Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Macam mana mereka berjaya simpan emas?

1. Letak matlamat simpan emas satu gram satu bulan sebagai forgotten saving. Simpan dan lupakan

2. Setiap kali gaji, terus beli satu gram emas. Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan.

3. Jangan tunggu harga terbaik. kalau tunggu pun selalunya tidak berbaloi dengan risiko duit itu bocor.

4. Beli emas melalui kaedah Akaun Emas GAP ( Gold Accumulation Program ) . Ini kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini.

5. Setelah cukup 6 gram, keluarkan gold bar 5 gram sekeping dan simpan dalam dompet supaya terasa aura dan keserokan simpan emas

Inilah rahsia kekayaan penyimpan emas yang sebenar. Semakin simpan, semakin bersemangat nak tingkatkan tabungan.

Nak mudah? Mula dulu miliki akaun emas GAP. GAP adalah program kumpul emas. Target simpan #1gram1bulan
Goldbar vs barang kemas?

Harga emas sama, ketulenan berbeza – produk yang mana yang lebih menguntungkan?

Ada 2 perbezaan utama diantara gold (emas pelaburan) dan barang kemas.

Perbezaan pertama ialah daripada segi susut nilai (atau istilah yang lebih tepatnya “spread”) emas tersebut. Spread untuk goldbar adalah diantara 6% - 9% sementara spread untuk barang kemas adalah diantara 25% - 35%. Jadi spread untuk barang kemas adalah amat tinggi sekali.

So ini bermakna apabila anda nak jual balik barang kemas itu, kedai akan tolak dalam 25% - 35% daripada harga emas semasa. Jadi lambat untung dalam barang kemas, dan malah anda boleh mengalami kerugian lagi walaupun harga emas naik kerana spreadnya amat tinggi.

Oleh kerana spread goldbar adalah diantara 6% - 9% sahaja, jadi kenaikan nilai emas by 10% bermakna anda sudah boleh mengaut untung.

Perbezaan kedua ialah daripada kos pembuatan emas tersebut. Kos pembuatan emas i.e. caj upah untuk goldbar adalah rendah dan standard. Sebagai contoh, caj upah untuk goldbar 10 gm PG ini hanyalah RM15. Caj ini tidak adalah standard, kekal dan tidak di adjust mengikut salesperson atau tempat belian.

Kos upah untuk barang kemas adalah sangat tinggi dan easily manipulated. Malah kos upah untuk barang kemas berbeza-beza – kosnya ikut salesperson, ikut kedai dan ikut design. Different salesperson - different price; dan sudah tentu, different kedai - different price. Next, lagi complicated design emas tersebut, lagi tinggilah kos upahnya. Contoh, harga gelang RM3,300; kos upahnya masuk beratus-ratus ringgit. Ini berbanding dengan emas pelaburan. Harga goldbar 10 gm adalah dalam RM3,300 tetapi caj upahnya hanyalah RM15. Jadi anda akan lebih cepat untung memilih goldbar.

Jadi rumusannya: jika anda nak menyimpan emas, pilihlah emas pelaburan – goldbar, gold coin atau dinar.
Akaun GAP adalah kaedah beli emas yang paling mudah dan murah setakat ini. Apa bestnya akaun GAP?

1. Belian minima RM100. "Kalau aku nak beli RM100 ribu boleh tak?" Mestilah boleh. Dia akan jadi gram emas dalam akaun GAP 100%

2. Boleh withdraw goldbar atau dinar dengan pelbagai varian bermula 1 gram sampai 1000 gram goldbar atau 1/2 dinar sampai 10 dinar.

3. Tiada komitmen bulanan. Ni ramai orang suka GAP sebab tak perlu risau bulan depan mampu bayar ke tak. Kalau tak nak tambah tak mengapa. Cuma gram emas kita saja tak bertambah lah.

4. Emas dalam akaun GAP dijaga oleh Public Safe di Relau, Pulau Pinang tanpa ada upah simpan. Ini yang paling best.

5. Boleh buat akaun GAP untuk anak yang berusia 1 hari - 18 tahun. Lepas 18 tahun dia akan dapat akaun GAP dewasa secara otomatik.

6. Harga per gram di kemaskini secara harian pada pukul 12 malam ikut harga emas dunia semasa waktu itu.

Nak tahu lebih lanjut lagi, boleh wasap saya. 0196736675
1. Salah satu masalah yang berlaku apabila membuat simpanan dalam bentuk cash ialah wang simpanan itu asyik bocor! For one reason or another, ada sahaja kebocoran yang berlaku. Jadi wang yang sepatutnya menjadi simpanan asyik hilang sahaja.

2. Jika masalah ini selalu menghantui anda, saya mempunyai solution untuk anda! Ini solutionnya – instead of membuat simpanan dalam bentuk cash, awak beli emas fizikal. Ya, gunakan wang yang dahulunya disimpan dalam bentuk cash (termasuklah di savings account) untuk membeli emas fizikal seperti dinar atau goldbar.

3. Basically, semua orang yang mengambil step ini menceritakan masalah kebocoran wang simpanan itu terus hilang!

4. Jadi jika anda belum melakukkannya, cuba beli dinar atau goldbar, dan experience situasi indah ini sendiri!

# Do your own research
# Not financial advice

Kredit tulisan: Tn Azizi Ali
Untuk membeli emas Public Gold, hanya ada 3 cara saja.

Pertama: belian secara outright purchase. Beli terus goldbar atau bungamas ikut harga terkini di website Public Gold, bayar dan request untuk Public Gold poskan sekiranya bawah 20 gram / 5 dinar. Lebih daripada itu, boleh ambil di branch Public Gold terdekat.

Kedua: Beli secara bayaran Easy Payment Plan (EPP). Kunci harga terkini di website Public Gold, buat bayaran ikut jadual yang ditetapkan selama 6 bulan. Habis bayar, boleh request untuk Public Gold poskan sekiranya bawah 20 gram / 5 dinar. Lebih daripada itu, boleh ambil di branch Public Gold terdekat.

Ketiga: beli secara pengumpulan gram dalam akaun Gold Accumulation Program (GAP). Cara ini tiada komitmen bulanan, boleh tambah bila-bila masa minima RM100.

Ketiga-tiga ini sama saja, kita dapat emas 999.9 juga. Cuma ia bergantung kepada bajet kita saja.

Saya sedia membantu untuk anda bermula dengan berapa saja bajet anda.
Duit kita memang berhantu.

Semakin kerap tengok duit dalam bank, semakin cepat habis. Tengok ada RM1000, malam nanti skrol online shopping, benda yang rasa tak perlu pun kita akan terbeli juga. Nak guna masa perlu nanti katanya tapi tak tahu bila lagi nak guna barang tu.

Seminggu duk ulang benda yang sama, baru perasan, alamak mana duit gaji aku hari tu???? 😂

Sebab itu kena ada sikit duit kita tukar kepada emas. Bukan tukar semua tapi 10% cukup dah. Ia akan jadi ubat kepada duit kita yang hilang jejak itu. Konsisten tukar 10% setiap kali dapat duit gaji, komisen, untung berniaga dan sebagainya.

Ia membina habit yang baik untuk kewangan. Betul sekarang waktu nak survive, tapi dengan kita simpan emas ini juga adalah satu cara simpanan untuk survive masa depan.
Ilmu Emas | Munirah Marzuki pinned «https://linktr.ee/ellyintown?utm_source=linktree_profile_share&ltsid=2cf402dd-f7fa-43ef-9a86-20ae0bfa5dd6»
Jika ada diantara ibu bapa menyimpan atau menyediakan dana pendidikan anak-anak dalam Tabung Haji, SSPNI atau Bank tidak mengapa.

Teruskan sahaja.
Kekalkan sahaja.

Tapi jika ada diantara ibu bapa yang mencari-cari kaedah menyediakan Dana Pendidikan anak-anak, boleh cuba menyimpan emas.

Emas sesuai untuk simpanan jangkamasa panjang. Tambahan pula emas melindungi duit daripada dimamah inflasi.
.

Target dan fokus #1gram1bulan untuk dana pendidikan anak.

#Jom kira-kira :
1bulan = 1gram
1tahun = 12gram
18tahun = 216gram

Jika ibu bapa konsisten menyimpan emas untuk anak-anak seawal kelahiran bayi, apabila umur anak cecah 18 tahun nanti, jumlah terkumpul simpanan emas mencecah 216gram.
.

Harga emas hari ini sekitar RM388 segram. Bermaksud nilai atau berat 216gram bersamaan RM83,808.

Itu harga segram untuk hari ini.
Cuba kita fikir semula, bagaimana harga emas 18 tahun lagi?

Adakah masih RM388 segram?

Saya ulang,
Adakah masih RM388 segram?

18 tahun tu jauh lagi perjalanan.
18 tahun tu lama lagi perjalanan.

Boleh jadi 18 tahun lagi harga emas telah cecah RM500 segram.
Entah-entah capai RM1,000 segram.

Dalam sejarah,nilai dan harga emas tempoh jangkamasa panjang tidak pernah mengecewakan.

Dah mula simpan emas?
RUGI bertangguh.
Jom mula! 😁
Klik 🔗 link di bio untuk dapatkan bimbingan dan info emas percuma.
#PG1M #duitraya #danapendidikan#asetmasadepan
Weekly Meeting Untuk Dealer. Bimbingan percuma direct daripada sifu2 emas.