Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.4K photos
112 videos
2 files
398 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Bila membuat pelaburan, kita kena ambil kira jugak dari segi kecairan aset tersebut.

Sebagai contoh, pelaburan hartanah memang menguntungkan (kalau beli hartanah yang tepat), tapi tak sihat jugak kalau semua harta kita disimpan dalam bentuk hartanah sebab hartanah ni mempunyai tahap kecairan yang rendah.

Dalam erti kata lain, kalau lah kita tiba-tiba perlukan wang tunai, nak jual rumah bukannya mudah.

Nak kena cari buyer, dan kalau dah dapat buyer pun proses pengurusan akan mengambil masa berbulan-bulan atau kadang tahun. Fuh!

Sebab tu, kalau boleh variasikan aset kita. Sebahagian simpan dalam bentuk wang tunai dan sebahagian dalam bentuk emas!

Sebab apa emas?

Sebab emas memiliki tahap kecairan yang sangat tinggi. Bila perlukan duit, boleh jual di kedai-kedai emas atau kalau nak mudah, jual saja semula dekat Public Gold!

Tuan puan belajar sesuatu hari ni?
.
Azinuddin Abdullah
Asas untuk pastikan gaji kita berkembang , amalkan 4 perkara ini setiap kali gaji.

1. Simpan

Buat simpanan paling minimum 10% gaji.
Jika masih bujang dan kurang komitmen , simpan 35% gaji.

Menyimpan ialah satu tabiat , jika selalu buat pasti mudah.

Contoh gaji RM 3000 , simpan 300/sebulan. Hujung tahun patutnya sudah ada 3600.

Jika tak cukup 3600 kena semak balik , kita buat menyimpan atau hanya isi masa lapang ?

Jika menyimpan duit kurang berjaya, saya rekemenkan simpan emas .

2. Labur

Laburkan gaji kita agar ' wang pula bekerja untuk kita '. Bukan kita bekerja untuk wang sepanjang zaman.

Laburlah pada tempat yang betul dengan ilmu yang betul. Insya Allah baik hasilnya nanti.

3. Infaq

Keluarkan sebahagian duit gaji kita pada mereka yang memerlukan. Kerna kita tahu bahawa setiap rezeki yang kita dapat ada hak orang lain juga.

Belanja makan, sedekah , beri pada ibu bapa dan banyak lagi perkara yang kita boleh buat.

Hal ini akan berikan kita satu ketenangan dan tenteram hati ini. Percayalah.

4. Belanja

Ya , akhir sekali barulah belanja. Ini bahagian akhir sekali. Lakukan yang tiga atas dulu , baru hidup kita senang dan aman.

Ulang formula ini setiap bulan pasti kita lebih kacak daripada abang Bangla kedai karpet nanti.
JANGAN AMBIL REMEH SIMPANAN EMAS

Ramai mula sedar, bila dah mula simpan "Kalau aku simpan emas dari dulu kan bagus.. banyak juga gram dapat".

Apa yang penting untuk mula simpan emas ialah MINDSET dan TINDAKAN.

MINDSET yang betul tentang simpanan & pelaburan emas. Emas bukan buat kita kaya esok hari, namun orang yang ada emas takkan jatuh miskin. Mula simpan 1gram, 1bulan. sudah cukup baik daripada tak mula simpan langsung.

EMAS makin tinggi nilainya bukan macam duit kertas.

TlNDAKAN yang betul boleh jadi satu perubahan besar dalam hidup. Contohnya, dah tahu tentang emas, terus buat. Jangan bertangguh sebab emas tak tunggu kita betul-betul bersedia.

Tiba-tiba je emas dah harga RM399 satu gram.
Yang mana lebih bagus, jutawan emas atau jutawan ringgit? Ini harga untuk emas 1000gm.

Tahun 2000: RM35,000
Tahun 2008: RM95,000
Tahun 2012: RM180,000
Tahun 2020: RM292,000
Tahun 2021: RM 280,000
Tahun 2023: RM313,400

Kenapa harga emas semakin mahal? Adakah semakin mahal, semakin banyak gram kita dapat? Jawapannya, tidak! Sebenarnya tahun demi tahun, nilai wang kertas kita yang semakin menyusut.

Pakar Kewangan mencadangkan, kalau nak simpan nilai kekayaan dalam jangka masa yang panjang, duit itu boleh ditukar menjadi aset fizikal seperti emas, perak dan atau hartanah.

Sebab aset mampu kekalkan kuasa beli, bukan hanya angka.

Duit kertas hanya sesuai untuk transaksi harian, bukan untuk anda simpan lama-lama. kalau nak simpan duit secara "longterm", alih dalam bentuk emas.

Bagi anda yang alihkan keuntungan perniagaan, saham, wang pencen dalam bentuk emas fizikal ni, save dan share dulu post ni di wall anda.

Kredit : Amanina
Satu masa dulu ASB memang bagus kerana memberikan pulangan yang reasonable (>7% setahun) dengan risiko yang minimal.

Tapi kini, oleh kerana pulangan daripada ASB telah jatuh (4.25% pada tahun 2020 dan 2021, 4.6% pada tahun 2022 dan 5.25% pada tahun 2023) dan besar kemungkinan akan kekal rendah di tahun-tahun yang akan datang, kita perlu menghijrahkan sebahagian besar daripada wang di dalam ASB itu kepada pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi. Salah satu daripada pulangan tersebut ialah emas.

Kita tinggalkan wang for short-term savings (masa kurang dari setahun) dan wang untuk dana kecemasan (3 bulan belanja) dalam ASB dan hijrahkan wang selebihnya ke dalam emas fizikal.

Memandangkan emas telah memberikan pulangan 8% - 9+% setahun dalam masa 20 tahun kebelakangan, melabur dalam emas menjadi pilihan yang lebih baik dan bijak.

Dapat sesuatu?

Kredit : Azizi Ali