Ilmu Emas | Munirah Marzuki
23 subscribers
1.33K photos
110 videos
2 files
389 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
#TabungHutang

HUTANG ORANG MUDA

Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk membantu orang muda mengelakkan diri dari terjebak dalam hutang:

1. Buat bajet bulanan – Jejaki pendapatan dan perbelanjaan supaya tahu di mana wang digunakan. Elakkan perbelanjaan melebihi kemampuan.

2. Simpan sebelum belanja – Utamakan simpanan sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan setiap bulan sebelum berbelanja.

3. Elak hutang kad kredit – Jangan gunakan kad kredit untuk perkara yang tidak perlu atau melebihi kemampuan. Sebaiknya bayar penuh setiap bulan.

4. Beli apa yang perlu, bukan apa yang mahu – Bezakan antara keperluan dan kehendak. Tangguhkan pembelian yang tidak mendesak.

5. Pinjaman hanya untuk aset – Jika perlu berhutang, pastikan ia untuk pembelian aset yang bernilai, seperti rumah atau pendidikan, bukannya untuk perbelanjaan harian.

6. Elakkan gaya hidup mewah – Jangan terbawa-bawa dengan tekanan rakan atau media sosial untuk hidup mewah.

7. Belajar tentang kewangan – Tingkatkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan. Dengan pemahaman yang baik, akan lebih mudah menguruskan kewangan dengan bijak.

Semoga tips ini membantu anak muda mengelak daripada beban hutang yang tidak perlu!

Azizul Azli Ahmad
#TabungHutang

FOMO DAN YOLO ORANG MUDA?

Gaya hidup FOMO (Fear of Missing Out) dan YOLO (You Only Live Once) sering memberi kesan negatif terhadap kewangan orang muda kerana mereka cenderung untuk berbelanja secara berlebihan bagi mengikuti trend, rakan, atau gaya hidup mewah.

Sikap ini boleh membawa kepada hutang, penjimatan yang tidak mencukupi, dan pelaburan jangka panjang yang terabai.

Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik:

1. Tetapkan Keutamaan:
Fokus pada keperluan asas dan keperluan jangka panjang seperti simpanan dan pelaburan, bukan pada kehendak atau trend sementara.

2. Bajet Bulanan:
Sediakan bajet dan patuhi. Ini membantu mengawal perbelanjaan harian dan mengelakkan perbelanjaan berlebihan.

3. Elakkan Hutang Konsumer: Berhati-hati dengan penggunaan kad kredit atau pinjaman untuk membeli barangan mewah. Hutang berlebihan boleh memberi beban kewangan jangka panjang.

4. Simpan untuk Masa Depan: Mulakan simpanan dan pelaburan dari usia muda. Simpanan awal memberi manfaat dari segi faedah berganda dalam jangka masa panjang.

5. Timbang Kos Peluang:
Fikirkan kesan jangka panjang setiap pembelian atau keputusan gaya hidup. Adakah ia berbaloi berbanding peluang kewangan lain?

Adik adik, jangan ya dik ya.

Dengan mengawal perbelanjaan dan membuat keputusan kewangan yang bijak, orang muda dapat mengelakkan masalah kewangan yang sering timbul daripada gaya hidup FOMO dan YOLO.

Amacam berani?

Azizul Azli Ahmad
#TabungHutang

DUNIA SEDANG DILIPAT?

1. Tanpa kita sedar, kita bukan bekerja untuk majikan kita lagi.

2. Bank ciptakan produk produk hutang agar kita lama 'bekerja' buat mereka dan kekal setia. Mereka adalah majikan baru kita.

3. Bank tak hasilkan rumah, bank hanya jual rumah pemaju dan kita beli dengan berhutang.

4. Setiap tahun bank kekal untung, tetapi kakitangan bank tetap ada yang diberhentikan atau diberikan pilihan berhenti.

5. Bank mula memperkenalkan dan memperkasakan perbankan online.

Tanpa bantuan manusia atau bantuan kakitanganya, kita akan mula membayar hutang secara bijaksana.

6. Hutang hutang ini dalam tempoh yang lama, ada yang 30-35 dan 40 tahun pun ada.

7. Kita akan setia membayar hutang ini selama tempoh kita kekal kerja atau sama usia kerja kita.

8. Dengan teknologi AI dan sistem online, bank semakin tidak perlukan manusia (kakitangan sebenarnya). Kita yang kerja gomen atau swasta yang bekerja buat bank menjadi kaya raya sebenarnya.

9. Cukup bulan dapat gaji, kita akan setia membayar hutang hutang ini. Jika lewat, ada kadar penalti menanti untuk dikena.

10. Kita tidak pernah bekerja dengan bank, tanpa kita sedar kita menjadi sebahagian dari keuntungan bank dan setia menjana keuntungan buat mereka.

Kawan kawan,

Tulisan ini tentang hutang.

Tanpa kita sedar, majikan kita adalah bank. Kita kerja hanya untuk bayar hutang bank.

Bank tak perlu risau, jika kita gagal bayar. Apa sahaja boleh jadi hak mereka.

Jangan berlebihan menjana hutang. Fahami bahawa jika kita beli sebuah rumah dengan harga RM600k, bagi tempoh 20 tahun kita biasanya kita membayar RM1.2 juta sahaja.

Jika 30 tahun, nilainya menjadi 3 kali ganda.

Dunia sedang dilipat, kita semua adalah mangsa jika kita tidak memahami lipatannya.

Bank mula menjadi majikan kepada semua.

Azizul Azli Ahmad