#TabungDuit
KITA HABIS DUIT DIMANA?
1. Sanggup memandu beribu batu, nak makam mee udang Mak Lang. Dari Kelang sampai ke Sg Udang. Makan semangkuk dah kenyang terlentang.
2. Beli kereta biar jenama luar negara, tukar tayar dan sportrim habis RM5k-RM10k itu biasa. Kawan mesti puji punya.
3. Habis duit rokok sebulan RM350-RM500 itu biasa. "Alah bukan kaya pun orang tak hisap rokok nie".
4. Bercuti nie mesti hotel berbintang bintang ada kolam renang. RM1500-2500 itu biasa belanja hujung tahun. "Rewardlah diri sikit asik kerja saja".
5. Tudung dan fesyen jenama yang viral punya, barulah ootd nampak lawa. Beli online tak boleh cuba, sekali pakai nampak macam nangka. Terbang RM100-RM200 itu biasa.
6. Majlis kenduri kahwin biar habis RM20k-30k pun tak mengapa. Biar orang kagum dan nampak lawa.
7. Kita suka kayakan bank, buat pinjaman Peribadi RM50,000 letak dalam ASB dan Tabung Haji. "Untung dapat dividen katanya". Sedangkan bank dah untung sekali ganda.
8. Beli rumah mewah dan mahal, lepas beli renovasi lagi RM50k nak luaskan dapur supaya mertua rasa selesa bila sampai.
9. Minum di cafe hipster, kopi secawan RM15 punya. Rasa pahit tetap ada. Yang penting ada gambaq cofee yang ada tulis nama kita diatasnya. Barulah bergaya hidup kita.
Jangan buat keputusan yang salah bab duit. Membayarnya buat hati kita terluka.
Azizul Azli Ahmad
Pernah Merasa Pedihnya Ini Semua.
#BelajarMenabungKawan.

SUSUN KEWANGAN KITA
Masalah urus duit adalah sesuatu yang ramai orang hadapi.
Berikut langkah-langkah mudah dan santai untuk kita susun semula kewangan dengan cara yang sesuai untuk orang kita :
1. Berdoa & Muhasabah Diri
Mulakan dengan doa agar dipermudahkan urusan.
Muhasabah: Kenapa masalah berlaku? Adakah sebab boros, hutang, atau kurang kawalan perbelanjaan?
2. Catat Semua Pendapatan & Perbelanjaan
Tulis atau guna aplikasi untuk rekod setiap sen masuk dan keluar.
Tip: Gunakan konsep "Masuk satu, keluar dua kena tahu!".
3. Utamakan Keperluan Asas (Wajib Dahulu)
Fokus pada makanan, tempat tinggal, dan bil wajib.
Kurangkan kehendak seperti makan di luar, beli barang tak perlu, atau hiasan rumah yang tak mendesak.
4. Buat Bajet (Bagi Duit Kerja Untuk Kita)
Guna konsep "50/30/20":
50% untuk keperluan asas.
30% untuk kehendak.
20% untuk simpanan atau bayar hutang.
Kalau sempit, kecilkan bahagian kehendak dan tambah ke simpanan.
5. Hapuskan Hutang Secara Bertahap
Senaraikan semua hutang.
Bayar dari yang paling kecil (cara snowball) atau yang paling tinggi bunga (avalanche).
6. Simpan Duit Walaupun Sedikit
Mulakan walau RM1 sehari.
Gunakan kaedah auto-debit untuk konsisten.
Buat simpanan emas 1 gram sebulan.
7. Cari Pendapatan Tambahan
Gunakan bakat atau kemahiran seperti masak, menjahit, atau menjual produk secara kecil-kecilan.
Ramai mula dengan berniaga dari rumah atau secara online.
8. Didik Keluarga Tentang Pengurusan Wang
Ajak pasangan dan anak-anak bersama jaga bajet.
Kongsi matlamat kewangan agar semua orang faham keutamaan.
9. Belajar Tentang Kewangan
Ikuti kelas kewangan atau baca buku tentang urus duit.
Belajar tentang pelaburan atau teknik menyimpan dengan betul.
10. Bersedekah Walaupun Sikit
"Sedekah tidak mengurangkan harta." Sedikit yang kita beri, Allah ganti dengan keberkatan.
Bonus: Disiplin & Sabar
Kejayaan urus kewangan tak berlaku sekelip mata. Usaha sedikit-sedikit, dan insya-Allah, lama-lama jadi baik.
kawan kawan,
Doa:
"Ya Allah, berkatilah rezeki kami, cukupkanlah apa yang ada, dan jauhkan kami daripada beban hutang yang memberatkan."
Alhamdulillah, jika ada niat yang baik dan usaha, Allah pasti bantu. 😊
Azizul Azli Ahmad
Suka Kawan Bijak Urus Duit

BAGI DUIT PULA BEKERJA
1. Masa muda kerja kuat kuat simpan dan labur.
2. Bila duit dah banyak, boleh makan dividen yang ada.
3. Bina sasaran berapa simpanan nak ada. Banyak mana nak ada.
#AAA

APA ITU 'LOSS AVERSION' DALAM KEWANGAN?
Loss aversion ialah kecenderungan manusia untuk 'lebih takut kehilangan' sesuatu berbanding rasa seronok bila dapat keuntungan yang sama nilai.
Dalam erti lain: kerugian RM100 lebih menyakitkan daripada kegembiraan dapat RM100 tambahan.
Contoh Loss Aversion dalam Kewangan:
1. Takut Jual Saham Rugi
Situasi:
Seseorang beli saham pada harga RM2.00, kini harga jatuh ke RM1.40.
Loss Aversion:
Walaupun dia tahu syarikat bermasalah dan rugi akan terus meningkat, dia enggan jual kerana tak sanggup ‘melihat kerugian’ direalisasikan. Dia lebih rela tunggu dan berharap, walaupun risiko lebih besar.
2. Tak Berani Melabur Langsung
Situasi:
Seseorang ada simpanan RM10,000 tapi langsung tak melabur dalam emas, unit amanah atau saham.
Loss Aversion:
Disebabkan takut duit berkurang (walaupun berpotensi untuk berkembang), dia pilih simpan sahaja dalam akaun biasa — padahal nilai wangnya susut disebabkan inflasi.
Faham setakat itu bang?
Contoh dalam Budaya Melayu:
1. Tak Nak Tukar Cara Simpan Duit Warisan
Situasi:
Keluarga simpan duit dalam bentuk tunai sejak dulu, walaupun nilainya makin susut.
Loss Aversion:
Takut berubah kepada bentuk lain seperti emas, hartanah atau pelaburan ASB sebab rasa "nanti rugi". Mereka lebih rela ‘hilang perlahan-lahan’ daripada ambil risiko untuk dapat lebih. Ketakutan menebal hingga bebal.
2. Takut Jual Tanah Pusaka
Situasi:
Ada tanah pusaka tidak diusahakan, tapi tak mahu jual walaupun tiada hasil. "Itu jer lah kenangan dengan arwah opah yang ada" walaupun masing masih susah kedana!.
Loss Aversion:
Takut rasa bersalah atau "kehilangan warisan", walaupun ada peluang guna wang jualan itu untuk buat pelaburan atau bantu keluarga dan tingkat taraf hidup lebih baik.
3. Berniaga Kecil-Kecilan Tapi Tak Mahu Kembangkan
Situasi:
Seorang peniaga jual kuih dari rumah dan ada permintaan tinggi.
Loss Aversion:
Takut ambil risiko sewa kedai atau tambah pekerja sebab risau kalau tak balik modal. Jadi dia kekal pada tahap yang sama walaupun potensi untung besar.
Begitulah yang sering berlaku. Tidak salah, tetapi tidak baik secara kewangan untuk berkembang.
Dapat sesuatu?
Silalah komeng.

Herd mentality dalam kewangan merujuk kepada kecenderungan seseorang membuat keputusan hanya kerana ramai orang lain melakukannya, tanpa kajian sendiri.
Ia berdasarkan naluri ikut orang ramai kerana rasa lebih selamat, walaupun keputusan itu mungkin tidak logik atau tidak sesuai dengan situasi sendiri.
Contoh Herd Mentality dalam Kewangan:
1. Beli Saham atau Emas Ketika Harga Dah Tinggi
Situasi:
Ramai orang mula beli emas atau saham bila media sosial heboh kata harga sedang naik.
Herd Mentality:
Tanpa kajian sendiri, ramai ikut beli sebab takut "tertinggal kereta" (FOMO - fear of missing out), walaupun waktu tu mungkin bukan masa terbaik untuk beli.
2. Ikut Skim Cepat Kaya
Situasi:
Ramai jiran atau saudara masuk skim pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa.
Herd Mentality:
Disebabkan ramai join dan nampak untung, orang lain pun ikut tanpa semak latar belakang syarikat atau memahami risiko . Akhirnya ramai yang rugi bersama.
Contoh dalam Budaya Orang Melayu:
1. Hantaran Tinggi Sebab ‘Orang Lain Pun Buat’
Situasi:
Keluarga tetapkan hantaran RM20,000 sebab "sepupu pun bagi macam tu".
Herd Mentality:
Keputusan dibuat bukan atas kemampuan atau keperluan, tapi sebab ikut trend dan norma sekeliling - kadang-kadang membebankan pasangan sampai berhutang nak kahwin punya pasal!
2. Ikut Beli Barang Viral
Situasi:
Tiba-tiba ramai beli tudung, baju, atau barang dapur viral di TikTok atau Facebook. Mangkuk tingkat tranding!
Herd Mentality:
Tanpa fikir keperluan sebenar atau bajet, ikut beli sebab orang lain tengah beli, walaupun barang tu tak semestinya berkualiti atau berguna.
3. Pelaburan Emas/Simpanan Emas
Situasi:
Ramai mula beli emas bukan sebab faham manfaat jangka panjang, tapi sebab "semua orang tengah beli".
Herd Mentality:
Tanpa ilmu asas emas, mereka beli ikut-ikutan. Bila harga turun sikit, panik dan jual rugi.
Dapat sesuatu? Sila komen