Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.42K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
#TabungKewangan

PIRAMID FINANCIAL PLANNING

"Saya tak boleh ikutlah bang, banyak sangat nak kena buat?"

"Buat sikit sikit dulu, mula kerja kerah tenaga simpan Tabung Kecemasan 6 bulan gaji dulu. itu sahaja makan masa 2-3 tahun sebenarnya bukan 6 bulan".

"Yer bang?"

"Yer buat sikit sikit yang kita mampu dulu, abang umur dah 35 baru beli kad perubatan sebab sebelum tu pun tak mampu lagi"

"Oh yer, ingat abang beli awal?"

"Ingat abang banyak duit ker, abang pun buat sikit sikit dekat 10 tahun baru ada semua ini dik oi!!!"

Kawan kawan,

Kayuh pelan pelan tetapi pasti, saya juga lambat ada kesedaran dulu. Paling penting sedar diri.

Azizul Azli Ahmad
Menabunglah Demi Masa Depan

#Kongsikan agar adik adik kita jadi bijak dan pandai
Tiada teknik rahsia untuk cipta kejayaan dalam simpan emas atau terlalu kompleks seperti manipulasi Ar-Rahnu hingga untung 10 kali ganda.

Anda hanya perlu konsisten beli dan simpan emas hingga capai matlamat. Bina tabiat menyimpan kerana inilah tabiat pertama seorang jutawan.

#KembaliKepadaFitrah
#AyahQilah
#IamGoldSaver
𝐉𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀 𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐓𝐀𝐒

Bukan sahaja manusia, matawang pun ada jangka hayat tau! Purata jangka hayat matawang adalah 27 tahun dengan jangka hayat terpendek adalah 1 bulan. Menurut hasil kajian yang dibuat oleh DollarDaze.org, sebanyak 775 mata wang kertas telah dicipta setakat ini. Di seluruh dunia.

20% daripada matawang ini gagal disebabkan hiperinflasi, 21% dihapuskan melalui peperangan, 12% terhapus semasa proses kemerdekaan, 24% mengalami proses reformasi dan hanya 23% yang masih digunakan dan bakal menghampiri salah satu daripada beberapa musibah yang dinyatakan.

Akan tetapi, Pound Sterling British berusia 325 tahun dan dikira mata wang yang paling berjaya setakat ini. Walaupun begitu, nilai mata wang Pound Sterling British hari ini cuma bernilai 12 auns perak, iaitu 0.5% daripada nilai asalnya. Bayangkan mata wang yang paling berjaya pun boleh kehilangan sebanyak 99.5% daripada nilai asalnya, inikan pula nilai mata wang lain?

Sebenarnya tak perlu persoalkan segala jenis teori konspirasi pun. Sejarah dunia memang telah membuktikan bahawa matawang kertas berisiko jatuh kepada nilai kosong pada bila-bila masa. Bahkan, ramai pakar kewangan dunia mengatakan kadar penurunan nilai mata wang akan berlaku tanpa henti saban tahun. Adalah penting untuk kita mula membuat perlindungan kepada kekayaan kita hari ini dengan membeli aset kalis inflasi seperti emas. Nilai emas terbukti kekal dari zaman dulu sehingga kini.

Menabung emas tidak akan menjadikan kita kaya segera tapi akan memastikan kita untuk tidak jatuh miskin dengan tiba-tiba.

Sekarang dah ada platform nak menabung serendah RM100 jer! Menabung emas sikit-sikit, untuk mengekalkan nilai aset kita untuk masa depan.

Selamatkan simpanan kita dari dimakan oleh inflasi dengan mengalihkan kepada simpanan emas!

Kredit pn nurhazalin
Bagaimana harga emas memberi reaksi kepada data inflasi?

Harga emas boleh bergerak apabila keluar data ekonomi seperti data pekerjaan, data gaji pekerja, data inflasi, perubahan kadar faedah di US dan, kekuatan USD.

Baik, jom saya tunjukkan kepada anda, bagaimana harga emas memberi reaksi kepada data inflasi, kita ambil kira actual data yang terjadi semalam.

Semalam, pada jam 8.30 malam (waktu Malaysia) laporan Indeks Harga Pengguna US telah dikeluarkan, dan menunjukkan inflasi pada bulan Mei 2022 di US meningkat kepada 8.6% (kenaikan tertinggi sejak tahun 1981).

Oktober 2021 = Inflasi US adalah 6.2%

Bagaimana harga emas memberi reaksi?

Lihat pergerakan line hijau di atas. Pada mulanya, harga emas menurun dengan banyak dan terus meningkat naik.

Ingat rumus ni:-

Sekiranya data-data ekonomi yang keluar "membayangkan" perubahan positif dalam sektor pekerjaan, pemulihan ekonomi US atau perkembangan positif dalam ekonomi, maka umumnya harga emas akan jatuh.

Jika data-data ekonomi berbentuk negatif, contohnya pengangguran meningkat, inflasi naik, interest rate jatuh, USD dollar lemah berbanding matawang lain, maka umumnya harga emas akan meningkat.

Jadi, saya berikan satu tips untuk anda.

Pada ketika line hijau menunjukkan penurunan, anda boleh lock gram emas yang besar (seperti salah seorang dari team kita buat semalam. Beliau lock 250gram emas pada ketika harga menunjukkan penurunan yang banyak) !

Nota: Kesan inflasi ini bukan kesan jangka pendek, malah boleh menjadi kesan jangka masa panjang.

Dalam jangka panjang juga, nilai matawang akan menurun (kerana matawang tidak disandarkan kepada apa-apa).

Emas pula, harga pasti akan meningkat dalam jangka panjang.

Kredit: Puan Faezah
Berita Tergempar!
Berita Tergempar!
Berita Tergempar!

Apabila situasi begini, saya akan gunakan istilah #Borong. Saya gunakan istilah ini bagi gambaran untuk ambil peluang beli dalam kuantiti yang #besar dan #banyak.

Dari asal harga RM284 segram menjadi RM279 segram. Jimat sangat banyak.

Inilah masanya !
Beli ya!

Fairuz Aziz
Harga emas GAP turun RM5/g
lebih rendah berbanding semalam.

Harga hari ini:

RM 100 = 0.3584 gram
RM 279 = 1.0000 gram

Statistik Jun 2022
Tertinggi: RM284 (03/06)
Terendah: RM279 (01/06)

Statistik 2022
Tertinggi: RM301 (09/03)
Terendah: RM264 (07/01)

Siapa yang masih belum bermula, boleh mulakan sekarang untuk dapatkan benchmark harga emas rendah.

Bertindak sekarang alihkan sedikit simpanan kepada emas untuk kekalkan nilai aset kita.
#TabungEmas

UNTUNGKAH PAJAK EMAS DI AHRAHNU INI?

1. Jika ada yang datang dan jual emas pada kita dengan ayat.

"Alah... Sesak sesak nanti boleh pajak di Ahrahnu." ia bukan saranan yang bijak kawan kawan.

2. Kedai pajak biasa, hanya beri nilai 30% dari nilai emas tersebut . Ahrahnu lebih baik, memberi pinjaman 65% -70% dari nilai barang kemas tersebut.

Maka ramai tidak kekedai pajak gadai lama lagi dah sekarang. Apatah lagi kita mula faham mana halal, mana haram.

3. Kadar UPAH yang Ahrahnu kenakan adalah dari NILAI EMAS kita ada dan bukannya dari JUMLAH PINJAMAN.

Dekat disini ramai yang terlepas pandang.

4. Katakan gelang emas 916 'bling bling' kita bernilai RM10,000 . Kita hanya dapat pinjaman 65% iaitu RM6,500 sahaja.

5. Caj upah simpan adalah RM0.85 setiap RM100, jadi 0.85/100 x RM10,000 = RM85 sebulan . Jika kita 'Menyimpan' di Ahrahnu selama 6 bulan?

"Ishhhh kenapa RM0.85 x RM10,000 . Kami pinjam RM6500 sahaja"?

Memang begitu model kiraannya kawan! Hebat bukan model perniagaanya?

6. Bagi pinjaman bernilai RM6,500 ini kadar upah yang dikenakan adalah RM85 x 6 bulan = RM510. Jika setahun adalah RM1,020.

7. Kadar faedah yang dikenakan adalah 7.85% bagi tempoh 6 bulan dan jika setahun adalah 15.7% setahun!. Dah sama dengan kad kredit yang kita kena.

(RM510/RM6,500 x 100% = 7.85%)

8. Kadar ini sangat tinggi sebenarnya. Itu baru faedah upah simpan belum bayar duit hutang RM6,500 lagi.

9. Jika ada yang ajarkan belilah emas dan letakkan di Ahrahnu duitnya digunakan sebagai deposit rumah.

Atau

Duit itu letak dalam ASB atau Tabung Haji, dapat duit beli emas lagi. Itu semua cadangan tidak pintar namanya.

JANGAN LAKUKAN.

10. Tahukan kita bahawa dengan pajak emas di Ahrahnu juga, ia akan keluar dalam rekod CCRIS bahawa kita sebagai orang yang kurang kemampuan dalam kewangan.

Bank akan pandang kita sebagai lelaki yang gagal urus wang. Nak buat loan rumah jadi susah.

Emas adalah penyimpan nilai yang sangat baik. Simpanlah emas 30% dari aset kita. Bukannya beli untuk diletakkan di Ahrahnu kawan.

Belilah emas secara bijak, bukan kena pijak.

Kredit Azizi Ali