Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
👍 TIP EMAS: Apakah itu karat?

Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam sesuatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas berbanding aloi dalam barangan emas itu. Jadi, 18 karat ialah 18/24 daripada 100 % emas atau 75 % emas. Bahagian 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu.

Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui ‘ketulenan’, iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 750 (iaitu 75% atau emas 18 karat).

Jadual ini menunjukkan skala karat yang berlainan dan kandungan emasnya dalam peratus dan ketulenan seperti diterima pakai oleh standard antarabangsa.
👍 TIP EMAS: Kenapakah logam lain dicampurkan dengan emas?

Emas tulen adalah lembut jadi logam lain seperti perak dan tembaga selalunya ditambah bagi menjadikannya lebih keras dan tahan lasak. Ini khusus sekiranya emas itu digunakan untuk perdagangan. Segala pengendalian itu akan merosakkan emas, jadi akan menjatuhkan nilainya. Ini juga menjelaskan kenapa kebanyakan barangan kemas adalah dalam bentuk 18 atau 22 karat.
.

👍 TIP EMAS: Adakah syiling 24 karat lebih baik daripada 22 karat?

Jawapan pendeknya, ya.

Walau bagaimanapun, syiling emas 22 karat akan mempunyai keseluruhan beratnya dalam emas. Berat tambahan itu adalah kerana logam lain telah ditambah kepadanya untuk menjadikannya lebih kuat.
Kedua-dua syiling US Eagles dan Krugerrand adalah emas 22 karat.

Syiling emas Canadian Maple Leaf, Chinese Panda, Australian Kangaroo, Singapore Lion dan Kijang Emas adalah semuanya 24 karat. Memandangkan kesemua syiling ini adalah bertujuan sebagai pelaburan dan bukan perdagangan semata-mata, ia boleh diterbitkan dalam bentuk emas tulen kerana ia jarang dikendalikan.
.
💵 CIPTA MULTIPLE STREAMS OF INCOME (MSI)

1. Salah satu tip untuk membina kekayaan ialah untuk mempunyai Multiple Streams Of Income (MSI). Sebab utamanya ialah sudah tentu dengan adanya MSI, jumlah wang yang mengalir masuk ke dalam akaun bank anda akan bertambah, yang akan menolong anda untuk membina kekayaan.

2. Sebab keduanya ialah kerana anda tak tahu apa yang akan berlaku kepada sumber pendapatan utama anda itu. Walaupun sumber itu ok sekarang, tidak ada siapa yang boleh jamin yang ianya masih ok esok, minggu depan atau tahun depan! Jadi jika apa2 berlaku kepada sumber pendapatan utama anda itu, kehidupan anda pasti akan tergoncang.

3. Jika anda tak percaya, 40 tahun yang lalu, bank yang terbesar di Malaysia ialah Bank Bumiputra. Hari ini Bank Bumi tak wujud lagi!

4. Conclusionnya? Cipta MSI. IT WILL BE AMONG THE BEST THINGS YOU WILL EVER DO IN YOUR LIFE!
Kredit : Azizi Ali
🍯TIP EMAS: Negara mana yang mengeluarkan paling banyak emas?

Negara Afrika Selatan telah menjadi nombor satu selama bertahun-tahun. Namun kini tidak lagi kerana China telah mengatasi mereka bermula tahun 2006. China mengeluarkan 404 tan dalam tahun 2018, diikuti dengan Australia (319 tan) dan Russia (279 tan).
.

🍯TIP EMAS: Negara mana yang menggunakan paling banyak emas?

Jawapannya ialah China. Negara itu menggunakan 984 tan emas setahun. Dan istilah ‘menggunakan’ di sini bermaksud permintaan (untuk tujuan industri, pelaburan dan barangan kemas), dan bukan ‘penggunaan sehingga lupus.’
.
👍TIP EMAS: Apakah itu emas putih?

Emas putih ialah emas 18 karat, yang bermaksud ia dibuat daripada 75 peratus emas dan 25 peratus logam lain. Logam itu menjadi putih kerana ia disalut dengan rodium (logam yang keras, bersinar dan berwarna putih).

.
📚SCAMMERS TAK TULIS BUKU!

1. Satu poin yang ramai orang tak sedar tentang buku ialah fakta di dalamnya adalah tepat. Most if not all writers akan check, double-check and triple check semua apa yang mereka tulis untuk memastian fakta2 di dalam buku mereka adalah tepat. Walaupun sudah tentu sesetengah fakta2 tersebut akan go out of date dan mungkin ada sedikit kesilapan, as a general rule, fakta dalam buku adalah tepat.

2. Poin ini adalah penting, dan malah kritikal jika anda ingin menambahkan ilmu dan seterusnya membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga.

3. Ini berbeza dengan pertuturan – people can say and claim anything. Dialah yang pandai, dialah yang terer dan dialah yang baik! Dan malangnya, ramai orang termakan dengan claim2 tersebut walaupun tak ada bukti yang diberikan.

4. Inilah satu sebab mengapa scammers tak tulis buku! Pak Man Telo, Tok Belagak (Emas ETA), Daniel Tay (UFun), Pok Din Empire, Cikgu Awi (Highway Group Resources), Sheikh Saidey (Mecca Fund) dan malah Mohd Sadik (Bitclub Network) semuanya tak tulis buku! So, a good clue tentang sesuatu ‘pelaburan’ itu scam atau tidak ialah dengan melihat sama ada pengasasnya menulis buku atau tidak!
💰ANDA PERLU MELABUR WALAUPUN TAK ADA DUIT LEBIH

1. Salah satu statemen yang sering diberikan oleh ramai orang yang bukan jutawan ialah ‘saya akan melabur bila ada duit lebih’! (Sounds familiar, doesn’t it?)

2. Sebenarnya inilah salah satu sebab utama mereka bukan jutawan! Sebab mereka nak tunggu sehingga ada duit lebih sebelum melabur.

3. Dalam kehidupan sebenar, JARANG2 SEKALI KITA AKAN ADA DUIT LEBIH. Somehow or other, akan ada saja keperluan untuk wang yang ditangan kita. Ini termasuklah repair kereta, repair rumah, beli ubat, mak sakit, adik nak pinjam, dan itu dan ini!

4. Jadi kalau kita nak tunggu sehingga ada duit lebih sebelum melabur, kita mungkin akan menunggu forever!

5. Jawapan kepada masalah ini sebenarnya senang saja – kita melabur secara konsisten i.e. setiap bulan. Duit itu cukup atau tidak makes no difference – kita tetap melabur. Strategi yang terbaik untuk mempraktikkan konsep ini ialah by paying ourselves first (diceritakan lebih lanjut dalam buku2 saya).

6. You see, kebanyakan jutawan yang saya kenali mempraktikkan strategi paying themselves first, dan MEMPRAKTIKKANNYA LAMA SEBELUM mereka menjadi jutawan.

7. Inilah satu sebab mereka adalah jutawan.

Sila SHARE
👍TIP EMAS: Apakah itu mata wang fiat?

Fiat ialah kereta dari Itali bersaiz kecil yang pernah dimiliki bapa saudara saya! Baiklah, masa untuk melawak sudah tamat.

Fiat ialah perintah yang dikeluarkan oleh seseorang atau badan yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan perintah itu. (Terma ini diambil daripada perkataan Latin fiat, yang bermaksud ‘biar ia dilaksanakan.’) Apabila sesebuah kerajaan mengeluarkan helaian kertas dan menamakannya wang (dan kerajaan memang mempunyai sumber dan kuasa menguatkuasakan perintah itu), wang kertas itu kini mempunyai nilai dan menjadi mata wang – mata wang fiat. Sudah tentu, ia hanya bernilai kerana ia didalangi oleh perintah. Semua mata wang dalam dunia pada hari ini adalah mata wang fiat.
.
JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA!

1. Satu lagi statemen yang sering diberikan oleh ramai orang yang bukan jutawan ialah ‘saya nak tunggu harga jatuh dulu sebelum nak melabur’! 😂(Sounds familiar, doesn’t it?)

2. Saya sentiasa tersenyum bila mendengar/membaca statemen tersebut. Sebenarnya inilah lagi satu sebab mengapa mereka bukan jutawan! Sebab mereka nak tunggu harga pelaburan itu jatuh.

3. Walaupun memang betul harga setiap pelaburan akan naik turun, tapi bilakah saatnya yang kita nak buat pelaburan tersebut? Bila harganya jatuh 5%? Jatuh 10%? Jatuh 20%? And even if you set this target, siapa yang boleh jamin yang harganya tak akan jatuh lagi? Dan jika harganya jatuh lagi selepas itu, apa yang akan anda buat?

4. Next, walaupun saya faham yang kita semua mahu melabur pada tahap harga yang baik, tapi kalau anda nak tunggu harga yang termurah, anda akan menunggu forever!

5. In summary, jika anda sudah membuat research dan study yang secukupnya, dan tanda2 menunjukkan peluang untuk pelaburan tersebut naik harganya dimasa depan, ambil tindakan dan buat pelaburan tersebut. Jangan tunggu lagi dan jangan tunggu lama-lama!
👍TIP EMAS: Apakah itu inflasi hiper?

Ini adalah perkara buruk – inflasi yang disuntik dengan steroid! Ini ialah apabila inflasi menjadi di luar kawalan dan harga barangan meningkat boleh dikatakan setiap hari! Penyebab utama inflasi hiper ialah peningkatan bekalan wang yang segera dan terlalu banyak (ini satu cara yang sopan untuk mengatakan kerajaan mencetak terlalu banyak wang).

Ada banyak contoh tapi saya cuma akan menyatakan lima di sini: Rom purba (dan anda sangka orang purba tidak tahu sangat mengenai wang), Jerman pada tahun 1923, Hungary pada tahun 1946, China pada tahun 1949 (sekiranya anda sangka ia cuma boleh berlaku kepada orang putih) dan Zimbabwe pada tahun 2009.

Inflasi hiper juga melanda negara kita dahulu. Ketika penghujung Perang Dunia II (tahun 1945), tentera Jepun yang memerintah Malaya (nama Malaysia pada ketika itu) telah mencetak terlalu banyak mata wang mereka sehinggakan ia menjadi tidak bernilai. Menariknya, mata wang itu digelar ‘duit pisang’ berikutan motif pokok pisang pada nota berkenaan.
.
TABIAT ORANG KAYA VS TABIAT ORANG TAK KAYA

1. Salah satu tabiat orang yang tidak kaya ialah mereka suka menunjuk2 barangan mewah yang mereka miliki. Ini termasuklah kereta, tas tangan, jam, barang kemas dan itu dan ini. Mungkin mereka rasa mereka perlu menunjuk dan menonjolkan semua barangan tersebut untuk membuktikan kepada orang lain yang mereka adalah ‘orang kaya’.

2. Malangnya, orang yang baru menjadi kaya (the new rich) juga terikut-ikut dengan tabiat ini. Mungkin sebab mereka tidak memiliki semua barangan mewah ini dahulu jadi mereka berlumba-lumba untuk menonjolkan semua barangan ini untuk membuktikan kepada dunia yang mereka betul2 ‘orang kaya’ dan bukan orang biasa2 lagi. (Contoh: seorang dua selebriti di Malaysia, ehem-ehem.)

3. Pertamanya, saya perlu jelaskan yang tabiat ini tak salah dan tak haram. Jika nak buat, boleh (though I don’t recommend it!).

4. Cuma saya ingin menyatakan yang orang yang benar2 kaya tak buat semua kerja ini. Menayangkan branded goods and flashing wealth around bukanlah tabiat orang kaya. Especially the old rich. Mereka tak rasa yang mereka perlu menceritakan kepada dunia yang mereka kaya raya. They know they are wealthy, and know that there is no need to display their wealth or prove anything to anyone. Mereka berkerja keras dan enjoy their wealth their own way.

5. Walaupun kadangkala akan terbit sedikit cerita kehidupan mereka, as a general rule, orang kaya tak menonjolkan kekayaan mereka. Sebagai contoh, lihat saja pakaian 2 orang terkaya di dunia ini - Bill Gates dan Jeff Bezos. Simple dan practical, and certainly not flashy.

6. Ingat line ini - POOR IS FLASHY, RICH IS LOUD, WEALTH IS SILENT.
💰HANYA 8% AKAN MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN

Apa yang akan berlaku kepada sekumpulan 100 orang remaja yang berumur 15 tahun selepas 50 tahun i.e. waktu mereka berumur 65 tahun:

38 akan mati

62 masih hidup

Daripada 62 yang masih hidup itu,

38 akan papa kedana

16 akan masih berkerja

7 akan bersara dengan cukup wang untuk membiayai kehidupan

1 akan kaya raya

Jadi hanya 8% akan mencapai kebebasan kewangan.
Walaupun statistik ini adalah dari Australia, saya rasa ianya juga boleh diaplikasikan di Malaysia dan kebanyakan negara lain.

Statistik ini amat menggerunkan, dan malah menakutkan. Tambah2 lagi JIKA ANDA TIDAK TERMASUK DALAM 8% YANG MENCAPAI KEBEBASAN KEWANGAN itu. Jadi do what you have to do tetapi PASTIKAN ANDA TIDAK TERMASUK DALAM GOLONGAN 92% YANG FAIL ITU.

Salah satu langkah yang terbaik yang boleh anda lakukan ialah untuk menambah ilmu tentang kewangan dan pelaburan dengan membaca buku, menghadiri seminar dan berguru dengan pakar tentang kedua-dua subjek ini.
💰SIMPAN SEAWAL MUNGKIN

1. Ada sekurang-sekurangnya dua senario yang memerlukan belanja yang besar dalam kehidupan kita. Yang pertamanya ialah kos hidup setelah bersara, dan yang kedua adalah kos membiayai pelajaran tinggi anak-anak (higher education fund).

2. Kedua-dua ini memerlukan belanja yang besar – masuk berpuluh2 ribu dan beratus2 ribu ringgit.

3. Oleh kerana jumlahnya yang besar, kita tak boleh menunggu setahun atau dua tahun sebelum bersara atau sebelum anak kita ke kolej untuk membuat simpanan tersebut. Bagaimana nak simpan RM100,000 dalam masa 2 tahun???

4. Jadi jawapannya ialah kita perlu membuat simpanan untuk dua senario ini seawal mungkin. Malah, lebih awal dan lebih cepat, lebih bagus kerana kita boleh menyimpan jumlah wang yang sederhana umpamanya RM300 atau RM400 sebulan, dan bukan RM1,000 atau RM3,000 sebulan, yang secara realistiknya tak boleh dibuat oleh kebanyakan kita.

5. Sebagai contoh, saya mula menyimpan untuk higher education fund anak2 saya semasa mereka berumur tiga bulan. Oleh kerana saya bermula awal, saya hanya perlu menyimpan dalam RM300-RM500 sebulan untuk setiap orang anak saya. Malah, saya mula menyimpan untuk higher education fund anak bongsu saya semasa dia masih di dalam perut ibunya!

6. Satu cara yang simple tetapi efektif untuk membuat simpanan in adalah dengan membuat pelaburan emas di Public Gold. Buka akaun Junior khusus untuk setiap orang anak, dan kemudian transfer wangnya setiap bulan ke dalam akaun tersebut.

7. Insya Allah, wang simpanan ini akan cukup untuk membiayai kos pelajaran mereka bila masanya tiba nanti.

.