Gais.
Ini adalah artikel daripada Kitco.
Kenapa Emas Dijangka Naik Lebih Tinggi Berbanding Perak – Panduan untuk pelabur baru.
Menurut Nicky Shiels, Ketua Strategi Logam di syarikat MKS PAMP, dunia sekarang sedang menghadapi banyak ketidaktentuan ekonomi.
Sebagai contoh – hutang negara yang tinggi, inflasi yang berpanjangan, dasar bank pusat yang tidak menentu dan kemungkinan pasaran saham jatuh.
Dalam keadaan begini, pelabur biasanya akan mencari aset yang lebih selamat untuk simpanan mereka, dan emas adalah pilihan utama.
Kenapa emas lebih dipercayai?
Emas sudah lama dianggap sebagai “penyelamat nilai” ketika berlaku krisis.
Apabila pasaran saham jatuh atau ekonomi tidak menentu, emas biasanya menjadi tempat pelabur menyimpan duit mereka.
Ini kerana:
a) Emas tidak banyak digunakan dalam industri, jadi harganya tidak terlalu terpengaruh oleh turun naik ekonomi.
b) Emas mudah dijual dan diterima di seluruh dunia.
c) Bank-bank pusat di banyak negara juga beli emas untuk simpanan negara mereka – ini menunjukkan keyakinan tinggi terhadap emas.
Bagaimana dengan perak?
Perak juga logam berharga, tapi banyak digunakan dalam industri seperti:
Panel solar, elektronik dan kenderaan elektrik
Jika ekonomi perlahan atau kilang-kilang kurangkan pengeluaran, permintaan untuk perak boleh jatuh – dan ini boleh menurunkan harga perak.
Sebagai pelabur baru:
Jika anda nak lindungi simpanan anda daripada ketidaktentuan ekonomi, emas adalah pilihan yang lebih selamat dan stabil.
Namun, perak pula sesuai jika anda sanggup ambil lebih risiko dan berharap ekonomi akan terus berkembang (kerana harga perak boleh naik lebih tinggi dalam situasi ekonomi yang baik).
Kesimpulan:
Sekiranya anda adalah pelabur baru yang mahukan keselamatan, emas adalah aset pelaburan yang lebih sesuai dalam keadaan ekonomi global sekarang.
Perang perdagangan antara US vs. satu dunia menyaksikan ekonomi dunia tidak berapa stabil.
Dalam situasi ini, emas berpotensi naik lebih tinggi berbanding perak.
#NotaEmasSyukorHashim
#Emas2025
#publicgold