ Bulan ke-7 dan seterusnya istiqamah simpan 1 gram setiap bulan pula.

Nanti bila dah dapat susun kewangan lebih teratur, ada penjimatan sana sini korang dah boleh simpan 2-3 gram tiap bulan.

Haa gitu. Jom mulakan simpanan emas hari ini. Haa gitu.

http://wasap.my/60196736675/simpanemas
NAIK TURUN HARGA ADALAH BIASA 💰

1. Seorang klien saya nak melabur dalam emas tapi takut nilai emas jatuh selepas dia melabur. Jadi dia tunggu, dan tunggu dan tunggu!

2. Saya berkata: emas itu adalah satu pelaburan. Dan sepertimana pelaburan lain – saham, hartanah dan Altcoin – nilainya akan naik turun. Sebenarnya, naik turun nilai itu adalah normal behaviour bukan saja dalam emas tetapi basically dalam semua pelaburan. In fact, the value is supposed to rise and fall based on the supply and demand.

3. Oleh kerana itu, kita tak perlu takut atau bimbang bila nilai sesuatu pelaburan itu jatuh selepas kita melabur.

4. Jika nilainya jatuh, ia tidak bermakna kita membuat kesilapan melabur. Seperti yang saya tulis di atas, nilainya memang akan naik turun anyway. Malah, kita beli atau tak beli pelaburan tersebut, nilainya tetap akan naik turun juga.

5. Jadi why worry about it? Why even bother?

6. Saya, selepas melabur, tak tengok pun harga pelaburan tersebut! I have done the study and the homework. Dalam kata lain, I have done my best so now, I let Allah handle the rest.

Kredit Post : Tuan Azizi Ali Mentor Wang
🍯 MACAM MANA EMAS NI NAK BUAT KITA KAYA? 🍯

👉🏻 Konsisten simpan 1 bulan 1 gram

Harga 1 gram = RM384
Cukup setahun dah ada = 12 gram
Cukup 5 tahun = 60 gram

Nak ada 60 gram kita kena ada RM23,040. Tapi sebab kita konsisten menyimpan dari 5 tahun yang lepas sebab itu la boleh ada simpanan 60 gram. Dan ini belum termasuk kenaikan harga emas lagi.

Di mana mungkin lagi 5 tahun nilai 60 gram anda sudah menjadi RM30,000+/- (Anggaran 1 gram RM500)

Lagi lama kita ‘PERAM EMAS’ ni lagi banyak la keuntungan simpanan kita! 😋
Perkara yang anda harus tahu apabila ingin menyimpan emas.

0⃣1⃣ Anda beli emas, maka secara automatik, anda menyimpan duit.

0⃣2⃣ Orang tak beli emas guna duit yang hendak digunakan untuk perbelanjaan harian. Hanya beli apabila ada duit lebih.

0⃣3⃣ Emas boleh dijual, di rahnu untuk dapatkan duit. Ramai pembeli emas di luar sana. Rajin rajin la mencari.

0⃣4⃣ Emas ada naik dan turun harga. Jadi jangan panik jika dah terbeli harga mahal. Jangan terlalu gembira jika dapat beli pada harga murah. Rilek.

0⃣5⃣ Emas tidak menawarkan dividen, hibah atau apa apa bonus. Jika terjumpa org menawarkan perkara di atas. Jauhkan diri anda.

0⃣6⃣ Emas dikenakan zakat apabila cukup berat dan tempoh simpanannya. Sila cakna ttg zakat apabila anda menyimpan emas.

0⃣7⃣ Emas yang disimpan tidak dilindungi oleh PIDM, ia tanggungjawab diri sendiri. Kena bijak menyembunyikan simpanan anda. Jangan sampai lupa pulak.....

0⃣8⃣ Emas rosak, patah, terbakar, bengkok tetap bernilai. Jadi, anda boleh test try cuba gigit.... Takde hal, ada bekas gigi pun tetap bernilai.

0⃣9⃣ Lelaki tidak boleh pakai barang kemas tapi boleh simpan emas.

1⃣0⃣ Jarang orang nak pinjam emas. Nak elakkan diri drpd memberi dan menagih hutang kecil, simpanlah emas.
Biasa orang simpan emas atas 3 faktor ini:

1⃣ Emas naik untuk jangka masa sederhana dan panjang. Emas terpelihara daripada inflasi yang berlaku kepada matawang fiat. Jadi, dengan kenaikan emas, ia menyerap inflasi.

2⃣ Emas boleh dicagarkan di ar-Arrahnu. Inilah antara kelebihan emas sebagai harta yang senang dicairkan. Ia boleh jadi dana kecemasan kepada penyimpan emas.

3⃣ Emas membantu penyimpannya daripada sikap boros berbelanja. Ini antara faktor paling ramai orang simpan emas. Bila simpan emas, kita akan berkira-kira untuk berbelanja barang yang bukan keperluan.

Kalau anda ada rasa sesuai dengan salah satu faktor ini, jangan tunggu lama untuk buat keputusan. Terus bermula dengan 1 gram dan konsisten kembangkan sedikit demi sedikit.

Keputusan anda hari ini akan mengubah hidup anda lagi 5 tahun.
Peraturan Tabiat Menyimpan

1. 7/10 rakyat di Malaysia suka berbelanja dulu baru menyimpan.

2. Sebab itu ramai orang kita suka meminjam. Mereka tak ada simpanan.

3. Cara nak atasi masalah ini adalah, dapat je gaji tolong SIMPAN DULU baru belanja.

4. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari gaji bersih yang kita dapat

5. Nak lebih selamat tukar terus duit kita kepada EMAS.

6. Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Target akhir bulan Disember 2025 nak ada simpanan emas sebanyak 50 - 100 gram

7. Bak kata Warren Buffet,
“Do not save what is left after spending, but spend what is left after saving”
Ada beza ke antara beli emas dan menabung emas? 🤔🤔

Bila kita dah set mindset, kita nak beli emas, kalau harga naik..kita akan stress 🤯🤯

tapi...

bila kita set tiap-tiap bulan nak menabung emas, kita tak akan rasa menabung emas itu satu bebanan pun. Sebab kita faham, kita simpan emas bukannya untuk jual esok. Kata nak menabung kan? 😉😉

Setiap bulan, istiqamah menabung 1 gram.

Yang ni yang kena faham betul-betul.

In shaa Allah akan berjaya mencipta tabungan emas yang sangat 👍👍👍

Emas tak kan pernah murah, emas sentiasa mahal. Jika tidak mula sekarang, bila lagi??

www.wasap.my/+60196736675
Simpan emas ikut bajet.

Public Gold menyediakan satu platform yang lengkap kepada kita bagi memudahkan urusan simpanan dan pelaburan emas, kita mempunyai pilihan mengikut bajet kita melalui 3 kaedah mudah:

1⃣ Gold Accumulation Program (GAP)

Kumpul gram di dalam akaun emas GAP mengikut bajet yang kita ada dan boleh keluarkan emas fizikal yang besar terus.

Kaedah ini membolehkan kita jimat duit caj premium dan untung pada spread yang rendah. Gram emas dalam akaun boleh dikeluarkan kepada emas fizikal di 17 cawangan Public Gold. (tiada caj buka akaun dan caj upah simpan)

2⃣ Outright Purchase

Beli emas mengikut bajet yang kita ada, pembelian secara terus lebih jimat jika dibeli emas fizikal yang besar terus.

Boleh lock harga secara online, buat bayaran secara online atau di cawangan Public Gold dan terus buat balik emas fizikal simpan sendiri.

3⃣ Syariah Easy Payment Purchase (SEPP)

Beli emas ikut pada harga hari ini dan bayar ansuran sebanyak 4 kali atau 10 kali, kaedah ini membolehkan kita dapat lock dan beli emas dengan harga murah dengan bajet yang rendah walaupun harga emas naik.

Bayaran boleh dibuat secara online, selesai semua pembayaran ansuran kita boleh buat ambil emas fizikal di 17 cawangan Public Gold.

.
Kesimpulannya kita boleh beli emas serendah 0.5g sehingga 1000g bergantung kepada bajet kita. Setiap kaedah ini ada kelebihan tersendiri yang sesuai dengan poket dan matlamat kita dengan emas.😁

Berminat menyimpan emas bersama saya? sila tekan link wasap di bawah👇

http://www.wasap.my/+60196736675
Ini adalah info untuk waris di Public Gold, waris dekat website tu untuk tuntutan income PG sahaja.


BAGI TUNTUTAN EMAS DI PUBLIC GOLD JIKA BERLAKU KEMATIAN

Jika ada berlaku kematian pada penyimpan emas GAP, dokumen yang diperlukan oleh waris untuk menuntut emas di branch Public Gold adalah:

Sijil Kematian

Sijil Perkahwinan (Suami/Isteri), (jika anak adalah pewaris maka kemukakan surat beranak)

Salinan IC pewaris

Surat mahkamah – pindah milik / tadbir harta simati kepada pewaris (isteri/anak-anak).

Setelah semua dokumen ada, serahkan semua dokumen lengkap kepada Public Gold di branch yang berdekatan untuk proses pindah milik.

Jika Easy Payment Purchased (EPP), waris boleh juga buat tuntutan. Ada 2 kemungkinan ;
(a) jual kembali kepada Public Gold pada harga semasa tolak 5% penalti atau
(b) waris boleh buat pembayaran baki nilai emas dan menuntut emas tersebut.

Harap Maklum.

Tertakluk kepada perubahan terma & syarat dari Public Gold International Berhad.
Beli dan simpan emas ni banyak sangat manfaatnya. Memang pelik la kalau ada orang cakap takde faedah beli emas.

1⃣ Duit selamat

2⃣ Harta bertambah

3⃣ Simpanan kekal lebih lama

4⃣ Harga naik jangka masa panjang

5⃣ Boleh gadai jika perlukan duit

... dan macam-macam lagi kelebihan.

Kalau kita selalu gagal simpan duit, jangan simpan duit. Try simpan emas pulak.

Hanya orang yang simpan emas boleh senyum :

♥️ Bila emas makin banyak
♥️ Bila harga emas naik/ turun
♥️ Bila terdesak perlukan duit

Simpan emas sekarang. Anda tak akan menyesal.

Jom saya bimbing anda simpan emas 👇
http://www.wasap.my/60196736675/tabungemas
Kenapa goldbar dan bukan emas perhiasan?

1. Spread/susut nilai
Susut nilai bagi emas perhiasan adalah diantara 20-30% sedangkan susut nilai goldbar hanya 6-9%. Susut nilai ini akan dapat diperolehi semula dengan peningkatan harga emas. Jadi keuntungan goldbar adalah lebih cepat daripada emas perhiasan.

2. Upah
Selain spread yang tinggi, harga emas perhiasan ada kos upah. Kos upah boleh mencapai ratusan berdasarkan kesukaran membuat barang kemas tersebut. Goldbar tiada kos upah.

3. Jualan balik
Harga jualan balik emas perhiasan sangat rendah. Sebagai contoh, jika anda membeli emas perhiasan dan goldbar sebanyak masing-masing RM 10,000 dan ingin menjual pada hari yang sama, emas perhiasan, anda hanya akan dapat paling tinggi RM 8,000 manakala untuk Goldbar anda akan dapat paling tinggi RM 9,400. Jadi yang mana akan meminimumkan kerugian atau mempercepatkan keuntungan anda?

4. Emas rosak
Harga goldbar masih tinggi walaupon patah/calar. Emas perhiasan akan mengalami kejatuhan harga yang sangat drastik jika patah/kemek/rosak.

Diantara kekurangan & kelebihan.
Semoga bermanfaat.