Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
S A T U G R A M S A T U B U L A N

Nak jadi penyimpan emas yang berjaya kena konsisten dan sabar. Suka atau tidak itulah sahaja cara untuk berjaya dalam simpanan emas.

Paksa diri setiap bulan selepas dapat gaji asingkan 10-20% dari gaji untuk simpanan sebagai force saving. Simpanan alternatif kepada ASB dan Tabung Haji.

“Gaji saya kecil..macam mana nak simpan semuanya!?”

Gaji kecil boleh fokus simpan emas dulu, sekarang ada RM100 dah boleh simpan emas dalam akaun GAP.

Kenapa emas bukan ASB atau Tabung Haji dulu?

Salah satu kaedah simpanan yang baik adalah dengan cara kita lupakan simpanan yang kita ada.

Kalau simpan emas semua digit nombor dalam akaun bank dah hilang, automatik nafsu belanja akan terkawal.

Bonus harga emas naik dalam tempoh 3-5 tahun akan datang. Purata harga emas naik lebih 35% setiap tahun sejak 20 tahun lepas!

Kelebihan yang lain bila kita simpan emas ni kita dah mula pandai susun duit belanja bulanan, pelan-pelan penyakit ‘poket bocor’ hilang.

Selain dari itu, kita akan ligat cari duit lebih untuk tambah banyak gram lagi setiap bulan.

“Dari aku beli sekian-sekian barang, lebih baik aku tambah gram emas!”

Itulah mindset penyimpan emas yang berjaya, semuanya bermula dari gram pertama sehinggalah berjaya kumpul beratus-ratus gram.

Sikit-sikit lama-lama membukit..itulah simpanan emas!

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk kita menjadi penyimpan emas yang berjaya di masa depan. Insyaallah!
P A Y D A Y

Setiap 20hb setiap bulan adalah hari gaji kepada dealer Public Gold, masing-masing teruja tunggu berapa gaji bulan ni masuk.

Untuk pengetahuan umum semua, gaji Public Gold datang dari ‘upah’ dealer mengajar ilmu emas dan kewangan kepada penyimpan dan pelabur emas di bawah bimbingan mereka.

Memang seronok dapat upah bila kita berkongsi kebaikan simpanan dan pelaburan emas pada orang ramai.

Ibaratnya kita suka makan kat satu kedai, kita rekemen pada ahli keluarga dan kawan-kawan kita untuk cuba makan kat tempat tu.

Owner kedai tak bagi kita upah sebab rekemen kedai dia pada kita, paling baik owner kedai ucap terima kasih pada kita.

Berbeza dengan konsep bisnes Public Gold; kita sebagai dealer dibayar upah oleh Public Gold tanda terima kasih rekemen orang ramai simpan emas Public Gold.

Dan yang paling best upah tu dibayar sampai kita mati..kalau mati pun Public Gold tetap bayar pada waris kita.

Tak banyak pun upah Public Gold bagi sekitar 1-2% sahaja..tapi boleh cuba kira kalau setiap bulan ada berjuta-juta duit tunai bertukar jadi gram emas.

Upah Public Gold boleh jadi ‘pasif income’ setiap bulan pada dealer, boleh buat pencen sampai ke tua nanti. Hahahaha

Bisnes Public Gold ada turun dan naik sama seperti bisnes lain, bisnes Public Gold ni bukan skim cepat kaya!

Bisnes Public Gold tengah ‘gold rush’ boleh dapat upah sampai 6 angka, kalau turun ke 5 angka pun masih lagi banyak!

Ada salah seorang dari team saya pernah dapat upah RM110k sebulan sewaktu gold rush, pada waktu biasa dapat RM80k kira okay sangat dah tu.

Itulah ‘up & down’ bisnes Public Gold untuk dealer yang komited dan percaya pada Founder PG Group Dato Wira Louis Ng.

Bak kata Dato Wira; satu hari nanti duit (income) Public Gold akan langgar pintu rumah setiap dealer!

Dato Wira tambah lagi; nanti satu masa dealer Public Gold nak jadi miskin pun susah.

Dengar macam mengarut tapi hari ni ianya telah jadi kenyataan, ramai dealer Public Gold ‘terapung’ bila check baki akaun bank masing-masing.

Di Public Gold ni, kita diajar untuk ‘buat dulu faham kemudian’. Owner Public Gold tahu bagaimana nak reward dealer Public Gold sebaiknya.

Bagi yang tengah mencari extra income, boleh cuba buat bisnes Public Gold secara part time dulu. Nanti bila dah yakin baru buat full time macam saya.

Ianya susah tapi tak mustahil! Kalau orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat? 🤷🏻‍♂️

Siapa buat dia yang dapat, jalan kejayaan terbuka untuk semua orang. Insyaallah!
𝐉𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐈𝐀𝐋𝐀𝐇:
𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐃𝐈𝐁𝐄𝐑𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍!

Tak ada satu pekerjaan di dunia ini yang benar-benar terjamin.

Hari ini kita mungkin di puncak—ada gaji, ada jawatan, dihormati. Tapi esok? Esok belum tentu kita masih di situ.

Tn Azlan Abdul Rahman pernah lalui episode, balik kerja kilang dan kena call dengan majikannya dan esoknya terima VSS (diberhentikan kerja).

Satu-satunya jaminan sebenar untuk seorang pekerja adalah ini: pasti akan tiba masanya akan BERHENTI… atau DIBERHENTIKAN.

Walaupun jawatan kita hari ini kukuh, gaji masih masuk tepat pada waktunya—kita perlu sedar, tak ada jaminan kita akan terus sihat, terus kuat, terus diperlukan.

Bersedialah…
‼️Untuk hari di mana slip gaji tidak lagi sampai.
‼️Untuk hari di mana nama kita sudah tiada lagi dalam sistem syarikat.
‼️Untuk hari di mana dunia terus bergerak… tanpa kita.

Tuan puan.. bermulah bina passive income dari sekarang. Berpada-padalah dengan hutang.

Menabunglah, walau sedikit. Binalah harta, walau perlahan. Jangan bergantung harap hanya dengan aktif income. Binalah passive income.

Kita kena sedar…
Jawatan yang kita pegang hari ini bukan milik kita.
Ia pinjaman. Milik majikan. Sampai waktunya, ia akan diserah kepada orang lain.

Ingat pesan Mentor Tn Mohd Zulkifli Shafie ini:
Kekayaan bukan tentang betapa besar gaji kita hari ini. Tapi tentang berapa lama kita mampu bertahan… bila gaji itu sudah tiada nanti.
Malaysia ada "jalur emas" tapi negara kita simpan 38% je huhu

Sedangkan yang buat duit kertas, dialah simpan emas paling banyak.

Rakyat disuruh simpan duit kertas tapi negara dia simpan emas bertan tan 😌
Duit Gaji Tak Tahu Pergi Mana

Pernah tak anda rasa, gaji baru je masuk, tiba-tiba je habis. Dapat bonus lagi cepat duit habis. Kadangkala pening kemana duit pergi.

Sampai orang kata gaji kita tak berkat!

Ramai yang anggap gajinya tak cukup sebab barang naik dan gaji rendah. Tapi sebenarnya masalah sebenar bukanlah pendapatan tapi duit kita yang bocor!

Bukan sebab dompet koyak.
Tapi sebab duit keluar tanpa sedar, tanpa kita buat kawalan.

Paling menakutkan kita sendiri tak tahu ke mana duit tu lesap.

Lagi-lagi zaman sekarang semua cashless. Dulu-dulu siapa sangka kita melalui zaman di mana kita boleh beli goreng pisang RM2 guna phone! Satu sentuhan sahaja, duit pun melayang walaupun hanya beli goreng pisang.

Sebenarnya duit tu boleh diselamatkan, boleh dilaburkan. Tapi masalahnya, kita tak sedar, duit kita bocor macam air paip.

Realitinya, duit memang seronok dibelanjakan. Itu fitrah manusia. Sebab tu, kita kena ada pelampung kewangan.

Salah satu cara yang bijak dab berkesan simpanlah emas!

Emas bukan hanya kalis inflasi, tapi boleh jadi ubat untuk penyakit boros.

Kenapa? Sebab emas tak macam duit. Emas ni seronoknya bila menyimpan.

Kita takkan jual emas semata-mata nak beli langsir baru atau tukar set sofa.

Bila simpan emas, kita akan rasa sayang nak cairkan. Ada masa untuk bertenang. Emas boleh jadi tabungan yang sebenar.

Contohnya, kalau kita simpan RM300 tunai sebulan, silap hari bulan tinggal RM30 hujung bulan.

Tapi simpan RM300 dalam bentuk emas, betul duit kita habis tapi kita ada emas. Kita auto rasa sayang nak cairkan.

Jadi, kalau rasa simpan duit selalu bocor, boleh cuba simpan emas pula.

Kadang-kadang bukan kita tak boleh menyimpan, cuma platform simpanan yang kurang kena dengan jiwa.
Ini jongkong emas 250 gram.

Jom kita tengok sejarah harga jongkong emas 250 gram ini:

Tahun 2020: RM53,000
Tahun 2025: RM121,073

Naik RM68,073 dalam 5 tahun!

Itu lebih 128%, atau purata 25.6% setahun.

Bayangkan kalau dah start simpan emas dari dulu. Sekarang dah untung berpuluh atau mungkin ratus ribu!

Tak perlu bajet besar untuk MULA. Daftar akaun dulu, supaya boleh belajar banyak tentang emas.

Munirah Marzuki
PG00540198