Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
Hati-hati beli emas daripada tangan orang lain.

Bimbang emas itu emas curi. Kalau emas curi, kita pun tersabit kesalahan membeli emas tersebut.

Tambah pula beli emas dari kenalan online.

Sebab itu saya tak galakkan beli emas dari tangan orang lain. Kalau nak beli, beli di syarikat yang mempunyai reputasi tinggi.

Macamana nak tahu syarikat emas itu mempunyai reputasi tinggi? Semak 7 perkara ini.

1. Beli emasnya,kita akan dapat emas fizikalnya.

2. Cawangannya yang banyak.

3. Stoknya tiada had. Harga emas naik atau jatuh, pembeli boleh beli bila-bila masa.

4. Urusan jual beli mudah dan tak cerewet.

5. Ada panel syariah untuk pantau kaedah pembeliannya.

6. Syarikat beri jaminan untuk beli semula.

7. Emas fizikalnya mudah untuk diarrahnukan.

Kesemua kriteria ini mesti diambilkira sebelum kita buat urusan membelinya.

Semoga kita tidak ditipu dan menanggung kerugiannya..
Sekarang nak check harga emas dah senang. Buka App Public Gold terus nampak harga semasa.

Kami sebagai dealer tak jual emas. Kami ajak dan ajar orang simpan emas dengan betul sehingga mereka jadi kaya dengan emas.

Buang masa kalau kita selalu sibuk dengan harga emas setiap hari.

Ini tip terbukti berkesan yang mentor saya ajar jika nak untung dengan emas;

1. Beli emas guna lebihan yang tak guna dalam masa satu hingga dua tahun

2. Beli emas secara konsisten dan fokus kepada pertambahan gram

3. Beli emas untuk tujuan simpanan jangka panjang minimum 2-3 tahun dan ke atas

Bila gram emas bertambah baru lah aset kita makin bertambah.
#TabungHutang

DUNIA SEDANG DILIPAT?

1. Tanpa kita sedar, kita bukan bekerja untuk majikan kita lagi.

2. Bank ciptakan produk produk hutang agar kita lama 'bekerja' buat mereka dan kekal setia. Mereka adalah majikan baru kita.

3. Bank tak hasilkan rumah, bank hanya jual rumah pemaju dan kita beli dengan berhutang.

4. Setiap tahun bank kekal untung, tetapi kakitangan bank tetap ada yang diberhentikan atau diberikan pilihan berhenti.

5. Bank mula memperkenalkan dan memperkasakan perbankan online.

Tanpa bantuan manusia atau bantuan kakitanganya, kita akan mula membayar hutang secara bijaksana.

6. Hutang hutang ini dalam tempoh yang lama, ada yang 30-35 dan 40 tahun pun ada.

7. Kita akan setia membayar hutang ini selama tempoh kita kekal kerja atau sama usia kerja kita.

8. Dengan teknologi AI dan sistem online, bank semakin tidak perlukan manusia (kakitangan sebenarnya). Kita yang kerja gomen atau swasta yang bekerja buat bank menjadi kaya raya sebenarnya.

9. Cukup bulan dapat gaji, kita akan setia membayar hutang hutang ini. Jika lewat, ada kadar penalti menanti untuk dikena.

10. Kita tidak pernah bekerja dengan bank, tanpa kita sedar kita menjadi sebahagian dari keuntungan bank dan setia menjana keuntungan buat mereka.

Kawan kawan,

Tulisan ini tentang hutang.

Tanpa kita sedar, majikan kita adalah bank. Kita kerja hanya untuk bayar hutang bank.

Bank tak perlu risau, jika kita gagal bayar. Apa sahaja boleh jadi hak mereka.

Jangan berlebihan menjana hutang. Fahami bahawa jika kita beli sebuah rumah dengan harga RM600k, bagi tempoh 20 tahun kita biasanya kita membayar RM1.2 juta sahaja.

Jika 30 tahun, nilainya menjadi 3 kali ganda.

Dunia sedang dilipat, kita semua adalah mangsa jika kita tidak memahami lipatannya.

Bank mula menjadi majikan kepada semua.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

APA ITU 'LOSS AVERSION' DALAM KEWANGAN?

Loss aversion ialah kecenderungan manusia untuk 'lebih takut kehilangan' sesuatu berbanding rasa seronok bila dapat keuntungan yang sama nilai.

Dalam erti lain: kerugian RM100 lebih menyakitkan daripada kegembiraan dapat RM100 tambahan.

Contoh Loss Aversion dalam Kewangan:

1. Takut Jual Saham Rugi

Situasi:
Seseorang beli saham pada harga RM2.00, kini harga jatuh ke RM1.40.

Loss Aversion:
Walaupun dia tahu syarikat bermasalah dan rugi akan terus meningkat, dia enggan jual kerana tak sanggup ‘melihat kerugian’ direalisasikan. Dia lebih rela tunggu dan berharap, walaupun risiko lebih besar.

2. Tak Berani Melabur Langsung

Situasi:
Seseorang ada simpanan RM10,000 tapi langsung tak melabur dalam emas, unit amanah atau saham.

Loss Aversion:
Disebabkan takut duit berkurang (walaupun berpotensi untuk berkembang), dia pilih simpan sahaja dalam akaun biasa — padahal nilai wangnya susut disebabkan inflasi.

Faham setakat itu bang?

Contoh dalam Budaya Melayu:

1. Tak Nak Tukar Cara Simpan Duit Warisan

Situasi:
Keluarga simpan duit dalam bentuk tunai sejak dulu, walaupun nilainya makin susut.

Loss Aversion:
Takut berubah kepada bentuk lain seperti emas, hartanah atau pelaburan ASB sebab rasa "nanti rugi". Mereka lebih rela ‘hilang perlahan-lahan’ daripada ambil risiko untuk dapat lebih. Ketakutan menebal hingga bebal.

2. Takut Jual Tanah Pusaka

Situasi:
Ada tanah pusaka tidak diusahakan, tapi tak mahu jual walaupun tiada hasil. "Itu jer lah kenangan dengan arwah opah yang ada" walaupun masing masih susah kedana!.

Loss Aversion:
Takut rasa bersalah atau "kehilangan warisan", walaupun ada peluang guna wang jualan itu untuk buat pelaburan atau bantu keluarga dan tingkat taraf hidup lebih baik.

3. Berniaga Kecil-Kecilan Tapi Tak Mahu Kembangkan

Situasi:
Seorang peniaga jual kuih dari rumah dan ada permintaan tinggi.

Loss Aversion:
Takut ambil risiko sewa kedai atau tambah pekerja sebab risau kalau tak balik modal. Jadi dia kekal pada tahap yang sama walaupun potensi untung besar.

Begitulah yang sering berlaku. Tidak salah, tetapi tidak baik secara kewangan untuk berkembang.

Dapat sesuatu?

Silalah komeng.

Azizul Azli Ahmad
#TabungWang

KESALAHAN KEWANGAN DAN USIA KITA.

Semak kembali usia kita dan baiki apa yang baik buat diri kita.

Tidak semua jalan perlu sama, tetapi setidaknya kita ada jalan yang baik sesuai dengan usia kita selama ini.

Buat matlamat,

Usia 20an apa yang saya nak capai.
Usia 30an apa yang saya perlu ada.
Usia 40an hutang apa yang akan saya selesaikan
Usia 50an apa gaya hidup yang saya akan pilih bila bersara.

Selamat berpuasa dan rancang kehidupan kita.
Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan agar adik dik kita bijak dan pandai
“Ada orang kata, saya cikgu sekolah je puan.”

Ayyoooo.. tak kisah anda siapa. Saya ada pakcik kerja kebun, ada nurse, ada makcik karipap, ada akak jual nasi lemak. Semua orang boleh simpan emas. Mula RM100 dan target keluarkan 100g emas pertama. Anda boleh sangat. Saya bimbing anda okay.

“𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝗶?”

Harga emas hari ini sekitar RM507/g
Ramai kata mahal. Tapi… ingat tak tahun 2020?
Masa tu harga RM270/g, orang pun kata mahal juga.

Hari ini?
RM270 tu tinggal kenangan.
Kalau dapat harga tu balik, mesti kita berebut beli, kan?

Sama juga dengan harga RM507/g hari ini.
3 tahun, 5 tahun, 10 tahun akan datang — harga ni bakal nampak murah sangat!

Sebab apa?
Duit makin susut.
Harga barang makin naik.
Emas makin mahal.

Kalau karipap pun confirm naik harga,
apatah lagi emas yang makin hari makin bernilai!

Prinsip penyimpan emas,
Beli dulu, baru tunggu,
Bukan tunggu dulu baru beli.

Sebab kalau tunggu…
harga naik, kita cuma mampu tengok.

Penyimpan emas yang bijak,
tak kejar harga, tapi kejar gram.

Semakin banyak gram emas kita kumpul,
semakin kukuh kekayaan kita.

Kalau anda nak mula bina simpanan emas dengan betul,
saya sedia bimbing anda secara 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔.
Kadang kita rasa kita ni dah jimat habis dah. Tapi pelik kenapa akaun tetap kering & saving tetap kosong?

Rupanya kita tertipu dengan ‘jimat yang palsu’.

Ni 7 perkara yang ramai anggap berjimat, tapi sebenarnya sabotaj kewangan sendiri! 👇🏻


1. Beli barang masa sale ‘sebab diskaun’

- Tak perlu pun, tapi sebab harga “murah”, kita beli jugak. Murah ke atauuu duit kita yang lesap? 😉

2. Guna kad kredit untuk dapat points/cashback

Tapi akhirnya tak bayar penuh. Interest 18% tu tak rasa ke?

3. Beli banyak sikit untuk free shipping

- Tambah lagi barang supaya free shipping. Tapi kos total? Lagi tinggi!

4. Masak hari-hari untuk jimat

Tapi bahan dapur selalu expired, sayur dah kuning, ayam busuk. Akhirnya buang.

Ehem! Siapa la niii. 🤭

5. Beli barang murah tapi cepat rosak

Kasut RM20 beli 3 kali setahun. Banding dengan RM100 sekali tahan 2 tahun?


6. Langgan benda ‘murah bulanan’ tapi tak guna

Spotify, iCloud, Apps, Coaching… RM9.90 sini sana. Tapi tak pakai pon.

7. Selalu reward diri lepas penat kerja

Padahal penat tu tak semestinya kena hilang dengan Shopee, GrabFood, or Coffee Bean

Nak betul-betul jimat?

→ Buat belian ikut keperluan, bukan emosi.

→ Guna sistem sampul atau auto debit ke simpanan (Akaun Emas GAP pon boleh!)

→ Belajar beza antara keperluan & kehendak. Simple, tapi major game changer.
Nak ganjaran Rm20?

🌟 Join Program MGM - Member Get Member

Ganjaran: RM20 tunai untuk setiap seorang pendaftaran baru dengan pembelian emas minima RM100

Hanya perkenalkan PG kepada kawan dan saudara. Ayuh sebarkan ilmu kewangan

Jemput baca info akaun emas GAP dan daftar percuma: https://publicgold.me/MunirahMarzuki/akaun-gap

Tambah ilmu di telegram channel saya:
https://t.me/notaEmasPg00540198

Forward link ini👇🏻

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/cara-bermula
Manusia itu pelik. Harga naik, berebut nak beli.
Sebab PANIC BUYING.

Bila harga rendah, takut nak beli.
Sebab takut jatuh dan jatuh lagi.

Bila kita berkongsi ilmu, harga emas jatuh sikit, borong emas, harga emas naik kita happy sebab emas kita dah tinggi valuenya.

Ada yang cakap, “kitalah terpaling ada ilmu.” “dealer PG lah yang terpaling cerdik pasal emas” Menyindirrr…. Babe… kita bukan terpaling ada ilmu, tapi terpaling ada EMAS. hahahaa. Sebab kita tak layan emosi turun naik harga. Kita tambah emas je. Kita Dok bising macam tin kosong. Faham? 🙈

Kita kena tahu sifat emas. Emas Tak Ada Harga Paling Murah. Tidak ada. Emas akan sentiasa mahal forever.

Kalau saham, kita boleh tengok harga paling tinggi dan paling rendah.
Tapi emas? Lain cerita.

Emas cuma ada harga murah sementara je.
Lepas tu dia akan naik balik dan biasanya naik lagi tinggi dari sebelum ni. Bouncing.

Kalau kau tunggu nak beli masa harga “paling rendah sekali”, silap haribulan jadi penunggu selamanya. Sebab harga emas ni tak kekal murah.

Dalam jangka panjang, dia asyik naik je. Jatuh sekejap itu biasa, lepas tu naik lagi. Sebab itu masa jatuh kita pulun beli.

So, soalnya bukan bila masa paling sesuai nak beli emas.
Soalnya: kau dah mula ke belum?
Gaji dah masuk tiap bulan, tapi simpanan tetap tak ada.

Orang yang untung simpan emas ni bukan yang pandai teka harga, tapi yang konsisten beli sikit-sikit, tak kisah harga naik ke turun. Janji gram emas bertambah. Bukan beli 1g 4 tahun lepas, tahun ni pun duk 1g kat situ je.

Harga jatuh? Syok!
Boleh tambah simpanan dengan harga lagi murah.
Harga naik? Lagi best!
Nilai simpanan pun naik sama.

Itulah nikmatnya simpan emas.

Now emas jatuh sementara. Adakah serendah RM477? Tidak. Masih tinggi dari harga saya beli Mac hari tu. Hari ni RM483/gram. Saya tenang tenang je. Sebab emas memang turun naik dalam jangkamasa pendek. Long term tetap meroket. Tengok sahaja graf di bawah itu.

Saya kongsi ilmu, saya buat, saya praktikkan. Live experience bukan teori sahaja. Ada contoh, ada example depan mata.

Masa paling sesuai nak buka akaun emas, nak beli emas, nak topup emas adalah SEKARANG.
Emas tengah bertenang. Dan tunggu turun bawab RM400 macam last year, mungkin mimpi.

Paling sedap 5 tahun. Beli hari ni, 5 tahun akan datang ada orang bleh setel loan bank rumah 20 tahun. Ada orang boleh beli rumah cash. Ada orang boleh kahwin cash. Rancang sekarang untuk perancangan 3-5 tahun akan datang.
Public Gold ni telus. Bukan hanya pada pembeli emas, tapi 'penjual' emas. Sebagai syarikat yang bertanggungjawab, harga emas perlulah di selaras mengikut pergerakan harga emas dunia.

Sebab itu apabila berlaku pergerakan harga emas dunia yang aktif, harga GAP terus di nilai tanpa perlu tunggu jam 12 malam. Public Gold ni pandangannya jauh ke depan. Kalau harga tengah naik tinggi, tak selaraskan harga, kasihan pada yang nak jual. Waktu ni lah nak untung lebih.

Bila harga emas dunia berlaku penurunan harga yang banyak, waktu ni lah orang nak borong GAP. Sebab tu ada je pelarasan harga GAP ni dibuat 3 kali sehari walau sepatutnya hanya berubah jam 12 malam. Ini yang orang seronok menabung dalam akaun GAP Public Gold sebab harganya diselaras dengan cepat.

Contoh harga emas semasa RM500 segram, bila berlaku penurunan harga yang banyak, harga GAP jam 10.55 pagi dah ubah jadi RM490 segram. Waktu ni lah orang tanbah gram. Tiba-tiba harga turun lagi ladi RM480 segram, maka harga di ubah lagi. Dan petangnya harga naik mendadak jadi RM500 segram, harga di ubah lagi. Kalau Public Gold tak buat begini, maka customer hanya boleh beli harga RM500 segram lah pada sepanjang hari walau sepatutnya boleh beli dengan harga RM480 dan jimat RM20 segram.

Sebab tu saya kata Public Gold lebih adil dan lebih telus. Bagus untuk penyimpan emas dan bagus untuk mereka yang nak jual emas.

Pagi tadi harga GAP RM486 segram. Bila harga emas dunia meningkat, harga GAP diselaraskan menjadi RM500 segram.
Public Gold dilantik sebagai pengedar
utama jongkong Emirates Gold di Asia Tenggara dan Asia Barat

Oleh 'AINA SYAZWINA
aina@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 6 Mei – Public Gold
Marketing Sdn Bhd dilantik sebagai
pengedar utama jongkong dan produk
emas jenama Emirates Gold di Asia
Tenggara dan Asia Barat, susulan
termeterainya dua perjanjian strategik
dengan syarikat penapis dan pengeluar
jongkong emas terkenal Emiriah Arab
Bersatu (UAE), Emirates Gold DMCC.

Antara tumpuan utama kerjasama itu
adalah pameran sulung produk Emirates Gold di Malaysia menerusi "Malaysia Gold Jewellery Exhibition (MGJE) 2025"
yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Mei di Setia SPICE Convention Centre, Pulau Pinang.

Public Gold akan menjual jongkong dan
produk emas berjenama Emirates Gold di seluruh Asia Tenggara dan Asia Barat dengan sokongan bekalan emas fizikal secara berterusan daripada Emirates Gold, yang turut menjamin kualiti, keselamatan, dan keupayaan
pengeluaran yang konsisten.

Kerjasama itu melihat Emirates Gold
membekalkan emas fizikal berterusan
kepada Public Gold untuk diedarkan di
seluruh Asia Tenggara, seterusnya
mengukuhkan kedudukan Malaysia
dalam rantaian bekalan emas global.

Public Gold berkata, perjanjian tersebut
akan memperluas akses pengguna
kepada emas runcit inovatif,
mengukuhkan hubungan ekonomi antara Malaysia dan UAE, serta membuka peluang untuk integrasi industri emas di peringkat serantau.

"Kerjasama ini menggabungkan
kepakaran penapisan bertaraf dunia
Emirates Gold dengan kekuatan
infrastruktur runcit dan jaringan
pelanggan Public Gold serantau," kata
syarikat dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Gold, Abhijit Shah menyifatkan kerjasama tersebut sebagai langkah strategik ke arah membina ekosistem emas yang telus, inovatif, dan mampan di rantau ini.

"Dengan jaringan pelabur, pengguna, dan rakan institusi yang luas di Asia Tenggara dan Asia Barat, kami yakin Public Gold mampu menaikkan jenama Emirates Gold ke tahap lebih tinggi," katanya.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Public Gold akan membawa teknologi “ATM Emas" miliknya ke UAE dalam menjadikan Malaysia pelopor dalam penjualan automatik emas secara global.

Kini, lebih 70 mesin ATM Emas telah
ditempatkan di Malaysia.

Public Gold akan mengendalikan operasi penuh termasuk pengurusan inventori, perkhidmatan pelanggan dan pemasaran, manakala Emirates Gold akan menyediakan bekalan emas serta
kemudahan penyimpanan di UAE.

Pengasas merangkap Pengerusi
Eksekutif Public Gold Group yang juga
Presiden Persatuan Emas Malaysia
(MGA), Datuk Wira Louis Ng berkata,
kerjasama tersebut membuktikan
keupayaan Malaysia dalam inovasi
perdagangan emas dan meningkatkan
daya saing negara di peringkat
antarabangsa.

"Ini bukan hanya kejayaan Public Gold,
tetapi satu pengiktirafan terhadap
industri emas negara yang kini memasuki fasa baharu di peringkat global," katanya.

Laporan: DagangNews.com
Pakej dealer terkini 8 Dinar boleh EPP10

Tiada yang mustahil di Public Gold, pasti semua orang boleh berjaya!

Janji anda rajin berkongsi ilmu emas

Nak jadi dealer camni :
1. Hadir training online
2. ⁠Buat sharing di social media, target 1000 content
3. ⁠Beli pakej dealer - 8 dinar
4. ⁠Beli Wealth Card

Jangan malas-malas 😆

https://publicgold.me/MunirahMarzuki/dealer-public-gold