Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Lagi mudah alih… lagi cepat duit habis…

Sebab itu kita kena alih sebahagian duit kita kepada Emas sebab Emas tidak mudah untuk dialih oleh nafsu boros kita…

Dapat duit gaji saja… Terus alihkan 10% daripada duit gaji kepada simpanan Emas. Selebihnya kita boleh guna untuk belanja keperluan dan kehendak…

InShaALLAH… Duit kita akan bertahan lebih lama. Malah simpanan kita akan bertambah dengaj jayanya bulan demi bulan…

Jom saya bantu Tuan-Puan untuk alihkan duit gaji kalian kepada simpanan Emas…

Tuan-Puan boleh alihkan duit gaji serendah RM100 kepada simpanan Emas melalui 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗚𝗔𝗣 𝗣𝘂𝗯𝗹𝗶𝗰 𝗚𝗼𝗹𝗱…

Nak tahu apa itu Akaun Simpanan Emas GAP, boleh klik link http://www.wasap.my/60196736675/naksimpanemasPG

Kredit : tn bashir
YAHUDI begitu bersungguh menyimpan emas, sebab yahudi yang mencipta wang kertas ini. Supaya orang taksub menyimpan kertas yang tak bernilai. Awas Panjang!

Ketika zaman Nabi SAW sehinggalah ke Khulafa Ar-Rasyidin dulu menggunakan emas sebagai matawang. Emas adalah matawang sebenar. Duit kertas hanya lah voucher mewakili emas sebelum tahun 1971.

Sebenarnya emas ini tidak pernah naik harga sejak beribu tahun lalu. Tetapi kita lihat harga emas naik RM35 segram ke RM387 segram hanya dalam 24 tahun. Hakikatnya sebenarnya adalah wang kertas digunakan sekarang yang turun nilainya. Jadi kita nampak emas seperti semakin mahal. kesannya harga barang terus naik!

Sebenarnya emas mengekalkan nilainya sejak 1400 tahun lalu. Jika 1400 tahun dulu kita boleh dapat seekor kambing dengan 1 dinar. Harini kita masih boleh dapat seekor kambing dengan 1 dinar.

Emas mengekalkan nilainya kerana ia tidak boleh dicipta dan hampir mustahil dimusnahkan. Tidak ada saintis lagi yang mampu cipta emas dan perak tulen sehingga harini. Sebab itu orang panggil "Gods Money" atau di Indonesia dipanggil logam mulia.

Emas juga dikenali sebagai Aset Safe Haven dikalangan pelabur seluruh dunia.. dikala ketidaktentuan ekonomi, krisis dan keruntuha ekonomi sekali pun, emas tetap berharga. Malah nilainya naik sangat banyak ketika Pandemik Covid 19.

Emas tiada dalam sistem kewangan dunia. Nilai emas berdiri sendiri. ia tidak perlukan jaminan mana mana kerajaan dan boleh dijual dimana mana negara. Tak semua negara simpan USD apatah lagi Ringgit tetapi semua negara simpan Emas sebagai rizab kewangan negara.

Berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan, ringgit telah susut 22.9% hanya dalam masa 10 tahun. sebaliknya emas naik lebih 150% dalam tempoh yang sama.

Sebab itulah kita bekerja siang ke malam. Buat sampai 3 kerja tetapi duit masih tidak cukup. Dah 10 tahun bekerja masih tiada simpanan dan masalah kewangan.
USD pun juga susut ketara nilainya berbanding emas. Apatah lagi ringgit. Jadi kenapa kita simpan wang yang susut nilai. Simpan dalam bentuk aset fizikal.

Matawang yang kita guna kini tidak lagi bersandarkan emas fizikal sejak 1971 dipanggil matawang fiat. US sendiri telah melanggar perjanjian Breeton Woods. Sebab itu Mike Maloney kata matawang yang digunakan sekarang adalah penipuan terbesar dalam sejarah kewangan.

Orang ramai cukup takut dengan zakat emas. Dalam Al-Quran juga ada disebut tentang zakat emas. Sungguh banyak manfaat dan kelebihan orang yang berzakat. Tidak pernah saya dengar orang jatuh miskin sebab membayar zakat.

Ramai yang muflis sebab pinjaman dan hutang tetapi orang tetap berebut tambah hutang dan buat pinjaman. Bila nak simpan emas 1 gram fikir 1000 kali. Tetapi nak buat pinjaman ratus ribu untuk skim cepat kaya tak perlu fikir.

Dalam Al-Quran disebut beberapa kali tentang emas dan perak. Sudah pasti ada banyak kelebihan emas sehingga dikenakan zakat. Besi 1 tan pun tak dikenakan zakat. 85 gram emas dah kena zakat.

Kenapa takut bayar zakat. Kenapa rasa rugi sedangkan Allah SWT dah jamin ganti 700 x ganda dengan setiap yang kita zakatkan. Zakat ni membantu ekonomi ummah dan membantu orang susah. Bukan banyak sangat pun. hanya 2.5% dari harta kita.

Rasulullah SAW juga telah bersabda yang bermaksud: "akan tiba suatu zaman, tiada yang lebih berharga kecuali emas dan perak".

Menurut Syeikh Nuruddin, walaupun hadis ini dhoif, tapi hadis ini bukan terlalu lemah, jadi boleh diamalkan. Untuk penghuni Syurga Allah tak bagi wang kertas, Allah janjikan emas dan perak sebagai ganjaran bagi penghuni syurga. SubhanaAllah.


Silakan share supaya lebih ramai dapat manfaat Emas

Kredit tn adam
𝟏 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝟏 𝐀𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬: 𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛
.
*Anak anak pun boleh ada akaun emas?*
Ya boleh
.
*Patuh syariah ?*
Semestinya inshaAllah
.
*Bila boleh mula buka akaun emas untuk anak?*
Bila dah ada mykid atau sijil kelahiran
.
*Berapa RM jika nak mulakan?*
Serendah RM 100.00
.
*Jika nak keluarkan fizikal boleh?*
Ya boleh tinggalkan 1gram sahaja minimum baki dalam #akaunEmasGAP
.
*Ada limit tak?*
Tiada limit simpanlah banyak mana nak simpan.
.
*Ada dividen tak?*
Tiada dividen. Simpan emas bergantung pada harga emas semasa.
.
*Bagaimana nak bermula ?*
Berikan details kepada saya, saya proseskan untuk anda sampai dapat PGcode
.
*Mudah ke senang ?*
Senang dan mudah

Jadi ibu bapa yang bijak. Tanamkan niat "Say No To" pinjaman pendidikan.

saya sedia membantu dan membimbing anda semua
Saya sering berpesan “Beli emas dalam bentuk yang betul”. Ini adalah kerana jika awak tersilap beli, awak bukan sahaja tidak buat duit tetapi malah boleh menanggung kerugian walaupun harga emas naik!

Contohnya saudara kita ini. Beliau merancang untuk membeli emas, beli emas fizikal dan beli emas pelaburan (bukan perhiasaan) dalam bentuk goldbar. Jadi beliau akan mengambil bukan satu, bukan dua tetapi tiga langkah yang tepat!

Malangnya, beliau merancang untuk membeli goldbar tersebut dari kedai emas. Dan seperti yang beliau tulis, kedai akan tolak 20% daripada harga emas apabila beliau nak jual emas itu balik di kedai berkenaan. Jadi walaupun harga emas naik, beliau akan menanggung kerugian. Situasi ini adalah tragik memandangkan beliau did 3 out of 4 steps correct!

Jadi tuan puan semua, ianya tak cukup untuk melabur dalam emas; tak cukup dengan membeli emas fizikal dan tak cukup untuk memilih emas pelaburan.

Langah yang kritikal ialah awak perlu membeli emas pelaburan tersebut daripada saudagar emas yang berkhusus dalam emas pelaburan (contoh: Public Gold) kerana saudagar ini akan membeli balik emas itu daripada awak dengan harga pasaran – tak tolak 20% atau 30%!

Semoga penjelasan ini menolong anda menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih berjaya.
Dari tahun 2010 hingga sekarang tahun 2024 (hampir 14 tahun), saya akan beri nasihat yang sama iaitu fokus kepada GRAM bukan RM.

Nak tunggu harga emas turun baru nak beli.
Nak tunggu harga emas naik baru nak yakin.

Semua ini akan menyebabkan simpanan emas berada pada tahap yang sama.

Entah-entah tiada simpanan emas langsung.

Simpan emas bukan seperti saham. Perlu tunggu naik, perlu tunggu turun.

Simpan emas paling mudah. Harga naik atau turun pedulikan sebabnya GRAM tak berkurang.

Usah kan 1gram, beli 10000kilogram sekalipun boleh tidur. Bangun esok pagi berat sama sahaja.

Tanamkan dalam Mindset,
Fokus GRAM bukan RM.

Benda mudah, buat apa nak rumit kan.
Jadi tanya diri, adakah gram emas bertambah?

Kredit : tuan fairuz
Saya dapat satu berita tentang syarikat jual beli emas yang menawarkan keuntungan harian kepada “rakan niaga mereka”

Setiap hari dapat untung gais 🤭

Anda melabur serendah RM100 bersamaan dengan USD20. Anda akan mendapat keuntungan sebanyak 1% selama 200 hari.

Jika dapat tarik orang (downline) maka anda akan dapat tambahan keuntungan sebanyak 1% dan jumlah keuntungan adalah sebanyak 2% selama 200 hari. Pergh!!

Mereka juga mencari “funder” untuk production emas mereka dengan menjanjikan keuntungan sebanyak 30% sebulan.

Ulasan saya:

Sekiranya anda belum pernah kena tipu sepanjang anda hidup, saya cadangkan anda melabur kat syarikat ini.

Mana tahu kot-kot nasib anda baik. Boleh untung cepat dan banyak.

Ada company untung ganda-ganda nie diorang boleh selamat sampai 6 ke 7 cycle sebelum terciduk habis.

Guru emas saya cakap “setiap orang dewasa perlu ada pengalaman kena tipu. Tak pun pengalaman dia kena sidai menunggu payment 6 bulan. Baru dia akan cerdik banyak 🤭

Kalau dah pernah kena tipu sebelum ini.

Maka saya nak tanya..

“tak serik lagi ke?”

#NotaEmasSyukorHashim
Jangan beli emas fizikal 1 gm di PG!

Saya memang mengesyorkan anda untuk membeli emas fizikal di PG, dan buat belian emas ini secara konsisten. Langkah ini simple tetapi amat efektif untuk membina kekayaan dalam emas.

Dalam masa yang sama, saya syorkan anda untuk tidak – saya ulang, tidak – membeli emas fizikal 1 gm di PG. Ini adalah kerana harga emas 1 gm adalah harga retail. Harga retail ini tinggi dan tidak berubah walaupun harga emas naik atau turun.

Sebagai contoh: harga emas 1 gm dalam grafik ini ialah RM440. Harga emas 1 gm di akaun GAP pula hanyalah RM386 pada tarikh yang sama – perbezaan harga RM54 – satu jumlah yang besar.

Inilah sebabnya saya syorkan anda untuk tidak membeli emas fizikal 1 gm dan yang lebih ringan di PG.

Malah, I will go further and state yang ianya lebih baik dan lebih menguntungkan anda untuk membeli emas fizikal yang berat-berat – 10 gm, 20 gm, 50 gm – kerana harganya mengikut harga pasaran dan gold premiumnya lebih rendah.

Jika anda tak mampu membeli emas fizikal yang berat-berat itu sekali gus, ada solutionnya - anda beli emas di akaun GAP dahulu. Ingat yang anda boleh membeli emas di akaun GAP serendah RM100.

Jadi anda kumpul emas dalam bentuk gram di akaun GAP dahulu, dan terbitkan emas fizikal itu kemudian. Saya syorkan anda untuk menerbitkan dua ketul emas 20 gm dan seketul 10 gm apabila jumlah emas di akaun GAP anda melebihi 50 gm. FYI, saya bukan hanya syorkan strategi ini, ya – saya buat sendiri juga!

Semoga perkongsian ini menolong anda menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih berjaya.

Kredit: Tn Azizi Ali
BERHENTI BERHARAP

"Saya nak tunggu harga emas turun sikit."
"Tak dapat dah ke harga bawah RM300/g?"
"Dulu RM100 dapat 0.5gram, seronok kalau beli masa tu."

Sudah! BERHENTI BERHARAP!

Jangan harapkan benda yang tak berlaku. Move on!

Tambah tabungan emas sikit-sikit, RM100 setiap bulan pun tak apa. Kejar target masing-masing. Penuhkan simpanan. Letak target berapa yang nak simpan.

30 gram
100 gram
50 dinar
100 dinar
250 gram
1000 gram

Tak kisah berapa target, menabung dan capai target idaman masing-masing! Jangan tengok harga.
HUKUM GUNA DUIT RAYA ANAK

Hukumnya adalah HARAM, jika kita suka-suka  menggunakan duit raya anak-anak tanpa sebab yg munasabah. Jika keadaan terlalu mendesak, kita boleh meminjam namun adalah wajib dibayar balik.

Sebaik saja mereka mendapat duit raya, kita sebagai ibu bapa perlulah amanah untuk menguruskan wang tersebut.

Tak baik kita sebagai ibu bapa ‘makan’ duit yang orang telah berikan kepada anak-anak kita. Jangan makan hak anak.

Kalau terlalu terdesak, kita gantikan semula. Jangan buat-buat lupa ya, bimbang di akhirat kelak kita akan ditanya kenapa tidak amanah dan adil dgn anak2.

Ustaz Azhar Idrus (UAI) juga pernah menjawab isu yang sama dalam ceramahnya.

“Perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat kita. Ada yang menggunakan duit raya anak-anak untuk membeli sport rim, spoiler dan lain-lain. Haram guna duit raya anak-anak untuk kepentingan diri.

Namun boleh gunakan duit raya anak-anak sekiranya dalam keadaan terdesak seperti bekalan elektrik hendak dipotong sebab tak bayar.

Yang mana masalah itu juga akan mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak.

Jadi boleh gunakan duit raya anak-anak untuk membayar bil elektrik. Walau bagaimanapun ia perlu dibayar segera.” katanya.

JADILAH IBU BAPA YANG AMANAH..

Bagi anak-anak yang masih kecil, mereka masih belum pandai menguruskan duit raya yang mereka dapat. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menguruskan duit raya anak-anak mereka dengan baik.

Perlu diingatkan bahawa duit raya anak adalah kepunyaan anak kita dan ibu bapa hanyalah sebagai pemegang amanah untuk menjaga duit raya sehinggalah mereka pandai untuk menguruskan duit mereka sendiri.

CARA MENGURUSKAN DUIT RAYA ANAK YANG BETUL

• MULA-MULA ASINGKAN DULU.

Pastikan duit raya untuk setiap anak anda diasingkan setiap seorang, untuk mengelakkan kekeliruan.

• SEDIAKAN TABUNG KHAS.

Didik anak dari kecil untuk menyimpan dan sayangkan duit. Elakkan pembaziran dan jangan ajar anak pegang duit sendiri sebelum umurnya matang.

• SIMPAN DUIT RAYA DALAM BANK/ AKAUN EMAS

Buat akaun tabungan untuk anak-anak. Selain dari duit raya, ibu bapa juga perlu disiplinkan diri untuk menyimpan sedikit duit utk anak utk simpanan untuk mereka meneruskan pembelajaran.

Moga bermanfaat!

Rujuk sini untuk fahamkan dengan lebih detail
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3231-al-kafi-1171-hukum-ibu-bapa-menggunakan-harta-anak-anak
Pelaburan ASB, Tabung Haji, Emas

Mana better?

👉🏻 Bergantung kepada objektif kita. Sebab 3-3 bagus.

Cuma ni bezanya :

ASB dan Tabung Haji
💵 Bersandarkan RM
📈 Short term investment
🔊 Purata kenaikan :
- ASB 5.5% (selepas tolak zakat 2.5%)
- Tabung Haji 5%

Emas
🍯 Bersandarkan pada harga emas dunia semasa
📈 Long term investment
🔊 Purata kenaikkan :
- Emas sekitar 8-10% setahun (selepas tolak kos spread dan zakat)

Kata pakar kewangan Azizi Ali, kadar 10% itu dianggap satu pulangan yang bagus untuk pelaburan

Setiap pelaburan ni ada kelebihan dan kekuatannya masing-masing. Jadi cadangan odah, leverage kan simpanan dan pelaburan kita ke Emas, ASB dan Tabung Haji.
🌟 TIP EMAS: "Di manakah saya boleh menjual emas?"

Jawapan pertama ialah anda boleh menjualnya di mana-mana di dunia ini.

Jawapan yang lebih baik ialah tempat yang sama di mana anda membelinya. Ini adalah kerana anda tak perlu lalui karenah yang banyak dan leceh. Lebih penting, mendapat harga jualan tertinggi di sana.

Ini menjelaskan kenapa anda patut membeli
(1) emas dalam bentuk yang paling diterima ramai kerana ia mempunyai pasaran yang paling luas
(2) daripada syarikat-syarikat yang besar kerana peluang untuk mereka tutup kedai adalah rendah.

Syarikat yang lain mungkin akan membeli emas yang anda beli dari tempat lain tetapi mereka biasanya akan mengenakan caj yang tinggi. Ini mungkin setinggi 25 peratus atau lebih daripada harganya.

👍 Ingin menyimpan emas bersama saya? Klik link ini
http://wasap.my/60196736675/simpanemas
NILAI SEBENAR DUIT KERTAS & EMAS 🧐

Guru-guru yang pakar tentang sistem wang kertas (wang fiat) mengatakan, semua duit kertas pasti akan kembali kepada nilai intrinsiknya yang sebenar iaitu KOSONG. Ia pasti, cuma masanya sahaja yang menentukannya.

Berbeza dengan emas.

Emas nilainya melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Ia dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan jatuh KOSONG sama sekali. Ada nilai intriksik, nilai atasnya

Sebab emas tidak boleh dicipta (untuk tambah pengeluarannya), dan sekali-kali tidak dapat dimusnahkan! Bernilai sepanjang zaman. Kalis inflasi. International currency
Ada yang tanya saya, perlu ke simpan emas ni, berbanding simpan duit? 💰

Jawapan:

Simpanlah apa pun yang anda nak simpan, janji sekurang-kurangnya 10% dari gaji, kalau rasa simpan duit, tak mudah bocor teruskan. Tapi kalau rasa setiap bulan menyimpan dalam bank tapi tengok akhirnya duit tak penah ada, anda WAJIB la tukar cara simpanan.

Kalau dah tahu simpan duit mudah sangat kita keluarkannya, tukar lah simpanan dalam bentuk simpanan emas yang dinamakan GAP. Mulakan sekarang dan istiqamah setiap bulan 1 gram buat dalam masa 6 bulan, lepas tu anda tengok hasilnya. Kalau hasilnya menakjubkan teruskan simpanan janji simpanan tu untuk jangka masa panjang, dan tetapkan matlamat menyimpan.

Dan satu lagi, nak bagitau yang emas ni mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa panjang, tak macam duit. Duit hari ni yang bernilai 10k tak boleh beli benda yang sama dengan nilai yang sama 10 tahun akan datang. Tapi emas kuasa belinya tetap sama bertahan zaman berzaman.

Begitulah ☺️

Klik link untuk bimbingan percuma

http://wasap.my/60196736675/simpanemas
"Perlu modal besar ke nak mula simpan emas di Public Gold ni?"

"Eh tak lah, korang boleh mula dengan serendah RM100 je.

Contoh kalau hari ni mula, RM100 tu korang boleh dapat 0.2604 gram emas."

Mula dulu dari yang kecil kemudian adjust sikit-sikit. Ikut 2 langkah mudah ini.

1⃣ Pada enam bulan yang pertama, saya sarankan korang mula dengan RM100.

Kat sini nak latih diri tentang konsistensi je dulu.

2⃣ Bulan ke-7 dan seterusnya istiqamah simpan 1 gram setiap bulan pula.

Nanti bila dah dapat susun kewangan lebih teratur, ada penjimatan sana sini korang dah boleh simpan 2-3 gram tiap bulan.

Haa gitu. Jom mulakan simpanan emas hari ini. Haa gitu.

http://wasap.my/60196736675/simpanemas