Ilmu Emas | Munirah Marzuki
21 subscribers
1.43K photos
112 videos
2 files
404 links
Assalamualaikum. Saya Munirah, Priority Dealer, PG00540198. Channel ini bertujuan untuk berkongsi ilmu menyimpan emas untuk manfaat bersama.
Download Telegram
 Apakah itu emas putih?

Emas putih ialah emas 18 karat, yang bermaksud ia dibuat daripada 75 peratus emas dan 25 peratus logam lain. Logam itu menjadi putih kerana ia disalut dengan rodium (logam yang keras, bersinar dan berwarna putih).

 Apakah itu bulion?

Bulion bermaksud satu logam berharga yang disiapkan dan mempunyai berat tertentu. Jadi, jongkong emas dan syiling emas adalah kedua-duanya bulion.
Apakah itu karat?

Emas biasanya dikira dengan karat, iaitu bahagian emas dalam sesuatu produk emas. Emas tulen adalah 24 karat. Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas berbanding aloi dalam barangan emas itu. Jadi, 18 karat ialah 18/24 daripada 100 peratus emas atau 75 peratus emas. Bahagian 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi perak, tembaga, zink atau paladium. Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu (emas tulen adalah lembut).

Secara alternatifnya, kandungan emas boleh dikira melalui ‘ketulenan’, iaitu kandungan emas dalam bahagian-bahagian setiap ribu, sebagai contoh 750 (iaitu 75 peratus atau emas 18 karat). Untuk pengetahuan anda, carat (yang dieja dengan huruf ‘c’) pula ialah ukuran bagi mengukur berat batu berharga, terutamanya permata.

Jadual berikut menunjukkan skala karat yang berlainan dan kandungan emasnya dalam peratus dan ketulenan seperti diterima pakai oleh standard antarabangsa.
“Saya nak tunggu harga emas turun dan lebih murah daripada sekarang”

Ini antara luahan hati daripada pelanggan saya.
.

Perkataan murah itu sebenarnya adalah subjektif untuk setiap orang.

Ada orang telah mulakan simpanan emas ketika harga emas mencecah RM300 segram. Jadi untuk harga emas sekarang sekitar RM250 segram, mereka akan anggap murah.

Ada orang harga emas murah atau mahal, bagi mereka itu bukan persoalannya kerana mereka faham bahawa graf emas naik dan turun itu adalah normal.

Ada orang belum pernah mula menyimpan emas. Jadi harga pertama sudah dianggap murah.
.

Teringat satu kisah dimana salah seorang pelanggan saya yang mahu menunggu harga emas turun 2-3Ringgit. Beliau berkeras mahu menunggu harga emas turun walaupun saya telah nasihatkan beliau untuk “Selamatkan” duit terlebih dahulu.

Selang beberapa minggu, apabila harga emas turun sehingga RM7 segram melebihi apa yang beliau impikan, ketika follow up semula, jawapan yang diberikan ialah duit telah habis. Sebelum itu beliau berhajat untuk membeli 20gram emas (Nilai RM5000).

RM5000 habis tanpa sedar.
RM5000 lesap.
RM5000 hilang tanpa jejak.
RM5000 tidak dapat dikesan.
RM5000 pergi tidak Kembali.

Nampak?
Jelas?
.

Oleh sebab itu, dua (2) peraturan mudah mengikut turutan keutamaan ialah :
1. Beli ketika ada duit.
2. Beli ketika harga rendah.

Beli emas ketika ada duit adalah perkara utama daripada beli emas ketika harga rendah kerana apabila harga emas rendah belum tentu kita boleh beli jika kita tiada duit.

Jadi betulkan mindset dengan fokus kepada GRAM bukan RM (Harga emas).

Saya ulang,
Fokus kepada GRAM bukan RM (Harga emas).
Fokus kepada GRAM bukan RM (Harga emas).
Fokus kepada GRAM bukan RM (Harga emas).

Sengaja saya ulang banyak kali supaya kita sedar dan ingat kepentingan fokus kepada GRAM.

Tanpa fokus yang betul, kita hanya mengisi masa lapang menyimpan emas.

Orang sudah capai 100gram, kita masih 1gram.
Orang sudah capai 1kilo, kita masih 1gram.

Begitulahhhh 🥳
.

Melihat & Berkongsi,
Fairuz Aziz
SOALAN: Apakah ‘harga semasa’ (spot price) emas?

JAWAPAN: Harga semasa ialah harga teori yang anda perlu bayar sekiranya anda membeli emas secara tunai pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, TIADA SESIAPA YANG MEMBAYAR HARGA INI. Sebagai permulaan, penjual akan menambah premium kepada harga semasa ini. Premium ini adalah bagi menampung kos pembuatan, simpanan, pengangkutan dan sudah tentu, keuntungan mereka. Sebaliknya akan berlaku apabila mereka membeli daripada anda. Mereka akan membayar harga yang lebih rendah daripada harga semasa supaya mereka dapat mengaut untung sekali lagi!

SEMUA saudagar emas di seluruh dunia mengenakan premium. Ini termasuklah saudagar emas di Malaysia juga – Poh Kong, Habib, Tomei dan juga Public Gold.

Bagi merumitkan lagi keadaan, terdapat beberapa jenis harga semasa, bergantung kepada lokasi yang anda lihat. Ia boleh jadi London Gold Fix ataupun COMEX (Commodity Exchange, sebahagian daripada Bursa Dagangan Mercantile New York). Menurut mereka yang berpangkalan di London, harga mereka lebih utama kerana Persatuan Pasaran Bulion London mempunyai sejarah terpanjang dan juga pusat global terbesar bagi transaksi di atas kaunter untuk emas dan perak.

Bagaimanapun, menurut mereka yang berpangkalan di New York pula, harga mereka lebih utama kerana COMEX ialah bursa yang paling sibuk mendagangkan pasaran hadapan emas. Tambahan lagi, harga merekalah yang ditayangkan di skrin dagangan seluruh dunia dan juga yang digunakan oleh firma-firma emas sebagai asas harga bulion dan syiling bulion.

Harga semasa emas sentiasa berubah-ubah. Ia ditetapkan dan kemudian ditetapkan semula secara konsisten bagi menggambarkan situasi semasa. Jadi ini bermakna harga jualan dan belian oleh saudagar emas akan naik turun berdasarkan harga semasa ini + caj premium.
Welcome #JUN!

Jika kita fokus simpan emas #1bulan1gram bermula Januari hingga Jun bermaksud sedar tidak sedar simpanan kita telah pun capai 6gram emas.

Ya betul 6gram.
Itu minima.
Kalau kita fokus simpan, entah-entah lebih.
.

Jom kita buat kira kira.

Harga emas hari Ini = RM282 segram
Nilai 6gram emas = RM1692

Nak Simpan duit RM1600 banyak halangan.
Penuh liku-liku.
Penuh dugaan.
Penuh cabaran.

Jangan dikatakan RM1600, RM160 pun rasa sukar, susah dan perit. Itu biasa sebenarnya.

Duit memang sifatnya adalah berbelanja.
Emas sifatnya untuk kumpul.

Jarang dengar orang simpan emas ni tidak berjaya. Boleh dikatakan semua penyimpan emas berjaya kumpul emas. Jika berjaya kumpul emas bermaksud mereka berjaya kumpul duit. Emas adalah duit.

Tapi kita selalu dengar orang tidak berjaya kumpul duit. Jika tak berjaya kumpul duit, bagaimana nak kumpul emas?

Nampak kan?
.

Tahniah kepada yang dah mula.
Kepada yang belum mula, masih ada masa 💪🏻😁

Simpan emas bukan Sebab mahu kaya tetapi simpan emas untuk elak kita meminta minta.

Ketahuilah saat kita meminta minta, itu situasi yang sangat sukar.

Kena tebalkan muka.
Kena kentalkan hati.

Ayuh sediakan dana kecemasan dalam bentuk emas.

Melihat & Berkongsi,
Fairuz Aziz
Terdapat 2 istilah dalam pelaburan emas yang sering di salah ertikan oleh ramai pelabur dan malah, ejen emas sendiri. Isitilah tersebut ialah ‘spread’ dan ‘premium’.

Harga semasa (spot price) ialah harga teori yang awak perlu bayar sekiranya awak membeli emas secara tunai pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, tiada sesiapa yang membayar harga ini. Sebagai permulaan, peniaga akan menambah premium (tambahan harga) kepada harga semasa ini. Premium ini adalah bagi menampung kos pembuatan, simpanan, pengangkutan dan sudah tentu, keuntungan mereka.

Jadi premium adalah tambahan harga di atas harga semasa emas.

Premium atau tambahan harga ini bergantung kepada budibicara syarikat. Ia tak ada piawaian internasional atau nasional. Jadi premium dan harga emas bergantung kepada budibicara syarikat. Itulah sebabnya mengapa harga emas boleh berbeza di syarikat yang berbeza.

Spread pula adalah perbezaan harga beli dan harga jual. Jadi jika harga jualan oleh syarikat ialah RM300 per gm dan harga beliannya adalah RM280, spreadnya ialah RM20 atau 6.67%.

Seperti premium, spread juga bergantung kepada budibicara syarikat. Ia tak ada piawaian internasional atau nasional.

Semua saudagar emas di Malaysia (e.g. Habib, Poh Kong, Tomei dan Public Gold) dan malah di seluruh dunia memang praktis ‘spread’ ini.

PS: Saya menulis post ini sebagai jawapan kepada seorang ejen emas yang berkata beliau tidak membayar spread kerana syarikat beliau harga caj harga spot emas LME. Puan, itu bukan ‘spread’; itu ‘premium’!

Kredit Azizi Ali